Gadgets

Lirik Lagu Pujaanku MASDO ft. Aisyah Aziz

Kugiran Masdo tampil dengan lagu terbaru berjudul Pujaanku. Istimewanya lagu Pujaanku merupakan lagu duet bersama dengan penyanyi  kelahiran Singapura, Aisyah Aziz yang juga adik kepada Aliff Aziz.

Lagu Pujaanku MASDO ft. Aisyah Aziz

Judul Lagu : Pujaanku
Komposer : Ali Sariah
Susunan lagu : Masdo
Seni kata : Heidimoru & Ali Sariah

Lirik Pujaanku ditulis sendiri oleh Ali Sariah bersama Heidi Moru dan muzik diterbitkan oleh Kugiran Masdo dan Shahakam. Lagu Pujaanku terbitan Warner Music Malaysia bersama Warner Music Indonesia ini boleh didapati di kesemua platform digital bermula 21 JULAI 2023. 

Lirik Lagu Pujaanku MASDO ft. Aisyah Aziz
sumber : Apple music

Makna lagu Pujaanku

Bait dalam lagu ini menggambarkan perasaan seseorang yang sangat mencintai dan menghormati seseorang yang disebut sebagai pujaan.

Dalam bait ini, penulis menyapa pujaannya yang sedang terdiam, raut wajahnya menunjukkan bahawa ada sesuatu yang mungkin sedang difikirkannya. Penulis menyatakan bahawa pujaannya adalah segalanya baginya, tidak peduli apa yang terjadi di masa depan, penulis ingin tetap bersama pujaannya dalam kebahagiaan dan kesedihan, seperti yang mereka lakukan dalam masa lalu.

Secara keseluruhan, lagu Pujaanku mengungkapkan perasaan yang dalam dan tulus terhadap pujaannya. Lagu ini mengekspresikan cinta, penghormatan, dan kesetiaannya yang abadi melalui katakata yang penuh perasaan. Jelas Kugiran Masdo.

sumber : murai

Lirik Lagu Pujaanku MASDO ft. Aisyah Aziz

Pujaanku
Mengapakah kau termangu
Raut wajahmu mencerminkan sesuatu
Dakap erat tubuhku
Curahkan rasa itu

Pujaanku
Bila dihari tuaku
Apakan sama seperti waktu yang lalu
Tiap masa bersama
Dalam suka dan duka

Saat malam mengulit lenamu
Dan cahaya pagi menyapa dirimu
Ukir senyuman manis dipipimu
Pujaanku

Sampai usai memutih rambutmu
Jangan pernah kau ragukan cintaku
Relung hati ini cuma ada kamu
Pujaanku

Saat malam mengulit lenamu
Dan cahaya pagi menyapa dirimu
Ukir senyuman manis dipipimu
Pujaanku

Sampai usai memutih rambutmu
Jangan pernah kau ragukan cintaku
Relung hati ini cuma ada kamu
Pujaanku

Saat malam mengulit lenamu
Dan cahaya pagi menyapa dirimu
Ukir senyuman manis dipipimu
Pujaanku

Sampai usai memutih rambutmu
Jangan pernah kau ragukan cintaku
Relung hati ini cuma ada kamu
Pujaanku

Da da da da
Pujaanku

Muzik video rasmi pujaanku

Muzik video Video muzik rasmi Pujaanku yang merupakan arahan Aqil Muaz dari Kualitea Production ini menceritakan pasangan kekasih yang akhirnya berjumpa setelah sekian lama hanya berhubung melalui utusan surat. Video muzik ini juga menampilkan Aisyah Aziz yang diterbangkan dari Singapura dan penggambaran bagi video muzik ini mengambil masa dari jam 7 pagi ke 6 pagi hari berikutnya.

Mood dalam video muzik ini juga mengembalikan memori ke zaman retro dari segi props, pakaian dan solekan. Secara keseluruhan, para penonton yang menonton video muzik ini akan berasa seolah-olah mereka berada dalam era retro itu sendiri.

Video muzik rasmi Pujaanku boleh ditonton di saluran YouTube MASDO.

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.