Siaran Lansung Harini Selangor FT vs Sri Pahang Piala Malaysia 2023 (R16-1)

Aksi perlawanan seterusnya melibatkan pasukan Harini Selangor FT atau Harini FC bertemu pasukan Skuad Tok Gajah, Sri Pahang FC yang dijadualkan berlansung di Stadium tadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi Negeri Sembilan.

Harini Selangor FT vs Sri Pahang FC

Perlawanan ini juga merupakan aksi pertama pasukan tuan rumah Harini Selangor FT dari Liga M3 dalam saingan Piala Malaysia 2023 bertemu pasukan dari Liga Super, Sri Pahang FC.

baca juga : Jadual piala Malaysia 2023

Cabaran buat pasukan Harini FC menentang pasukan dari Liga Super

Sejarah juga dicipta oleh pasukan Harini FC apabila berjaya menempatkan pasukan berada dalam saingan Piala Malaysia 2023 melawan pasukan senior Liga Super. 

Harini FC di bawah kendalian jurulatih berpengalaman P. Maniam telah mempersiapkan barisan bekas pemain Liga Super dan kebangsaan yang menjadi tonggak kekuatan pasukan bagi memberikan cabaran kepada pasukan lawan.

Bukan laluan mudah bagi Skuad Tok Gajah, Sri Pahang FC

Bagi pasukan Sri Pahang, menentang pasukan dari Liga M3 bukan laluan mudah bagi melayakkan pasukan ke peringkat suku akhir. Ini kerana pasukan Harini FT dibarisi oleh bekas pemain-pemain hebat yang pernah beraksi di Liga Super.

Misi pasukan Sri Pahang untuk  memberikan aksi yang terbaik dan memperoleh kemenangan selesa sebagai bekalan pada perlawanan kedua dalam aksi timbal balik di laman sendiri.

Siaran Langsung (Live Streaming) Harini FC vs Sri Pahang Piala Malaysia 2023 (R16-1)

Perlawanan antara pasukan Harini FC dan Sri Pahang FC pada perlawanan pertama peringkat 16 pasukan saingan Piala Malaysia 2023 dijadualkan berlansung pada hari Jumaat, 4 Ogos 2023, jam 9:00 malam bertempat di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi Negeri Sembilan.

Penyokong di rumah boleh menyaksikan perlawanan Harini FC vs Sri Pahang FC secara siaran langsung menerusi saluran sukan 807 Astro Arena Bola 3 dan Astro GO seawal jam 8:30 malam bermula dengan siaran pra rancangan perlawanan.

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, tonton live streaming online di internet menerusi platform penstriman Sooka.

Siaran Lansung Harini Selangor FT vs Sri Pahang Piala Malaysia 2023 R16-1

HARINI FC vs SRI PAHANG FC

Venue : Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi Negeri Sembilan
Waktu siaran : Jumaat, 4 Ogos 2023, jam 9:00 malam
Siaran lansung : Astro Arena Bola 3 (CH807)

Tiket perlawanan Harini FC vs Sri Pahang FC

Pembelian tiket perlawanan Harini FC vs Sri Pahang FC yang berlansung pada hari Jumaat, 4 Ogos 2023, jam 9:00 malam di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di laman rasmi tickethotline.com.my.

Keputusan masa penuh Harini FC vs Sri Pahang FC

Keputusan perlawanan antara Harini FC vs Sri Pahang FC Piala Malaysia 2023 dalam saingan (R16-1) secara langsung/ live score akan dikemaskini sehingga tamat masa penuh perlawanan.

FT : HARINI FC (2) - (3) SRP
 David Rowley 19'
 Luciano Guaycochea 54'

 Fikri Mohamed 59'
 Norshahrul Idlan Talaha 74'
 Baqiuddin Shamsudin 90+2'

4 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.