Telefilem Suluhkan Aku Cahaya (TV3)

Azhafizah MN
By -
0

SULUHKAN AKU CAHAYA

Telefilem Suluhkan Aku Cahaya, sebuah filem ulang siaran pada hari Sabtu ini, 2 September 2023 jam 10:00 malam mengisi Slot Cerekarama TV3 lakonan Redza Rosli, Ain Edruce, Jalil Hamid dan ramai lagi.

Suluhkan Aku Cahaya diarahkan oleh Ismail Yaacob, nukilan skrip daripada Siti Solehah Abdul Ghani dan diterbitkan oleh syarikat produksi ZK Creative Sdn. Bhd.

Telefilem Suluhkan Aku Cahaya TV3

PELAKON, WATAK DAN SINOPSIS SULUHKAN AKU CAHAYA

Pelakon Suluhkan Aku Cahaya dibintangi oleh Redza Rosli, Ain Edruce, Jalil Hamid, Idris Mat Diah, Akhmal Nazri, Shekeen Waida dan ramai lagi.
  • Redza Rosli sebagai Syarif
  • Ain Edruce sebagai Dr. Zulaikha
  • Jalil Hamid sebagai Ustaz Jamal
  • Idris Md Diah sebagai Pak Kassim
  • Akhmal Nazri sebagai Azri
  • Shekeen Waida sebagai Dr. Anis

Suluhkan Aku Cahaya mengisahkan tentang Zulaikha berkahwin dengan Syarif selepas mendapat restu daripada bapanya Ustaz Jamal. Persetujuan itu selepas melihatkan Syarif seorang yang arif bab agama dan boleh membimbing anak tunggalnya. 

Selepas berkahwin, Syarif maklumkan sebenarnya dia jahil agama dan sebelum ini hanya lakonan sahaja. Zulaikha pada mulanya kecewa dengan sikap suaminya namun dia demi cinta dia ingin membantu Syarif. 

Perbualan mereka didengari oleh Ustaz Jamal lalu Ustaz Jamal lantas dia meminta mereka untuk tinggal dengannya. Bermulalah kehidupan baru Syarif di rumah mentuanya setiap malam dikejutkan untuk solat jemaah. 

Telefilem Suluhkan Aku Cahaya TV3

Syarif mempersoalkan selama ini dia tidak pernah bersolat tetapi boleh berjaya juga. Ustaz Jamil terkejut dengan kenyataan menantunya itu.

Post a Comment

0Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment (0)