Responsive Ad Slot

Musim Durian Crepe

Selepas musim pavlova, sekarang musim durian crepe pulak dah! Ramai lah di luar sana yang mengidam Durian Crepe ni. Sana sini teringin nak makan durian crepe. Untunglah dapat makan kan.

Maaf, saya tak into the scene sebab bukan peminat durian. Senang cakap, tak makan durian. Jadi, taklah mengidam macam kau orang kan. Haritu pergi rumah kakak, dia ada offer durian crepe. Memang tak lah nak makan.

Resepi durian crepe dan cara buat durian crepe
sumber : Azlita masam manis

Mujurlah bukan ada durian crepe je masa tu. Ada juga bluebery crepe. Sedap jugak! Jatuh cinta tiba-tiba dengan style crepe ni. Well, kalau ada yang nak cuba resipi durian crepe Azlita Masam Manis boleh rujuk resipi dalam gambar atau dibawah ni.

Resepi durian crepe dan cara buat durian crepe

By : Fatmah Bahlawan
Rujukan : Hesti

Bahan-bahan :
250 gm tepung gandum
3 biji telur
500 ml santan
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh pandan emulco
1 sudu teh pewarna hijau

Cara buat durian crepe

  1. Satukan semua bahan di atas di dalam bekas dan kacau rata
  2. Masukkan dalam blender dan kisar. Kemudian tapis
  3. Sediakan kuali leper untuk membuat crepe yang tidak melekat
  4. Panaskan hingga kuali benar-benar panas
  5. Oleskan sedikit minyak pada kuali
  6. Kemudian kecilkan api
  7. Tuangkan satu senduk kecil ke dalam kuali dan masaklah adunan tadi hingga menjadi crepe. Adunan tak perlu di balikkan
  8. Bila permukaan atasnya dah kering terus angkat
  9. Buat sehingga habis
  10. Biarkan sejuk.

Durian Filling
By: Nia Kurniasih
Rujukan : Hesti

Bahan-bahan :
1 cawan Non dairy Whipping Cream
Isi durian secukupnya

Cara penyediaan :
  1. Pukul Whipping Cream dalam mixer hingga kental
  2. Pisahkan isi durian dari bijinya. Lumatkan sedikit
  3. Bentangkan 1 keping crepe
  4. Letakkan Whipping Cream di tengahnya
  5. Letakkan isi durian
  6. Tutupkan semula dengan Whipping Cream
  7. Lipatlah crepe
  8. Kemudian simpan dalam peti ais sebentar
  9. Enak di hidangkan dingin

Sumber : Azlita Masam Manis 

Nampak gaya cara buat durian crepe ni macam mudah. Ada kerajinan bolehlah cuba tapi filling bukan durian yang pastinya. Sebab tak makan durian. Bolehlah cari idea lain untuk gantikan filling durian tu.

Selamat mencuba.

Peplum style yang stylo

Peplum, fesyen terkini yang semakin popular dan trending. Seiring dengan peredaran zaman, fesyen peplum dulunya pernah menjadi salah satu fesyen baju yang hype juga dalam industri fesyen.
Peplum is originates in the Greek word for 'tunic' and may refer to one of the following: A genre of Italian films also known as 'Sword and Sandal' Peplos, a kind of women's garment in ancient Greece Veil Short overskirt that is usually attached to a fitted jacket, blouse or dress.-wikipedia
Baju peplum adalah jenis baju yang berbentuk kembang pada bahagian pinggang ke bawah. Biasa panggil baju kepuk kepuk.

Fesyen baju peplum untuk berbadan  gempal akan membuatkan pinggang spemakai lebih kelihatan ramping. Bukan itu sahaja, baju jenis peplum ni lebih selesa di pakai sebab jenis longgar pada bahagian pinggul. Selesa untuk bergerak juga. 

Peplum style yang stylo
sumber : google

Si pemakai lebih feminin dan tampil cantik.

Tutorial: Letak signature dalam post entry

Contoh signature untuk letak dalam post entry boleh tengok dalam gambar bawah ni. Contoh je tau! Jangan jadi pembaris sangat terus ambil saya punya signature ni. Contoh sahaja tu. 

