Header Ads

Carrot Kek Yang Comel


Macam dah lama tak makan carrot cake, kek lobak merah. Janggal pula sebut kek lobak merah. Teringat-ingat pula carrot cake masa birthday bulan Februari haritu hadiah dari anak-anak buah. Sedap betul! Tapi itu kek Secret Recipe. Haruslah sedap kan.

Kebetulan encik suami nak membeli makanan di resto Aisyah De' Kitchen. Ada pula jual carrot cake. Maka, membeli lah buat rasa-rasa. Kita ni bukan nak makan sangat pun. Lebih kepada nak merasa bila teringin.

Tapi bukan produk Aisyah De' Kitchen lah. Produk carrot cake dari Salina Home Bakery.

Comel betul keknya. Comel rupa parasnya dan comel juga saiznya. Satu bekas ni RM8. Kalau untuk penggemar carrot cake memang tak cukup lah sebekas ni.

Carrot Kek Yang Comel

Disebabkan nak merasa, kongsi berdua pun rasa cukup dah. Tekstur kek yang lembut, lembap dan sedap. 

Carrot Kek Yang Comel

Nak buat tak pandai, kita beli je lah. Terima kasih pembuat kek sedap.

22 comments:

  1. fav kita ni carrot cake. kita suka makan dekat coffee bean. sedap moist ja

    ReplyDelete
  2. Comel kek tu. Mujur rasa dia sedap.
    Saya tk berapa makan sangat kek carrot, tpi kek carrot kat secret recipe je yg saya selalu makan. Tu pun cuit2 sikit share dgn adik hehe

    ReplyDelete
  3. Murah dan yang penting sedap. Keknya pun cantik berseri.

    ReplyDelete
  4. ala ala..comei sgt ni....just nice je portion nya pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah portion dia just nice lah untuk rasa rasa di kala teringin makan.

      Delete
  5. Terasa kat tekak ni, lama nya tak makan carrot cake

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann..carrot cake ni dapat makan sesekali memang best.

      Delete
  6. Kalau lembut lembab, memang sedap tu. Akak pun prefer beli kecik gini, sebab makan sorang je. Cukuplah buat merasa. Kalau pandai dan rajin buat, nanti banyak pulak kita makan ๐Ÿคญ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..betul jugak tu. Kang terbanyak lak makan sebab sedap sangat. Pek saiz macam ni sesuai sangatlah untuk buat mereka yang nak rasa-rasa tak nak makan banyak kan.

      Delete
  7. Anak saya tak suka wortel , tapi jika dibuat cake macam ni, dia sukaaa sangat ๐Ÿ˜„. Kebetulan di sini pun ada langganan bakery yg carrot cake nya sedap. Beberapa kali saya pernah beli dari toko berbeda

    Ada yg sedap, biasanya dia punya tekstur cake moist, krimnya pun tak manis sangat tapi creamy.

    Pernah beli carrot cake yg tak sedap, kering, dan terlalu manis pula. Bikin mual nak habiskan ๐Ÿ˜

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh..kalau buat kek makan pula ye. hihi..
      Kek jenis kering memang tak best sikit. Suka jenis moist dan tak terlalu manis, baru habis makan. Yang kurang tu lambat sikitlah nak habis. Kann...

      Delete
  8. Selalunya benda pertama saya buat adalah jilat carrot kecik tu hhehe

    ReplyDelete
  9. Kak Amie pun suka carrot cake.
    Tapi kalau dah jumpa memang tak cukup makan sepotong.
    Lagi satu, makan carrot kek boleh bagi kenyang perut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kan carrot cake walau kadang bukan jadi pilihan utama.
      Ohh mengenyangkan perut juga ye. Biasa makan kek susah nak kenyang. hihi...

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.