Drama One Million Dollar Voice (Astro Ria)

Azhafizah MN
By -
0
One Million Dollar Voice, sebuah drama rantaian terbaharu di saluran 104 Astro Ria setiap hari Isnin hingga Khamis mulai 28 Ogos 2023, jam 10:00 malam. Juga boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO.

DRAMA ONE MILLION DOLLAR VOICE

Drama One Million Dollar Voice Siri fiksyen 24 episod ini diilhamkan daripada kisah-kisah benar yang menyingkap kisah di belakang tabir sebuah rancangan realiti nyanyian diarahkan oleh Michael Ang dan diterbitkan oleh Juita Viden.

Drama One Million Dollar Voice Astro Ria
sumber astro, tujuan untuk promosi

PELAKON, WATAK DAN SINOPSIS ONE MILLION DOLLAR VOICE

Dibarisi pelakon popular tanah air seperti Emma Maembong, Amelia Henderson, Ben Amir, Lah Ahmad, Roy Azman, Datin Nina Juren, Sean Lee, Zarul Umbrella, Naufal Azrin, Uriah SK, Neeta Manisha, Bee Aishah, Ezra Kairo, Tracie Sinidol, Layla Sania dan ramai lagi.

  • Emma Maembong sebagai TJ
  • Ben Amir sebagai Muhammad Ali
  • Amelia Henderson sebagai Zana
  • Lah Ahmad sebagai Joe
  • Layla Sania sebagai Bella
  • Neeta Manis sebagai Sheila
  • Uriah See sebagai Felix
  • Sean Lee sebagai Jason
  • Zarul Husin sebagai Karim
  • Keanu Azman sebagai MJ

One Million Dollar Voice mengisahkan tentang krew produksi serta para peserta sebuah pertandingan realiti yang suatu ketika dahulu tersohor tetapi kini kian corot di kalangan para penonton.

Dengan tekanan yang diterima, penerbit TJ yang diperankan oleh Emma Maembong ingin menebus semula maruahnya serta rancangan terbitannya walau apa jua sekalipun.

Siri rantaian ini turut memaparkan motif di sebalik setiap penyertaan peserta yang mendahagakan wang kemenangan sebanyak USD 1 juta.

Antaranya Ali yang dimainkan oleh Ben Amir yang ingin melepaskan dirinya daripada genggaman gang lamanya untuk berkahwin dengan wanita pilihannya yang merupakan anak seorang anggota polis.

Manakala Zana yang dilakonkan oleh Amelia Henderson ingin membebaskan dirinya daripada dibelenggu oleh kisah silamnya sebagai seorang pekerja seks dengan bertekad untuk memenangi wang tunai tersebut.

Joe yang dimainkan oleh Lah Ahmad perlu melangsaikan hutangnya demi menyelamatkan nyawa isteri dan anaknya.

Post a Comment

0Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment (0)