Gadgets

Koleksi Kedua Adidas Stan Smith Vegan Shoes

Kita ni pantang nampak warna pink, mesti nak membeli. Tapi benda-benda yang relevan dengan warna pink lah. Tak semua benda nak di pink kan. Itu dah terlampau obses sangat. Pink yang minimal okaylah. Sebenarnya macam dah lama juga berhajat nak beli koleksi baru Adidas Stan Smith.

Suka dengan design casual sneaker Adidas Stand Smith jenis tapak flat dan warna putih. Setiap design stan smith ada keunikan tersendiri bukan hanya berbeza warna. Koleksi pertama stan smith saya warna off white purple tint/ lilac gold beli di physical store Adidas.

Untuk koleksi kedua ni saya beli online di website je sebabnya kalau di physical store tak banyak pilihan yang ada. Ye, butik besar pun kadang tak banyak pilihan kasut yang ada. Jenuh pergi sana sini. Tetaplah tak ada yang berkenan di hati. Dalam online jugalah yang banyak.

Kebetulan ada sale, seperti pucuk dicita ulam mendatang. Terus lah kita beli tanpa banyak soal. Bukan selalu ada sale yang banyak juga diskaunnya. Kalau normal price tu berkira-kira jugalah nak membelinya.

Saya order 27 Julai, 29 Julai dah selamat sampai. Cepat betul ye buat kerja. Ini yang rasa macam nak shopping online je lain kali. 

Adidas Stan Smith Vegan Shoes

  • Adidas Stan Smith Vegan shoes are inspired by vegan strawberry ice cream
  • Rosy hues across the synthetic upper and TPU heel piece
  • Embroidered sprinkles on the waffle-weave tongue 

Warna dia Almost Pink  Off White macam tu. Sedap mata memandang dengan warna merah jambu lembut. Dibungkus elok, kotak kasut ni diletakkan dalam kotak yang besar untuk elakkan kotak kasut biru ni tak rosak.

Packaging dia memang tiptop dengan security tamper evident tape. Tanpa logo jenama diluar kotak, in case untuk mengelakkan risiko kecurian. 

Hati berbunga-bunga unboxing kotak kegembiraan yang datang. Tambah lagi seronok kasut idaman yang cantik manis ni selamat dimiliki dengan sempurna.

Adidas Stan Smith Vegan Shoes

Nampak tak kelihatan warna yang hampir merah jambu lembut ni. Menariknya pada bahagian lidah (tongue) dia ada sulaman macam chocolate rice berwarna warni menceriakan lagi Adidas Stan Smith Vegan Shoes ni.

Adidas Stan Smith Vegan Shoes

Pada bahagian belakang pula ada macam dust dalam heel collar belakang kasut warna pink tu. Versi Vegan Shoes ni kedua-dua belakang design sama. Koleksi sebelum ni versi lilac dengan sulaman gold 'stan; sebelah kiri dan 'smith' sebelah kanan.

Kebiasannya tongue dan heel collar belakang lah yang membezakan antara setiap Adidas Stan Smith.

Adidas Stan Smith Vegan Shoes

Adidas Stan Smith Vegan Shoes
bahagian dalam kasut

Untuk maklumat lanjut dan pembelian boleh rujuk website adidas.com.my. Geram pula koleksi Stan Smith yang lain. Yang lux macam menarik. Tapi bonega macam tinggi sangat tapaknya pun.

Masa saya beli yang ni pun tinggal 6 stok macam tu. Lepas membeli beberapa hari, tengok tengok dah sold out. Mujur beli awal tak kalut.

Saya suka jenama adidas, design yang lebih mengikut citarasa saya. Harga seiring kualiti. Yang lama dah 2 tahun masih elok lagi pakai sampai sekarang. Kasut running since 2015 pun masih berjasa sehingga sekarang. Cuma sekali je lah dia masuk wad kena jahit, itupun sebab merajuk lama tak pakai. 

8 comments:

  1. Replies
    1. Cantik kan wak.
      Harga dah kurang kayangan lepas diskaun.

      Delete
  2. Cantik2 kasut Adidas ni, paling best dia masih kekalkan model2 classic macam Stan Smith. Selalu juga browse2 website Adidas Malaysia. Senang bila dah tahu saiz kasut sendiri dan kalau tak silap boleh return kalau tak ngamkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, banyak design yang masih relevan dan menarik sampai sekarang. Yang classic tu lagilah mahal value dia. Ye, betul. Dah tahu saiz senang nak membeli online. Yang tu saya tak pasti sebab ni pertama kali beli online. Biasa beli di store je.

      Delete
  3. Cantiknya kasut ni. Memang suka kasut warna pastel dan feminin designnya.

    ReplyDelete
  4. Macam makanan pula ada nama vegan. Hehe cantik lembut sahaja warna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, inspired daripada nama makanan kak. Vegan Strawberry ice cream. Warnanya lembut dan menarik.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.