Gadgets

Koleksi Ucapan Hari Kemerdekaan/ Kebangsaan 2023 Terbaik

Setiap rakyat Malaysia pasti tidak akan melepaskan peluang untuk mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan atau Hari Kebangsaan 2023 di laman sosial masing-masing menjelang tibanya sambutan Hari Merdeka pada 31 Ogos nanti.

Berikut dikongsikan ucapan Hari Kemerdekaan untuk dijadikan caption di facebook, Twitter, Instagram, Threads, TikTok dan WhatsApp. Boleh juga di jadikan ucapan dalam kad ucapan, poster Hari Merdeka dan sebagainya.


Bukan sekadar hanya memberikan ucapan, peluang ini juga seharusnya kita ambil untuk menghayati erti sebenar kemerdekaan serta menanamkan semangat patriotik cintakan tanah air. Ini kerana sebuah kemerdekaan itu bukan hanya setakat retorik pengkisahan sejarah semata-mata.

Ini kerana sebuah kemerdekaan itu bukan hanya setakat retorik pengkisahan sejarah semata-mata. Bukan juga sekadar melaungkan slogan MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!. 

Sebuah Kemerdekaan itu melibatkan kemerdekaan jiwa dan minda yang dipupuk menerusi pembinaan jati diri yang dibentuk melalui empat (4) faktor utama, iaitu agama, akhlak, pendidikan dan bahasa. 

Merdeka itu bukan hanya bebas daripada cengkaman penjajahan. Ini kerana generasi muda kini berhadapan dengan ancaman penjajahan dari segi bentuk baharu terutamanya pemikiran dan budaya seiring yang dengan kepesatan teknologi masa kini.

Koleksi Ucapan Hari Kemerdekaan 2023 Terbaik

Koleksi Ucapan Hari Kemerdekaan/ Hari Kebangsaan 2023 Terbaik

“Merdeka itu bukanlah suatu benda yang mudah didapati, melainkan ialah dikehendaki untuk mendapatkannya itu iaitu pengorbanan yang sebenar pengorbanan”.
Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, Perdana Menteri Malaysia Pertama

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-66 2023
Hari ini kita boleh menikmati kebebasan dan kemerdekaan, menikmati keselesaan dan hak yang diberikan kepada kita sebagai warganegara Malaysia. 

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-66 buat negaraku Malaysia tercinta.
Semoga negara kita terus aman, sentosa dan harmoni.

Hari ini kita berpeluang lagi untuk menikmati kebebasan, ketenteraman dan hidup secara harmoni. Bangun pagi dapat menghirup udara segar dengan aman dan damai adalah sesuatu yang perlu kita hargai. Selamat Hari Kebangsaan Ke-66, Malaysia MADANI.

Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-66 buat negaraku Malaysia tercinta, Tanah tumpahnya darahku. Kemerdekaan ini besar nilainya buat kita semua. Ayuh Malaysia MADANI, Marilah kita kobarkan semangat cintakan negara dengan kibarkan Jalur Gemilang dan tanamkan semangat patriotisme dalam diri.

31 Ogos 2023, Tekad Perpaduan Penuhi Harapan
Hayatilah erti kemerdekaan. Eratkan perpaduan di antara kita dalam membentuk Malaysia MADANI yang aman harmoni. Watan ini milik kita semua!

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-66
Tekad Perpaduan Penuhi Harapan!

31 Ogos 2023
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Sama-samalah kita mengucapkan kesyukuran di atas nikmat kebebasan dan kemerdekaan yang telah dikecapi selama ini. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-66.

Salam Kemerdekaan ke-66 buat seluruh rakyat Malaysia.
Marilah sama-sama kita berganding bahu menyemarakkan ikatan perpaduan sesama kita. Kita Merdeka daripada penjajah, juga merdeka daripada perkara yang sia-sia.

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.