Gadgets

Shawl Alhumaira Dengan Pouch Comel Warna Pink

Shopping time! Minggu lepas terbeli shawl lagi. Eh, memang nak beli shawl baru. Tambah koleksi Basic Essential Alhumaira. Walaupun beli warna yang dah ada, tapi material berbeza. Dapatlah kita tukar-tukar pakai ikut keperluan.

Kali ni Alhumaira tukar pek tudung/shawl baru. Daripada kotak kepada beg uncang (pouch) yang lebih menarik dan boleh digunakan. Kalau kotak tak boleh nak apa. Tapi bila didatangkan dengan pouch comel ni, warna pink pula tu. Tersangatlah bagusnya. Boleh guna letak barang-barang yang sesuai.

baca juga
tudung Alhumaira dengan packaging lama

Atau boleh guna pek tudung semasa travel. Tak gitu? Selama ni dok kumpul kotak tu bertimbun dah. Inilah dia dinamakan hoarding disorder. Nak buat sayang! 

Shawl Alhumaira Dengan Pouch Comel Warna Pink

setiap shawl dibungkus dengan soft cotton pouch dengan cetakan jenama Alhumaira. Beli 2 shawl, dapatlah 2 pouch. Sebelum ni shawl dibungkus dengan pembalut kertas. Kali ni dibungkus dengan bungkusan plastik kemudian baru dimasukkan dalam pouch.

Shawl Alhumaira Dengan Pouch Comel Warna Pink

Saya beli warna jade oxford blue dan jade black dalam koleksi Basic Essential. Warna yang selamat untuk apa apa jenis warna baju. Kira masuklah. Ini kalau nak cepat, boleh grab terus tanpa iron. 

Shawl Alhumaira Dengan Pouch Comel Warna Pink

Lepas ni kita jadi pengumpul pouch yang berjaya pula ye. Idea yang bagus juga tukar kotak kepada pouch. Benda boleh guna kan.

Shawl Alhumaira Dengan Pouch Comel Warna Pink

Selain pouch ni, harini juga Alhumaira keluarkan tote bag baru warna pink juga. Aiyaaa..janganlah racun saya. Kang terbeli juga ni kang. Untuk pembelian, silalah terjah laman web alhumaira.com

10 comments:

  1. Cantik packaging shawl diletakkan dalam pouch tu . Nampak ekslusif sangat . Warna pouch pun lembut jerrr .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, lain dari yang lain dan exclusive. Warna pouch pun lembut cantik menawan gitu.

      Delete
  2. Beg punjut tu buat isi duit pun bagus.
    Boleh muat ribu2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Duit kertas boleh lagi wak. Boleh tu beribu-ribu masuk. Tapi duit syiling risau berat pulak nanti.

      Delete
  3. Replies
    1. Memang lawa tapi in real dia macam gelap lagi ke arah navy blue.

      Delete
  4. Nasib baik saya lelaki.. Kalau tak, berapa helai dah saya beli.. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..of course berhelai helai membeli kalau perempuan.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.