Responsive Ad Slot

Makan Petang Di Rumah Panggung Cafe, Port Ngopi Tepi Sungai

Hujung minggu yang lalu, tak ada aktiviti hiking. Ajak encik suami makan petang di Rumah Panggung Cafe Jalan Pantai Seremban. Sebab dah brunch (breakfast + lunch), jadi kita makan petang lah.

Saya tahu ni pun dari TikTok, tu yang berhasrat nak pergi juga makan di sini. Sebelum viral, baiklah kita pergi dulu. Kononnya nak pergi malam tapi macam nak pergi siang je sebab nak rasa suasana siang. Siang lebih menarik dengan permandangan sungai tu.

Rumah Panggung Cafe ni konsep dia klasik gitu. Dengan rumah kampung, ruang makan terbuka di tepi sungai. Memang best vibes dia. Alang-alang ada masa, jomlah kita! Lagipun tak jauh dari rumah. 8 minit sampai ikut waze.

Beginilah suasana dia daripada pintu masuk Rumah panggung Cafe. Suasana rumah kampung. Baru lepas dinaiki air selepas hujan lebat sebab tepi sungai sungai kan. Tambah lagi cuaca sekarang tak menentu, asyik hujan je. Kalau hujan, air naik terpaksalah tuan kedai tutup kedai.

Rumah Panggung Cafe

Tak pasti kenapa dinamakan Rumah Panggung. Kalau nak tahu, kena tanya tuan tanah kedaung.

Rumah Panggung Cafe

Masa kami sampai ada 2-3 meja ada penghuni. Kalau dah sampai tempat begini, semestinya saya akan pilih meja dengan permandangan yang menarik. Saya pilih meja yang betul-betul dekat dengan tepi sungai. 

Rumah Panggung Cafe

Kami datang pukul 4 lebih macam tu. Cuaca pun sedang elok. Tak panas sangat dan cerah. Kadang-kadang muncul mendungnya.

Dari meja kami, permandangan dari belakang Rumah Panggung Cafe. Bagusnya di sini meja diletak jauh-jauh antara satu dengan lain. 

Agak privasi dan saya suka macam ni. Selesa nak menyembang, meja sebelah tak dengar sangat. Melainkan kalau menyembang dengan suara yang satu kampung boleh dengar. Itu lain.

Rumah Panggung Cafe

Dari sudut lain, ada banyak lagi ruang makan yang disediakan. Semuanya berjarak-jarak juga.

Rumah Panggung Cafe

Lepas kami pilih meja, kami diberikan menu. Tak ambil banyak masa memilih, terus kami buat pesanan.

Salah satu sebab teringin ke sini sebab nak mengopi. Barulah syok mengopi di tepi sungai gitu.

Rumah Panggung Cafe

Encik suami pesan spanish latte sejuk. Pesanan ni sampai dulu. Nikmat betul sedut air kopi sejuk sambil menikmati permandangan sungai depan mata. Bertambah sejuk tekak walaupun cuaca begini. 

Rasa spanish latte yang sedap krim berlemak.

Rumah Panggung Cafe

Kemudian air saya pula sampai. Macam biasa saya akan memilih minuman panas. Saya pilih caramel macchiato sebab tak ada menu hazelnut latte. 

Dah lama rasanya tak menikmati caramel macchiato. Memanjang pesan hazelnut latte je kalau beli kopi. Caramel macchiato jarang lah tak sedap. Sedapnya hirup buih-buih atas sebelum dikacau rata.

Saya suka kalau kopi latte dihidangkan dalam cawan begini berbanding cawan kertas, kurang sedap jadinya. Betul tak? Macam ni baru ngam. Barulah dapat ambil gambar cantik sikit dengan berlatarbelakangkan suasana sungai tu haaa.

Rumah Panggung Cafe

Agak lama sikit menunggu makanan. Spaghetti carbonara pun sampai. Nak makan roti bakar, payah pula bila pakai braces ni. Susah nak gigit. Gigit depan macam tak function dah.

Spaghetti carbonara boleh tahan sedap juga. Tak terlalu creamy dan tak muak. Sos yang banyak.