Disebabkan ada sorang blogger yang bernama Shabbychubby ada tinggalkan message di shoutbox saya tanya pasal camna nak letak signature kat every post entry. 

Jadi, saya pun  merajinkan diri buat tutorial untuk beliau. Lagipun tutorial ni agak simple dan tak makan banyak masa.

Tutorial: Letak signature dalam post entry

Untuk newbie atau mereka yang belum ada signature kat post entry. Boleh cuba tutorial kat bawah ni ye. Harap harap membantu.

Tutorial Letak signature dalam post entry

1. Create satu signature guna apa apa software pun boleh. Save dalam file .png (Saya gunakan photoshop)
2. Kemudian upload signature yang dah create tu dalam blog. Simpan dalam draft tak perlu publish. 
3. Log in blogger
4. Dashboard >> Theme >> Edit html 
5. Cari code <div class='post-footer'> . Klik sini untuk copy kod
6. Letakkan code ni <img src='URL signature image'/> di bawah code no.5 tadi
7. Gantikan URL signature image dengan code URL signature image dalam draft post tadi. (Klik pada gambar, kemudian right click mouse copy image address.)

contoh complete coding
<div class='post-footer'>
8. Preview. Kalau tak menjadi boleh cuba letakkan coding yang dah siap di atas code no 5.
9. Kalau dah puas hati boleh save terus.

Sweet/Hot Pink Paint

Setiap ruang rumah jika pandai memilih warnn cat dindingnya pasti akan memberikan suasana yang lebih menarik. Salah satu ruang yang paling penting adalah bilik tidur. Penting memilih warna dinding bilik tidur yang sesuai.

Bilik tidur yang selesa akan membuatkan kita rasa lebih tenang dan damai bila berehat di bilik terutamanya untuk tidur dengan lena.

Pemilihan warna bilik tidur kegemaran juga akan memberikan mood yang baik kepada tuan bilik itu sendiri. Macam saya, saya lebih sukakan warna pink/merah jambu.

PINK/MERAH JAMBU

Tahu tak? Warna merah jambu sinonim dengan perempuan dan cinta. Warna pink ni selalu jadi pilihan utama gadis dan perempuan. Warna pink/merah jambu lembut sesuai untuk mereka yang berjiwa lembut dan menonjolkan imej lebih feminin.

SWEET/HOT PINK

Sebelum ni saya gunakan warna soft pink. Untuk mood baru saya bertukar kepada sweet/hotpink pula. Warnanya lebih menyerlah dan lebih ceria pada saya.

Warna hot pink lebih menyerlah bila waktu siang dan gambar diambil menggunakan DSLR. Nampak lebih jelas warna hotpink ni bukan?


Abaikan penampakan kepala dalam gambar. Gambar anak buah yang sengaja nak enterframe kepala. Saya menggunakan embroidered sheer curtain untuk lebih banyak cahaya masuk dalam bilik.


Gambar bawah ni saya snap pada waktu malam menggunakan DSLR dan ON flash. Warna akan nampak macam soft sikit daripada waktu siang. Tapi masih juga menyerlah warnanya.

Sweet/Hot Pink Paint Warna Cat Bilik Tidur

Gambar bawah last sekali ni sudut 'si comel' dalam bilik. Saya letak koleksi toys dan komik. Gambar ambil guna handphone cap ayam di waktu siang. 

Sweet/Hot Pink Paint Warna Cat Bilik

Warna cat ni masih bertahan sampai sekarang. Belum ada keinginan lagi nak menukar warna cat. Tak ada masa nak cat pun ye juga. Tak larat nak mengecat pun satu hal juga tu. Lagipun cat dinding tu masih elok lagi. 

Saya guna Nippon Paint Matex Gold Emusion.. Kod warna saya lupa pulak. Adeh!

Pengalaman nikah gantung

Nak cerita pasal kahwin lah dalam entry ni. Boleh tak? Kalau sebut je pasal kahwin sure excited sangat kan. Siapalah yang tak suka kahwin kan. Kalau boleh nak kahwin cepat cepat je kan. Boleh je, nikah gantung jalan penyelesaiannya.

