Responsive Ad Slot

Bersihkan Udara Didalam Rumah Secara Semulajadi

Untuk kesekian kalinya saya update tentang pembersihan udara ni. Harap bergunalah untuk semua. Percaya tak kalau saya cakap, dari kecil memang tak suka warna hijau. Baju hijau ke barangan warna hijau ke memang tak ada. 

Sebabnya hijau tu serupa dengan katak pisang. Dan katak tu adalah salah satu spesis katak yang saya geli dan takut. Tapi dalam tak suka hijau, saya sukakan kehijauan tumbuh-tumbuhan. Suka dengan keindahan kehijauan flora semulajadi ni. Paling suka masuk hutan sebab hijau tu menenangkan.


Sedia maklum udara di bandar ni terdedah dengan udara yang kotor daripada industri dan juga asap kenderaaan. Walaupun duduk dalam rumah tak semestinya udara bersih. 

Kalau ruang udara tertutup memang boleh sesak nafas dibuatnya. Jadi, kalau nak rasa udara yang segar dan bersih secara semulajadi tu bolehlah tanam pokok di dalam rumah seperti pokok sirih gading, monstera, spider plant, aloe vera dan sebagainya. 


Pokok Sirih gading/Golden Pothos/Devils Ivy/Plant Scindapsus Aureus, pokok hijau yang terpaling mudah nak tanam dan cepat besar lagi-lagi kalau tanam dalam tanah letak di luar. Air dan cahaya cukup memang elok membesar. 

Yang mana panjang menjalar dalam pasu tu saya potong dan letak dalam balang kaca yang di isi air. Selain tujuaanya untuk membersihkan udara dengan menyerap formaldehyde dan toksin-toksin berbahaya, boleh dijadikan sebagai hiasan juga. Bila dah letak air, tak perlulah nak jaga sangat sebab air dah cukup. 

Cuma kena topup air lah dan maintain akar dia tenggelam dalam air. Bila letak tumbuhan dalam air ni kena pastikan juga nyamuk tak membiak dalam tu ye. Nampak jejentik tu terus tukar air. Kalau tak nak guna air boleh gunakan polymer crystal gel tu. 

Dari dulu nak beli tu tapi tak beli-beli lagi. Dan kalau nak tanam dalam tanah macam biasa pun okay je sebenarnya. Tapi tak berapa suka letak tumbuhan bertanah dalam rumah. Agak leceh nak angkat dan siram. Lebih baik letak dalam air senang kerja. Lepas ni misi mencari mini monstera pula.

Dapat Dekoder MYTV Percuma Tapi...

Sedia maklum siaran televisyen digital akan dilaksanakan sepenuhnya di Malaysia bermula bulan September nanti. Perkhidmatan siaran televisyen analog pula akan ditutup secara berperingkat di setiap negeri. Yang ada astro, hypp tv dan dekoder lain tu tak perlu risau lah sebab tak ada kesan pun pada penggunanya. Disebabkan itu, Kerajaan telah memberikan dekoder MYTV secara percuma kepada penerima BSH yang terpilih terutamanya golongan isi rumah berpendapatan B40. Boleh semak di link : http://www.mytvbroadcasting.my/bsh/
 

Pengagihan dan pemasangan MYTV masih lagi dilakukan secara berperingkat sejak beberapa bulan lalu. Kalau ikutkan peringkat tu, rumah kampung di Kuala Pilah macam sepatutnya dah pasang sebab tengok jiran ada yang dah berpiring MYTV. Pemasangan dekoder dan piring MYTV macam astro tu akan dipasang selepas tuan rumah berjaya dihubungi melalui nombor telefon yang telah didaftarkan dalam BSH tahun 2016 masa BR1M.

DAPAT DEKODER MYTV PERCUMA TAPI...
Disebabkan nombor telefon kampung yang didaftarkan dah dipotong dan tiada orang di rumah. Jadinya, pemasangan MYTV tu tak tahu entah bila baru dapat pasang. Dah contact bahagian perkhidmatan pun tak dapat bantu. Nak berikan atau tukar no phone untuk dihubungi pun mereka tak boleh bantu sebab semuanya ikut pada apa yang telah didaftarkan. Sekurang-kurangnya kalau mereka hubungi no yang available boleh lah stand by kat rumah. Itulah masalahnya, dapat dekoder MYTV percuma tapi...

