Gadgets

Akhirnya Mendapat Juga Longan Brazil Yang Unik Mempunyai 3 Rasa Buah

Orang kata kalau dah rezeki kita, tetaplah rezeki kita. Cuma cepat atau lambat je. Akhirnya mendapat juga longan brazil yang diidamkan sangat selama ni. Nak kata mengidam macam bumil (baca : ibu hamil), tidaklah pula. 

Dia macam selagi belum dapat. Selagi itulah dok rasa teringin. Berkat doa Kak Amie juga selalu mendoakan saya dapat merasa buah longan brazil. Terima kasih kak Amie!

Nak dijadikan cerita, terperasan satu post di facebook jualan buah longan brazil. Teruslah contact no whatsapp yang diberikan.  Pertanyaan saya dibalas dengan rasa kecewa. Katanya stok dah habis!

Dalam hati, takpelah belum sampai rezeki saya lagi nak merasa. Belum sempat saya hadam rasa kecewa tu, dia sambung lagi mesej. Katanya stok baru akan sampai hari Khamis atau Jumaat. Masa saya tanya tu hari Selasa. Okay, saya terus booking. Tunggu pun tunggulah, janji dapat.

Hari Jumaat, baru dapat stok buah longan brazilnya pun. Encik suami self pick up je di lokasi yang diberikan. Senang balik kerja terus ke sana. 

Sampai rumah, kita potretkan dia dulu. Sayang kalau tak dipotretkan. Kann...Buah bukan biasa kita jumpa. Walaupun waktu malam cuaca tak berapa nak on point sangat. Tetaplah kita gigih nak motret. Dengan bertemankan lampu kalimantang, makan terhasil lah potret yang tak seberapa. 

Longan Brazil Yang Unik Mempunyai 3 Rasa

Buahnya berbentuk lonjong sepeti telur berwarna hijau dan kecoklatan. Biasa buah hijau ni muda kan. Tapi buah longan brazil ni, rupa begini masak dah rupanya. Buah longan brazil yang saya dapat ni bukanlah segar dari ladang. Tak pasti dah berapa hari.

Masa saya dapat tu, plastik agak berair macam baru keluarkan dari peti ais. Mungkin seller simpan stok dalam peti ais bagi tahan lama. Oleh kerana tak sabar nak makan, terus je keluarkan dari dalam plastik masuk bekas dan basuh.

Saya gigit sikit kulitnya bagi mudah buka. Muda je pun nak kupasnya. Saya ingatkan kulitkan keras dan susah buka. Kalau tekan guna jari pun mudah nak buka. 

Nampak buahnya masih segar lagi. Saya cuba rasa sikit, ummm...lama juga saya fikir nak terjemahkan rasa tu dalam perkataan. Berbiji biji juga masuk mulut sebab nak tahu apakah rasa dia sebenarnya. Unik betul rasa buah longan ni.

Rupa isi dia memang macam buah longan lah, warna putih seakan-akan kristal lutsinar macam tu. Yang membezakan dia dari bentuknya tu, lonjong tak macam buah longan dan mata kucing yang berbentuk bulat seperti bola.

Longan Brazil Yang Unik Mempunyai 3 Rasa

Isinya juga tak putih sangat tapi macam ada putih susu dan kuning-kuning. Isinya juga tebal. Tidak terlalu berair. Teksturnya ada kalanya macam tekstur cempedak, agak melekit. Rasa dia manis tak manis sangat lah. Makan banyak pun tak rasa bersalah. 

Ikut selera saya, boleh dikatakan buah longan brazil ni dalam kategori buah yang sedap lah. Mungkin rasanya lebih sedap jika saya dapat makan yang segar. 

Longan Brazil Yang Unik Mempunyai 3 Rasa

Rupa bijinya macam kacang chestnut. Jangan pula dimakan! 

Longan Brazil Yang Unik Mempunyai 3 Rasa

Buah longan brazil ni kategori kayangan, susah nak dapat sebab bukan ditanam di semua tempat. Buah pun jenis bermusim. Jadi, memang buah premium lah. Saya beli 1 kg RM30. Untung beli tanpa tangkai sebab bila timbang dapat buah lebih bukan tangkai lebih. 

Tapi kalau dijual bertangkai, bolehlah ambil gambar cantik sikit. Tambah lagi kalau ada daun. Untuk ulang membeli, mungkin akan beli kalau nampak orang jual elok. Yang saya beli ni ada jugalah beberapa biji  yang dah pecah busuk dan berair. Mana yang elok dapat makan, itu lah rezeki kita.

Sedikit info tentang buah longan brazil atau dikenali dengan nama Matoa. Ada banyak nama buah longa ni. Lain tempat, lain namanya.

Matoa/ Longan Brazil, buah 3 rasa

Buahnya Mempunyai 3 rasa dalam 1 iaitu gabungan rasa buah durian, laici dan rambutan. Bentuk buah seakan-akan buah ambra. Isinya seakan buah laici dan bijinya seakan-akan biji buah durian. Rasanya yang sangat sedap kerana tiga rasa dalam 1.

Pokok Matoa ini adalah tanaman buah-buahan asli khas dari Papua New Guenei.Pokok Matoa ini sebenarnya tergolong dari keluarga (family) rambutan (Sapindaceae). Matoa tumbuh liar di hutan-hutan Papua, sejenis tumbuhan yang pohon besar, tinggi pohon rata-rata 16 meter dengan diameternya rata-rata maksimum 90 cm. 

Matoa berbuah sekali dalam setahun, berbunga pada bulan July hingga Oktober. Matoa merupakan buah bermusim yang berbuah pada bulan September-November. Distribusinya di Papua terdapat di seluruh wilayah dataran rendah hingga ketinggian ± 1200 m dpl. 

Tumbuh baik pada daerah yang kondisi tanahnya kering (tidak tergenang) dengan lapisan tanah yang tebal. Iklim yang sesuai untuk pertumbuhan yang baik adalah iklim dengan curahan hujan tinggi sekitar(>1200 mm/tahun). 

Matoa terdapat juga di beberapa daerah di Maluku, Sulawesi, dan riau serta di daerah tropis Australia.
Di Papua terdapat 2 jenis matoa, iaitu matoa kelapa dan matoa papeda. Matoa Kelapa tekstur isi buahnya agak kenyal seperti rambutan aceh, diameter buah 2,2-2,8 cm dan diameter biji 1,25-1,40 cm. 

Sedangkan Matoa Papeda tekstur isi buahnya agak lembek dan lengket dengan diamater buah 1,4-2,0 cm. Tanaman ini mudah beraptasi dengan kondisi panas maupun dingin. Pohon ini juga tahan terhadap serangga, yang pada umumnya merusak buah.

Buah matoa memiliki rasa manis (manis legit) beraroma campuran antara rambutan, durian, dan laici. Bentuk buahnya lonjong, seukuran buah pinang (keluarga Palem), ketika muda berwarna hijau dan setelah matang berwarna hijau kekuningan atau coklat kemerahan atau kehitaman.

sumber : Matoa Malaysia

12 comments:

  1. Tahun ni tak beli, cukup dah dapat merasa dulu mungkin sbb kita bukan penggemar buah. Tapi yanv Fiza beli ni hijau ya.. dulu sy beli hitam kulitnya dan keras. Kalau digigit, mahu tanggal gigi, hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh macam tu. A'ah, saya beli ni hijau. Tak tahu sebenarnya hijau ke hitam ke. Tapi ada nampak juga jenis buah hitam tu. Ada baca juga kulitnya keras. Tapi itulah yang saya dapat ni hijau tapi masak dah boleh makan dah. Kulit pun tak keras. Buah longan brazil banyak jenisnya lagi yang kita tak tahu kan kak.

      Delete
  2. Alhamdulillah dapat jugak Fiza lepas rasa ngidam.
    Cantik-cantik gambar, macam untuk iklan jualan.

    Akak pernah makan matoa dari Sarawak. Tapi kulitnya warna gelap. Memang sedap rasanya..unik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dapat juga merasa buah longan brazil ni kak Ujie. Ohh yang gelap tu macam kak SK pernah makan juga tu. Kalau ada rezeki, nak juga merasa yang jenis tu. Dia lain sikit kan.

      Terima kasih Kak Ujie.

      Delete
  3. Agak besar saiznya.. Rasanya ini kali pertama Sha tengok.. Agak menarik buahnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, saiz besar KakSha. Menarik untuk mencuba buahnya.

      Delete
  4. Semai bijinya fiza
    3 tahun nanti dah ada hasil sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silap saya wak, dah buang baru teringat masa tu. Kena beli lagilah nampaknya nanti.

      Delete
  5. Baru dapat tengok longan Brazil.
    Tidak sangka ada rasa durian juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa dia unik kak. Kalau ada orang jual kena beli dan cuba rasa.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.