Rumah Panggung Cafe

Tiba pula giliran nasi lemak mendarat di meja kami. Encik suami pesan nasi lemak ayam berempah. Terpaling lambat sampai sebab tunggu ayamnya masak barangkali. Saya suka sambal dia sebab pedas. 

Nasi kurang sikit lemak dia tapi masih berlemak. Sedap juga begitu. Nanti berlemak sangat, mengantok! Ayam pula saya tak rasa sebab malas nak mengunyah daging ayam. 

Rumah Panggung Cafe

Di sini tak banyak menu makanan sangat. Yang saya ingat ada roti bakar, nasi lemak biasa, nasi lemak ayam berempah, spaghetti carbonara dan spaghetti thai green curry kalau tak silaplah. Kira bolehlah kalau nak menjamu selera dan lepak mengopi di sini.

Harga pun masih berpatutan, tak macam kedai kopi hipster yang lain. Suasana tu yang mahal tu. Boleh ulang datang mengopi di sini.

Lokasi Rumah Panggung Cafe

Jalan Pantai, 71770 Seremban, Negeri Sembilan

Cerita Hari Raya Aidiladha 2024

Hari Raya Aidiladha 2024 kami beraya di Segamat dulu, kampung saya. Kakak-kakak dan abang-abang tak dapat balik beraya. Ada yang buat korban di tempat sendiri dan ada yang tak cuti. Jadi, kami berdua je lah sambut raya dengan mak.

Hari Raya Aidiladha 2024
Panas kemain sampai tak mampu nak buka mata

Pagi raya, baru lah kakak ipar dan anak buah sampai. Barulah meriah sikit. Lepas balik masjid, bergambar kejap buat kenangan sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Pilah pula. Raya Aidiladha macam biasa tak semeriah Hari Raya Aidilfitri.

Hari Raya Aidiladha 2024

Rancang nak tema hitam tapi dah last minit tak sempat nak mencari baju encik suami. Jadi, kita bertemakan hitam (black) dan hijau lumut (sage green) je lah ye. Pandai-pandailah kita dondonkan dia. Janji kena.

Sampai je Kuala Pilah, terus ke Masjid Jemapoh sebab mak dan adik ipar ada buat ibadah korban. Tak lama menunggu, dah siap. Sempat pergi beraya di rumah saudara belah mak mentua berdekatan dengan masjid kejap.

Hari Raya Aidiladha 2024

Dah selesai di situ, gerak pula ke rumah uwan sebelah arwah abah mentua. 

Hari Raya Aidiladha 2024

Teruja tengok kambing-kambing yang ada. Comel betul kambing ni. Kita yang teruja, anak-anak buah lagilah beria. 

Hari Raya Aidiladha 2024

Selamat sudah ibadah korban 8 ekor kambing di sini. Adik beradik arwah abah mentua dan juga orang-raong kampung yang buat korban. Dapatlah menyaksikan di depan mata. Semoga tahun depan ada rezeki kami pula. Aamiin...

Hari Raya Aidiladha 2024

Dah selesai semuanya, gerak balik kampung encik suami. Sebelum balik rumah, singgah dulu ziarah kubur arwah uwan sebelah mak dan arwah abah mentua.

Hari Raya Aidiladha 2024

Balik rumah terpaksa ikut Jalan Seri Menanti nak elak jem. Sekali laluan Senanti (Seri Menanti) ni pun jem teruk juga nak keluar ke pintu Gerbang tu haa. Masaklah kita layan jem. 

2 jam jugalah perjalanan kami dari Kuala Pilah ke Seremban. Padahal kalau tak jem setengah jam lebih sikit je dah sampai. Aduhaiii..bertabahlah bila jem ni. Tak boleh nak buat apa dah. 

Hari Raya Aidiladha 2024

Begitulah cerita raya Aidiladha kami yang seharian padat ke sana ke sini. Cuti tak panjang, masing-masing balik hari yang sama. Jalan pun padat sana-sani. Jalan alternatif pun ikut padat juga. Sobar yo lah.

Hiking Bukit Penarikan Memburu Awan Karpet

Dalam perjalanan balik kampung Raya Haji, sempatlah kami hiking Bukit Penarikan di Bahau dalam misi memburu awan karpet. Dah alang-alang limpas di Bahau menuju ke Segamat kan.

Tak berharap sangat dapat menyaksikan awan karpet sebab malamnya tu tak hujan. Jadi, kebarangkalian nak ada awan karpet pagi tu macam masih samar-samar lagi.

Mungkin kalau naik awal pagi-pagi ada lah kot. Kami mula hiking pun dah jam 7:38 pagi. Consider dah lewat waktu juga nak tengok awan karpet. Tak ada awan karpet pun tak apalah. Kita hiking santai-santai je lah. Lagipun belum pernah sampai sini lagi. Why not kita hiking suka-suka je.

Malas nak berharap sangat. Bukan apa, takut kecewa. Marilah kita! Ingatkan tak ramai orang hiking waktu cuti raya. Rupanya meriah juga ye. Dari kejauhan nampak kereta dan motor parkir di trailhead Bukit Penarikan.

Bukit Penarikan Bahau

Dari jambatan ni, belok ke kanan dan lepas tu ke kiri. Akan jumpa kawasan parkir kereta dalam ladang kelapa sawit. Dekat lah sikit nak mulakan pendakian. Ada pendaki tegar yang mula hike dari jalan besar utama tu. Humangaiii..jauh bonar!

Bukit Penarikan Bahau
jam 7.38am

Parkir percuma je dan tiada bayaran permit dikenakan. Awal-awal perjalanan, boleh jalan berleha-leha lagi. Nak berlari pun boleh. Kotlah nak kejar pace kan.

Bukit Penarikan Bahau

Selepas 7 minit perjalanan melalui ladang kelapa sawit, akan jumpa papan tanda. Ikut je arah papan tu.

Bukit Penarikan Bahau
jam7.45am

Bila dah masuk laluan simpang ikut papan tanda di atas, dah mula laluan mendaki. Sila kuatkan mental terlebih dahulu ya. 2 minit kemudian akan jumpa titi kayu ni.

Bukit Penarikan Bahau
jam 7.47am

Maka bermulalah pendakian menaik, naik dan terus menaik tanpa rasa kesian. Fuhh...walaupun laluan dia terang macam ni tapi tak mudah bila naik dan terus naik tanpa laluan mendatar. 

Tambah lagi mencabar sebab laluan ni dipenuhi dengan batu kelikir. Tersilap pijak batu, boleh jatuh juga dibuatnya. Lagi-lagi waktu menurun nanti.

Bukit Penarikan Bahau

Setelah mengharungi bukit yang menaik selama 18 minit macam tu, akhirnya sampailah laluan masuk ke hutan pula. Sebelum tu ada laluan mendatar sikit.

Bukit Penarikan Bahau
jam 8.05am, dari arah jalan mendatar tu terus naik laluan masuk hutan

Baru nak lega bila masuk laluan hutan tu, rasa macam sejuk sikit. Tapi azab juga bila terus menerus naiknya. Arghhh...benci! Tolong kaki saya sakit. Kaki cakap sakit, tapi otak suruh terus berjalan. Begitulah adat bila hiking. Kann...

Dalam otak dan kaki bergaduh, sampai juga ke puncak. Eh, bukan puncak sebenar. Ini puncak tipu! Ya, memang benar. Ini puncak tipu yang merupakan check point 3.

Bukit Penarikan Bahau
jam 8.22am

Marilah teruskan perjalanan menuju ke puncak. Selepas 5 minit barulah sampai ke puncak pertama Bukit Penarikan. 5 minit tu ikut pace saya yang sedikit mengah. 

Dari laluan atas ni kami ke kanan dulu menuju ke puncak pertama Bukit Penarikan. Sampai puncak pertama jam 8.27am.

Di puncak pertama Bukit Penarikan ni ada 3 hotspot yang wajib bergambar. Pertama di papan tanda batu Tahniah ni.

Bukit Penarikan Bahau

Di lokasi yang sama sebelah kiri ada papan tanda Bukit Penarikan dengan ketinggian 1089ft/332 meter.

Bukit Penarikan Bahau

Ketiga, Jupem stesen GPS Bukit Penarikan. Bolehlah ambil gambar macam ni. 

Bukit Penarikan Bahau

Hanya 4 minit je habiskan masa untuk bergambar dan ambil video di sini. Mujurlah masa tu hanya kami je di situ. Jadi tak perlu nak menunggu giliran bergambar di papan tanda tu.

Kemudian kami patah semula melintasi laluan mendaki tadi dan jalan terus untuk menuju ke puncak satu lagi iaitu puncak paragliding yang ada karpet hijau tu.

Bukit Penarikan Bahau

Dari kejauhan dah nampak puncak paragliding tu. Macam ramai orang je kat situ. Ada juga pendaki yang terus naik di situ. Ada laluan short cut ke sana. Tapi kami tak ikut laluan short cut. Pertama kali datang, haruslah kita singgah puncak pertama dulu kan.

Bukit Penarikan Bahau

Salah satu tarikan menarik di Bukit Penarikan ni adalah laluan hutan yang cantik ni. Laluan jalan Harry Porter katanya. Lagi menarik kalau datang pagi-pagi waktu berkabus. Kalau pandai ambil gambar, lagi cantik hasil gambarnya.

Kita datang waktu dah terang, begini je lah dapatnya. Tak ada mystical view sangat. Tapi masih cantik permandangannya. Jam 8 lebih pun dah terang berderang dah.

Bukit Penarikan Bahau

Di laluan hutan yang cantik tu berhenti lama sikit sebab ambil gambar. Jam 8.44am barulah kami hampir sampai ke puncak paragliding Bukit Penarikan.

Bukit Penarikan Bahau

Agak kecewa jugalah bila sampai di puncak ramai orang. Tak ada ruang yang selesa untuk kami lepak lama menikmati permandangan. Sempat melunjur kaki tak sampai seminit untuk ambil gambar kejap. 

Bukit Penarikan Bahau

Lepas tu ambil gambar kejap dah terus turun semula jam 8.52 am. Ikutkan hati nak je lepak lama. Nak layan view dengan saki baki kabus yang masih tinggal dan layan angin sepoi-sepot bahasa. Tapi banyak ruang menarik dah di ambil orang. Malas nak tunggu. Jomlah kita pulang.

Bukit Penarikan Bahau

Dari atas ni dapatlah tengok view permandangan pekan Bahau. Masa kami hiking ni cuaca mendung je. Tak panas. Itu yang ramai lepak kat puncak paragliding ni. Saya terpaksa ambil spot yang tepi untuk bergambar sebab tak nak nampak orang ramai.

Sampai bawah jam 9.36am. Kesimpulannya, Bukit Penarikan ni agak mencabar juga untuk pemula. Jangan dipandang enteng. Nampak mudah tapi tak mudah nak berjalan naik bukit dan terus naik. Ambil masa 1 jam jugalah untuk sampai ke puncak.

Turun tu macam biasa laju sikit. Tapi tak boleh laju sangat. Kena berhati-hati menurun di laluan yang banyak batu kelikir. Licin oiii...Mujur tak hujan. Sila turun ikut cara ketam berjalan. Okay, Bukit Penarik is done! Cuma tu lah, tetaplah tak berjaya memburu awan karpet. 

Selamat Hari Raya Aidiladha 1445H/2024M

Selamat Hari Raya Aidiladha 1445H/2024M untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Di Malaysia, tahun ni Hari Raya Aidiladha jatuh pada hari Isnin. Ada yang cuti sehari, ada yang sambung cuti Selasa. Ada juga yang tak bercuti. Walau dimana berada, kita raikan raya dengan penuh rasa kesyukuran.

Semoga kita juga dapat menghayati ibrah dan pengajaran atas peristiwa yang berlaku pada bulan Zulhijjah yang mulia ini.

Selamat Hari Raya Aidiladha 1445H/2024M


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
Indah langit kerana awan,
Indah laut kerana birunya,
Indah Aidilfitri kerana kemaafan,
Indah Aidiladha kerana PENGORBANAN.

Waktu Doa Mustajab Hari Arafah 1445H/2024M dan Doa-Doa Yang Terbaik Pada Hari Arafah

Berdasarkan hasil cerapan dan pengumuman oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, tarikh umat Islam di Malaysia menyambut 1 Zulhijjah jatuh pada 8 Jun 2024. Bermakna Hari Arafah di Malaysia jatuh pada 9 Zulhijjah 1445H/ 16 Jun 2024 bersamaan hari Ahad.

HARI ARAFAH

Hari Arafah adalah hari ke-9 Zulhijjah di mana hari tersebut melibatkan semua jemaah Haji akan berwukuf di Arafah kerana ia adalah rukun terbesar dan terpenting buat ibadah Haji.

Ibadah wukuf di padang Arafah simbolik dengan peristiwa di mana Nabi Adam dan Hawa telah diturunkan ke bumi dari syurga setelah terpedaya dengan tipu daya Iblis. 

Disebabkan peristiwa itu, mereka berdua memohon ampun daripada Allah selama bertahun-tahun dan akhirnya berjumpa semula di Jabal Rahmah selepas 40 tahun terpisah.

Umat Islam disarankan untuk memperbanyakkan amal ibadah pada 1 Zulhijjah sehingga 10 Zulhijjah, maka tidak ada waktu yang kita terlepas untuk beramal soleh. 

Kita juga boleh MEMPERBANYAKKAN BERDOA pada hari Arafah mengikut ketetapan Makkah untuk mengambil fadhilat waktu Arafah. Hari Arafah dikenali sebagai masa berdoa paling mustajab kerana pada ketika itulah Nabi Muhammad SAW mengambil masa yang sangat lama untuk berdoa.

Waktu Doa Mustajab Hari Arafah dan Doa-Doa Yang Terbaik Pada Hari Arafah
sumber : JAKIM


WAKTU DOA MUSTAJAB HARI ARAFAH DI ARAB SAUDI DAN MALAYSIA

Waktu Doa Mustajab Hari Arafah BERMULA Masuk Waktu Zuhur hingga Waktu Maghrib pada Hari Arafah. Untuk kita yang tinggal di Malaysia, kita ikut waktu di Malaysia.

Di Malaysia, Puasa pada Hari SABTU di kira puasa hari Tarwiyah manakala Puasa pada hari AHAD 16/6/2024 (9 Zulhijjah 1445H) dikira Puasa Arafah.

WAKTU ARAB SAUDI

9 Zulhijjah - AHAD - 16 Jun 2024
Zuhur 12:22pm
Maghrib 7:04pm

WAKTU MALAYSIA

9 Zulhijjah - AHAD - 16 Jun 2024
Waktu 5:22pm
Waktu 12:04am

Nota: Perbezaan masa Makkah dan Kuala Lumpur adalah 5 jam.

DOA YANG TERBAIK PADA HARI ARAFAH OLEH JAKIM

  1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus
  2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.
  3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).
  4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.
  5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islamku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.
  6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.
  7. Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.
  8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.
  9. Ya Allah, apabila aku telah meninggal, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi
  10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.
  11. Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.
  12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam
  13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).
  14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu
  15. Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.
  16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.
  17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.
  18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.
  19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.
  20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.
  21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.
  22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.
  23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.
  24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.
  25. Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.
  26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.
  27. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..
  28. Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.
  29. Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.
  30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur,putus asa, salah laku dan syirik.
  31. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.
Semoga kita semua menjadi penghuni SYURGA FIRDAUS. Hapuskan dosa kami, Ya Allah.
Aamiin Ya Rabbal Alamin...

sumber :

8 Skincare Tips Memilih Moisturizer Terbaik Untuk Kulit Berminyak

Kadang macam pening nak memilih pelembap muka /moisturizer kan? Tak tahu mana satu moisturizer terbaik terutamanya untuk kulit berminyak dan sensitif. Jadi, saya nak kongsikan tips memilih moisturizer terbaik untuk berminyak. Bukan itu je, tapi sesuai juga untuk semua jenis kulit.

Pelembap muka /moisturizer ini adalah benda wajib dalam penjagaan kulit wajah kita. Salah satu asas selain pencuci muka. Pelembap muka perlu dipakai selepas mencuci muka jika tidak memakai serum atau essence bagi mengekalkan kelembapan kulit.

8 skincare tips memilih moisturizer terbaik untuk kulit berminyak

1. Moisturizer water based

Jenis kulit yang berminyak, perlulah memilih moisturizer water based kerana jenis kulit yang berminyak sangat cenderung untuk kelihatan berkilat, melekit serta kusam. Jadi jenis water based ni sangat sesuai untuk kulit berminyak. 

2. Ringan

Pilihlah pelembap muka /moisturizer yang ringan dan bertesktur gel untuk keselesaan sepanjang hari ibarat seperti tidak memakai pelembap gitu. Barulah rasa rajin untuk memakai pelembap muka tanpa perlu skip. Rimas kan kalau pakai pelembap muka yang tebal-tebal. Rasa bertambah minyak muka ni.
 

3. Tidak Melekit

Bagi jenis kulit berminyak dan jenis cepat berpeluh, sila pilih pelembap muka yang tidak melekit untuk mengurangkan kesan berminyak bertambah pada kulit muka selain selesa dipakai.

4. Mudah meresap

Selain memilih moisturizer water based, ringan dan tidak melekit. Pastikan juga pelembap muka mudah meresap ke dalam kulit ke dalam pori-pori dan tidak meninggalkan kesan berminyak pada kulit. 

5. Mengekalkan kelembapan

Kulit berminyak memerlukan pelembap muka/ moisturizer water based untuk meningkatkan kelembapan dalam kulit muka dalam tempoh masa yang agak lama. 

6. Dapat mengawal minyak dan tidak menyumbatkan pori-pori kulit

Pilihlah pelembap muka yang membantu mengawal minyak berlebihan yang terhasil pada kulit muka agar tidak menyumbatkan pori-pori. Jenis kandungan water based, bertekstur ringan dan tidak melekit sekaligus dapat membantu mengurangi penghasilan minyak. Ia juga dapat mencegah jerawat.

7. Mengandungi Niacinamide

Untuk lebih mudah memilih pelembap muka/ moisturizer, cari yang mengandungi bahan Niacinamide yang boleh membantu mengurangi minyak di mula. Bukan hanya itu, ia juga mampu mencerahkan kulit muka. Niacinamide banyak digunakan dalam produk skincare terbaik di pasaran.

baca juga 

8. Selamat digunakan, bebas paraben dan sesuai untuk semua jenis kulit

Untuk jenis kulit berminyak pastikan pilih pelembap muka yang selamat digunakan dan bebas paraben agar kulit tidak berisiko untuk break out. Pilih produk yang sesuai untuk semua jenis kulit jika tidak tahu jenis kulit.

Begitulah 8 tips memilih pelembap muka/ moisturizer untuk kulit berminyak dan juga untuk semua jenis kulit semestinya. 

Alang-alang cerita pasal pelembap muka, saya nak kongsikan satu produk moisturizer terbaik yang saya telah gunakan selama 3 tahun iaitu Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream yang menepati ciri-ciri seperti yang saya ceritakan tadi.

8 Skincare Tips Memilih Moisturizer Terbaik Untuk Kulit Berminyak

Dari rupa paras kotak lama sampailah yang terbaru. Berkotak-kotak sudah bersama dengan Aqua Whitening Cream ni.

8 Skincare Tips Memilih Moisturizer Terbaik Untuk Kulit Berminyak


Ia adalah moisturizer water based, moisturizer untuk kulit berminyak memang sesuai sangat. Yang bagusnya pelembap muka ni boleh dijadikan sebagai krim siang terbaik dan krim malam terbaik.

8 Skincare Tips Memilih Moisturizer Terbaik Untuk Kulit Berminyak

Skincare terbaik dalam 1 produk. Jimat tak perlu beli produk krim malam dan krim siang asing-asing. Saya suka jenis pelembap yang boleh dipakai siang dan malam, sebab boleh jimat dik!

Lepas tu tak payah pening nak pakai itu ini setiap hari mengikut turutannya. Pakai pelembap muka /moisturizer yang satu ni pun sudah memadai. Lebih mudah bukan? Sebab itulah saya masih setia memakainya. Jimat dan mudah gitu. Benda mudah, rajinlah kita nak pakai setiap hari. Kan?

Selain misi kuruskan badan sebelum raya. Ramai juga yang mengimpikan kulit cantik dan sihat. Semua orang nak nampak cantik di terutamanya bila tiba hari raya. Nak makeup cantik di hari raya pun kena ada asas yang betul dengan memakai moisturizer terbaik untuk hasil makeup yang cantik dan tahan lama.


Lagi beberapa bulan je lagi nak raya Aidilfitri 2025 tahun depan. Sempat lagi kalau nak mulakan dengan skincare terbaik ni untuk persiapan bercantik-cantik di hari raya. Tak risau juga kalau berpeluh semasa mengemas rumah untuk persiapan hari raya sebabnya pelembap muka ni boleh kawal minyak di muka kita. 
 


Saya suka dengan teksturnya yang ringan, tak melekit dan cepat meresap. Cepat sikit kita nak bersiap gitu. 

8 Skincare Tips Memilih Moisturizer Terbaik Untuk Kulit Berminyak
Tesktur ringan

8 Skincare Tips Memilih Moisturizer Terbaik Untuk Kulit Berminyak
Kulit lebih lembap dan glowing. Kesan titisan air akan terbentuk selepas sapuan pelembap

Selain kulit nampak lebih lembap, cerah dan glowing, uniknya pelembap muka/ moisturizer Aqua Whitening Cream akan menghasilkan titisan air selepas sapuan. Best kan?

8 Skincare Tips Memilih Moisturizer Terbaik Untuk Kulit Berminyak
Aqua whitening cream tidak menyebabkan liang pori-pori tersumbat

Pelembap ni juga membuktikan liang-liang pori tidak akan tersumbat dan tidak menyebabkan jerawat muncul. Mesra kulit dan memang moisturizer terbaik bagi saya. Tak menyesal cuba. 


Untuk maklumat lanjut tentang produk Hansaegee Nature dan Pembelian Aqua Whitening Cream, boleh juga rujuk di media sosial dibawah.

Braces Monthly Check Up, B2

Hari Sabtu yang sibuk. Pagi urusan di Pilah, petang urusan gigi di Seremban. Selepas sebulan 2 hari pakai braces (B1), tiba masanya jumpa doktor untuk braces monthly check up (B2). Appointment kali ni dengan Doktor lain pula. 

Braces Monthly Check Up

Lepas daftar, tak lama menunggu terus dipanggil masuk bilik room 3 di tingkat atas, Doktor A. Sebelum masuk, pilih dulu getah O ring braces di kaunter depan. Ada banyak pilihan warna. Rambang mata nak pilih mana satu.

Disebabkan saya dah decide awal nak tukar getah O ring warna apa, jadi tak makan banyak masa untuk memilih. Terus pilih warna hitam. Warna hitam antara warna yang popular di pilih oleh pemakai braces sebab nampak gigi putih, getah tak bertukar warna, tak nampak kotor dan nampak trendy.  

Braces Monthly Check Up

Braces Monthly Check Up, B2

Selain tukar getah O ring, doktor tambah 1 lagi bracket pada gigi geraham belakang. Rasa sakit sikit bila letak bracket baru sebab tekanan baru pada gusi mula terasa macam waktu mula-mula pakai braces. Tapi sakit tu kejap je lah, beberapa jam je. Lepas tu OK sudah.

Tapi kurang selesa sikit bila letak bracket baru tu, wayar besi hujung tu selalu bergesel dengan dinding mulut tepi. Kalau luka, confirm ulser! Mujurlah tahap toleransi kesakitan saya agak tinggi juga. Jadi boleh dibawa bincang. Malas nak guna ubat titis ulser dan wax yang dibekalkan. Hadap je lah.

Kalau pakai wax lekat pada hujung wire tu nanti risau pula tertelan sebab kalau nak makan kena tanggalkan. Bukan apa, risau lupa. Tu je. Baiklah kita tahan selagi boleh tahan.

Bulan depan, doktor akan review progress braces selama 2 bulan ni macamana. Setakat sebulan lebih pakai braces ni gigi tepi kiri kanan bawah dah nampak perubahannya. Gigi yang sendeng sudah mula menegak dah. Yeay! Alhamdulillah.

Tapi dalam masa yang sama ada beberapa batang gigi dah mula jarak antara satu sama lain. Kira cepat jugalah pergerakan gigi selama sebulan lebih ni.

Tak sabar nak tengok hasilnya selepas 2 bulan nanti. Harap gigi tak buat masalah lah nanti.

© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu