TERBeli Mesin Jahit Murah di Lazada Malaysia

Sebelum Lazada Malaysia habis sale, sempat terbeli mesin jahit murah. Sebenarnya dah lama nak beli cuma berkira kira perlu ke tidak? Akhirnya beli juga sebab satu keperluan di rumah juga kan. Senang kerja menjahit. Setelah rambang mata pilih, akhirnya beli Expert Sewing Machine 505B PRO dan pilihan Fiza dah tentulah warna pink!.

Sebenarnya ada yang lagi murah tapi size kecil sikit. Memandangkan nak guna lama, apa salahnya keluar duit lebih sikit untuk yang lebih baik dan bagus tetapi masih lagi mampu beli. Nak beli jenama singer,brother macam mahal sangat pula. So beli yang biasa biasa pun okaylah.

Fiza order 29hb March 2016 dan dijadualkan akan dihantar dalam tempoh 2-5 April 2016. Tup tup hari ni pula sampai 31 March 2016. Kiranya delay sehari untuk proses penghantaran. Okay lah tu kan, takdelah lama sangat nak menunggu. Pertama kali order barang elektrik secara online. Nak beli offline tak jumpa pula nak beli kat Mana. Lagipun barangan di Lazada Malaysia banyak pilihan.

Alhamdulillah sampai dengan selamat


Mesin jahit selamat dalam kotak

Mesin jahit di letakkan dalam bekas polisterin tebal untuk melindungi berlaku sebarang kerosakan semasa proses penghantaran. 

Fiza beli mesin jahit siap sekali dengan Extension board

Yeay, dah siap pasang dan dah cuba menjahit.

Ada 10 jenis paten jahitan. 

2 x Thread spools
2 x Metal bobbins
1 x Needle
1 x Foot pedal
1 x AC adaptor
1 x Extension board

Harga semua ni RM189.00. Postage RM3.40. Total RM192.40 Tapi kalau nak lebih bijak berbelanja korang boleh gunakan kupon diskaun. Fiza gunakan kupon dan dapat diskaun RM15.10 dan hanya perlu bayar RM177.28. Kalau kira betul betul RM177.30. Takyah pening fikir, yang penting lebih murah dari harga sebenar.

Klik sini untuk ketahui CARA NAK DAPATKAN KUPON DISKAUN



Untuk mesin jahit Expert Sewing Machine 505B PRO PINK dah habis stok dah. Masa Fiza beli pun tinggal 3 je. Tapi ada jenis yang sama cuma warna berbeza iaitu warna ungu dan biru. Shopping sementara masih ada sale dan jangan lupa dapatkan kupon diskaun.

Cashout Nuffnang March 2016

Hujung bulan juga sempat menjengah Encik Nuffnang, kotlah ada duit belanja untuk cash out. Alhamdulillah dapat cash out untuk bulan March ni. Earning Nuffnang agak sendu akhir akhir ni walaupun traffic maintain okay. Takpelah kan, syukurlah apa yang dapat dari non hado.

Kembali RM0.00 dan mula menabung dari sekarang. Harap boleh cashout untuk bulan depan juga. Check akaun Nuffnang masing masing dan jom cashout!
As stated in Nuffnang payment policy, Nuffnang pays its members 30 days (60 days for Ordinary) after every end of the month from their cashout request date for Glitterati members. Upon then, the cheque will be compiled and sent to the bank for legal processing before delivered to your registered address. The processing and delivering by the bank will take about 2 weeks time. The status will be changed to 'Paid' once the cheque has been sent to you! Hope this clarifies! Thank you and have a nice day!-Nuffnang

Ranking Alexa azhafizah.com March 2016

Morning! Dah hujung bulan ni macam biasa audit performance blog untuk ranking Alexa azhafizah.com bulan March 2016. Kejap turun, kejap naik tengok ranking alexa ni. Biasalah tu kan. Walaupun update entry telah dikurangkan tapi berjaya juga menaikkan sikit ranking alexa untuk bulan March ni. Sikit pun takpe, asal ada kenaikan dah cukup bagus.

Mungkin ada yang tertanya tanya, "Kenapalah sibuk sibuk nak naikkan ranking alexa???". Jawapan Fiza senang je untuk menambah mutu keunggulan blog sendiri dengan maintain traffic masuk setiap hari. Kalau ranking bagus, ia merupakan satu bonus untuk dapat advertorial/review job dalam masa yang sama boleh jana pendapatan lebih. Selain itu, dapat menambah semangat untuk berblogging dengan lebih serius.

Bila dah terjebak dalam dunia blogging, jangan dipersia siakan. Sesambil minat dan sebagai hobi, apakata kita usaha untuk jana pendapatan sekali kan. Takdelah buang masa dan satu kerugian kalau tak berusaha.

Berkat usaha, dapat juga melihat angka mengecil bulan ni. Harap bulan depan terus naik.

Statistik Ranking Alexa azhafizah.com January 2016 - March 2016

January 2016
Global Rank : 417, 974
Rank in Malaysia : 2, 589

February 2016
Global Rank : 378, 627
Rank in Malaysia : 3, 818

March 2016
Global Rank : 362, 097
Rank in Malaysia : 2, 983

Check rank Blog >>www.alexa.com

Design Blog Beauty Curse by Dear Haffiz

Maaf, agak kurang masa nak berblogwalking dan berbalas kunjungan blogger yang datang menyinggah ke blog sihatimerahjambu ni. Ambil masa untuk menyiapkan tempahan design dan terbaru yang baru siap Design Blog Beauty Curse by Dear Haffiz.

Warna utama yang dipilih oleh tuan punya blog adalah warna pink dan turqoise. Layout pun menggunakan layout yang simple untuk blogshop. Mudah pengunjung nak access blog. Tak terlalu fancy tapi adalah sikit tambah bunga bunga rose untuk nampak lebih menarik. Yang penting nampak kemas dan cepat loading.

Alhamdulillah siap sepenuhnya dan korang boleh singgah ke blog Beauty Curse untuk full view. Nak cuci mata tengok apa yang dijual pun boleh.

www.haffizmohdnoor.biz

Official Music Video Sayang - Faizal Tahir

Lagu Faizal Tahir nyanyi mana pernah tak sedap di dengar. Semua best! Tersuka dengan lagu "Sayang"ciptaan Faizal sendiri yang lebih kepada menceritakan kasih sayang antara dia dan anak anak. Lagi sweet tengok keakraban mereka sekeluarga dalam Official Music Video Sayang.
Penyanyi Faizal Tahir berkata lagu baharu berjudul Sayang adalah berkisar tentang pengalaman yang dilalui ketika anak perempuannya Siti Rawdha Nur Jannah, 4, mengalami demam virus beberapa bulan lalu.
Faizal, 37, berkata, dia mendapat inspirasi tersebut bagi berkongsi perasaan ketika melihat kesakitan yang ditanggung oleh anaknya selama empat hari ditahan di sebuah pusat perubatan, dekat sini.
"Saya menulis lagu ini beberapa bulan yang lepas ketika anak perempuan saya dimasukkan ke hospital kerana demam virus yang sangat teruk.

"Dia dimasukkan ke wad selama empat hari. Ia adalah satu pengalaman yang sangat menyedihkan apabila melihat dia begitu sakit. Setiap malam saya akan beritahu dia untuk menjadi kuat dan memujuknya untuk tidur supaya esok dia akan berasa lebih baik," ujarnya kepada mStar Online.
Sementara itu kata Faizal, dia mengambil keputusan untuk melancarkan single tersebut selepas isterinya Siti Raihanim Noran melahirkan anak keenam mereka yang diberi nama Khalid Al-Walid Ahmad Faizal pada 25 Oktober lalu.
Faizal juga menganggap lagu ini mempunyai nilai sentimental yang amat kuat pada dirinya.
"Saya benar-benar tidak merancang ini akan berlaku sama sekali dan tidak menyangka isteri saya melahirkan cahaya mata kami yang terbaru pada masa yang sama lagu ini disiapkan.
"Secara jujurnya saya tidak mempercayai kepada suatu kebetulan, saya hanya percaya kepada tuhan yang mempunyai rancangan sendiri" ujarnya.
Sementara itu, Faizal berkata, bait-bait lirik yang ditulis di dalam lagu Sayang ini juga menggambarkan betapa dalam perasaan cinta terhadap anak-anaknya.

Faizal berkahwin dengan Siti Raihanim Noran, lebih 10 tahun lalu dan dikurniakan enam cahaya mata iaitu Ahmad Mikaeel Zidane, 10, Siti Raudhah Nur Iman, 8, Ahmad Rifa’ie Zidane, 7, Siti Rawdha Nur Jannah, 4, Siti Nawar Malaeka, 2, dan Khalid Al-Walid yang berusia 2 minggu.-sumber dari mstar.com.my

Lirik Lagu Sayang – Faizal Tahir

Tiada yang lebih terindah
Selain kita, kau dan aku bersama
Biar ku sentuh dan rasa
Kasih yang mesra
Hanya kita yang tahu

Tenang memandang wajah yang lena
Tuhan selalu denganmu

Sayang tidur saja sayang
Lupakan saja yang semalam
Tidurlah mimpi indah

Oh sayang tidur saja sayang
Setia di sini ku menjaga
Tidurlah kaulah segalanya
Sayang kaulah segalanya
Sayang

Waktu dan usia berlalu
Saksi padamu dewasa dan sempurna
Setiap air matamu hancur hatiku
Mahu kau senyum selalu

Biar luka diubati waktu
Tuhan selalu denganmu

Sayang tidur saja sayang
Lupakan saja yang semalam
Tidurlah mimpi indah

Oh sayang tidur saja sayang
Setia di sini ku menjaga
Tidurlah kaulah segalanya
Sayang kaulah segalanya
Sayang

Selamanya kau bidadariku
Takkan pudar senyumanmu yang pertama
Selamanya tetap kau sempurna
Sayang sayang

Sayang
Oh sayang tidur saja sayang
Lupakan saja semalam

Kaulah segalanya
Sayang kaulah segalanya
Sayang

Sayang tidur saja sayang

Food Delivery Lasagna & Spaghetti Tersedap di Seremban

Sebelum ni Fiza pernah up entry Lasagna Sedap Dari D'Niena Kitchen. Rasa sekali memang tak cukup. Lepas tu nak repeat order takde rezeki sebab takde delivery dah. Sekarang D'Niena Kitchen dah buka order semula. Yeay!

Biasanya open order delivery siang je untuk lunch kebetulan semalam ada open order untuk dinner memang tak lepaskan peluang. Nak beli untuk lunch memang boleh je tapi bosan nak makan sorang kan. Jadinya beli dinner dapatlah dinner bersama husband.

Apa yang bestnya kali ni sebab  disediakan menu dengan 3 jenis set.

Set 1
1. Main course : Lasagna
2. Appetizer : Potato Salad
3. Dessert : Oreo Puding Roti Sos Kastard

Set 2
1. Main course : Spaghetti Carbonara
2. Appetizer : Potato Salad
3. Dessert : Oreo Puding Roti Sos Kastard

Set 3
1. Main course : Spagehetti Bolognese
2. Appetizer : Potato Salad
3. Dessert : Oreo Puding Roti Sos Kastard

Untuk dinner Fiza order 2 set Lasagna sebab terasa nak makan lasagna yang sedap tu. 

Potato Salad dia melimpah ruah sos dia. Sedap. Cuma Fiza kurang biasa makan appertizer ni..hehe. Tak sabar terus ngap Lasagna berulamkan appertizer. Pun boleh!

Oreo Puding roti dia kemain sedap, lembut dan sos kastard yang sedap sampai husband suruh buat pulak dah. Amboii.. terus order. Kenalah mencari resepi oreo puding roti lepas ni.

Lasagna ni memang sedap walaupun rupa biasa je. Bukan sedap biasa biasa je tapi luar biasa. Sebab kalau dibandingkan dengan lasagna yang Fiza pernah beli dan rasa di tempat lain memang ini paling sedap. Seriously tak tipu! Sos dia tu yang buatkan lasagna ni sedap. Menyesal kalau tak rasa. Tak jamin ye kalau korang sendiri yang termengidam nanti :p

Apa yang berbaloi lagi??? Sebab satu set ni cuma RM12 (appetizer + main course + dessert). Murah kan!

Untuk orang Seremban, kalau nak rasa menu western sedap, cuba order kat D'Niena Kitchen. Di jamin sedap! Delivery area Seremban, Senawang dan kawasan berdekatan.

1 box akan di charge rm 2.00 untuk delivery
2 box ke atas FREE DELIVERY !!
Whatsapp 0137119849
instagram : @dniena_kitchen

Membesarkan Mulut di Big Mouth Cafe Hipster

Tekak nak makan menu western pula malam tadi. Husband pun bagi cadangan makan kat Big Mouth Cafe Senawang. Bagaikan orang mengantok disorongkan bantal, Fiza pun follow je cadangan tu. Sesekali membesarkan mulut di Big Mouth Cafe.

Big Mouth Cafe ni antara cafe yang wow pada Fiza. Tersuka tanpa sengaja dengan segala decoration dalam cafe ni. Hipster dan old skool. Yang penting selesa dan sesuai untuk aktiviti lepak santai sembang sembang.

Fiza belanja sikit view dalam cafe ni.

Cantik kan suasana dalam cafe ni. Didendangkan dengan lagu lagu lama pula tu. Back to zaman dulu dulu.

Kalau tak nak duduk dalam cafe, duduk kat luar pun boleh. Ada satu tempat tu untuk bersila. Lagi santai.

Banyak menu yang ada kat sini. Tak snap segala menu. Nak tahu kena datang sendiri lah. Aci tak? Harga pula kira mampu bayar. Sistem order, lepas pilih menu tulis dalam kertas yang disediakan.

Disediakan juga password wifi pada bucket di setiap meja. Tak perlu susah payah nak minta password.

Malam tadi kebetulan tak ramai pelanggan. Makanya cepat juga siap apa yang kami order. Fiza order hot chocolate. Sedap! Fiza bagi 5 bintang!

Makanan pula Fiza order Home made Lasagna..Opss..lupa full name menu ni. Lasagna ni Fiza mampu makan separuh je. Daging dia memang banyak kat bawah layer ni memang berbaloi bagi mereka yang suka makan daging. Tapi bila layer dia hanya lapisan atas dan bawah, sos pula kurang jadinya campuran daging bawah lapisan ni macam kering. So agak kurang rasanya pada Fiza. Kalau lebih sos, lebih layer dan lebih cheese mungkin campuran ni jadi balance dan sedap. Untuk menu ni Fiza bagi 2/5 je boleh? Apapun kena rasa sendiri sebab tekak masing masing lain citarasa kan.

Husband pula order ice blended apa ntah namanya. Tersedap! 5/5 juga!

Untuk makanan husband order Chicken Chop. Presentation dia memang OK. Luaran ayam memang crispy, boleh tahan sedap. Cuma kena tambah sos lebih kot. Yang ni Fiza bagi 4/5.

Fiza suka cafe ni sebab cantik, selesa dan servis pun bagus. Minuman yang tersedap tapi untuk makanan mungkin kena improve sikit untuk tekak Fiza.. Untuk orang lain, kena rasa sendiri baru tahu. Lepas ni nak mengopi lagi kat sini try minuman lain pula.

BIG MOUTH CAFE
No.10, Jln Cattleya 2
Persada Cattleya 70450
Negeri Sembilan
Tel: +6017 387 1035

Operation Hours:
Mon – Thu: 12pm-11:30pm
Fri – Sat: 12pm – 12midnight
Sun: 11am-11pm

Selain di Senawang, ada lagi 2 outlet di Seremban 2 dan Bukit Jelutong.

EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM MEMBERIKAN KESAN SERTA MERTA PADA KULIT. BETUL KE???


Untuk pengetahuan semua, Ephyra telah mengeluarkan produk terbaru iaitu EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM dan Fiza antara orang yang terawal berpeluang mencuba dan merasai kehebatan Ephyra Skin Nano Repair Serum ni.


APAKAH KEHEBATAN EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM

Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum adalah serum pertama keluaran Oceanlife Marketing Sdn Bhd dibawah jenama Ephyra. Dengan menggunakan Teknologi Nano yang dipatenkan di Switzerland, serum ini telah teruji dan terbukti secara klinikal dapat memulihkan kulit yang rosak dan mengembalikan kulit yang cantik berseri.

KENAPA MEMILIH  EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM

BEBAS dari sebarang bahan kimia, merkuri dan hydroquinone. Serum ini sangat MUDAH MERESAP sehingga ke lapisan paling dalam kulit dan TIDAK BERMINYAK. Gabungan formulasi bahan antioksida iaitu Arbutin Semulajadi, Gluthathione, Vitamin C dan E mampu mencerah dan menaikkan seri wajah.


Untuk mencuba sesuatu produk kenalah tahu serba sedikit tentang produk tu, bukan boleh main pakai je. 

BAGAIMANA TEKNOLOGI NANO BERTINDAK PADA KULIT 

Teknologi Nano adalah teknologi terkini dan sangat popular dalam bidang kecantikan. Teknologi ini menjadikan partikel serum sangat kecil sehingga mudah meresap untuk masuk ke lapisan kulit yang paling dalam. Partikel serum yang telah meresap akan memulihkan struktur dalaman kulit dan menjadikan permukaannya anjal dan tidak berminyak. Dengan serum ini, ia memberikan manfaat kepada kulit : 

1. MEMULIHKAN

Mengembalikan dan memulihkan keanjalan kulit secara luaran dan dalaman bagi menghasilkan kulit wajah yang lembut, cerah dan sihat berkilau serta bersinar. Ia turut memperbaiki kulit wajah agar tampil lebih bersih, tegang & muda. 

2. MEMPERBAHARUI

Menyerap jauh ke dalam sel kulit dan menjadikan proses pembaharuan sel kepada tahap maksima. Untuk hasil kulit yang anjal, lembut, dan tampak bermaya. Kulit akan menjadi lebih cantik, cerah dan sempurna. 

3. MELINDUNGI

Melindungi kulit wajah dari kerosakan akibat sinaran radiasi UV dengan cara meneutralisasi proses antioksida. Serum ini turut mengurangkan radikal bebas dan melawan tanda penuaan dengan menjadi agen anti-oksida yang sangat berkesan. Ia mampu mengembalikan Vitamin E kepada kulit.

Sebelum ni Ephyra telah mengeluarkan produk Ephyra Collagen Drink, Ephyra Skin Bar, Inteemor, dan M2Flex. Sebahagian darinya Fiza telah mencubanya dan betul betul memberikan kesan yang terbaik. Cuma M2Flex je la tak boleh ambil sebab untuk produk tu untuk lelaki.

Sangat bertuah rasanya dapat mencuba Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum pula kali ni. Bagi peluanglah kan untuk mencantikkan lagi kulit muka sendiri. Almaklumlah, kulit bermasalah ni memang memerlukan produk yang betul betul serasi dengan kulit. Antara masalah kulit Fiza ni jenis sensitif, berminyak, bekas jerawat, pori pori terbuka dan tona tidak sekata.

Bila dapat peluang mencuba, bersemangat berkobar kobar sebab tak sabar nak tengok hasil penggunaanya. Benda baru memang teruja sikit nak pakai.  Perempuan memang suka kalau guna produk nampak kesannya dengan cepat. Betul tak? Tambahan lagi diberitahu bahawa Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum ni memberikan kesan SERTA MERTA dan SELAMAT digunakan. 

Apa yang Fiza tahu, serum memang bagus untuk memperbaiki kulit muka. Dengan lambakan pelbagai jenis serum, kita perlu cari dan pilih yang sesuai dengan jenis kulit muka kita sendiri. Yang penting keselesaan dan keberkesannya ke atas kulit sendiri sebab setiap orang memiliki jenis kulit muka yang berbeza.

APAKAH KELEBIHAN EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM BERIKAN KEPADA PENGGUNA

KESAN NYATA EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM

1. Mengecutkan jerawat
2. Menghilangkan parut jerawat & jeragat
3. Menganjalkan & menegangkan kulit wajah yang kendur
4. Menghilangkan bintik – bintik hitam
5. Mencerahkan kulit kusam
6. Memperbaiki tona kulit tidak sekata
7. Mengekalkan kelembapan wajah
8. Menghilangkan lebam bawah mata
9. Merawat kulit terbakar ( sunburn )
10. Memberikan efek kilauan pada wajah

Mampu ke Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum ni memulihkan kulit Fiza ni? Mampu tak mampu, haruslah kena cuba. Dengan itu, Fiza berikan review selepas 7 hari Fiza menggunakan Ephyra Skin Nano serum ni. Seperti yang disarankan, guna 2 kali sehari untuk memberikan kesan yang lebih baik. Jadi, Fiza guna pagi selepas mandi dan malam sebelum tidur.

Kemudian Fiza ambil gambar setiap hari 7 hari untuk melihat hasilnya. Terima kasih untuk husband sebab menjadi photographer peribadi setiap hari. Gambar di ambil ada pagi dan juga petang tanpa make up, tanpa edit kecuali gambar terakhir ada light make up sikit sebab ambil gambar masa keluar tapi masih menampakkan kesan sebelum dan selepas 7 hari. Sila buat perbandingan sendiri melalui gambar. Saja bagi korang kerja sikit...boleh?

Maaf, kualiti gambar kurang memuaskan disebabkan kualiti pengcahayaan.

Masa ni takda jerawat degil yang nak menampilkan diri. Takdelah eskperimen jerawat kecut buat masa ni. Kalau ada nanti boleh test sapu kat jerawat sebab serum ajaib ni boleh kecutkan jerawat. Sangat serbaguna kan serum ni. 

Gambar terakhir ni saja light make up sebab tak sempat nak ambil gambar sebelum keluar rumah. Nak cepat punya pasal. Nak dijadikan cerita, selepas pakai serum ni tona jadi sekata selepas sapuan foundation. Sebelum ni ada bahagian yang kurang sekata warna kulit walaupun sapuan foundation sekata. Kiranya eksperimen berjaya juga. Selain itu, kulit lebih tegang dan sekaligus mengurangkan masalah pori pori terbuka. Parut pun makin pudar. Saya suka! 

BERAPA LAMA BOLEH TAHAN UNTUK SEBOTOL 15ML?

Seperti yang Fiza baca, sebotol 15ml Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum boleh tahan 3-4 minggu penggunaan.

CARA PENGGUNAAN EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM

Untuk kesan yang optimum di sarankan guna pada waktu siang dan malam. Penggunaan 2X sehari memberikan kesan terbaik kepada kulit yg berjerawat terutamanya. Biasanya Fiza guna hanya setitis serum sahaja untuk sekali penggunaan @ sapuan. Cecair serum ni bau wangi, pekat dan mudah membuat sapuan. Yang Fiza suka dia cepat meresap ke dalam kulit dan secara automatiknya kulit rasa segar dan lembap. Didatangkan dengan dropper yang memudahkan kerja sukatan serum untuk penggunaan harian.

1. Cuci muka dengan sabun. Lebih bagus jika gunakan Ephyra Skin Bar
2. Keringkan muka dengan tuala bersih
3. Titiskan 2-3 titis Ephyra Skin Nano Advance Repair serum ke atas tapak tangan. Tapi fiza guna setitis je atas jari senang nak sapu. Ikut kesenangan dan keselesaan masing masing lah ye.
4. Gunakan hujung jari dan ratakan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum di beberapa bahagian muka seperti dahi,pipi,hidung serta bahagian leher.
5. Dengan urutan yang lembut bermula dari dalam keluar,sapukan sehingga serum meresap.


Dengan bentuk size yang kecil yang comel ni memudahkan untuk di bawa kemana mana letak dalam handbag je tak makan ruang sangat pun. 

Rugi kalau tak cuba dari sekarang. Fiza pun kena gunakan secara konsisten untuk nampak kulit lebih cantik dan sihat lagi. Tak sabar nak habiskan sebotol ni dan tengok hasilnya yang lebih baik. Dapat juga selesaikan masalah kulit yang degil ni. Dengan Seawal 7 hari dah boleh nampak kesan kira kesan serta merta juga kan untuk kulit yang bermasalah mesti akan ambil masa sikit. Kalau sebulan? Setahun? Tunggu dan lihat. Terima kasih Ephyra! Terpulih juga sedikit kulit yang bermasalah ni.


Kalau tak nak rugi bayar mahal, kena beli sekarang sebab tengah ada harga promosi sempena pelancaran produk terbaru yang baru keluar ni. Rasakan sendiri kehebatan Ephyra Skin Nano.

Harga Asal
RM 88 (Sem.Malaysia)
RM 92 (Sabah/Sarawak) 

Harga Promosi 
RM 68 (Sem. Malaysia)
RM 72 (Sabah/Sarawak) 
Sesuai untuk semua jenis kulit

Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum boleh dibeli secara online melalui
Website : www.oceanlife2u.com
Facebook : www.facebook.com/oceanlife2u
Instagram : @ephyra2u 
Hotline number : 0197373770 @ 0193800779
Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus ke 019-3015577
Juga boleh didapati di semua rangkaian pengedar sah Ephyra termasuk Brunei dan Singapura dan terdapat juga dia farmasi terpilih serta kedai/took jamu.

Sebelum terlupa, pastikan beli yang Original ye. Untuk ketahui produk Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum ni original ke tidak, boleh scan QR Code pada bahagian atas kotak.

Selepas scan, korang akan dapat pengesahan macam ni. Tandanya ini produk yang original.


Pastikan juga tarikh luput produk supaya korang tidak terpakai produk yang dah expired. Nanti kesan yang tak elok pula pada kulit, jangan salahkan produk pula padahal salah sendiri sebab tak check tarikh luput produk. 

Jom sama sama jadi cantik dan bantu mereka yang mempunyai masalah kulit supaya cantik bersama sama ^__^

Design Banner Iklan Vendor Wanted Baby & Kids Boutique Red & Ruffles

Baby & Kids Boutique Red & Ruffles akan dibuka tak lama lagi dan sekali lagi diberi tugas untuk design banner iklan vendor wanted. Antara barangan jualan yang diperlukan seperti shawl, jubah, pants, blouse, kids stuff dan lain lain. Jika berminat, boleh contact owner Baby & Kids Boutique Red & Ruffles.

Untuk design banner iklan ni Fiza buat colourful bagi nampak ceria tapi masih mengekalkan warna tema merah, putih dan hitam. Pinjam gambar model jubah dan shawl dari carian internet. Ok siap!



Kalau dekat, bolehlah terjah Baby & Kids Boutique Red & Ruffles. Tapi jauh pula. Semoga pembukaan butik berjalan dengan lancar dan moga dimurahkan rezeki. Aaminn...

Terima kasih ex-schoolmate order design dengan Fiza. Dah macam personal graphic designer dia dah katanya.

Design Kad Jemputan Grand Opening Baby & Kids Boutique Red & Ruffles

Signboard dah siap, logo dah siap, kemudian design pula kad jemputan untuk Grand Opening Baby & Kids Boutique Red & Ruffles ni. Design kenalah ikut tema warna merah, putih dan hitam tu. Barulah senang orang nak ingat. Tambah elemen opening caremony gunting dan riben. 



Sesiapa yang berdekatan dengan Baby & Kids Boutique Red & Ruffles ni bolehlah datang memeriahkan majlis pembukaan kedai tu nanti. Alamat dan maklumat lanjut boleh rujuk pada gambar di atas. 

Design Logo Baby & Kids Boutique Red & Ruffles

Design Logo Baby & Kids Boutique Red & Ruffles sambungan tempahan signboard baby & KIDS BOUTIQUE Red & Ruffles. Masih bertemakan warna merah, putih dan hitam. Customer nak logo bentuk bulat dan setelah dipersetujui, siaplah design logo R&R ni. Simple like this.


Terima kasih order!

Cara Halau Semut, Lipas, Tikus, Nyamuk, Lalat dan Serangga Lain Dengan Berkesan

Naik rimas kalau nampak semut kat dalam rumah. Masalah lipas, tikus, lalat dan nyamuk takda pulak. Semut je yang bermaharajalela kat dalam rumah ni. Bekas air masak pun nak dihurungnya. Pantang letak makanan sekejap atas meja dah bersemut. Kalau tak bertutup makanan dan minuman memang cepat je dorang berkampung. Pandai semut semut ni cari makan dan minum. 

Nak kata sampah tak dibuang, dah dibuang. Mungkin sebab cuaca panas, so dorang sibuk keluar dari celah lubang mana pun tak tahu lah. Dah cuba bermacam petua dah. Sembur campuran air cuka pun tak menjadi. Nak tabur garam macam sayang pula kan. 

Masa sembur cuka tu, tak tahan pula bau cuka tu. Semut masih juga datang. Sudahnya berhenti guna cara tu. Bila sembur menyembur tu teringat yang ada blogger pernah buat review pasal serai wangi untuk halau serangga tu. Sesambil shopping barang dapur kat Mydin, nampak produk serai wangi. So beli sebab nak cuba guna. Kalau berkesan memang bagus.

Produk ni, kalau tak silap Fiza ada dua jenis packaging. Satu jenis semburan, satu lagi jenis pati serai wangi yang perlu dibancuh sendiri. Yang semburan dalam RM9.++ dan pati ni RM13.++. So Fiza pilih yang jenis pati ni, boleh bancuh sendiri, lebih bancuhan, dan lebih jimat. berbanding yang semburan tu sekejap je guna nanti.

Cara nak guna ada diterangkan di label botol. 

Bancuhan pekatan dan air Fiza masukkan dalam bekas febreeze yang dah habis. Ada botol extra, tak perlu beli botol penyembur lagi. Warna pink!

Boleh juga disemburkan pokok bunga dan buah dan banyak kegunaan lain. Bau dia memang wangi dan menyenangkan dari semburan cuka sebelum ni. Bau dia juga kuat semerbak. Mula mula sembur, ada juga semut datang. Tak seriklah tu kan. Lepas tu sembur lagi lepas bau dia hilang. Lama lama semut pun berkurang datang. Rasa lega sikit bila semut dah berkurang. Kekadang tu bila sinki kering, nak basuh tangan kat sinki, dorang keluar dari lubang sinki tu. Panas agaknya, nak keluar cari air kot. 

Alhamdulillah settle satu masalah. Pada yang ada masalah kat rumah ada semut ke, lipas ke, nyamuk ke, lalat, anai anai dan serangga lain, Cubalah guna Semburan herba serai wangi ni. Kalau berkesan baguslah. Kalau tak berkesan, kena cari jalan penyelesaian yang lain lah jawabnya.

Ada lagi satu masalah, korang ada petua nak halau cicak tak? Cicak kat rumah ni tak layan bau serai wangi ni. Dia nak perfume lagi bagus kot. Kalau sembur ridsect pun dia kuat gagah perkasa lagi. Geli dengan cicak dan cicak suka berak merata. Mengotorkan dinding rumah pula kan.

DON'T MISS

Islamic, Isu Semasa, Malaysia
© Blog Sihatimerahjambu
si merahjambu