Gadgets

Baby Tauhu Bergedil Ayam Murah Dan Sedap!

Hari Sabtu lepas cuaca sejuk je sebab mendung dan hujan lebat turun agak lama jugalah. Dan bila hujan, auto perut jadi lapar. Bila hujan reda, encik suami keluar membeli makanan untuk minum petang. Tapi macam dah lewat petang jugalah pukul 4 lebih macam tu.

Biasanya waktu macam ni banyak kuih muih dah habis. Encik suami kata nanti dia beli je lah apa-apa yang ada. Saya pun mengiyakan je lah. 

Balik rumah, encik suami beli baby tauhu bergedil ayam, kek coklat moist dan roti jala pandan dengan kaya pandan. Tapi roti jala tu peniaga bagi. Katanya vendor yang hantar roti jala tu sedekah kepada pembeli. Alhamdulillah, rezeki kami lah.

Ini pertama kali makan tauhu bergedil versi baby. Baby tauhu pun ada! Baby tauhu bergedil ayam ni saiz dia taklah baby sangat, kira besar jugalah saiznya macam nak sama besar dengan saiz tauhu begedil yang biasa tu.

Baby tauhu ni dia berbentuk bulat guna tauhu kering bulatlah tu kot. Bukan jenis bentuk petak empat segi sama tu. 

Baby Tauhu Bergedil Ayam Murah Dan Sedap

Satu pek Baby tauhu bergedil ayam ada 10 biji dengan harga RM6. Kira murah jugalah tu kan. Sekali dengan sambal kicap dan hirisan cili.

Baby Tauhu Bergedil Ayam Murah Dan Sedap

Sambal kicap dia pekat dan sedap. Makan dengan cili api dia, humangaiii podeh! Pedas yang sedap lah bagi pempedas. Puas hati makan macam ni. Memang berbaloilah rasa dan harga tu. Nak buat bergedil bukan mudah. Leceh juga nak membuatnya. 

Baby Tauhu Bergedil Ayam Murah Dan Sedap

Isi pula padat. Lupa pula nak digambarkan isi dalamnya. Lain kali beli boleh tunjuk dalam dia pula. Terima kasih pembuat tauhu bergedil yang sedap dan murah harganya. Maklumat lanjut pembuatnya, ada dalam sticker pada gambar di atas sekali.
 

8 comments:

  1. Ada tauhu kecil pula. Murah. Suka kalau pedas betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, ada. Saya pun baru tahu ada yang saiz baby. Murah dan sedap.

      Delete
  2. Betuuul, bukan bergedil ini sebenerny mudah, tapi leceh 😂. Banyak perintilannya, dan saya tak terlalu suka masak yg digoreng. Lebih baik beli kalo dah goreng2 😄. Bentuknya sedap nih bergedil tauhu.. saya suka juga bergedil tahu, tapi lebih suka bergedil kentang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann..agak leceh nak menyediakannya. Intinya tu banyak langkahnya. Lebih baiklah kita beli. Lagipun saya je yang makan. Bergedil kentang sedap. Tapi saya suka kalau selain kentang tambah ayam atau daging.

      Delete
  3. Yg menjual tu pun nama mcm nama awak

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.