Sudahnya? Fikir positif je lah, mungkin akan tiba masanya nanti. Bagi yang ada IDTV (Integrated Digital Television) tak perlu susah payah dapatkan dekoder MYTV sebab boleh tengok MYFREEVIEW dengan memasang UHF Aerial. Yang ada TV biasa perlu ada DVB-T2 Decoder dan juga UHF Aerial. Itulah 2 cara macamana nak dapatkan MYFREEVIEW DIGITAL TV BROADCAST atau boleh rujuk gambar di bawah perkongsian daripada website MYTV.


CARA BELI DEKODER MYTV
Bagi yang tak dapat dekoder MYTV percuma tu boleh lah beli dekoder MYTV melalui wakil penjual yang sah.  ataupun beli secara online. Makcik Fiza beli melalui Go Shop pun boleh. Lagi beberapa hari nak masuk bulan September ni masing-masing siap sedia dah beli dekoder MYTV. Mak abah Fiza dah bagitahu awal nak beli dekoder MYTV untuk tv dalam bilik dia. TV ruang tamu tak ada masalah sebab dah ada astro njoi.

KELEBIHAN MYTV
Apa yang bagusnya ada siaran digital ni video lebih HD dan lebih banyak channel (15 saluran televisyen dan 6 saluran radio). Selain video lebih jelas, bunyi pun lebih jelas macam dalam iklan tu lah sampai nak masuk dalam televisyen dia punya gambarannya. Yang dah dapat MYTV tu macamana, okay ke siaran tu?

6 Senaman Mudah Cara Untuk Kecilkan Lengan

Masalah lengan besar dan dipenuhi dengan lemak salah satu penyebab seseorang itu akan merasa kurang yakin dengan penampilan diri masing-masing terutamanya kaum perempuan lah. Perempuan ni kalau bab kecantikan, kalau boleh nak semuanya perfect. Tak dapat perfect in real tapi perfect dalam gambar pun jadilah. Yang penting dalam gambar mesti nak nampak kurus. Betul ke tidak? Why perempuan so obses dengan perkataan kurus ni? Sebab kurus tu orang akan anggap cantik tapi sebenarnya cantik tu adalah subjektif.


Ya, tak dinafikan kalau kurus tu akan kelihatan lebih cantik. Bukanlah betul-betul kurus keding. Kurus yang bersederhana pada Fiza akan nampak cantik. Mempunyai badan yang kurus ada banyak kelebihannya. Walaupun tak semua orang kurus itu akan nampak sihat tapi bila kurus ni tidak mempunyai masalah dalam pergerakan seharian dan memilih saiz baju. Semua orang nak kurus kot! Azam yang popular setiap tahun tapi belum tentu dapat dilakukan. Asyik carry forward je lah azam nak kurus tu.

Satu lagi masalah kegemukan adalah tang lengan tu. Konon nak nampak kurus bila bergambar senget tapi bila tengok hasil gambar tetap lengan  besar tu menyerlah. Failed terus tips bergambar nampak kurus tu. Stress juga bila bergambar tak pernah nak menjadi kurusnya. Kan? Haa, apa kata cuba lah 6 senaman mudah cara untuk kecilkan lengan. Fiza rasa benda ni patut dikongsikan dan marilah kita mengurangkan masalah lengan besar tu. Benda pertama paling penting adalah RAJIN. Kalau malas, pergi main jauh-jauh.

6 SENAMAN MUDAH CARA UNTUK KECILKAN LENGAN

1. Buka dan tutup lengan

2. Gerakan naik dan turun

 3. Angkat lengan

4. Gerakan memutar

 5. Gerakan lengan

6. Peregangan

Gerakan senaman lengan ni memang mudah sangat dipandang. Pertama kali Fiza buat rutin ni memang terasa sakit betul lengan ni. Baru buat 2-3 set dah lenguh dan rasa nak give up dah. Beauty is pain, right? So, bertabahlah dan kena rajin buat senaman lengan mudah ni kalau nak dapatkan lengan yang kecil.

credit image to owner

7 Sebab Buah Avocado Sangat Sesuai Untuk Menu Diet

Buah avocado sangat popular dalam setiap menu diet yang dijadikan salad. Pernah terperasan tak? Untuk menu diet di Malaysia Fiza rasa agak jarang menggunakan buah avocado dalam menu diet seharian sebab faham-faham ajelah harga buah avocado di Malaysia ni tak murah seperti di sesetengah negara. Plan menu diet di Malaysia kebanyakkannya menggunakan buah pisang.