Pengalaman nikah gantung

Eh eh bukan saya nak cerita pengalaman saya nikah gantung. Saya nikah pun belum lagi. Nak share topik ni sebab hari ni dok check keyword nuffnang ada yang mencari pengalaman pasal nikah gantung ni.


Nikah gantung (atau dalam Bahasa Arab disebut Nikah Khitbah) sebenarnya bermaksud pernikahan di mana pasangan pengantin tidak duduk serumah dalam satu-satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua-dua belah pihak. 

Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan.

Dalam kata lain, majlis akad nikah diadakan terlebih dahulu tapi majlis kenduri kahwin (walimatul urus) diadakan kemudian. Penangguhan majlis kenduri kahwin tersebut boleh hingga menjangkau tempoh bertahun-tahun lamanya.

Akan tetapi rukun-rukun perkahwinan seperti biasa perlu diikuti iaitu perlu ada suami, isteri, wali, saksi dan akad (Ijab Qabul). Tidak ketinggalan juga maskahwin pun perlu dibayar. Untuk hantaran boleh ditangguhkan dulu.

Sebab-sebab biasa nikah gantung ini dibuat adalah seperti:
  • Suami masih tidak mampu menyara sepenuhnya kos hidup isteri seperti rumah sewa, pakaian dan sebagainya.
  • Pasangan masih lagi menuntut dan masih belajar.
  • Belum bersedia memberi komitmen sepenuhnya dalam menunaikan tanggungjawab berumahtangga.

Setelah majlis akad nikah berlangsung, kedua-dua pasangan perlu tinggal secara berasingan sehingga benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Pada kebiasaannya pasangan ini akan tinggal di rumah ibubapa masing-masing.

Tujuan utama nikah gantung ini dilakukan ialah bagi mengelakkan berlakunya penzinaan dan kelahiran anak luar nikah. 

Setelah kedua-dua pasangan ini melalui nikah gantung, mereka boleh bertemu, berdating, dan bermesra. Malah jika melakukan seks pun hingga melahirkan anak ianya tidak salah dan tidak haram. Anak yang mereka lahirkan itu adalah sah hukumnya.

Walaupun mereka nikah gantung, mereka adalah pasangan suami-isteri yang sah di sisi agama Islam dan undang-undang Kerajaan Malaysia. 

Dari sini anda dapat lihat bahawa kesucian institusi kekeluargaan itu dapat terus dipelahara. Si gadis yang hamil dalam tempoh nikah gantung tidak perlu berasa panik dan gerun oleh kerana anak yang dikandung adalah sah. Dengan ini kes-kes dan isu pembuangan bayi tidak akan berlaku.

Di sinilah anda boleh lihat bahawa ajaran Islam itu amatlah mudah dan mampu meringankan umatnya dalam menjalani kehidupan seharian. Harap entry ni berguna bagi mereka yang memerlukan.

Credit :http://myblacklens.blogspot.com/2012/02/apakah-itu-nikah-gantung.html

Charlie makin popular

Kalau charlie's angel kat bawah ni dah memang popularlah kan. Tapi yang saya nak exposed kan dalam entry ni adalah charlie comel yang berwarna orange hitam ni. Nampak cantik kombinasi warna tu. Tapi AWAS! Charlie adalah sejenis serangga yang sangat berbahaya.

charlie's angel

Korang tengok gambar bawah ni.

Serangga Charlie

Nampak tak kesan dari terkena serangga ni. Ngeri tengok Kan. Dulu masa saya study diploma Kat UiTM Penang, memang popular sangat serangga ni. Ye lah tapak UiTM tu adalah kawasan padi dan memang banyak charlie kat situ.

Selalunya waktu malam memang banyak dan kiteorang memang selalu tutup tingkap. Tapi ada jugak yang terlepas masuk tu. Pernah jugaklah saya kena dulu. Tapi nasiblah tak besar dan kena pulak di kawasan tertutup. Kalau kena tang muka memang nasib lah. Parut dahlah susah nak hilang.

Selalu kalau dah kena cepat cepat pergi Pusat kesihatan memang dah tersedia ubat sapu. Mintak je ubat tu boleh dapat. Memang bekalan untuk student UiTM.hehehe...Kalau nampak charlie ni kecik je tapi kesannya boleh jadi besar macam kat atas tu kalau air dia pecah dan merebak.

Saya ada sikit petua dan tips nak share ni.
Kalau jumpa charlie nak bunuh ada cara dia. Amek selotape dan tapekan pada charlie tu..seal terus. Kenapa  kena buat camtu? Sebabnya kita tak boleh bunuh terus nanti bau cecair dari badan charlie keluar dan boleh menyebabkan geng geng charlie datang beramai ramai.
Dan kalau dah terkena charlie ni.
Cepat cepat letak cream fair and lovely. Sebab dari pengalaman s sayaendiri, kalau guna fair n lovely luka tu akan cepat kering dan parut cepat hilang. Lebih berkesan dari guna ubat sapu kat Pusat kesihatan tu. Plus, boleh memutihkan kulit korang jugak.
Tu je la tips yang saya nak share. Kalau korang duduk di kawasan yang banyak charlie ni memang takut sangat kalau terkena tu. Dulu memang berjaga jaga sangat risau terserempak dengan charlie ni. 

Alhamdulillah tak pernah lagi terkena seteruk macam dalam gambar tu. Sekarang ni charlie tengah popular kat Indonesia pulak. Charlie dipanggil juga dengan nama Tomcat.

Article bawah ni saya copy dari facebook untuk di share kan. Kredit to rakan rakan facebook

APA ITU serangga TOMCAT ?

Nama Am: Kumbang Rove
Nama Saintifik : Staphylinidae (Insecta: Coleoptera: Staphylinidae)
Nama Setempat: Semut Semai, Semut Kayap, Charlie dll
Spesies: Ädâ sekitar 47 000 Spesies
Habitat: Sawah padi dan padang sekolah.

Cairan hemolimfe yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini mengandung toksin sentuh hewan yang paling berbisa di dunia. Toksin ini dikenal sebagai 'Pederin' (C24 H43 O9 N) ditemukan pada tahun 1953.

Racun ini 12 kali lebih kuat daripada venom ular tedung. Kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih tetap beracun.

Nasihat kepada penduduk yang dijangkiti:Kurangi penggunaan cahaya lampu pada waktu malam, karena kumbang rove amat tertarik kepada cahaya. Gunakan aerosol anti serangga, perangkap berpelekat atau kelambu nyamuk yang halus.

Hindari duduk dekat cahaya dan jika dihinggapi kumbang rove, jangan ditepuk, sebaiknya hembus/tiup supaya menghindar.. Jika bersentuhan dengan kumbang rove, cepat-cepatlah basuh pada bahagian yang terkena kumbang rove dengan sabun dan air. 

(Sumber : pak hIdali)
 
Notapink : Berhati hati dengan serangga comel ni ye. Jangan dibuat main pulak.

Tutorial buat menu tab comel di tepi blog[ hover rotate -5deg]

Dah 2 hari kot menu tab comel di tepi blog saya ni menapak tanpa ada masalah buat masa ni. So, selamat untuk digunakan sebab tak mengganggu loading blog dan mudah nak navigate blog juga. 

Paling best bila hover ada effects -5deg dan buatkan korang suka nak main main dengan hover tu.Seriously nampak style dan comel.


Disebabkan ada yang bertanya dan ada masa nak buat tutorial simple ni.


Sebelum mulakan tutorial ni, save dulu template blog masing-masing.

1. Log in blogger>>Dashboard>>Design>>Edit HTML

2. Click pada expand widget templates

3. Cari code ]]></b:skin> (klik sini untuk copy code)
*tekan serentak ctrl+f dan masukkan code no 3 di dalam box untuk memudahkan pencarian

4.Copy code bawah ni
/* LIST #8 */
#list8 { }
#list8 ul { list-style:none;}
#list8 ul li { font-family:Georgia,serif,Times; font-size:18px;margin:1px; }
#list8 ul li a { display:block; width:80px; height:28px; background-color:#000000; border-right:10px solid #FFFFFF; padding-left:40px;
text-decoration:none; color:#FFFFFF; }
#list8 ul li a:hover { -moz-transform:rotate(-5deg); -moz-box-shadow:10px 10px 20px #000000;
-webkit-transform:rotate(-5deg); -webkit-box-shadow:10px 10px 20px #000000;
transform:rotate(-5deg); box-shadow:10px 10px 20px #000000; }
*Customize coding ikut kesesuaian blog,korang boleh tukar jenis font,warna font,size font,warna background dan position tab menu tu.

code warna: http://userabbe.xtgem.com/code_warnai

5. Pastekan code no4 sebelum code  ]]></b:skin>

6. Cari code </body>
*tekan serentak ctrl+f dan masukkan code no 5 di dalam box untuk memudahkan pencarian

7. Copy code bawah ni
<div style='display:scroll; position:fixed; top:150px; left:-40px;'>
<div id='list8'>
<ul>
<li><a href='URL BLOG'>Home</a></li>
<li><a href='URL/LINK '>Tajuk</a></li>
<li><a href='URL/LINK '>Tajuk</a></li>
<li><a href='URL/LINK '>Tajuk</a></li>
</ul>
</div>
</div>
*letak link menu dan tajuk menu pada code di atas ni

8. Paste code no 7 sebelum code </body>

9. Preview

10 .Kalau dah ok tekan SAVE

Mula mula saya buat tak menjadi, mungkin ada masalah coding dalam template. So, saya switch template baru dan buat  semula macam template asal. 

Alhamdulillah menjadi menu tab comel ni. So, kalau tak jadi masa first time buat tu, korang kena switch pada template baru dan buat balik blog. Sebelum switch template baru, save dulu template lama.

Selamat mencuba.

sumber : Nurulcomel

Tutorial buat drop cap[Huruf pertama besar]


Apa yang dimaksudkan dengan drop cap adalah huruf pertama besar dalam artikel seperti yang kau orang tengok dalam majalah dan akhbar tu. Nampak macam style dan menarik kan? Macam contoh entry dalam blog saya ni. Nak try buat? Mudah je dan boleh customize ikut citarasa korang.

1. Log in blogger>>Dashboard>>Design>>Edit HTML

2. Cari code </head>
*tekan serentak ctrl+F dan masukkan code dalam box untuk memudahkan pencarian

3. Copy code bawah ni (klik sini untuk copy kod)
<style type="text/css">
hufufbesar{
float:left;
width:80px;
font-size:400%;
font-family:Edwardian Script ITC;
font-weight:bold;
color:#343434;
line-height:80%;
}
</style>
Untuk customize :*80=lebar size drop cap Edwardian Script ITC=Jenis tulisan 343434=Warna tulisan
4. Paste kan code di no3 sebelum code</head>

5.Save

Cara nak gunakan drop cap

1. Tulis entry macam biasa.
*untuk lebih jelas tengok pada gambar bawah ni


2. Click pada edit html dan taipkan code ni <hufufbesar> sebelum huruf pertama dan </hufufbesar> selepas huruf pertama.
*untuk lebih jelas sila tengok gambar bawah ni.

3. Kemudian preview.Kalau dah settle,boleh teruskan penulisan entry.
*kalau nak buat code ni selepas menulis entry pun boleh.Pastikan code ni di antara huruf pertama yang nak dibesarkan tu.

Nampak entry macam lagi menarik je kan.

sumber tutorial : http://www.carabuatwebgratis.com/2011/06/cara-membuat-huruf-pertama-pada-ertikel.html

Menjawab pertanyaan tentang domain


Previous entry saya ada inform pasal renew domain kan. Ramai yang bertanya pada domain ni. Ada sebahagian yang bertanya saya dah jawab, ada yang belum jawab lagi. Apa kata terus jawab pertanyaan satu persatu. Kalau tak faham, tanya lagi.

Q1 shera : domain tu ape?
A1 : Firstly saya akan terangkan hosting dulu. Hosting ni macam rumah kita sewa atau beli. Contohnya blogspot.com/wordpress.com adalah free hosting. Macam saya guna hosting blogspot.

Domain pulak kira macam alamat rumah kita. contoh : azhafizah.com tapi masih guna rumah blogspot.com. Haa..macamana nak terangkan tu ye. Tapi kira pahamlah sikit beza die kan. Domain alamat rumah. Hosting pula rumah yang kita beli/sewa.

Q2 CikPipiTembam : Kalau mcm kita kan domain free setahun.. kalau dah habis setahun tu cmner ye ? maknanye dia nk kembalikan ke blogspot balik takde mslah kan ?
A2 : Kalau dah abis setahun, dia akan kembali semula pada blogspot. Kena tukar setting kat blogspot supaya boleh guna blogspot semula. Then sama mcm sebelum pakai domain.

Q3 Shida : Shida berminat nk pkai tapi proses dia susah tak? macamana bayaran dia mahal? shida konfius skit sbb ada yang tawarkan murah ada yang mahal. Tak tahu kelebihan macam mana yang kita as blogger perlu.
A3 : Proses dia tak susah, hanya perlu bayar dan pihak yang berkenaan akan uruskan. Dalam masa 24 jam domain baru boleh digunakan. Mengambil masa untuk tukar domain tu. Ada 3 tawaran yang boleh dipilih. Boleh baca (ihosterZ). Saya amek pakej domain names. RM30/year. Mampu milik dan sesuai untuk blogger biasa macam kita.

Q4 Cik Ayumi:ape kelebihan domain ni berbanding blogspot ek?
A4 : Kelebihan ada domain ni boleh check (Kelebihan domain)

Q5 Afzal : rasa mcm nak tukar gak. fiza pakai ape ye?
Saya pakai hosting blogspot.

Q6 Fifiey : how to use domain? teringin nak ada domain sendiri! Nanti ajar eh.
A6: Guna macam biasa je. Cuma perlu bayar dan pihak tertentu akan uruskan pertukaran domain. Kemudian domain boleh digunakan seperti biasa.

OK itu je soalan yang ditanya. Harap berpuas hati dengan jawapan itu. Disini saya sertakan link untuk kau orang baca lebih lanjut:

Pemilihan pakej dan information (Portal ihosterZ)

Contact pertukaran domain : via web (http://amiruldin.com/tag/ihosterz/)
                                               via facebook (Amiruldin)

Kau orang boleh tanya apa saja tentang domain ni pada dia sebab selama ni dia yang uruskan pertukaran domain saya. Dia sangat friendly dan senang berurusan dengan dia. So, saya suggest kalau nak tukar domain boleh contact pada link yang saya bagi tu. Then bagitau pada dia, saya yang recommend kan.

Hanya perlu bayar dan dia akan uruskan dan setting pertukaran semua. Mudah je. Bayar, tunggu dan guna seperti biasa.

Happy Wedding CikPuan jijah dan Mr Navy. Congrats!

Semalam penat sangat ronda ronda kat Port Dickson sampai tak ada kekuatan nak update blog. Takpe, hari ni saya update ye macam biasa. Alhamdulillah perjalanan pergi dan balik selamat. 

Pagi semalam gerak dari selangor ke Port Dickson attend Majlis perkahwinan CikPuan Jijah, blogger yang suka dok blogpecut tu. hihi.

25 February majlis rumah perempuan dan 26 February majlis di rumah lelaki. Disebabkan saya tak dapat datang 25hb, so saya decide datang majlis pihak lelaki je la. Asalkan dapat pergi salah satu majlis dan dijemput kedua dua belah majlis pun. 

Sampai kat sana selepas pengantin bersanding. Sampai sampai je nasib jijah kenal. Snap dulu gambar dengan pengantin tengah manjamu selera. Jijah yang cantik dan Mr Navy yang macho dengan uniform tu.

Wedding CikPuan jijah dan Mr Navy

Selepas makan sesi potong kek
Wedding CikPuan jijah dan Mr Navy

Dari sudut lain suap menyuap ni. Sweet!
Wedding CikPuan jijah dan Mr Navy
Di pelamin.

Wedding CikPuan jijah dan Mr Navy

Teruja dapat pergi wedding jijah sebab dah kenal lama. Plus, saya pernah make over blog Jijah. So, macam dah kenal lama pulak. Seronok dapat jumpa geng blogger. Cukuplah ye gambar di atas tu. Mungkin boleh tengok gambar kat Blog Jijah

Selesai sudah menghadiri majlis kahwin CikPuan jijah..

Wedding CikPuan jijah dan Mr Navy

Lepas tu ronda ronda Port Dickson dan tangkap gambar sekeping dua. Tunggu entry akan datang lah ye. Entry ni cuci mata dengan gambar kahwin jijah ye. Congrats Jijah! Semoga berbahagia kekal sampai akhir hayat. Aminnn

Notapink: Seriously sangat suka dengan makanan kat PD. Sedap!

Apa yang berubah apa yang tidak selepas menerima kritikan

Baru sempat menerjah dan memberi komen pada 50 blog group #1 dalam segmen Abg Ben yang kritik kritik tu. Wahh terasa macam pro lak main kritik kritik tu. Kalau rasa kritikan tu boleh memajukan kita, terima seadanya.

Segala kritikan tu kita perlu fikirkan dulu sebelum mengubah apa apa sebabnya takut nanti demi memuaskan hati semua orang, apa yang tinggal tak de apa apa dan tiada apa apa untuk diri sendiri. 

So,apa apa pun fikirkan baik buruk kritikan tersebut. Seperti yang dikatakan dalam entry Kak Diana disini jual ikan segar.

Kalau rasa kritikan itu akan memburukkan kita, tukarkan kepada yang baik. Kalau kritikan itu yang baik, jadikan ia lebih baik. Ada faham?

Setelah blog saya di kritik, saya dah ubah apa yang patut dan tak patut dengan alasan yang kukuh. Harap selepas ni ada yang sudi meninggalkan komen dan memberi pandangan tentang apa yang saya tulis ni ye. Mohon jasa baik ye.

Apa yang berubah apa yang tidak selepas menerima kritikan


Cursor
Ada yang komen cursor tak perlu pelik sangat. Biasa biasa sudah. Ok,memandangkan itu agak membuatkan pembaca susah nak berkerjasama dengan cursor. So, saya dah remove cursor pelik tu. Lebih mudah tak sekarang?

Scroll bar
Ada blogger komen bloglist archive panjang sangat. Kene buat scroll bar. Hehe..bukan tak nak buat camtu. Ada sebabnya. Sebabnya itu salah satu tarikan pembaca untuk senang navigate previous entry tanpa perlu scroll down. 

Sambil baca blog bila tengok tajuk di tepi tu mungkin ada attractive sikit. Plus, kalau buat scroll nanti latest entry je nampak di atas. Latest entry dah tentu ada di first page blog kan. So, itu hanya sebahagian dari kemudahan untuk pembaca navigate. Boleh terima tak alasan ni? Atau memang saya kena ubah juga?

Background
Ada yang kata blog saya kena tambah background baru nampak menarik. Saya dah letak sebelum ni dah agak memberatkan blog. So, saya buat plain je sebab kalau buat background belakang tu rasa macam semak pulak. Better plain colour. Ok lagi kan?

Tag/Label
Ada mengatakan Part 'Story Of My Life' Di bahagian bawah tu kalau takde, lagi kemas. Ok, kalau saya buang nanti meyusahkan pencarian untuk certain topik. Macam susah nak navigate entry info ke, make over ke, segmen ke dan apa apa label lah.

Bila dah ada, lebih mudah nak navigate. Click je dah keluar semua paparan tentang topik yang kita nak. Lebih mudah kan?

Setakat ini itu saje kritikan yang saya dapat. Alhamdulillah, takde cacian dan makian. Kritikan yang membina itu sangat bagus. Boleh kita tahu mana kelemahan blog kita kan.

Terima kasih yang sudi datang dan memberi kritikan. Lepas ni saya sambung singgah memberi kritikan. Gunakan kalau ianya betul.  OK?

