Sekali lagi si kek marble jelita masuk cerita dalam blog. Kali ni saya potretkan versi moody white. Nampak menyerlah lah pula si kek marble jelita ni dalam moody white. Haritu versi basic moody ke vintage mood entah. Lupa!
Nak dijadikan cerita, kononnya nak beli kuih kaswi gedik viral tu tapi habis pula. Rezeki kek marble lah dapat ikut balik. Mulanya macam malas nak ambil gambar sebab dah ambil gambar haritu kan.
Tapi disebabkan kali ni sepotong kek marble jelita ni cantik sangat kejadian dia tanpa cacat cela dan bermanik, haruslah di potretkan dia.
Epal hijau pun nak bergambar sekali. Padahal dia bukan ada kena mengena dengan kek marble jelita ni. Saja letak sekadar hiasan. Nampak kena pula dengan warna hijau tu.
Selaku seorang yang tak pandai buat kek dan kuih-muih, kagum dengan bakers yang pandai buat kek dan berseni macam ni. Sekali orang beli, mesti akan ulang beli.
Kek marble dengan butter premium memang wangi dan best lagi. Ikutkan kek butter ni harganya tak lah terlalu mahal. Tapi kerana lukisan corak tu, dia automatik akan jadi mahal. Sebab bukan mudah nak buat tu. Yang pembuat je faham kepayahan nak melukis. Makan masa, tenaga dan kreativiti.
Perlu ada teknik dan tipsnya nak bakar kek elok tanpa merekah. Nanti merekah, dah tak jelita dah keknya sebab corak pun rosak. Kena faham, benda-benda berkaitan dengan seni ni ada nilainya yang perlu dibayar. Tambah lagi barang mentah pun dah serba serbi mahal sekarang. Kann...
cantik nya kek marble tu..memang jelita sgt
ReplyDeleteKann..jelita sangat!
Deletecantik... syg rasa nk makan.. hehehe
ReplyDeleteItulah tu, rasa sayang nak makan bila tengok makanan cantik cantik ni.
DeleteAmboi..memang jelita sangat ni.
ReplyDeleteDulu masa menetap di NS, jiran belakang rumah akak baker. Memang keraplah ngoder kek2 gini. Sekarang tinggal kenangan semua tu.
Sangattt...
DeleteWah untung sangat berjiran dengan bakers. Memang kerap order lah cerita dia kan kak.
Nampak cantik soft jer kek marble ni . Betul tue kak fiza, kalau nk buat kek kena tahu beberapa teknik yg betul . Baru kek cantik kejadian tanpa rekahan
ReplyDeleteCantik dan sedap. Kann..kena ada ilmu baru menjadi.
DeleteBetul kak, bikin kek nih bukan gampang. Lebih susah daripada buat makanan utama. Saya mending disuruh bikin lauk pauk daripada kek 😂. Kemarin pas lebaran nak coba bikin kastangel kek aja, hasilnya gagal total 🤣🤣. Hebat memang para bakers tuh
ReplyDeleteSamalah kita. Lebih rela masak lauk pauk dari kek dan kuih muih. Terus saya google kastangel tu apa..nampak sedap tu bercheese. Hihi..takpe, belajar dari kegagalan. Next time mana tahu menjadi pulak. Ya, mereka berbakat menghasilkan kek yang menjadi dan sedap.
Delete