Gadgets

Jadual Siaran Lansung Dan Keputusan Perlawanan Kelayakan Piala Asia B-23 2024 di Chonburi, Thailand

Saingan Liga dan Piala Malaysia berehat seketika bagi memberi laluan kepada FIFA Days bermula dari 4 September sehingga 12 September 2023. 

Dalam tempoh ini, Skuad Harimau Malaya B-23 akan menyertai kem latihan pusat Skuad Harimau Muda mulai 30 Ogos untuk persiapan menghadapi Kelayakan Piala Asia B-23 2024 di Chonburi, Thailand bermula 6 hingga 12 September 2023 nanti. Mereka akan berlepas ke Thailand pada 4 September 2023.

Jadual Siaran Lansung Dan Keputusan Perlawanan Kelayakan Piala Asia B-23 2024 di Chonburi, Thailand

Bagi saingan pada Kelayakan Piala Asia B-23 2024, Malaysia berada dalam kumpulan H akan berdepan dengan pasukan Bangladesh pada 6 September 2023, hari Rabu. Kemudian bertemu dengan pasukan Filipina pada 9 September 2023, hari Sabtu  dan tuan rumah, Thailand pada 12 September 2023, hari Selasa.

Siaran lansung live streaming yang melibatkan pasukan Malaysia akan disiarkan menerusi saluran Sukan RTM.

Jadual Perlawanan Kelayakan Piala Asia B-23 2024 di Chonburi Thailand
sumber : FAM

Rabu, 6 September 2023

Malaysia vs Bangladesh

Masa : 4:30 petang (TH), 5:30 petang (MY)
FT : Malaysia (2) vs (0) Bangladesh

Thailand vs Filipina

8:30 malam (TH), 9:30 malam (MY)
FT : Thailand (5) vs (0) Filipina

Sabtu, 9 September 2023

Filipina vs Malaysia

4:30 petang (TH), 5:30 petang (MY)
FT : Filipina (0) vs (4) Malaysia

Bangladesh vs Thailand

8:30 malam (TH), 9:30 malam (MY)
FT : Bangladesh (0) vs (3) Thailand

Selasa, 12 September 2023

Bangladesh vs Filipina

4:30 petang (TH), 5:30 petang (MY)
FT : Bangladesh (0) vs (1) Filipina

Thailand vs Malaysia

8:30 malam (TH), 9:30 malam (MY)
FT : Thailand (1) vs (0) Malaysia

Kesemua perlawanan ini akan berlangsung di Stadium Chonburi, Thailand. Keputusan perlawanan secara langsung/ live score akan dikemaskini sehingga tamat masa penuh perlawanan.

Kedudukan Kumpulan H

Berikut merupakan kedudukan setiap pasukan dalam Kumpulan H. Hanya juara kumpulan akan layak ke saingan Piala Asia B23 2024.

Kumpulan HPMenangSeriKalahGDMata
Thailand3300+99
Malaysia3201+56
Bangladesh3002-83
Filipina3003-60

Pasukan Thailand layak ke Piala Asia B23 2024 Qatar selepas muncul juara kumpulan H.

RASMI : MALAYSIA LAYAK KE PIALA ASIA B23 2024! Skuad negara berjaya mengesahkan tempat ke Qatar tahun depan selepas menjadi naib juara keempat terbaik.

Senarai 25 pemain Perlawanan Kelayakan Piala Asia B-23 2024

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan senarai 25 pemain yang dikendalikan oleh ketua jurulatih B-23 kebangsaan, E. Elavarasan bagi menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya B-23 dalam saingan Perlawanan Kelayakan Piala Asia B-23 2024 di Chonburi, Thailand.

Senarai 25 pemain Perlawanan Kelayakan Piala Asia B-23 2024
sumber : FAM

  1. Sikh Izhan 
  2. Azim Al amin
  3. Mukhairi Ajmal 
  4. Rahadiazli
  5. Harith Haiqal 
  6. Ubaidullah
  7. Zikri Khalili 
  8. Azam Azmi
  9. Ruventhiran 
  10. Safwan Mazlan
  11. Syahir Bashah 
  12. T. Saravanan
  13. Aliff Izwan 
  14. Haqimi Azim
  15. Najmuddin Akmal 
  16. M.Rakesh
  17. Fergus Tierney 
  18. Saiful Jamaluddin
  19. Umar Hakeem 
  20. Alif Ikmalrizal
  21. Aiman Afif 
  22. Luuqman Hakim
  23. Azrin Afiq 
  24. Nooa Laine
  25. Hariz Mansor
Daripada 25 pemain tersebut, hanya 23 pemain akan berada dalam senarai akhir. Berdasarkan senarai tersebut, E. Elavarasan masih mengekalkan 14 orang pemain daripada 23 pemain skuad Kejuaraan B-23 AFF 2023 di Rayong, Thailand yang baru sahaja berakhir. 

Antaranya termasuk lah beberapa pemain muka baru iaitu Hariz Mansor, M. Rakesh, Saiful Jamaluddin dan Alif Ikmalrizal Anuar, penjaring terbanyak kejohanan.

Sementara baki 11 pemain lain yang dipanggil kali ini terdiri daripada 9 pemain dari skuad Sukan SEA 2023 yang tidak berada dalam senarai ke Kejuaraan B-23 AFF 2023. 

Mereka adalah Mukhairi Ajmal Mahadi, Harith Haiqal Adam Afkar, Ahmad Zikri Khalili, Azam Azmi Murad, Safwan Mazlan, T. Saravanan, Haqimi Azim Rosli, Azrin Afiq Rusmini dan Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman serta dua pemain berpangkalan di luar negara iaitu Luqman Hakim Shamsudin dan Nooa Laine.

Seterusnya, 16 pasukan yang terdiri daripada 11 pasukan juara kumpulan dalam saingan kelayakan (Kumpulan A hingga K) bersama-sama empat pasukan tempat kedua kumpulan terbaik dan tuan rumah, Qatar akan layak beraksi di Piala Asia B-23 2024 yang akan berlangsung di Qatar, tahun depan 2024.

Harapan penyokong Malaysia, sudah tentulah berharap pasukan Harimau Muda dapat mencipta kemenangan bagi menebus kekalahan yang lalu dan seterusnya layak ke peringkat Piala Asia B-23 2024.

Kejohanan kelayakan ini juga turut menawarkan tiket automatik ke Sukan Olimpik Paris 2024 menerusi empat pasukan terbaik di Piala Asia B-23.

Kali terakhir skuad bola sepak Malaysia layak ke Sukan Olimpik adalah semasa edisi 1980 Moscow. Akan tetapi Kerajaan Malaysia ketika itu memboikot daripada menyertai temasya sukan terbesar dunia itu kerana membantah serangan ke atas bumi Afghanistan.
Utusan

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.