Telefilem Pawang Nong (TV2)

Azhafizah MN
By -
0
Telefilem Pawang Nong, telefilem khas sempena sambutan Hari Kebangsaan bersiaran pada 31 Ogos 2023, Khamis jam 3:00 petang di saluran RTM TV2 dan online di RTMKlik.

Pawang Nong, sebuah kisah mengenai Pawang Lagenda dari Negeri Pahang arahan Napi Dollah ini menampilkan lakonan Mior Hashim Manap, Sahronizam Noor, Razali Hussain dan ramai lagi. Hasil karya Pawang Nong ni diterbitkan oleh Waris Designs Workshop Sdn. Bhd.

Penggambaran Telefilem Pawang Nong ini diadakan di Belakang Gelanggang Silat Kg Sekara, Chenor Pahang.

PAWANG NONG

Haji Nong Taib bin Santan, lebih dikenali sebagai Pawang Nong oleh masyarakat di Negeri Pahang.
Beliau disanjung kerana beliau pahlawan terbilang, sahabat kepada Mat Kilau dan Tok Bahaman.

Nong Taib atau digelar Pawang Nong kerana kepakarannya mengubati penyakit secara tradisional, bersama tujuh rakan, telah membuka Kampung Ulu Cheka pada 1907 dan dilantik sebagai Ketua Kampung pertama sehingga tahun 1966.

Nong Taib diberi pengiktirafan menerima pingat British Empayar Medal (BEM) yang dihantar sendiri oleh Jeneral Sir Gerald Templer selain menerima pingat Ahli Mangku Negara (AMN) dan Pingat Jaksa Kebaktian (PJK) daripada kerajaan persekutuan serta Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) daripada Pahang.

Pawang Nong, pawang diraja yang berjasa di negeri Pahang. Pawang Nong pula merupakan seorang Pahlawan Melayu terhandal di Pahang yang memimpin orang-orang kampung di sekitar Jerantut menentang Jepun dan komunis. Beliau juga merupakan individu yang menyelesaikan masalah gangguan orang minyak yang pernah menyerang Jerantut Pahang suatu ketika dahulu.

Antara ungkapan Pawang Nong ketika memimpin para pengikutnya mempertahankan Kg. Ulu Cheka dari serangan Komunis 1948 :

Janganlah takut selagi bapak ada, sama-samalah kita minta pertolongan dari Allah. Tiada siapa dapat menceroboh kampung ini, malah bulu roma anak-anak semua tak akan gugur.—Pawang Nong
sumber 1, sumber 2, sumber 3

Telefilem Pawang Nong TV2

PELAKON, WATAK DAN SINOPSIS PAWANG NOH

Pelakon : Mior Hashim Manap, Sahronizam Noor, Razali Hussain, Bobby Kiran, Shanmugam, Firdaus Jenar, Yus Waisar, Mon Rasli, Zack Ahmad, Ahmad Aliff, Bazruzainizam AB dan ramai lagi.

Bobby Kiran sebagai Cempaka

Pawang Noh mengisahkan tentang watak utama iaitu Haji Nong Taib (Pawang Nong) dan orang-orang Kampung Hulu Cheka, Jerantut, Pahang dalam memerangi pengganas komunis sewaktu era Pra-merdeka dahulu.

Post a Comment

0Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment (0)