Responsive Ad Slot

Ke Pasar Ampangan Seremban Baru

Selepas hiking Bukit Kepayang, jom kita ke Pasar Ampangan Seremban yang baru di buka pada 18 September 2024 haritu. Tujuannya nak membeli barang-barang dapur lah. Barang basah dan kering. 

Pasar Ampangan baru ni tak jauh pun dari Pasar Ampangan lama. Cantik bangunan pasar yang baru ni. Ye lah kan, baru lagi memang lah cantik.

Pasar Ampangan Seremban

Pertama kali datang sini memang terpinga-pinga lah kita. Mana nak parkir semua tu. Ada parkir luar dan parkir bertingkat di atas. Parkir bawah dah tentu lah penuh sebab orang malas nak ke tingkat atas naik turun lif bagai.

Pasar Ampangan Seremban

Kalau dah ke pasar, kita beli barang basah yang segar-segar lah. Biasanya beli ikan kembung. Kalau nak tukar menu beli ikan siakap. Selain ikan, beli juga sotong besar, udang atau kalau ada kerang elok baru beli.

Beginilah rupa pasar basahnya. Sebaris tu memang jualan barang basah je lah. Pilih je kedai mana yang menepati bajet dan selera masing-masing. Bahagian ayam dan daging sebelah belakang kedai ikan ni. Kami jarang beli ayam dan daging. Jadi, ambil gambar kedai ikan je. 

Pasar Ampangan Seremban

Dah selesai di bahagian basah, kita ke bahagian kering pula untuk beli stok kentang. Saya beli kentang holland sebab cepat empuk bila direbus. Ye lah, hari-hari sarapan telur dan kentang. Memang kena beli stok setiap minggu. Seminggu 12 biji untuk 5 hari sarapan dan bekal diet encik suami.

Pasar Ampangan Seremban

Tak lupa juga tambah stok buah-buahan. Setiap minggu beli buah naga je. Pernah beli buah dokong tu. Elok je dijual segugus segugus. Elok dan manis rasa dia. Berbaloi beli buah segar dan elok ni.

Pasar Ampangan Seremban

Eh, lupa nak ambil gambar kedai sayur. Sayur jangan dilupakan. Kena beli juga. Wajib ada sayur. Banyak lagi kedai-kedai di Pasar Ampangan ni. Ada jual kerepek, makanan tempatan dan sebagainya.

Bersih dan agak luas juga ruang pasar ni. Tapi kalau ramai agak sesaklah sikit. Kemudahan lain yang disediakan seperti toilet dan bangku. 

Suka membeli barang basah dan kering di sini. Segar dan elok. Urusan jual beli pun mudah sebab kebanyakkan penjual terima bayaran melalui QR code. 

Tapi pastikan jugalah bawa duit tunai. Nak beli barang nilai kecil tu boleh lah guna tunai je. Tentang harga, ada murah ada mahal. Kalau mahal tapi elok tu kira berbaloilah juga. Harga barang zaman sekarang, kita nak expect apa kan.

Hiking Bukit Kepayang Sekejap Je

Bulan September hanya dapat 2 kali je buat aktiviti hiking. Itupun hiking Bukit Kepayang je lah. Dekat dan mudah. Kira okaylah tu misi berjaya at least sebulan sekali dua macam tu naik bukit. Sesekali kita berdamai dengan alam. Bukan selalu.

Tapi kalau dapat setiap minggu tu, memang best lah! Penat yang berbaloi. Dapat bakar lemak, dapat menyihatkan badan bila keluar peluh dan menyihatkan jantung. 

Selain itu, menikmati alam sambil melepaskan endorphins untuk kesihatan mental. Kita akan dapat feel good chemicals atau happy hormone yang dikenali sebagai dopamine untuk kesihatan yang lebih baik. Sebab tu kalau hiking akan rasa happy. YTJT.

Untuk penutup September, kami hiking santai dan sekejap je di Bukit Kepayang pada 29 September. Cuaca agak mendung nampaknya. Awal pagi tak banyak kenderaan di jalan raya. Tak sibuk dan kami sampai awal.

Hiking Bukit Kepayang

Mula hiking pada jam 7.08 pagi. Kami ikut laluan tasik bunga teratai (Lotus Pond) boleh rujuk dalam blogpost hiking Bukit Kepayang laluan pacak. Kami ikut laluan yang sama cuma kali ni tak berjalan lebih jauh. Hanya setakat puncak dan tak sampai ke kuil India tu.

Lepas melalui tasik bunga teratai. Jalan landai sekitar 7 minit macam tu akan sampai big pipe trail ni. Di situ boleh jalan ke kanan, ke kiri atau ke depan ikut trail pacak ni. Ikutlah mana nak pergi. Kami terus ikut laluan pacak ni.

Hiking Bukit Kepayang

Nasiblah bila hiking waktu selepas hujan ni. Memang bertanah lah semua. Tak suka jumpa tanah macam ni. Licin pun satu hal juga. Tapi hadap je lah. Barulah mencabar, kan?

Hiking Bukit Kepayang

Laluan ni dia naik dan naik. Tapi ada je laluan landai sikit-sikit. Dapatlah rehat ambil  nafas sikit.

Hiking Bukit Kepayang

Cabaran terakhir laluan mendaki yang mencabar juga. Tali disediakan untuk memudahkan pendakian. 

Hiking Bukit Kepayang

Ini antara laluan yang biasa kami tempuh kalau hiking di Bukit Kepayang. Jarang bertembung dengan orang lain. Sekali dua je. Mungkin ramai yang ikut laluan biasa tu. Kalau nak mencabar sikit, bolehlah ikut laluan sini. 

Ada lagi laluan mencabar, cuma kami tak explore je. Risau lah kot jumpa jalan mati lagi macam hari tu. Dah lah trail pacak bukan main. 

Ikut big pipe trail ni ambil masa 40 minit untuk sampai ke puncak. Itu ikut pace kami lah. Pace orang lain mungkin lagi laju lah kot sampai puncak. Kami hiking santai-santai je.

Hiking Bukit Kepayang

Sambil berjalan kita nikmati permandangan indah waktu pagi.  Bila mendung lambat panas nampaklah kabus kabus di celah-celah bukit. Cantik permandangannya. 

Waktu kami sampai puncak tak ada orang lansung. Aikkk mana pergi semua orang. Biasanya meriah. Mungkin meriah di hari Sabtu je kot. Hari Ahad ni macam sunyi sikit. Tak ada lah berebut nak bergambar di sini kan. 

Hiking Bukit Kepayang

Tak lama di puncak, dah bergambar terus turun. Turun ambil masa kejap je 29 minit sebab ikut laluan mudah. Dapatlah sejam lebih sikit. Okaylah tu buat penat sekejap.

Semoga konsistent dapat buat sampai hujung tahun dan seterusnya. Semoga misi berjaya. Bukan hangat-hangat tahi ayam macam azam nak kurus tu. Opss...

Kita jaga kesihatan selagi boleh. Kurus tu letak nombor dua dulu ye.

Beralih Kepada Logitech Lift Vertical Ergonomic Mouse Komputer

Setelah 6 tahun berkhidmat, silent mouse komputer telah menunjukkan tanda-tanda tak sihat. Bebola dia dah gelong. Bila scroll ke atas ke bawah dia jadi loose. Sebelum ni pernah jadi benda yang sama tapi lepas bersihkan dia okay je.

Tapi kali ni dia tak tentu arah sudah. Maknanya kita kena tukar baru. Ada lah alasan untuk tukar yang baru tu. Lagipun dia punya getah bahagian kita letak ibu jari tu pun dah haus dah. Bila bersihkan pun serpihan getah-getah dia ikut tertanggal. 

Itu menguatkan lagi alasan untuk beli baru. Kan!

Kami bercadang nak beli di AEON Seremban 2 je. Nak pergi ALL IT Hypermarket di IOI macam tak rajin. Jadi pergi AEON je lah terpaling dekat pun.

Mulanya kami pergi kedai komputer. Tapi tak banyak pilihan. Jomlah kita tengok di bookstore POPULAR. Kot ada yang berkenan ke kan. Kita survey dulu.

Hasil carian di situ, saya memilih Logitech Lift Vertical Ergonomic Mouse warna pink. Rasanya ini pertama kali saya pilih mouse warna pink. Walaupun peminat tegar warna pink tapi belum terdetik lagi nak warna pink. Ini kalilah pilih warna pink.

Dan saya masih memilih jenama yang sama iaitu logitech. Jenama barangan komputer yang dipercayai dan terbaik.

Lift Vertical Ergonomic Mouse

Saja saya pilih jenis ergonomic untuk keselesaan tangan bila buat kerja dalam tempoh yang lama. Kita ni jenis buat kerja depan komputer je, macam sesuailah tu. Saiz pun sesuai dengan saiz tangan saya. Untuk elakkan terjadinya carpal tunnel syndrome pun ye juga. 

Lift Vertical Ergonomic Mouse

Mouse ni juga memiliki kelebihan tanpa bunyi. Tak lah bising kita dok tekan-tekan mouse tu. 

Lift Vertical Ergonomic Mouse

Selain tu ada button tambahan di bahagian tempat letak ibu jari. Button untuk back and forward. Jadi, tak payah lah kita nak cari anak panah back atau forward button di screen monitor. Tekan je di mouse tu. Mudah! Tapi saya belum biasa lagi. Almaklumlah benda baru.

Saya dah guna sejak bulan September hari tu. Setakat ni dah boleh biasakan tangan dengan ergonomic design ni. Cuma button tu je lah sedikit kekok. Belum biasa lagi. Lama-lama nanti mahirlah dia. Kita tengok berapa lama pula ketahanan mouse ni nanti.

Braces Monthly Review 5 Bulan

Diam tak diam dah 5 bulan hidup bersama braces. Rasa sakit hanya sehari dua selepas pakai braces. Sekarang dah serasi hidup bersama aman damai gitu. Tak ada masalah berbangkit. 

Appointment bulan September haritu dengan doktor gigi yang mula-mula consult dan pakaikan braces. Kali ni rawatan di bilik bawah je. Jadi, tak perlu naik ke tingkat atas. 

Selepas daftar, isi consent form, tandatangan dan set temujanji seterusnya kita pilih warna getah O ring. Biasanya saya dah siap-siap decide nak pakai warna apa untuk seterusnya. Tapi kalini macam tak ada idea nak pilih warna apa.

Tengok koleksi getah O ring di bawah ni macam banyak warna-warna menarik. Jadi rambang mata lah pula.

Braces Monthly Review

Akhirnya saya pilih warna hot pink yang ni. Dia macam tak warna hot pink sangat lah. Okaylah kita cuba warna pink pula. Inikan warna favourite saya. Lambat sikit nak pilih warna ni sebab risau tak sesuai dan risau kalau cepat bertukar warna bila makan lauk pauk warna kuning dan sewaktu dengannya.

Braces Monthly Review

Biasanya meriah tapi haritu temujanji saya awal sikit, waktu klinik baru dibuka. Jadi memang lenganglah sikit. 

Braces Monthly Review

Tak lama menunggu, pembantu doktor gigi panggil masuk. Selepas check, doktor hanya tukarkan getah O ring sahaja untuk ketatkan wayar sebab gigi depan bawah masih belum tegak sepenuhnya. 


Doktor kata ambil masa sikit dan biarkan dia tegak dulu baru proceed untuk seterusnya. Okay baiklah, kita sabar menunggu. Trust the process, as usual. Gigi bawah sebelah kanan dah kurang jarak tapi sebelah kiri pula gap bertambah. 

Warna pink tu nampak ceria sikit tapi lepas tu macam menyesal. Lupa pula kalau pink campur kuning, in case makan lauk masak lemak cili api nanti jadi warna oren. Ahh sudah...

Sebelum ni warna midnight blue bertukar jadi warna hijau gelap sebab makan masak lemak cili api tu ha...Kita dah lah bukan penggemar warna hijau. Nasiblah...

Kadang malas nak fikir dia nak bertukar warna apa sekali pun, janji dapat makan sedap. Haha...Bulan Oktober masih tak ada idea nak tukar warna apa. Kita tengok je lah warna apa yang available nanti. 

Sabar menanti pergerakan gigi ke arah susunan yang lebih elok.

Terokai Dunia Sains Di Pusat Sains Negara Kuala Lumpur

Cerita bulan September haritu, kami ke Pusat Sains Negara di hari pertama sekolah lepas habis cuti sekolah. Dah habis cuti sekolah baru nak berjalan-jalan. 

Kisahnya sebab encik suami cuti hantar mak appointment. Ada masa petang tu kita jalan-jalan kejap. Terokai dunia Sains di Pusat Sains Negara.

Pusat Sains Negara

Kami pergi hari Isnin, dengan harapan tak ramai orang lah. Ye, memang tak ramai orang sangat. Dapat pula parkir yang tak berapa jauh. 

Pusat Sains Negara

Masuk-masuk terus encik suami beli tiket. Harga tiket Pusat Sains Negara seperti di bawah. Sangat berbaloi datang sini ramai-ramai sebab tiket murah.

TIKET BAYARAN MASUK

Dewasa (13 tahun ke atas) : RM 6.00
Kanak-kanak (7-12 tahun) : RM 3.00
Warga Emas (55 tahun keatas) : RM3.00
Kanak-kanak & Bayi (6 tahun kebawah) : PERCUMA
Orang Kelainan Upaya (OKU) : PERCUMA
Kumpulan Murid Sekolah Rendah (termasuk Guru)* : RM0.00
Kumpulan Murid Sekolah Menengah (termasuk Guru)* : RM0.00
Kumpulan Dewasa (minima 10 orang) : RM5.00

*Kalau nak masuk OBSKURA dengan add on harga lain.

Pusat Sains Negara

Kami pergi 6 orang. 3 orang dewasa, 1 warga emas dan 2 kanak-kanak. Total semua RM57.00 termasuk tiket masuk OBSKURA tu.

Nak masuk sini pastikan tak bawa makanan dan minuman. Botol air pun tak boleh. Payung dan barang-barang yang tertentu tidak dibenarkan di bawa masuk. Kena semak sebelum datang. Tapi kalau terbawa, ada tempat untuk letak barang-barang sebelum masuk. 

Pusat Sains Negara ada 3 bahagian

  1. Galeri pameran dalaman (indoor)
  2. Pameran bertema
  3. Zon pameran luaran (outdoor)
Kami sempat terokai dalaman dan pameran bertema je. Outdoor tak sempat sebab kami masuk pun dah jam 2 lebih macam tu. Mana sempat nak terokai semua tempat.

1. GALERI PAMERAN DALAMAN (INDOOR)

  • Akuarium Hidupan Marin

Pusat Sains Negara

Sementara menunggu encik suami membeli tiket, kami cuci mata tengok kehidupan marin yang berhampiran. Ada banyak jenis ikan yang dipamerkan.

Dah beli tiket, jom kita masuk!

  • Akuarium Ikan Air Tawar

Pusat Sains Negara

Masuk-masuk je akan melalui terowong besar akuarium ikan air tawar ala-ala akuarium Aquaria dan Oceanarium. Teruja tengok ada pelbagai jenis ikan dan pelbagai saiz. 

Pusat Sains Negara

  • Galeri Wonderspark

Pusat Sains Negara

Disini bermulanya alam sains untuk kita belajar tentang fenomena alam semulajadi. Tentang akua, angin, cahaya yang berkait dengan teknologi. Teruja tengok bagaimana sesuatu itu berlaku.

Dah penat berjalan dan bermain dengan alam sains, berhenti seketika boleh layan movie tentang bencana alam.

Pusat Sains Negara

Ketahui bagaimana ombak tsunami berlaku. 

Pusat Sains Negara

Tempat di bawah ni tak pasti ada ke tidak. Ke kami yang tak perasan atau tak sempat tengok.

  • Galeri Eureka

  • Kids’ Discovery Place

  • Peneroka comel

  • Kid’s World


Pusat Sains Negara

Kid's world ni berada di tengah-tengah bangunan. Sebenarnya ini tempat terakhir kami singgah sebelum naik ke tingkat dua. Disini ada banyak permaianan yang menarik untuk anak-anak. 

Ada taman permainan dan bermacam-macam jenis permainan interaktif untuk anak-anak explore. Menarik sangat. Paling menarik, piano gergasi ni.

Pusat Sains Negara

Agak lama juga habiskan masa di Kid's world. Anak buah dua orang ni bukan main seronok main lagi. Kalau dibiarkan memang disini je lah habiskan masa.

Kami terus bergerak ke tingkat dua.

Pusat Sains Negara

Saya pula rasa kagum dengan bumbung Pusat Sains Negara yang berbentuk bulat ni. Tak lupa untuk potretkan gambar di sini tanda hadir.

Pusat Sains Negara

  • Laluan ke Alam Sains

Pusat Sains Negara

Di sini boleh main bermacam-macam jenis permainan sains. Agak teruja juga di sini. Seronok! Mak pun seronok jalan-jalan tapi agak penat. Tak boleh jalan-jalan lama. Mujurlah ada banyak kerusi disediakan di sini. 

Pusat Sains Negara

  • I-Rays

Di sini seronok juga bermain dengan sinar cahaya. Tapi tu lah tak ambil gambar pula di sini.

  • Galeri Penerbangan

Yang ni kami hanya lalu je. Konon nak cuba permainan interaktif di situ tapi kena beratur. Malas lah pula nak menunggu sebab kejar masa nak ke tempat lain.

2. PAMERAN BERTEMA (OBSKURA XR)

Pusat Sains Negara

TAMAN DIGITAL

  • Luncur Pelangi

Pusat Sains Negara

Bahagian yang menyeronokkan, kita main gelonsor pelangi. Bila kita gelonsor dia akan jadi warna pelangi. Cuma yang tak bestnya sebab dia tak licin. Kena mengengsot lah pula. Gambar tak jelas sebab screenshot je dari video.

  • Jelajah Biru

Pusat Sains Negara

Sebenarnya jumpa ni dulu barulah jumpa luncur pelangi tu. Di sini disajikan dengan permandangan kehidupan laut di layar putih. Lighting tak on point, jadi gambar pun kabur.

  • Metro Tekno

Tak ada gambar di sini.

DUNIA FANTASI

  • Portal Poligon

  • Menangkis Serangan

  • Riak Rimba

Pusat Sains Negara

Di sini dapat menyaksikan kehidupan rimba di layar putih. Ada juga permainan interaktif. Kami tak sempat explore.

  • Cabaran Mendaki

Pusat Sains Negara

Anak buah cuba cabaran mendaki ni. Bolehlah ujian kekuatan kaki dan tangan. Dan juga keberanian. Ini untuk budak-budak je okay. Orang dewasa perhati je.

Okay, tempat terakhir yang kami singgah di tempat permainan ni. Maaf, saya lupa namanya. Dapatlah anak-anak buah main sekejap sebelum kami dihalau keluar. Eh takdelah kena halau hambat keluar. Pekerja cuma cakap dah tamat waktu dah. Jadi, kenalah kita beredar. Jangan buat-buat tak faham pula. 

Pusat Sains Negara

Kesian pula dengan si adik baru nak bermain dah kena berhenti. Si kakak pun tak puas main lagi. Tapi nak buat macamana kan. Dah nak tutup. Itulah, siapa suruh datang lewat. Jadi, untuk tidak kecewa macam kami kenalah datang awal. Sebaiknya waktu pagi lah. Kami dapat teroka 2 jam lebih je.

Tak tahu pun tempat ni besar rupanya ye. Ada beberapa tempat sedang renovate. Rasanya yang bahagian Dinosaur tu kot. Banyak juga permainan yang tak boleh main sebab rosak. Mungkin masa cuti sekolah ramai pengunjung datang kot. 

Outdoor memang tak sempatlah kami nak pergi. Outdoor percuma kot kalau tak silap yang ada water park sekali tu. Mungkin akan datang boleh cuba datang lagi jika ada kesempatan waktu.

3. ZON PAMERAN LUARAN (OUTDOOR)

  • Water Plaza

  • Taman Herba

  • Zon interaktif

  • Pocket Garden

  • Focal point

  • Garden of nature

  • Taman Prasejarah

  • Laluan interaktif


WAKTU OPERASI

BUKA : Sabtu hingga Khamis 9:00 pagi sehingga 5:00 petang (Tiket akhir jam 4.00 petang)
TUTUP : Jumaat

Untuk maklumat lanjut boleh rujuk laman rasmi Pusat Sains Negara. Sangat berbaloi datang sini. Anak-anak seronok boleh belajar macam-macam ilmu sains dan dapat bermain permainan interaktif yang boleh menjana minda dan kreativiti. Kita pun seronok!

Singgah Makan Di Richiamo Coffee Gemas

Dalam perjalanan balik dari kampung dari Segamat ke Seremban, singgah di Gemas sebentar untuk menjamu selera. Kami memilih untuk makan di Richiamo Coffee Gemas yang baru di buka awal tahun ni kalau tak silap. 

Masih bau kedai baru. Masuk-masuk je, bukan main sejuk lagi dia punya suhu pendingin hawa tu. Terus buat pesanan di kaunter dan cari meja kosong. Memandangkan tak ramai orang, dapatlah memilih tempat duduk dan meja yang lebih selesa. Jauh sikit dari meja yang lain. 

Richiamo Coffee Gemas

Tak lama menunggu, buzzer pun berbunyi. Macam biasa menu pilihan saya, hazelnut latte. Air encik suami macam biasa minuman sejuk. Tapi saya lupa encik suami pesan menu apa. 

Richiamo Coffee Gemas

Makanan pula saya pesan set nasi daging asap salai. Daging salai masak lemak cili api didatangkan bersama semangkuk nasi putih, sambal belacan, sehiris timun, sehiris lobak merah, sehelai daun salad dan seekor ikan masin. Ikan masin apa tak tahu lah.

Encik suami pula pilih set nasi lemak rendang. Saya tak sempat rasa dek leka dengan menu pilihan sendiri yang sedap tu. hiks~

Richiamo Coffee Gemas

Menu Richiamo Coffee Gemas ni tak mengecewakan. Dua-dua menu sedap. Setakat ini saya makan di mana-mana cawangan Richiamo Coffee di Negeri Sembilan sedap. Satu cawangan di Selangor je gagal menepati KPI selera kami. 

Saya paling suka set menu daging salai asap Richiamo Coffee di City Park Seremban 2 sebab sayur-sayuran dia macam acar jelatah. 

Selain menu-menu tempatan, dia punya pastry pun sedap. Saya pernah cuba Chocolate Roll Danish. Pastry yang lembut dan rapuh, inti coklatnya yang sedap dan aroma butter yang best. Membangkit selera makan.

Menu pilihan lain yang sedap mengikut selera saya
Apa lagi yang sedap? Lepas ni setiap kali lalu sini balik kampung, bolehlah kita singgah makan mengopi ke kan. Dah alang-alang limpas tu. Singgah kejap. Dulu di Segamat ada, tapi dah tutup lah pula. 

kalau nak mengopi di Segamat, kita pergi KOFFIE Jalan Mentol.

Tanam Jagung Di Tepi Rumah Je

Dua Minggu lepas berkesempatan balik kampung di Segamat. Dapat balik kejap pun jadilah setelah dua bulan tak balik kampung. Biasa sebulan sekali kita balik. Dah encik suami sibuk kena kerja sampai weekend kadang, lari lah sikit rutin balik kampung tu.

Kali terakhir balik kampung hari tu mak ada sebut juga nak tanam jagung. Masa tu dah sibuk bersihkan  tepi rumah tu dari bagi lapang sikit. Pokok-pokok bunga habis di ketepikan nak bagi ruang untuk tanam jagung pula. 

Tahu-tahu balik selepas 2 bulan ni dah berbuah dah pokok jagungnya. Cepat betul jagung ni mengeluarkan hasil. Dulu masa arwah abah ada, abahlah yang suka tanam jagung ni. Bukan di kebun je ada tanam jagung, di tepi rumah pun arwah abah ada tanam juga.

Tanam Jagung

Berbaloilah tanam masa tu tinggal berdua je di kampung kan. Mana berlebih tu, siapa ada balik dapatlah. Tak pun diberikan je pada sesiapa.

Hasil jagung tanaman mak ni masih belum boleh dituai lagi untuk direbus. Mak kata kalau nak ambil, ambillah podak jagung tu. Tahu tak podak jagung tu apa? Orang Johor panggil baby jagung tu podak jagung. Ke orang Segamat je panggil macam tu?

Tanam Jagung

Podak jagung sedap buat sayur campur atau campur dengan kobis masak lemak putih. Kan?

Mak tanam tak banyak. Sekadar tanam untuk makan sendiri je. Harap eloklah isi jagungnya nanti dan tak diganggu musuh. Pernah dengar orang cakap, nak tanam jagung ni tukang tanam tu kena ber gigi elok baru elok isi jagung tu tak rongak. Entah betul entah tidak. 

Biasalah orang dulu-dulu punya petua. Macam-macam kan. 

Tanam Jagung

Selain seronok menaman berbudi pada tanah, seronok juga dapat merasa hasil tanaman sendiri. Jagung ni mudah nak tanam dan mudah nak hidup. Ingat dulu tolong abah di kebun buat lubang guna kayu, lepas tu letak lah biji benih jagung.

Mudah je! Tahu-tahu dah bercambah keluar anak pokok. Lebih kurang 2 bulan lebih dah boleh tuai. Duduk kampung ni tanam apa pun menjadi. Kawasan luas dan cahaya pun mencukupi.

Bab 10 : Oktober 2024

Bertemu kembali di bulan Oktober setelah hampir 3 minggu tak berblog. Tak sangka pula boleh sepi selama itu. Betul-betul mood jauh berlayar ye. Mujur pergi dan kembali semula. Disaat blogger lain rancak update blog, saya di sini terbeku seketika.

Hari ketujuh baru timbul seketul post. Apa nak jadi lah dengan seorang Fiza ni kan. Writer's block sebenarnya. Senang cerita. 

So, apa cerita menarik di bulan Oktober 2024 ni?

PINKtober 2024

Bulan Oktober adalah Bulan Kesedaran Kanser Payudara yang bermula pada 1 Oktober sehingga 31 Oktober yang disambut setiap tahun. Dikenali dengan gelaran PINKtober (Pink Oktober/October) atau disebut juga dengan nama Bulan Reben Merah Jambu.


Naik taraf lesen B Penuh (B Full)

Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) kelas B1 dan B2, 10 tahun dan ke atas layak untuk menyertai program peralihan khas bagi mendapatkan lesen B penuh, bermula 1 Oktober 2024. Selama mana tempoh tersebut, masih belum diketahui. Siapa layak, boleh cepat-cepat mohon.

Syaratnya perlu menghadiri dan lulus program peralihan serta penyesuaian ke kenderaan motosikal berkuasa 500cc ke atas di mana-mana institut memandu (IM) dengan kos yuran sebanyak RM160. 

Bukan tu je, pemohon juga perlu menjalani program amali penunggangan, informasi pemanduan selamat dan informasi pengoperasian motosikal berkuasa besar selama tempoh dua jam.

Mulanya ramai tak puas hati sebab ramai yang tak layak. Alasan tak layak, kalau pernah lewat renew lesen memang tak layak lah cerita dia. Sehari pun dikira tak layak. 

Selepas ramai yang bising, barulah ditukar syarat. Dengan syarat lesen aktif lebih dari 10 tahun gitu. Makanya, ramailah yang layak. Ramailah juga bercita-cita nak beli superbike berkuasa tinggi haa... Ikutlah rezeki masing-masing. 

Kita ni memang taklah. Bawa motor pun dah malas. Setakat merempit masa zaman study dan zaman kerja tu sudahlah.

Bab 10 : Oktober 2024

Page 275/366
Sometimes you need to disconnect and enjoy your own moment.
Take time for yourself and come back stronger.

Hari Kopi Sedunia 2024

1 Oktober, Sambutan Hari Kopi Antarabangsa (International Coffee Day) jatuh pada hari Selasa minggu lepas. Tak sempat nak rebut peluang beli kopi dengan harga promo sebab terlupa. Berhuhu je lah.

Lain-lain sambutan seperti di bawah. Cuti bulan Oktober 2024 tak berapa nak meriah. Hanya cuti umum sempena perayaan Deepavali sahaja pada 31 Oktober. Selain tu, cuti di beberapa negeri tertentu sahaja.

Cuti umum/ Public holidays Oktober 2024

7 Oktober (Sabtu) – Hari Jadi Yang di-Pertua Sabah (Sabah)
14 Oktober (Sabtu) – Hari Jadi Yang di-Pertua Sarawak (Sarawak)

Sambutan pada bulan Oktober

Jumaat Pertama Oktober – Sambutan Hari Senyum Sedunia (World Smile Day)
Isnin Pertama Oktober – Sambutan Hari Habitat Sedunia (World Habitat Day)
Khamis Kedua Oktober – Sambutan Hari Penglihatan Sedunia (World Sight Day)
1 Oktober – Sambutan Hari Kopi Antarabangsa (International Coffee Day)
1 Oktober – Sambutan Hari Vegetarian Sedunia (World Vegetarian Day)
2 Oktober – Sambutan Hari Tanpa Keganasan Antarabangsa (International Day of Non-Violence)
4 Oktober – Sambutan Hari Binatang Sedunia (World Animal Day)
9 Oktober – Sambutan Hari Pos Sedunia (World Post Day)
10 Oktober – Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia (World Mental Health Day)
13 Oktober – Sambutan Hari Antarabangsa Pembasmian Kemusnahan Semulajadi (International Day for Natural Disaster Reduction)
14 Oktober – Sambutan Hari Standard Sedunia (World Standards Day)
15 Oktober – Sambutan Hari Basuh Tangan Peringkat Global (Global Handwashing Day)
16 Oktober – Sambutan Hari Makanan Sedunia (World Food Day)
17 Oktober – Sambutan Hari Pembasmian Kemiskinan Antarabangsa (International Day for the Eradication of Poverty)
24 Oktober – Sambutan Hari Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Day)
24 Oktober  – Sambutan Hari Tindakan Iklim Antarabangsa (International Day of Climate Action)
31 Oktober  – Perayaan Deepavali (Diwali)


Senarai Top 5 dan Pemenang Anugerah Bintang Popular ABPBH 36 2024

Siaran lansung Anugerah Bintang Popular (ABPBH) 36 2024 disiarkan secara lansung di TV3 dan strim langsung menerusi platform Tonton jam 9.00 malam pada hari Jumaat 11 Oktober 2024. 

Anugerah Bintang Popular ABPBH 36 2024
sumber : ABPBH36

ABPBH 36 bertemakan Teguh yang diinspirasikan penaja utama iaitu CONBOO yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA),Wisma MBSA, Shah Alam. Dihoskan oleh Didie Alias, Haniff Hamzah dan Riena Diana.

ABPBH edisi 36 kali ni mempertaruhkan 16 kategori utama dan bakal menyaksikan juara kategori yang diangkat sebagai Bintang Paling Popular. Siapakah bakal pemenang Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-36?

Berikut senarai top 5 dan pemenang dalam setiap kategori yang dipertandingkan.

Senarai Top 5 dan Pemenang Anugerah Bintang Popular (ABPBH) 36 2024

ARTIS BAHARU LELAKI POPULAR

Danial Kifli
Hasif Upin
Izuan Razali
Putera Muhammad
Shah Radhy

ARTIS BAHARU WANITA POPULAR

Erysha Emyra
Ezzanie Jasny
Raden Zaharatul
Trisha Ooi
Tracie Sinidol

ARTIS KOLABORASI POPULAR

Dolla
Khai Bahar & Nabila Razali
Khai Bahar & Adira
Siti Nordiana & Saujana
Ziana Zain & Hasif Upin

PENYANYI LELAKI POPULAR

Amir Masdi
Aliff Aziz
Haqiem Rusli
Hael Husaini
Khai Bahar

PENYANYI WANITA POPULAR

Adira Suhaimi
Aina Abdul
Ernie Zakri
Siti Nordiana
Stacy

AKTOR PEMBANTU FILEM POPULAR

Alif Hadi
Eman Manan
Hafiz Nafiah
Hisyam Hamid
Ropie

AKTRES PEMBANTU FILEM POPULAR

Daiyan Trisha
Harissa Adlynn
Nadia Brian
Raja Ema
Wanna Ali

AKTOR FILEM POPULAR

Aedy Ashraf
Bell Ngasri
Pekin Ibrahim
Kamal Adli
Syafiq Kyle

AKTRES FILEM POPULAR

Amelia Henderson
Fasha Sandha
Isyariana
Janna Nick
Uqasha Senrose

ARTIS PEMBANTU TV POPULAR

Wanss Ahmad
Azhan Rani
Mierul Aimen
Nadhir Nasar
Shah Iskandar

ARTIS PEMBANTU TV POPULAR

Puteri Sarah Liyana
Alya Iman
Amyza Aznan
Bella Hanna
Rita Rudaini

AKTOR TV POPULAR

Aedy Ashraf
Amir Ahnaf
Hun Haqeem
Meerqeen
Redza Rosli

AKTRES TV POPULAR

Anna Jobling
Bella Astillah
Hannah Delisha
Siti Saleha
Sophia Albarakbah

PENYAMPAI RADIO POPULAR

DJ Sonic
Haiza
KJ
Sharifah Shahirah
Tyzo

ARTIS KOMEDI POPULAR

Bell Ngasri
Jep Sepahtu
Joey Daud
Sabri Yunus
Senario

PENGACARA TV POPULAR

Anim Ezzati
Elly Mazlein
Izzue Islam
Raja Azura
Uyaina Arshad

BINTANG PALING POPULAR ABPBH 36 2024

Aina Abdul

Kategori Ekstra Tonton Paling Popular

Couple Drama Popular

Amir Ahnaf & Anna Jobling (Drama Syurga Itu Bukan Mudah)

Couple Filem Popular

Bront Palarae & Nadiya Nisaa (Filem Harum Malam)

Lagu Paling Boom Popular

Masing-masing (Ernie Zakri & Ade Govinda)

Watak Antagonis Drama Popular

Aleza Shadan

Artis Sensasi Popular

Siti Nordiana

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat

Datuk Hashim Said @S.Atan

Pertama Kali Rasa Ubi Lambung Viral

Satu masa dulu ubi lambung ni pernah viral. Tapi masa tu kita tak terkejar-kejar nak into the scene cuba rasa. Tak tahulah kenapa macam tak beria sangat nak rasa. Sekarang ni viral lagi tak ek?

Tapi bila nampak ada orang jual, kita pun ambil kesempatan nak cuba rasa. Minta encik suami belikan buat rasa-rasa. 

Inilah rupa ubi lambung tu. Menariknya ubi lambung ni diperbuat daripada pelbagai jenis ubi keledek yang pelbagai warna. Warna warni tu juga salah satu tarikan ubi lambung ni.

Ubi Lambung

Lambung tu pula bentuk bebola agaknya, kot? Ubi lambung ni kalau makan panas-panas memang sedap. Rangup di luar, lembut di dalam. Rasa dia pun rasa manis-manis ubi keledek. Sedap! Penggemar ubi keledek mesti suka.

Lupa pula saya nak tanya encik suami berapa harganya. Lokasinya berdekatan dengan Family Store Sikamat, Seremban. Pertama kali rasa ubi lambung viral ni, saya suka dengan rasa dia. Cuma bila sejuk tu rasa liat sikit. Sebab tu kena makan panas-panas.

Salam Maulidur Rasul 1446H/ 2024M

Salam Maulidur Rasul 1446H/ 2024M kepada seluruh umat Islam. Sambutan Maulidur Rasul di Malaysia jatuh pada hari Isnin, 16 September 2024 sama dengan sambutan Hari Malaysia 2024. Kedua-dua sambutan ini merupakan cuti umum Malaysia.

Salam Maulidur Rasul 1446H/ 2024M

baca juga

TEMA MAULIDUR RASUL 2024 / 1446H

Tema sambutan Maulidur Rasul 1445H/ 2023 adalah "Al-Falah Pemacu Malaysia Madani"

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT KEBANGSAAN

Tarikh : 16 September 2024
Masa : 7.30 pagi - 3.00 petang
Lokasi : Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
Live streaming rasmi : RTMKlik

MAULIDUR RASUL

12 Rabiulawal, tarikh Maulidur Rasul dalam Islam adalah hari yang penting buat umat Islam kerana ia adalah hari memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW yang kita kasihi.

Kedatangan Nabi Muhammad adalah rahmat terbesar dan anugerah teragung sebagai utusan Allah untuk menghentikan segala kerosakan (penyembahan berhala, penzinaan,mabuk, berjudi, merompak, membunuh dan lain lain) dan membawanya kepada cahaya Ilahi.

Keperibadian Nabi Muhammad sangat terpuji dan perjuangannya perlulah kita renungi kembali dan seterusnya menjadikan contoh sifat dan kehidupannya kerana baginda adalah teladan yang terbaik.

Lazimi berselawat setiap hari bukan hanya semasa sambutan Maulidur Rasul sahaja. 
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu