Telefilem Kapcai Ayah (TV9)

Azhafizah MN
By -
0
Telefilem Kapcai Ayah, sebuah telefilem ulang siaran sempena sambutan Hari Kebangsaan bersiaran pada 28 Ogos 2023, hari Isnin jam 8:30 malam di Slot Skrin di 9 TV9 atau online di Tonton.

TELEFILEM KAPCAI AYAH

Kapcai Ayah merupakan telefilem terbitan syarikat produksi Raden Pictures Sdn. Bhd. yang diarahkan oleh pengarah Heykal Hanifah daripada hasil nukilan skrip oleh Marziah Manaf.

Telefilem Kapcai Ayah TV9

PELAKON, WATAK DAN SINOPSIS KAPCAI AYAH

Pelakon Kapcai Ayah dibintangi oleh Hasnul Rahmat, Saharul Ridzwan, Marissa Yasmin, Hanna Aqeela, Harris Alif, Rahhim Omar, Lydiawati dan ramai lagi.
  • Saharul Ridzwan sebagai Aliff
  • Hasnul Rahmat sebagai Jamil
  • Marissa Yasmin sebagai Imah
  • Hanna Aqeela sebagai Ika
  • Harris Alif sebagai Aliff 17 tahun
  • Rahhim Omar sebagai Daud
  • Lydiawati sebagai Mariam
Kapcai Ayah mengisahkan tentang Aliff yang berasa sangat bangga dapat membonceng motosikal bersama ayahnya ketika dia masih kecil. Namun, perasaan itu mula hilang walaupun motosikal itu masih menjadi pengangkutan tetap ayahnya.

Jamil sangat sayangkan motosikalnya walaupun luarannya sudah buruk. Baginya, dia akan menggunakan khidmat motornya itu selagi boleh. Aliff yang semakin dewasa mula lupa akan jasa motosikal itu kepadanya. Dia juga berasa malu sekiranya Jamil menunggang motosikal tersebut.

Akhirnya, Aliff sedar bahawa motosikal tersebut yang menjadi penyelamat hidup ketika dia berada di saat genting.

LAGU TEMA KAPCAI AYAH

Tajuk lagu : Kaulah dia
Penyanyi : Caliph Buskers

Post a Comment

0Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment (0)