Notapink : Bagus ada segmen macam ni dapat improve banyak dalam blogging. Congrats Abg Ben jayakan segmen ni.

Resepi : Sweet Potato Sihatimerahjambu

Petang petang ni tiba tiba macam terasa nak makan sweet potato.  Dah lama dok usha resepi Cik Yui ni. Ini lah baru nak mencuba sebab resepi resepi sweet potato rebus atau resepi salad kentang mayonis.

Resepi sweet potato diet/resepi salad kentang diet yang boleh diambil untuk mereka yang berdiet.
 
Resepi sweet potato diet/resepi salad kentang diet

Resepi sweet potato diet/resepi salad kentang diet

Bahan bahan
Kentang (ikut suka berapa banyak)
Bawang besar 1 biji
Mayonis
Sos Salad Thousand island (Kalau tak nak letak pun tak pe)
Black pepper
Garam

Cara penyediaan :
1. Kentang di potong dadu dalam size sederhana
2. Kemudian kentang yang telah siap dipotong direbus sehingga empuk
3. Bawang di potong dadu kecil kecil
4. Black pepper ditumbuk halus (Nak lebih mudah beli je yang dalam botol, saya suka black pepper yang ditumbuk sendiri sebab lagi terasa pure black pepper)
5. Masukkan kentang yang dah dimasak kedalam mangkuk,masukkan bawang yang telah dipotong dadu, black pepper, mayonis (ikut selera masing-masing)
6. Gaul rata bahan bahan dengan kentang sehingga serasi bersama.

Bahan yang telah siap dan dipotong hanya perlu gaulkan bersama je.


Sedia untuk dihidang. Mudah, simple dan cepat. Resepi asal dari Cik Yui dan saya ubah ikut selera saya.Thanks Cik Yui untuk resepi mudah ni. Rasanya memang sedap dan kenyang makan. Tak lupa jugak banyak khasiat sweet potato ni.


Untuk info khasiat tentang sweet potato ni boleh refer kat WHFoods

sumber resipi : Cik Yui

Resepi: Lauk Paprik Campur

Lauk paprik, antara hidangan favourite saya. Hidangan menu 2 in 1, tak perlu masak lauk lain pun takpe dah. Saya suka masak guna resipi paprik simple je. Kaedah campak-campak siap gitu. Kalau mask resipi paprik campur ala thai tu lagi sedap rasaya.

Resepi: Lauk Paprik Campur

Resipi Paprik Simple

Bahan bahan:
3 ulas bawang putih (*ditumbuk)
2 ulas bawang merah (*ditumbuk)
1 ulas bawang besar (*dipotong)
1 keping asam keping 
2 incin halia (1/2 ditumbuk,1/2 dipotong halus)
cili api *mengikut tahap pedas masing-masing (dipotong halus)
3 sudu besar cili kisar 
kicap
1/2 sudu kecil garam
air masak secukupnya
minyak masak

Ayam (*dipotong kecil)
kubis bunga (*dipotong kecil)
carrot panjang (*dipotong kecil)

Bahan bahan lain boleh ditambah dan dipotong kecil juga macam brokoli, kacang pea, jagung muda dan sebagainya. Tapi saya gunakan 3 yang diatas sebab nak resepi paprik simple je. 

Cara penyediaan :
1.panaskan minyak masak
2.Tumiskan bawang putih/bawang merah/halia yang telah ditumbuk 
3.Setelah naik bau,masukkan cili kisar.Kalau tak cukup 3 sudu boleh tambah secukup rasa.
4.Masukkan sekali asam keping/garam dan kicap mengikut citarasa.
5.Dah macam garing sedikit,masukkan ayam dan masukkan air.
6.Biarkan ayam masak sedikit dan barulah masuk kan carrot dan kubis bunga.
7.Masukkan bawang besar/halia dan cili yang telah dipotong.
8.Tunggu sehingga ayam dan sayur masak.Sedia untuk dihidang

Mudah bukan? Jadi para bujangan boleh lah cuba resepi simple ni masak cara saya. Cara orang lain mungkin berbeza. 
© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu