Gadgets

Lokasi Dan Senarai Acara Menarik Sambutan Hari Kebangsaan 2023

Sambutan Hari Kebangsaan/ Kemerdekaan 2023 akan diadakan di Dataran Putrajaya, Presint 3. Putrajaya pernah menjadi lokasi sambutan Hari Kebangsaan bagi tahun 2003, 2005, 2018 dan 2019. 

Sambutan Hari Kebangsaan 2023 dianggarkan menjangkau 100, 000 orang pengunjung yang bakal memeriahkan sambutan bertaraf nasional.
Tema Hari Merdeka 2023 "Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan"
baca juga : lagu tema Hari Kebangsaan 2023

LOKASI SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2023

Tarikh : 31 Ogos 2023
Waktu : 7:00 pagi
Lokasi : Dataran Putrajaya, Presint 3

Orang ramai digalakkan memakai pakaian batik sempena sambutan Hari Kebangsaan 2023.

Lokasi Dan Senarai Aktiviti Menarik Sambutan Hari Kebangsaan 2023

Sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya dibahagikan kepada lima zon iaitu :

Zon Satu : Bermula dari hadapan bangunan Galleria hingga ke Bulatan Gemilang, sebagai lokasi peserta kontinjen perbarisan berkumpul.
Zon Dua : Bertempat di Dataran Putrajaya yang menempatkan Petak Diraja, pentas persembahan utama dan skrin LED bersaiz gergasi.
Zon Tiga : Terletak di tapak Anjung Floria, Presint 4 pula menempatkan aset-aset ketenteraan sebelum menyertai perarakan
Zon Empat : kawasan parkir berhampiran restoran makanan segera McDonalds akan menempatkan aset hidup iaitu 58 ekor kuda dan meriam dari Angkatan Tentera (ATM).
Zon Lima : Lokasi perarakan iaitu di sepanjang Persiaran Perdana yang akan dilengkapi kemudahan seperti tempat duduk bertingkat berkapasiti 4,000 tempat duduk; khemah bantuan pasukan perubatan serta skrin di enam lokasi bagi memudahkan orang ramai yang berada jauh dari Zon Dua menyaksikan aktiviti persembahan di pentas utama.

Pelan Tapak Sambutan Hari Kebangsaan 2023

Untuk memudahkan pengunjung, sila semak tapak sambutan sebelum hadir ke sambutan Hari Kebangsaan 2023.

Lokasi Dan Senarai Aktiviti Menarik Sambutan Hari Kebangsaan 2023

10 komponen kontinjen akan menyertai acara perbarisan dan perarakan pada 31 Ogos iaitu : 
  1. Kenegaraan
  2. Perpaduan Malaysia MADANI
  3. Ekonomi
  4. Perbankan
  5. Telekomunikasi
  6. Industri Kreatif
  7. Komuniti
  8. Sukan Negara
  9. Kesejahteraan
  10. Keselamatan Negara
Sebanyak 37 pasukan pancaragam, beserta gaya dan kreativiti tersendiri akan mengiringi acara perbarisan serta perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2023.

Lokasi Dan Senarai Acara Menarik Sambutan Hari Kebangsaan 2023

Senarai acara/aktiviti menarik Sambutan Hari Kebangsaan 2023

1. Persembahan dari artis-artis terkenal tanahair (Bunkface, Nadeera Zaini, Hazraniza Dollah, Jacklyn Victor, Suki Low dan Zizi Kirana)

2. Persembahan gendang khas MADANI (Gegar MADANI) dari 400 pergendangan

3. Persembahan tari 1000 artis tari

4. Persembahan aksi Wira Merah Army Red Warrior

Persembahan aksi Wira Merah Army Red Warrior

5. Persembahan terjunan tepat oleh VAT 69 dari Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Persembahan terjunan tepat oleh VAT 69 dari Polis Diraja Malaysia

6. Perarakan Belon Watak Animasi Mechamato, Upin & Ipin, cosplay dan pelbagai maskot watak terkenal.

7. Perarakan Kontigen 30 kereta antik yang membawa 30 orang terdiri dari pelbagai kaum di Malaysia

Perarakan Kontigen 30 kereta antik

8. Aksi persembahan 21 ekor Unit K9 wira negara bagi kategori aset haiwan termasuk perarakan 30 ekor kuda dari Uni Berkuda PDRM.

Lokasi Pick Up & Drop Off Shuttle Bus sempena Hari Kebangsan 2023

Lokasi Pick Up & Drop Off Shuttle Bus sempena Hari Kebangsan 2023

Dua laluan disediakan seperti berikut

Laluan pertama

Pick Up Point : Terminal Putrajaya Sentral, Presint 7
Drop Off Point : di Jalan Tun Abdul Razak, Kiblat Walk, Perbadanan Putrajaya, Presint 3

Laluan kedua

Pick Up Point : di Putrajaya International Convention centre (PICC)
Drop Off Point : di Jalan Tun Hussein (Belakang Istana Kehakiman), Presint 3

Masa operasi bermula dari pukul 4:00 pagi hingga 2:00 petang. Perkhidmatan shuttle bus akan beroperasi setiap 10 minit pada waktu puncak dan 30 minit bukan pada waktu puncak.

Jom datang beramai-ramai raikan sambutan Hari Kebangsaan yang diraikan setahun sekali, bersama-sama kita zahirkan semangat patriotik, nikmati persembahan, perarakan dan perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2023.

Datang awal dan gunakan pengangkutan awam untuk mengelakkan kesesakan. Tahun ni ke Dataran Putrajaya lah pula. Masih sama kah vibes Merdeka 2022 yang cukup meriah dan viral.

Untuk maklumat lanjut, layari http://merdeka360.my/web/

sumber info dan imej : Perbadankan Putrajaya | merdeka360

4 comments:

  1. Teringat "Abang bomba..!! Abang bomba..!! Selamatkan saya!" Sekejap aje dah setahun berlalu ya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Viral abang bomba tak pasal pasal. Hihi..tahun ni mesti lagi hype.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.