Credit image

7 SEBAB KENAPA BUAH AVOCADO SESUAI UNTUK DIET

Tertanya-tanya juga kenapa buah avocado ni jadi pilihan utama dalam menu diet. Baru tahu yang buah avocado ni adalah sejenis superfood yang mempunyai pelbagai khasiat. Antaranya vitamin C, Vitamin E, potassium, zink dan bermacam-macam lagi. Kadar potassiumnya lebih tinggi daripada buah pisang.

Sebiji buah avocado memiliki 160 kalori, 2g protein dan hanya 15g lemak serta tidak mengandungi kolestrol dan rendah lemak dalam kuantiti lemak tepu. Okay, so dah faham lah kenapa mereka yang nak diet memilih buah avocado.

1. MEMBANTU MENURUNKAN BERAT BADAN

Dengan mengamalkan pemakanan buah avocado dapat mengurangkan kadar pengambilan kalori seharian. Serat/fiber antara nutrisi yang terdapat dalam buah avocado boleh membantu menurunkan kadar berat badan seseorang. Avocado di katakan boleh menambah rasa kenyang dan mengurangkan keinginan untuk makan. 

2. MENYERAP NUTRISI DENGAN BAIK

Buah avocado kaya dengan vitamin A,D, E dan K untuk dihadam dimana ianya boleh meningkatkan kadar penyerapan antioksida sebanyak 26%. Dengan kandungan lemak dan kaya vitamin ini secara tidak lansung membantu menghalang keradangan dan tekanan oksidatif  berlaku dalam saluran darah semasa memperbaiki aliran darah.

3. MENURUNKAN TEKANAN DARAH

Buah avocado yang tinggi kadar potassium boleh menurunkan tekanan darah. Pengambilan yang banyak dan terkawal boleh mengelakkan berlakunya masalah jantung, strok atau masalah buah pinggang. Jadi, memang sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi dalam.

4. MENURUNKAN KADAR GULA DALAM DARAH

Serat/fiber yang banyak terdapat dalam buah avocado adalah sejenis serat yang tidak boleh dicerna di dalam usus dan disebabkan itu ianya sangat membantu dalam menurunkan kadar gula dalam darah.

5. MELAWASKAN PEMBUANGAN

Serat/fiber ini juga boleh membantu melawaskan pembuangan air besar. Sebab itulah ianya sangat diperlukan dalam menu diet seharian supaya tidak ada masalah pembuangan air besar yang mengganggu kesihatan semasa mengamalkan diet.

6. MENGEKALKAN JANTUNG SIHAT

Masalah jantung sering dikaitakn dengan saluran darah, kadar kolestrol, tekanan darah dan sebagainya. Vitamin B6 dan asid folik di dalam buah avocado mampu mengawal tahap homocysteine yang berisiko sakit jantung. Manakala vitamin E dan lemak mono tak tepu  (monounsaturated fatty acids) membantu mengekalkan jantung yang sihat.

7. MENGURANGKAN RISIKO KANSER

Walaupun buah avocado mempunyai kadar lemak yang agak tinggi tetapi kalori lemak ini adalah asid lemak  (monounsaturated fatty acids) iaitu sumber lemak yang baik untuk kebaikan dalam badan sama seperti lemak yang terdapat dapat minyak zaitun.

Jujur cakap Fiza memang tak pernah makan buah avocado fresh. Memang tak pernah teringin pun nak makan. Tapi lepas cuba rasa air avocado/alpukat tu memang terus rasa tersuka dengan buah avocado ni. Rasa lemak dia tu memang sedap lah! Dapat pula buah avocado kampung, terus cuba resepi homemade avocado juice. Nak diet nanti bolehlah cuba-cuba makan salad tambah buah avocado selain buat air.

Menu diet ni sebenarnya adalah makanan seimbang. Bagi mereka yang berbadan besar mesti agak susah nak amalkan diet dan exercise yang cukup disebabkan faktor kesihatan seperti sakit jantung dan beberapa masalah lain lagi. Tapi jika amalkan pemakanan buah avocado ni dapat juga lah membantu dari segi penurunan berat badan. Lepas ni boleh tambah avocado dalam menu diet kau orang okay!

credit : bidadari.my

Edit Gambar Cantik Dengan FREE Presets Lightroom

Zaman sekarang ni nak edit gambar cantik lebih mudah dengan gunakan pelbagai jenis aplikasi yang boleh download secara percuma melalui smartphone masing-masing. Saya pernah kongsikan 5 aplikasi edit gambar cantik dan untuk letak watermark yang mungkin kau orang boleh cuba guna. 

Sekarang saya dah jatuh cinta dengan aplikasi 'Lightroom' sebab memudahkan kerja edit gambar dengan menggunakan preset. Sebelum ni saya pernah beli preset dan memang suka sangat dengan hasil editing menggunakan preset.

Edit Gambar Cantik Dengan FREE Presets Lightroom

Free preset lightroom mobile

Dengan itu, gigih lah mencari preset yang menarik dan cantik. Finally saya jumpa FREE presets Lightroom mobile yang boleh digunakan secara PERCUMA, of course! Banyak sangat pilihan presets yang buat rambang mata nak pilih. 

Rasa nak download semua tapi tak mungkin lah sebab kalau semua nak sumbat dalam smartphone memang penuh lah kan. Jadi, download mana yang mampu memenuhi kriteria citarasa masing-masing.

Boleh terjah website presetlove.com untuk download FREE Presets Lightroom. Pastikan sudah siap-siap download aplikasi lightroom dan telegram dalam smartphone kau orang tu. Preset yang kau orang download tu boleh pindahkan ke dalam handphone melalui telegram lagi mudah atau boleh gunakan google drive. Hanya transfer file 'DNG' sahaja ya. 

Cara Edit Gambar Guna Preset Lightroom

Open file DNG kat telegram dan copy to lightroom

Edit Gambar Cantik Dengan FREE Presets Lightroom

Lepas klik akan terus ke lightroom dan create preset.

Edit Gambar Cantik Dengan FREE Presets Lightroom

Namakan preset yang kau orang nak save tu.

Edit Gambar Cantik Dengan FREE Presets Lightroom

Okay, settle untuk save preset dalam lightroom. Kemudian untuk edit gambar tu add gambar dan klik preset. Then gunalah preset yang kau orang dah save dalam user presets tu ye. Pilih ikut sesuai dengan gambar untuk dapatkan hasil editing gambar yang lebih cantik daripada gambar asal.

Edit Gambar Cantik Dengan FREE Presets Lightroom

Dah siap edit, jangan lupa save okay!

Edit Gambar Cantik Dengan FREE Presets Lightroom

Gambar lebih nak cantik dan menarik. Lagi-lagi gambar travel, food dan products. So bolehlah create theme instafeed kau orang tu dengan theme yang cantik-cantik dengan lightroom presets instagram. Selamat mendownload dan mengedit.


Cara Tanam Taugeh Mudah di Rumah. Lebih Bersih dan Segar

Taugeh sejenis sayur simple yang boleh dimakan mentah ataupun dimasak. Harganya murah berbanding dengan harga sayur yang lain. Walaupun murah, tapi kaya dengan pelbagai khasiat. Kaya protein, enzim, serat, antioksidan, asid lemak, vitamin dan lain-lain lagi. Bagi yang tak suka makan taugeh, mungkin lepas ni boleh cuba amalkan makan taugeh sebab taugeh juga sesuai untuk menu diet seharian. Tak payah susah-susah beli, boleh tanam taugeh dengan cara paling mudah di rumah untuk dapatkan taugeh lebih bersih dan segar.


CARA TANAM TAUGEH MUDAH DI RUMAH

Cuci bersih kacang hijau. Pastikan cuci sampai bersih dan air jernih untuk dapatkan taugeh yang lebih bersih dan berkualiti.


Kemudian rendam kacang hijau yang telah dibersihkan dalam bekas. Boleh rendam dalam besen atau jar tak kisah bertutup atau tidak. Fiza simpan dalam bekas bertutup sebab tak nak termasuk benda asing. Tapi make sure paras kacang hijau suku daripada bekas sebab nanti dia akan mengembang dengan jayanya. 


Selepas 24 jam rendam kacang hijau, bilas kacang hijau dengan air bersih. Selepas rendam tu dah boleh nampak kacang hijau dah bercambah.


Langkah seterusnya sediakan bekas, penapis dan kain. Kalau tak ada kain bersih boleh gunakan tisu, net ataupun penapis halus. Tujuan kain dan tisu paper tu nak bagi lembap bekalkan air. Tapi kalau guna jaring kena siram 3-4 kali setiap hari lah.

Dah ada semua alatan tu, boleh lah susun satu-satu. Letakkan penapis dalam bekas dan alaskan kain atas penapis. Kemudian taburkan kacang hijau yang telah direndam tu. Dah susun elok, tutup semula dengan kain. Tips nak taugeh gemuk dan panjang, lepas tutup kain tu letak pemberat atas dia. Boleh letak pinggan yang berat.


Last sekali boleh tutup dengan kain hitam atau bekas hitam. Warna hitam ni untuk elakkan terkena cahaya. Kalau kena cahaya akan menghasilkan taugeh yang kurus. Letakkan bekas di tempat yang gelap. Siram 2-3 kali sehari. Pastikan air di bawah tapisan tu sentiasa dibuang selepas siram ye. Kalau tak air bertakung tu akan berbau busuk dan memberi kesan pada taugeh.

Hari kedua selepas letak dalam bekas anak pokok taugeh dah kelihatan. Teruja sungguh tengok taugeh membesar dengan cepat macam ni.


Hari ketiga dah makin banyak membesar dengan jayanya. Kulit kacang hijau sudah mula tertanggal.


Akar pun dah mula tumbuh keluar daripada lapisan kain dan penapis.


Hari keempat, Dah nampak macam pokok taugeh dah. Super excited nak harvest tapi belum sampai masanya lagi. Tapi ikutkan boleh je kalau nak harvest.


Akar pun dah makin banyak ni. Okay next.


Hari kelima, taugeh dah boleh harvest tapi Fiza nak tunggu hari ke enam baru harvest sebab masih tak cukup mencapai rupa taugeh yang Fiza nak. 
berlumba-lumba nak membesar ni


Sejuk mata memandang


Dah boleh goreng dah ni tapi Fiza extend sehari lagi untuk harvest 
Akar dia super banyak kot. Rasa tak sabar betul nak harvest pokok taugeh ni. Hari hari tengok perubahan dia memang excited.


Hari Keenam, yeay! Taugeh dah boleh harvest semuanya walaupun rasanya tak semua besar-besar ni.

Super duper happy tengok taugeh membesar

Dari kacang hijau yang sikit tu boleh dapat sebekas taugeh ni okay
 
Saiz pelbagai

Puas hati dapat tanam taugeh dengan cara yang mudah di rumah. Paling penting kebersihan terjamin. Happy dapat hasil taugeh yang segar macam ni walaupun saiz ada besar kecil. Lagipun kalau beli taugeh, Fiza suka beli taugeh yang tak direndam tu. Beli taugeh yang dah ditoskan air. So boleh tahan lama. Nak tahan lama lagi simpan dalam paper letak dalam peti ais. Kalau simpan rendam dalam air macam cepat tak elok je. Taugeh cepat serap air. 

Ada juga tips lain rendam dengan asam keping. Tapi paling Fiza suka taugeh simpan tanpa air, letak dalam paper boleh tahan lama dan jimat sikit. Tanam banyak macam ni pun jimat cuma kena habiskan secepat mungkin lah nampaknya. Tak sangka banyak pula hasilnya. Haha



Agak jenuh nak mengasingkan taugeh ni. Ini baru suku keluarkan daripada bekas tu. Bertabahlah ye nak asingkan semua ni.


Kadang bila tanam menjadi ni macam satu terapi juga. Seronok tengok hasilnya kan. Yang suka taugeh tu, sila tanam dan buat stok taugeh di rumah. Selamat mencuba!


Resepi | Rahsia Tempe Goreng Sedap

Tempe memang sinonim dengan masyarakat jawa. Sebut je tempe mesti ingat orang jawa. Walaupun Fiza bukan orang jawa tapi suka sangat makan tempe. Tempe goreng cicah dengan sambal kicap lagilah sedap. Ye, orang johor memang tak sah kalau tak ada sambal kicap macam makan pisang goreng dengan sambal kicap. 



Kalau tempe goreng paling mudah goreng kosong je. Ada juga yang suka letak garam, serbuk kunyit dan tepung sikit. Tapi, nak lagi sedap rasa tempe goreng tu boleh cuba resepi rahsia tempe goreng sedap ni. Resepi dari kakak Fiza yang dia ambil resepi dari peniaga tempe goreng. Kalau tak silaplah.

Bahan-bahan
2 keping tempe
4 sudu tepung gandum
2 sudu tepung beras
1/4 sudu kecil serbuk kunyit
secubit garam
Air secukupnya
1/2 sudu besar biji ketumbar
1/2 sudu besar jintan manis
1 ulas bawang putih
1 biji bawang merah rose
Minyak masak

Cara-cara
1. Potong tempe. Ikut suka nak potong nipis atau tebal.
1. Tumbuk bawang putih, bawang merah,  jintan manis dan biji ketumbar.
2. Campurkan bahan tumbuk dengan tepung gandum, tepung beras, serbuk kunyit dan garam. Bancuhkan dengan air. Adunan tu jangan cair sangat ye.
3. Masukkan tempe yang dah dipotong ke dalam bancuhan bahan-bahan. Gaul rata.
4. Panaskan minyak masak dan goreng.
Rahsia dia cuma tambah bawang putih, bawang merah, biji ketumbar dan jintan manis tu lah. Nak rangup letak tepung beras. Ada juga yang suka letak minyak masak sikit untuk rangupkan tempe goreng. Mana-mana pun boleh janji rangup dan sedap kena dengan tekak sendiri. Hidangkan bersama sambal kicap lagilah sedap.

Resepi sambal kicap sedap? Kau orang goreng dulu cili api dengan 1 ulas bawang putih. Kemudian blend dengan kicap dan gula sesudu. Baru sedap dan tak sakit perut bila makan sambal dengan cili yang telah di masak. Selamat menjamu selera. Bolehlah buat menu untuk minum petang nanti kan.

5 Tips Jimat Berbelanja Online dan Berbaloi

Berbelanja online atau shopping online memang seronok kalau tengah ada bajet untuk berbelanja. Tapi yang tak seronoknya kalau ada bajet ciput je. Rasa macam serba salah nak berbelanja." Nak beli ke tidak, nak beli ke tidak?" Situasi macam ni berlaku pada semua orang, betul tak? 

Risau betul kalau terbelanja duit untuk kecemasan. Shopping online ni kalau ikutkan hati memang semua nak beli. Jadi, kenalah berpada-pada dalam berbelanja kalau tak nak menyesal di kemudian hari. 

Saya nak kongsikan 5 tips jimat berbelanja online dan berbaloi.


1. KEPERLUAN vs KEHENDAK
Keperluan atau kehendak? Ye, memang susah untuk membuat pilihan. Ikutkan hati, dua-dua nak tapi kau orang perlu mengutamakan keperluan daripada kehendak. Keperluan paling mudah adalah makanan. 

Jangan sampai beli sesuatu kehendak sampai sanggup ikat perut berlapar sementara menunggu duit gaji masuk.

2. BERBELANJA MENGIKUT BAJET
Sebelum berbelanja, sila pastikan jumlah bajet cukup untuk dibelanjakan dan barangan tersebut mestilah di bawah bajet yang ditetapkan. 

Kalau terlebih belanja akan menyebabkan bajet untuk keperluan dan kemudahan akan terjejas. Silap-silap akibat boros berbelanja tanpa had, semua bayaran bil tertunggak. Tak pasal-pasal bekalan air dan elektrik kena potong.

3. BANDINGKAN HARGA
Dalam berbelanja, saya lebih suka survey dulu harga barang. Suka bandingkan harga dengan kualiti yang ditawarkan. Of courselah kita akan memilih harga yang lebih murah dan dalam masa yang sama dengan kualiti yang bagus. 

Jangan sesekali malas nak survey harga sebab adakalanya perbezaan harga jauh berbeza. Selagi boleh jimat, kita jimat! Dengan membandingkan harga juga membantu kita dalam membuat pilihan yang tepat dan rasa lebih berbaloi.

4. BERBELANJA SEMASA SALE
Cara saya, kalau nak beli barang keperluan memang tunggu masa sale terutamanya nak restock barang makeup. Bila ada sale kaw kaw sampai 70-90%, boleh berbelanja lebih dan dalam masa yang sama boleh jimat dan lebih berbaloi lah orang kata. 

Biasanya sale ni akan ada masa musim perayaan atau sambutan hari-hari tertentu. Contohnya bulan Ogos ni, sale merdeka sana sini kot. Siap sedialah nak shopping online bulan merdeka ni.

5. GUNAKAN KUPON/VOUCHER DISKAUN
Okay, tips terakhir jimat berbelanja adalah dengan menggunakan kupon/voucher diskaun semasa shopping online sebelum checkout. Ramai yang tak tahu sebenarnya dengan menggunakan kupon kita boleh menjimatkan duit belanja walaupun sikit. 

Sekurang-kurangkan masih ada baki yang boleh digunakan untuk tujuan yang lain atau beli barangan yang lain. Betul tak?


Lazada, Zalora, shopee, ezbuy, Hermo, Watsons, Fave dan banyak lagi website yang menjadi pilihan penggemar kaki shopping online. Bagi mereka yang suka sangat shopping online di Lazada Malaysia, jangan lupa gunakan Lazada voucher untuk pembelian yang dibuat. 

Setahu saya, bulan Ogos ni ada lagi banyak voucher diskaun yang ditawarkan. Dahlah sale, ada lagi diskaun. Memang berbaloi sangat!

Oh ya, selain tu bagi yang biasa dengan fave, fave juga ada sediakan Fave Promo Code untuk produk dan perkhidmatan yang disediakan. Bolehlah makan macam-macam, beli macam-macam produk dan memanjakan diri di spa dengan harga mampu bayar. Ye, sebab ada voucher code. Kenapa perlu bayar lebih kan?

Sebelum saya terlupa, ada satu lagi benda yang boleh dibawa bincang untuk berjimat berbelanja online untuk travel. Malaysia Airlines Promotion juga sedang berlansung bulan Ogos ni. Yang tengah rancang nak bercuti tu memang wajib terjah website Malaysia Airlines sekarang. 

Saya tengok diskaun sampai separuh harga juga lah. Benda boleh jimat, buat apa nak membazir. Tepuk poket tanya hati. Apapun kena berbalik semula kepada 5 tips jimat berbelanja online di atas lah ye. Berbelanja biar jimat dan berbaloi melabur duit.

Resepi | Puding Roti Dengan Sos Kastard

Puding roti tak lengkap tanpa sos kastard. Tapi ada je yang suka makan puding roti kosong tanpa sos kastard. Ikut selera masing-masing lah kan. Fiza kalau menu ada sos kastard memang suka dan husband pun memang suka puding roti sos kastard ni. Sesekali kalau husband request tu kena merajinkan diri buat. Janji semua bahan-bahan ada. Disebabkan ramai yang nak resepi puding roti sos kastard ni. So Fiza kongsikan resepi puding roti sos kastard paling mudah gerenti jadi punya.


Bahan-bahan Puding Roti
7 keping roti
1 tin susu cair
1 cawan air
1/2 cawan gula kastor
1 sudu butter ( Fiza pakai butter cook & bake emborg)
1/4 sudu kecil garam
2 biji telur
1 sudu esen vanilla
kismis

1 tin susu cair dan 1 cawan air tu kau orang boleh gantikan dengan 2 cawan susu segar. Fiza tak ada stok susu segar. Jadi gunakan susu cair dan air je. Pun menjadi cuma lagi sedap guna 2 cawan susu segar tu lah. Gula kastor tu kalau nak gantikan gula putih pun boleh. Kurangkan sikit supaya tak manis sangat. Butter tu boleh guna butter apa pun. Fiza suka guna butter unsalted dan pure butter sebab lagi sedap.

Cara-Cara
1. Potong roti menjadi petak-petak kecil. Sekeping tu Fiza potong 16. Kemudian ketepikan. Potong petak ni untuk nampak kejadian puding roti lebih cantik bila dah siap dan cepat menyerap. Kalau malas, nak koyak-koyakkan pun boleh.
2. Panaskan susu, air, butter, garam dan juga gula dalam periuk/kuali. Bila dah sebati, tutup api dan masukkan roti. Sambung kacau rata sehingga semua roti diserap air dan sedikit kembang. 
3. Sementara tu, pukul telur dengan whisk. Pukul ringan je tak perlu sampai kembang beria. Lepas tu masukkan telur yang telah dipukul kedalam adunan roti tadi bersama dengan esen vanilla. Gaul semua bahan sehingga sebati.
4. Sapukan butter/marjerin pada bekas/loyang dan tuangkan adunan bahan puding roti. Tabur kismis atas adunan. Boleh juga gaul sekali bersama adunan.


5. Gunakan kaedah double boiler untuk bakar puding roti di dalam oven. Masak selama 45 minit dengan suhu 180ºC api atas bawah.


Selepas 45 minit. Puding Roti siap untuk dihidang

Bahan-Bahan Sos Kastard
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan air
2 sudu tepung kastard
3 sudu gula putih

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan dalam periuk dan kacau rata. Kemudian baru panaskan atas dapur. Dengan api perlahan, kacau sehingga sos sedikit pekat dan siap. Sebelum angkat, boleh rasa dulu. Kalau nak manis tambah gula, nak pekat lagi tambah tepung kastard. Nak sedap lagi gantikan 1/2 cawan susu cair dan 1/2 cawan air tu dengan 1 tin susu cair


Tepung kastard tu letak sikit-sikit dan kacau. Kalau letak sekali banyak dan lambat kacau dia akan berketul-ketul. Sos pun tak halus dan cantik nanti. Mudah dan senang sangat. Cuma nak tunggu masak 45 minit tu macam lama pula kan. Ada orang suka makan sejuk dan simpan dalam peti ais sebelum makan. Kalau Fiza suka makan sejuk sikit selepas masak. Mana-mana pun sedap. Yang penting sos kastard kena ada! Hihi


Harini buat puding roti lagi untuk husband dan menghabiskan stok roti. Kalau dah siap puding roti ni laju sikit habis.


 Selamat mencuba. Harap menjadi. Kalau tak jadi, sila pm. Hihi

5 Korean Movie Kisah Benar Wajib Tengok

Sekarang tengah terjebak layan Korean Movie sampai tak tahu movie apa yang best untuk ditengok. So, saya nak kongsikan 10 Korean Movie berdasarkan kisah benar yang wajib kau orang tengok. 

Mostly kisah yang berdasarkan kisah benar ni Agak thriller dan sedih. Kalau jiwa tak kuat, sila jangan tengok ye. Lari kejap dari produk review, beralih sebentar review movie kejap.

1. WAY BACK HOME 
sumber : google

Jang Mi Jeong seorang suri rumah yang kesempitan duit ingin bekerja di luar negara untuk menambah pendapatan dan telah disarankan oleh seorang rakan yang telah lama dikenali untuk ke Paris. Jang Mi Jeong di arahkan untuk membawa sebuah beg yang mengandungi dadah tanpa pengetahuan Jang Mi Jeong. 

Sampai sahaja di lapangan terbang Paris Orly dia telah di tahan dan dipenjarakan di Martinique, sebuah pulau di Laut Karibia. Sepanjang dipenjara, banyak perkara telah berlaku ke atas dirinya dan dalam tempoh yang sama dia berusaha untuk mencari jalan balik ke Korea. Cerita dia memang best dan emo bila tengok. Sedih! 

2. SILENCED
sumber : google

Kisah benar silenced "The Crucible" ni pernah dinovelkan dan movie ini juga adaptasi daripada penceritaan novel yang ditulis oleh Gong Ji Young. Kisah ini berlaku di sebuah sekolah cacat pendengaran "Gwangju Inhwa School" dimana pelajar-pelajarnya berhadapan dengan gangguan seksual oleh guru-guru mereka termasuk guru besar selama 5 tahun lamanya. 

Kejam sungguh! Hukuman yang dikenakan keatas pesalah tidak setimpal dan ada yang terlepas. Selepas filem diterbitkan, kes ni telah dibuka semula dan hukuman yang berat telah dijatuhkan ke atas pesalah. But still, hukuman tersebut tidak dapat mengembalikan maruah dan nasib mereka. 


3. MEMORIES OF MURDER
sumber : google

Berkisahkan tentang pembunuh bersiri di daerah Gyeonggi dan telah menjadi sejarah di Korea Selatan. Mangsa utama adalah perempuan dan dibunuh dengan kejam sekali dengan memotong semua anggota badan, dibakar dan ditanam. 

Jumlah sebenar pembunuhan yang sama tidak dapat dikenal pasti. Dari awal tengok sampailah habis memang tak senang duduk dibuatnya. Seram!

4. THE CHASER
sumber : google

Satu lagi kisah pembuhan kejam oleh pembunuh bersiri yang telah membunuh lebih daripada 21 orang. Antara mangsa pembunuhannya adalah pelayan, tukang urut dan orang tua. Motif pembunuhan adalah disebabkan kebencian kepada orang kaya kerana hidupnya dulu miskin. 

Dan juga bekas kekasihnya adalah seorang tukang urut yang mungkin pernah curang dengan dia. Lelaki ni sangat psycho. Sumpah seram dan geram dengan lelaki psycho ni.

5. HAN GONG JU
sumber : google

Seorang pelajar perempuan telah di rogol beramai-ramai oleh pelajar lelaki (Miryang Gang) lebih kurang 41 orang berlaku di Korea Selatan. 

Pelajar perempuan tersebut dipindahkan sekolah dan ibu bapa suspek ramai yang protes menyalahkan pelajar perempuan tersebut kerana mereka menganggap anak lelaki mereka tidak bersalah. Agak tragis dan nasib Han Gong Ju ni sangat malang.

Hope, Children dan Voice of a Murderer juga antara kisah benar yang wajib ditengok. Tapi belum berkesempatan lagi nak tengok. Baru tengok 5 movie di atas ni. Tapi sebenarnya banyak lagi cuma saya dah lupa dan ada yang tak berapa best. 

Letak dalam senarai siap-siap dulu. Bila tengok kisah berdasarkan kisah benar ni banyak yang boleh disimpulkan. Apapun kena tengok dan simpulkan sendiri. Selamat menonton. Sediakan tisu dan jangan into sangat. Jiwa kena kuat!


© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu