Responsive Ad Slot

Telefilem Love You Miss Pomen

Tonton Telefilem Love You Miss Pomen ulang siar pada hari Jumaat, 30 September 2022 pukul 8:30 malam di slot Skrin Di 9 TV9. Love You Miss Pomen menampilkan pelakon Mira Filzah bergandingan dengan Aliff Aziz.

love you miss pomen

TELEFILEM LOVE YOU MISS POMEN

Waktu siaran : Jumaat, 30 September 2022, pukul 8:30 malam
Siaran TV : Skrin Di 9 TV9(CH149)
Penulis skrip : Hafid Derani, Shahnas Putra, Aida Othman
Pengarah : Heykal Hanifah
Produksi : Art Ornament Sdn. Bhd.

PELAKON DAN WATAK

  • Aliff Aziz sebagai Remy
  • Mira Filzah sebagai Saerah
  • Aisyah Azman sebagai Nana
  • Ikhlas Jalil sebagai Azli
  • Muhamad Riza Baharudin
  • Kamal Sumbu sebagai Samad
  • Mak Wan Latah sebagai Mak Tom
  • Rashid Jafar sebagai Pak Leh

SINOPSIS TELEFILEM LOVE YOU MISS POMEN

Remy (Aliff Aziz)  rimas dengan sifat Nana (Aisyah Azman) yang mengada-ngada setelah terlalu lama mereka bercinta. Nana membawa Remy ke kampung untuk bertemu ibu bapanya. Mereka merancang untuk berkahwin. Semasa hendak bertolak balik, kereta Remy tiba-tiba rosak.

Ketika Remy bermalam di rumah keluarga Nana kerana kereta rosak, Remy telah berkenalan dengan Saerah (Mira Filzah), seorang mekanik bengkel tempat Remy menghantar keretanya.

Dalam diam, Remy mula sukakan Saerah kerana dia seorang yang berdikari. Pada suatu hari, ketika Nana dan Remy bersiar-siar di kampung, mereka bertegur sapa dengan Azli (Ikhlas Jalil), seorang pemuda kampung. 

Azli pula sudah lama menyimpan perasaan pada Saerah namun tidak dilayan. Bila Azli ternampak Saerah melayan Remy dengan mesra di bengkel, perasaan cemburu dan dengki mula meluap-luap dalam hatinya.

Disebabkan itu,  berlakulah pertengkaran hebat antara Nana dengan Remy. Saerah pula kecewa dengan Remy kerana dia merahsiakan hubungan cintanya dengan Nana.

LAGU TEMA(OST) LOVE YOU MISS POMEN

Lagu : Kisah Cinta
Penyanyi : Asfan

Lagu : Cinta
Penyanyi : Kumpulan Asmara

Lagu : Segala
Penyanyi : Mohd Mentor

Lagu : Prasangka
Penyanyi : Aaron Abdul

Dapat Produk Kedai Mesra Petronas

Semasa encik suami berkerja di R&D Petronas, dapatlah satu beg plastik barangan keluaran kedai Mesra Petronas. Produk-produk ni ada di jual di kedai Mesra Petronas. Tak pasti produk baru atau lama. Dalam satu beg plastik tu ada macam-macam produk, antaranya :

  • Antibacterial spray
  • Face masak KF94
  • Antibacterial wipes
  • Hand sanitizer
  • Red clay antibacterial hand wash
  • Mini hand sanitizer with cute holder

produk petronas

Mini hand sanitizer with cute holder ni saya dah rembat awal. Gantung pada hand beg. Sejak zaman covid ni dah terbiasa dengan hand sanitizer dan face mask. Walaupun banyak kelonggaran sekarang ni. Tapi tetap juga satu keperluan hand sanitizer dan face mask ni.

produk petronas

Rasa kekok pulak kalau keluar tak pakai face mask di tempat awam. Dah terbiasa, begitulah. Satu lagi yang menarik ialah red clay antibacterial hand wash. Belum buka lagi. Jadi tak tahu macamana rupa paras dia. Nanti nanti dah guna baru letak gambar nya.

produk petronas

Sanitizer ni dah sebati dalam hidup kita sejak COVID-19. Kebersihan perlu diutamakan. Dah dapat ni jimat belanja membeli stok.

RePack Body Mist Bath & Body Works

Bahaya betul kalau Bath & Body Works asyik buat sale. Mujur tak terjebak berkali kali. Sebabnya jenuh fikir macamana nak habiskan stok yang sedia ada ni. Macam lambat je nak habiskan walaupun setiap kali disembur. 

Sembur pun bukan sikit sikit je sebab baunya tak nak kalah. Semerbak! Itu yang lambat habis tu. Nampak ada seller kat Shopee jual body mist Bath & Body Works yang repack tu. Maka timbullah idea nak repack body mist Bath & Body Works dalam botol kaca mini perfume yang biasa orang jual tu.

Saya beli mini glass perfume spray bottle bersaiz 10ml. Sesuai sangatlah untuk diletakkan dalam hand beg. Saiz yang tak makan ruang sebab dia jenis panjang dan slim. Stand by perfume dalam hand beg daripada kena beli perfume mini baru, lebih baik kita berjimat dengan cara begini. 

Sekurang-kurangnya ada langkah penyusutan stok daripada membazir tak guna. Itu yang malas nak beli baru tu selagi yang lama tak habis.

baca juga : a thousand wishes bath & body works | winter candy apple, warm vanilla sugar


Ikutkan nafsu membeli nak je beli lagi dan lagi. Baru-baru ni ada keluar baru eh " Gingham love" Collection dengan Poppy. Ahhh sudahh..dia goda kita pulak bagi email. Sabajap! Bagi habis yang sedia ada dulu.

Ehhh..bukan itu je, sekarang buy 2 free 1! Tapi itu biasa je BBW buat kan. 

Kalau kau orang tak tahu macamana nak habiskan perfume body mist ni bolehlah buat cara macam ni. Repack je dalam mini glass bottle perfume. 1 botol comel kosong harga dia RM0.65 sen sahaja. Boleh beli banyak dan repack banyak-banyak. Boleh dijadikan sebagai gift juga.

Nak bawa travel pun senang. Takpayah lah nak bawa gedabak botol besar tu kan. Lepas ni kalau nak beli body mist kena beli yang travel size tu. 

6 Formula Doa Yang Boleh Diamalkan

Doa adalah senjata bagi orang Mukmin dalam keadaan susah mahupun senang. Doa merupakan ubat paling hebat bagi orang yang dalam kesusahan dan juga perlindungan bagi orang yang lemah. Tidak ada seorang pun yang tidak pernah berdoa.

doa doa yang boleh diamalkan

Doa

Doa merupakan satu bentuk permohonan dan kerendahan hati seorang hamba kepada pencipta.

Dengan banyak berdoa dan memohon kepada Allah SWT disertai dengan usaha yang tidak mengenal erti lelah itu sebenarnya satu jalan penyelesaian kepada setiap masalah.


Jangan pernah berhenti berdoa. Berdoalah...

Tapi jangan kita lupa fungsi berdoa itu meminta, bukan memaksa. Allah maha mendengar, mintalah…

Doa, jika kita betul-betul amalkan boleh mengubah hidup kita menjadi lebih baik dengan izin Allah SWT. The power of doa hanya Allah maha tahu akan segalanya. Allah akan berikan apa yang kita minta tepat pada masanya. 

Formula Doa 1

Sebelum ini kita selalu berdoa, "Ya Allah berikanlah aku kekuatan." Jika kita berdoa begitu, maka Allah akan sentiasa UJI untuk test kekuatan kita.

Faham faham? Jadi doa yang kita boleh betulkan ialah,

"Ya Allah lapangkan kesulitan apa yang aku hadapi ini, Ya Allah keluarkan aku dari kesulitan ini, Ya Allah bantulah aku ".

Formula Doa 2

Selain daripada itu, kita sebelum ini mungkin selalu berdoa, "Ya Allah BERILAH aku...". Jadi, selepas ini kita tukar sikit doa iaitu,

"Ya Allah KURNIAKANLAH aku..."

Kerana apa? Jika kita sebut BERI maka bila-bila masa Allah boleh ambil balik. Namun, jika sebut KURNIA, maka Allah akan kurniakan kita sesuatu sampai bila-bila InshaaAllah.

Formula Doa 3

Satu lagi, selalu saya dengar dan nampak orang doa begini, "Semoga DIMURAHKAN rezeki". Selepas ini, latihkan baca doa begini:

"Semoga DILIMPAHI rezeki yang berpanjangan dengan segala keberkatan."

Nampakkan dua perbezaan doa itu? Doa kena betul, sebab setiap doa kita Allah dengar dan yakin Allah makbulkan doa kita. Jadi dengan doa ini saya nampak betapa pentingnya untuk kita praktikkan dalam kehidupan seharian.

Formula Doa 4

Selain itu, selalu kan kita berdoa seperti ini, contohnya, “Ya Allah, kurniakanlah kami zuriat, anak yang soleh dan solehah” dan setiap kali itu jugalah kita akan berasa kecewa, stress bila doa tidak dimakbulkan Allah. 

Kalau selama ni kita hanya minta pada Allah sekadar nikmat sahaja. Kita tak benar-benar ikhlas meminta padaNya supaya diberikan nikmat yang lebih bernilai. Maka hari ini, ayuh kita tukar cara berdoa seperti ini, contohnya:

"Ya Allah, sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan aku dengan diriMu maka makbulkan ya Allah..

Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan Engkau lebih memandangku ya Allah, maka kurniakanlah..

Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan ibadahku lebih bertambah dan solatku lebih khusyuk maka izinkanlah nikmat ini Engkau pinjamkan padaku ya Allah..

Kerana Engkau sahajalah sebaik2 perancang dan Engkaulah Tuhan yang Maha mengetahui atas segala sesuatu yang terbatas bagiku. '

Amin Ya Mujib.

Sebabnya, bilamana kita berdoa seperti di atas ini, matlamat dan objektif dalam doa itu bukan terfokus pada nikmat semata, tapi lebih ikhlas kerana hubungan kita pada Allah yang memberikan nikmat itu.

Formula Doa 5

Selalu juga, bila kita berdoa kita minta macam-macam pada Allah.. hingga kita lupa nak bersyukur atas segala nikmat yg telah Allah beri.. Kita lupa nak bersyukur dengan rezeki yg sudah ada di hadapan kita.

Jadinya, bersyukur dulu atas apa yg Allah dah beri, maka Allah akan tambahkan lagi.. Sebagai contoh:

"Ya Allah, aku bersyukur umurku masih panjang lagi pada hari ini, maka Engkau jadikanlah hariku sebagai ibadah kepada Mu. Dan redhalah kepadaku ya Allah.."

Formula Doa 6

Satu lagi cara berdoa adalah dengan mendoakan orang lain. Kerana bila mendoakan orang lain, seluruh malaikat di Arasy akan turut mengaminkan doa kita.. satu contoh,

"Ya Allah, sahabatku ini dalam kesulitan dan kesempitan ya Allah.. bantulah dia ya Allah, lapangkan kesulitannya.. permudahkan perjalanan hidupnya ya Allah.."

Antara waktu-waktu mustajab untuk berdoa

Di sepertiga malam di saat kita sedang bangun untuk solat malam, antara azan dan iqamat, ketika bersujud dalam solat, ketika hujan turun adalah di antara waktu yang mustajab untuk kita berdoa.

Banyak lagi waktu mustajab untuk kita berdoa dan carilah masa-masa sesuai untuk memohon kepada Allah SWT. Berdoalah apa saja dan dengan cara bagaimana sekalipun, kerana Allah faham apa yang kita ingin sampaikan.

Semoga bermanfaat. 

Lirik Lagu Mungkin Ini Adalah Lagu Yang Paling Sedih Pernah Ku Buat (MIALYPSPAB) - DOLLA x Naim Daniel

Sikit punya panjang tajuk lagu DOLLA x Naim Daniel, Mungkin Ini Adalah Lagu Yang Paling Sedih Pernah Ku Buat atau diringkaskan menjadi (MIALYPSPAB)

Lagu MIALYPSPAB dicipta oleh Naim Daniel sejak 2 tahun lalu dengan genre balada sedih. Lagu MIALYPSPAB dinyanyikan oleh Naim Daniel sendiri berkolaborasi bersama kumpulan Dolla yang terkenal dengan lagu rancak dan tarian.

Dolla dianggotai Syasya, Sabronzo, Tabby dan Angel buat pertama kalinya berduet dengan Naim Daniel dan muncul dengan lagu balada.

mungkin ini adalah lagu yang paling sedih pernah ku buat dolla x naim daniel

Lirik lagu Mungkin Ini Adalah Lagu Yang Paling Sedih Pernah Ku Buat - DOLLA x Naim Daniel

Dengar sini ku nak kata
Walaupun kau takkan suka
Ini semua sia sia
Air mata jatuh lagi dibantal ku malam ini
Sikit lagi ku nak pergi

Ini bukan satu mimpi
Yang mampu engkau fahami ey ey ey

Kadangkala aku lemah, kadangkala aku resah
Tapi tak bermakna aku tak cinta
Kadangkala aku ego
Kadangkala aku bohong
Tapi tak bermakna ku tak bersungguh
Mungkin ini adalah lagu yang paling sedih pernah ku buat
Ooh ooh ooh ooh

Cuba fahami diriku
Bukan itu yang ku mahu
Luar kawalan mindaku oh oh oh

Ini bukan satu mimpi
Yang mampu engkau fahami
Hey yay yay ee yay yay

Kadangkala aku lemah, kadangkala aku resah
Tapi tak bermakna aku tak cinta

Kadangkala aku ego, kadangkala aku bohong
Tapi tak bermakna ku tak bersungguh
Mungkin ini adalah lagu yang paling sedih
Mungkin ini adalah lagu yang paling sedih
Mungkin ini adalah lagu yang paling sedih pernah ku buat

Drama Adakah Engkau Menungguku

Tonton Drama Adakah Engkau Menungguku bermula pada 29 September 2021 bersiaran setiap hari Rabu hingga Sabtu, pukul 9:00 malam di slot Lestary TV3.  Drama Adakah Engkau Menungguku dibintangi pelakon Adam Lee, Wanna Ali, Wani Kayrie, Syafi Tee dan ramai lagi. 

adakah engkau menungguku

DRAMA ADAKAH ENGKAU MENUNGGUKU

Jumlah episod : 15
Mula siaran : 29 September 2021
Waktu siaran : Rabu-Sabtu, pukul 9:00 malam
Siaran TV : Slot Lestary TV3
Penulis skrip : Anina Sahal, Amin Shakib, Eja Lorena
Pengarah : Azmi Hata
Produksi : OrangeTree Production

PELAKON DRAMA ADAKAH ENGKAU MENUNGGUKU

  • Adam Lee sebagai Chef Ikmal
  • Wanna Ali sebagai Arianna
  • Wani Kayrie sebagai Tina
  • Syafi Tee sebagai Zain
  • Farhan Asri sebagai Azman
  • Nabil Aqil sebagai Redza
  • Bella Astillah sebagai Maya
  • Neera Azizi sebagai Lara Sofea
  • Sherry Ibrahim sebagai Mak Su
  • Enot sebagai Mak Ngah
  • Wan Nor Azlin
  • Rosli Rahman
  • Khaty Azian
  • Elanie Aidid

SINOPSIS DRAMA ADAKAH ENGKAU MENUNGGUKU

Ariana mengharapkan cinta yang telah terjalin selama 8 tahun ini akan berakhir ke jenjang pelamin. Namun, impian Ariana untuk mengahwini Azman terhenti apabila Azman diasak oleh kedua-dua ibu bapanya untuk berkahwin dengan pilihan keluarga.

Cinta Azman dan Ariana tidak berkesampaian apabila Azman terpaksa akur dengan pilihan orang tua. Ikmal yang sudah puas mengembara dan mempunyai perniagaannya sendiri di sini enggan mengikut teman wanitanya Sofia ke Australia.

Walaupun dipujuk beberapa kali, Ikmal tetap dengan pendiriannya kerana sudah bertahun dia meninggalkan ibu dan tak sanggup biarkan mereka yang sudah tua dan perlukan perhatian.

Ariana bersedih dengan sikap Azman yang tidak berusaha untuk mempertahankan cinta mereka. Ariana pergi menenangkan diri ke sebuah restoran namun dia tiada tempat kosong untuknya. Ariana dan Ikmal berebut meja dan akhirnya terpaksa berkongsi kerana meja lain dah penuh.

Ariana memandang lkmal yang hanya menundukkan kepala membaca mesej di telefon bimbitnya. Apabila pelayan menghantar makanan yang sama kepada mereka, Ariana dan Ikmal saling berpandangan. Adakah itu suratan dalam kehidupan atau sekadar satu kebetulan?


Lirik Lagu Aku Di Sini - Andi Bernadee

Penyanyi Andi Bernadee muncul dengan single baru berjudul Aku Di Sini. Lagu Aku Di Sini berbeza muziknya berentak pop perlahan yang jarang dibawakan oleh Andi yang popular dengan genre reggaeton.

Lagu Andi Bernadee


Lagu Aku Di Sini berentak pop perlahan (slow pop) yang santai serta 'lite and easy' menggunakan instrumen gitar. Aku Di Sini mengisahkan mengenai penyesalan seseorang atas apa yang sudah dilakukan kepada bekas kekasihnya dan berharap agar bekas kekasihnya itu terbuka hati untuk kembali ke pangkuannya.

Video muzik (MV) Aku Di Sini berkonsepkan jalan cerita yang menyayat hati dan lebih dramatik. Lagu Aku Di Sini merupakan ciptaan komposer antarabangsa Amerika Syarikat, Robert Gerongco, Andrew Peterson Briol, Mas Dewangga, Jova Devito, Mekar dan Andi sendiri . Diterbitkan oleh Warner Music Malaysia.

lirik lagu andi bernadee

Lagu : Aku Di Sini
Penyanyi : Andi Bernadee

Lirik Lagu Aku Di Sini - Andi Bernadee

Versi 1
Terlepas kata bila marah
Ku hanya manusia biasa, oh
Kadang tersilap langkah
Namun hatiku tetap kau yang punya

Masihku terfikirkan lagi
Berapa kali kau kusakiti
Kukesal apa yang terjadi
Mana mungkin bisa kau maafkan lagi

Pre-chorus
Kamu di dalam doaku
Sampai hujung waktu bersamamu
Takkan ada yang lain untukku
Kan tetap menunggu

Chorus
Bintang di langit hilang seri
Cinta kita sudah tak bersemi
Cuma satu yang kuperlukan
Bukakan hati, aku disini

Sorry that I hurt you, baby
In my heart, you're still my one and only
Cuma satu yang kuperlukan
Bukakan hati, aku disini

Verse 2
Hatimu kini dah berpunya
Lebih indah cinta kau dan dia, oh
Andai kuputar masa
Takkan kuulang kesilapan sama

Pre-chorus
Kamu di dalam doaku
Sampai hujung waktu bersamamu
Takkan ada yang lain untukku
Kan tetap menunggu

Chorus
Bintang di langit hilang seri
Cinta kita sudah tak bersemi
Cuma satu yang kuperlukan
Bukakan hati, aku disini

Sorry that I hurt you, baby
In my heart, you're still my one and only
Cuma satu yang kuperlukan
Bukakan hati, aku disini

Uuuuuu-ooooo
Wooooo-wooo
Ooh, ooh
Yea-yea-yeay
Uuuh-wooh
Ooh, ooh

Chorus
Bintang di langit hilang seri
Cinta kita sudah tak bersemi
Cuma satu yang kuperlukan
Bukakan hati, aku disini

Sorry that I hurt you, baby
In my heart, you're still my one and only
Cuma satu yang kuperlukan
Bukakan hati, aku disini

Teh O Essence Viral Tatagaltier Bulaney Treatment Essence Dah Botol Kedua

Kuat jodoh dengan Teh O Essence Viral TikTok ni. Saya beli pada hujung bulan Julai dan terus mula pakai Tatagaltier Bulaney Treatment Essence dengan konsisten. Dalam konsisten tu ada juga lah missed sekali dua. Itu biasa. 

Disebabkan perubahan yang positif pada kulit saya, saya teruskan lah pakai sampai nyawa-nyawa ikan dah essence ni. Tak tinggal setitis pun!

tatagaltier bulaney treatment essence

Sebelum nyawa dia berakhir, saya beli stok baru botol kedua koleksi tatagaltier bulaney treatment essence. Beli di kedai yang sama dengan harga yang sama, RM39. Untuk 100ml RM89. Beli yang saiz 40ml ni senang nak bawa travel. 

Saya pakai waktu pagi dan malam je. So saiz 40ml ni untuk stok sebulan lebih lah macam tu.

tatagaltier bulaney treatment essence review

Dah tua tua ni lah baru nak jaga kulit muka. Lambat sikit lah proses pemulihan kulit pun. Untung mereka yang ada kulit serba sihat dan cantik. Jenis kulit bermasalah ni jenuh nak tunggu elok.

Selain produk, pemakanan dan minum air masak secukupnya pun membantu mencantikkan kulit juga. Bukan semata-mata mengharapkan produk buat magic. Pakai pakai terus elok. Tidaklah begitu.

tatagaltier bulaney treatment essence review


Ada yang dah terjebak ke dengan Teh O Essence Viral Tatagaltier Bulaney Treatment Essence? Saya tengok di TikTok masing-masing dah pakai 2-3 botol dah, kulit pun bertambah glowing. Nak kulit cantik ni kena konsisten dan sabar tunggu hasilnya. Trust the process!

tatagaltier bulaney treatment essence review

Racun TikTok saya bawa ke blog. 

Cara Bayar Caruman KWSP Sendiri Secara Online Melalui i-Akaun KWSP

Berita baik untuk mereka yang bekerja sendiri atau suri rumah, sekarang dah boleh bayar caruman KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) sendiri dengan mudah secara online melalui i-Akaun samada menggunakan aplikasi atau laman web KWSP. Boleh juga buat pembayaran caruman kwsp sendiri secara online melalui bank yang terpilih.

Penyertaan sukarela caruman KWSP

Caruman KWSP tidak dihadkan hanya kepada mereka yang diwajibkan di bawah Akta KWSP 1991. Penyertaan sukarela daripada mereka yang tidak tertakluk di bawah undang-undang KWSP adalah sangat dialu-alukan. Tambahan pula, ianya merupakan satu kelebihan bagi anda untuk menyimpan simpanan bagi kegunaan di hari persaraan.

Caruman sukarela KWSP tiada komitmen atau paksaan untuk membayar caruman. Boleh bayar caruman pada bila-bila masa dimana juga dengan jumlah minimum RM10.

i-Saraan KWSP

Caruman Sukarela dengan Insentif Persaraan (i-Saraan) membolehkan ahli yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk membuat caruman sukarela untuk tujuan persaraan, dan pada masa yang sama menerima caruman tambahan daripada pihak kerajaan.

Insentif Persaraan (i-Saraan)

Sebagai ahli di bawah insentif ini, anda akan menerima sumbangan Kerajaan sebanyak 15% (jumlah maksimum sebanyak RM250/setahun [berkuatkuasa 1 Januari 2018]) ke atas caruman yang dibuat.

  • Tidak termaktub kepada ahli yang menerima caruman tetap majikan.
  • Sumbangan kerajaan adalah terhad kepada ahli yang berumur bawah 60 tahun.
kwsp caruman sendiri

Boleh juga mencarum untuk orang lain, pastikan ada no. ahli KWSP, no. kad pengenalan (IC) dan nama penuh.

Syarat kelayakan 

  • Warganegara Malaysia & Pemastautin Tetap
  • Ahli KWSP

Had bayaran caruman

Minimum : RM10
Maksimum : RM60,000 setahun untuk semua Caruman Sukarela
(Caruman Pilihan Sendiri, i-Saraan, i-Suri, Caruman Simpanan Tambahan – berkuat kuasa Januari 2013)

Cara Bayar KWSP caruman sendiri

1. Buka aplikasi i-Akaun atau boleh buat di laman web KWSP

kwsp caruman sendiri

2. Log masuk akaun. Kemudian akan terpapar akaun KWSP
3. Tekan add contribution, masukkan jumlah bayaran yang ingin dibayar

kwsp caruman sendiri


4. Slide to continue, kemudian paparan senarai bank akan terpapar pada skrin. Boleh pilih bank masing-masing. Pastikan ada duit dalam bank ye.
kwsp caruman sendiri

Bank yang terpilih seperti berikut :
Maybank2U
Public Bank
CIMB Bank
RHB Bank
Affin Bank
AgroNet
Alliance Bank (Personal) (FPX B2C - Retail)
Am Bank
Bank Islam
Bank Muamalat
Bank of China Berhad
Bank Rakyat
BSN
Hong Leong Bank
Kuwait Finance House
MBSB

5. Jika berjaya membuat pembayaran caruman KWSP, akan terpapar transaction status

kwsp caruman sendiri

Boleh download receipt untuk simpanan dan rujukan akan datang. Caruman yang dibuat akan dikreditkan kedalam akaun dalam tempoh 3 hari bekerja.

kwsp caruman sendiri

Sangat mudah untuk buat caruman kwsp sendiri. Banyak kelebihan caruman sendiri untuk mereka yang tiada pendapatan tetap atau bekerja sendiri. Dari terbiar sepi, lebih baiklah topup duit tabung di KWSP untuk kegunaan masa depan.

Kelebihan caruman sendiri (i-Saraan KWSP)

  • Menyediakan saluran persaraan untuk golongan yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap
  • Mencarum mengikut masa dan kemampuan kewangan masing-masing serta masih boleh membuat pengeluaran
  • Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan 
  • Menerima insentif khas sebanyak 15% tertakluk kepada jumlah maksimum RM250 setahun bagi ahli yang berumur kurang 60 tahun. Insentif khas ini diberikan dari tahun 2018 sehingga 2022.
  • Bantuan Kematian: RM2,500. *Tertakluk kepada terma dan syarat KWSP  
  • Dapat pengecualian cukai pendapatan sehingga RM4,000
  • Membantu untuk disiplin dan mencapai matlamat kewangan dengan menyimpan duit di KWSP.
  • Had minimum RM10 sahaja
Untuk maklumat lanjut : 
https://www.kwsp.gov.my/ms/member/contribution/self-contribution
https://www.kwsp.gov.my/ms/member/contribution/i-saraan

Filem Rasuk (2022)

Filem Rasuk (2022) release date pada 29 Oktober 2022 di tayangkan di pawagam Golden Screen Cinemas (GSC) seluruh Malaysia. Rasuk dibintangi pelakon Alif Satar, Ikmal Amry, Elisya Sandha, Taufiq Hanafi, Ayie Floor 88, Alicia Amin, Atiq Azman, Abbas Mahmood dan Syazwan Razak.

Filem Rasuk diarahkan oleh pengarah James Lee yang telah memenangi beberapa anugerah antarabangsa dan diterbitkan oleh Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinemas, Astro dan SixFun Media.

Kelainan Filem Rasuk (2022) bukan seperti filem zombie yang berlaku disebabkan oleh jangkitan virus. Filem Rasuk telah diolah bagi bersesuaian dengan budaya kita di Malaysia. Filem Rasuk juga mengambil inspirasi daripada kejadian histeria yang sering melanda di asrama. Filem Rasuk menggambarkan pelajar yang kerasukan menjadi ganas dan buas.

filem rasuk 2022

FILEM RASUK

Tarikh tayangan : Khamis, 29 September 2022
Pengarah : James Lee
Penerbit : Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinemas, Astro & Six Fun Media
Genre : Seram
 

PELAKON FILEM RASUK (2022)

  • Alif Satar
  • Ikmal Amry
  • Elisya Sandha
  • Taufiq Hanafi
  • Ayie Floor 88
  • Alicia Amin
  • Atiq Azman
  • Abbas Mahmood 
  • Syazwan Razak

SINOPSIS FILEM RASUK (2022)

Filem Rasuk (2022) mengisahkan tentang seorang guru yang terpaksa kembali bekerja walaupun dia masih trauma dengan tragedi yang telah berlaku terhadapnya. Oleh kerana sudah bermula cuti penggal, pada hari yang sama lima pelajar pergi berkelah di tepi sungai. Salah seorang daripada mereka telah terjumpa botol misteri dan membukanya.

Keadaan menjadi huru-hara apabila seorang demi seorang daripada pelajar yang masih ada di asrama telah dirasuk. Untuk hidup, mereka perlu bertahan dan ada yang perlu berkorban.

Adakah mereka mampu bertahan?
Apakah yang akan berlaku seterusnya?

Saksikan Filem Rasuk (2022) di pawagam berhampiran.

Drama IMperfect

Tonton Drama IMperfect bermula pada hari Rabu 28 September 2022, pukul 9:30 malam di Astro Ria dan Astro Go. IMperfect merupakan drama bersiri di bawah Gempak Original Series lakonan Bella Dowanna, Nia Atasha, Natrah Khalid, Linda Hashim, Dini Schatzmann, Daniel Fong, Daniel Cheang, Linda Hashim dan ramai lagi.

drama imperfect full episode

DRAMA IMPERFECT

Mula siaran : 28 September 2022
Waktu Siaran : Rabu, pukul 9:30 malam
Siaran TV : Astro Ria, Astro Go
Pengarah : Helmi Yusof
Produksi : Juita Viden & Filmscape

PELAKON DAN WATAK

  • Bella Dowanna sebagai Liza
  • Nia Atasha sebagai Elena
  • Natrah Khalid sebagai Alicia
  • Linda Hashim sebagai Kak Ju
  • Dini Schatzmann
  • Daniel Fong
  • Daniel Cheang
  • Linda Hashim

SINOPSIS DRAMA IMPERFECT

Liza (Bella Dowanna) berusaha pelbagai cara untuk menjadi pembantu peribadi Elena (Nia Atasha), seorang influencer terkenal yang dikaguminya. Mereka jadi sahabat baik dan dia menyedari dirinya semakin terjebak dengan gaya hidup glamor Elena.

Persediaan Menghadapi Kemelesetan Ekonomi Dunia, Buat Kiraan Perbelanjaan Menggunakan Savings Calculator

Selepas kerajaan mengumumkan fasa endemik, banyak sektor dah mula beroperasi bagi menjana semula ekonomi negara. Sejak Covid-19 melanda dunia, banyak negara mengalami krisis ekonomi dan kejatuhan ekonomi.

Seperti yang kita tahu, ekonomi Sri Lanka jatuh teruk sehingga diisytiharkan muflis. Itu cerita negara. Cerita tentang rakyat bagaimana pula? Ramai yang terkesan akibat wabak COVID-19. Ada yang hilang pekerjaan, hilang pendapatan, hilang keluarga dan banyak lagi kisahnya.

Boleh dikatakan tahun 2022 serba mencabar juga untuk kembali bernafas semula dalam proses pemulihan ekonomi pasca-COVID-19. Ekonomi keluarga juga perlu dijaga. Yang penting semangat tu lah. Sedikit lega bila banyak kelonggaran dah mula diberikan kepada rakyat. Tak seperti PKP, semua aktiviti terhad kena duduk rumah je.

Kita ni baru nak mula hidup semula. Tup, tup banyak pula isu kenaikan harga itu ini. Harga barang naik, OPR bakal naik lagi November lagi, mata wang negara pula semakin jatuh.

Tambah lagi jangkaan ekonomi Malaysia 2023 lebih mencabar seperti yang dikatakan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz yang mana Malaysia akan turut terkesan dalam ekonomi susulan daripada apa yang berlaku di Amerika Syarikat, China dan Eropah.

Apa yang berlaku di AS, China dan Eropah akan memberi kesan kepada ekonomi dunia/global, termasuk lah Malaysia. Keseluruhan ekonomi diramal akan bergerak perlahan pada tahun depan serta perbelanjaan lebih tinggi berbanding bajet yang dibentangkan sebelum ini.

Kita tengok je lah Bajet 2023 akan datang macamana. Sebagai rakyat dah tentu dilanda kerisauan dengan berita kemelesetan ekonomi dunia ni. Apa yang perlu kita buat adalah persediaan menghadapi kemeseletan ekonomi. Orang kata sediakan payung sebelum hujan.

Persediaan Menghadapi Kemelesetan Ekonomi Dunia

1. Pastikan simpanan kecemasan mencukupi

Ramai pakar kewangan menyarankan supaya mempunyai 3 hingga 6 bulan simpanan perbelanjaan untuk menampung kehidupan jika berlaku kecemasan seperti kegawatan ekonomi.

savings calculator

Kebiasaannya kegawatan ekonomi adalah selama 6 bulan. Pernah juga berlaku pada tahun 2002, kemelesetan ekonomi Amerika berlarutan selama 18 bulan.

Jika boleh simpanlah sebanyak mana yang boleh untuk menempuh tempoh ekonomi tidak menentu dalam tempoh yang panjang. Perbelanjaan isi rumah selama 6 bulan adalah amaun minimum yang dicadangkan untuk diasingkan sebagai dana kecemasan.

2. Ubah cara hidup kepada normal baharu

Bila berlaku kemelesatan ekonomi, sudah tentu cara hidup kita akan berubah. Keluar dari kebiasaan hidup berbelanja besar, kecilkan perbelanjaan mengikut kemampuan kita tanpa menjejaskan taraf hidup dan masih selesa. Sesuaikan diri dengan kehidupan normal baharu.

3. Berbelanja dengan bijak

Urus perbelanjaan dengan bijak salah satu langkah penjimatan. Buat pelan perbelanjaan tetap dan perbelanjaan boleh ubah setiap bulan. Utamakan perbelanjaan tetap seperti bayaran rumah, kenderaan, pembayaran insurans, pinjaman pendidikan, bil-bil utiliti dan kontrak perkhidmatan seperti air, elektrik, telefon dan Internet serta belanja dapur.

Jika ada duit lebih, barulah digunakan untuk perbelanjaan boleh ubah seperti membeli makanan dan juga membeli belah. Ringkasnya, dahulukan keperluan daripada kemahuan. Dengan membuat pelan perbelanjaan secara tidak lansung dapat membantu untuk kita membuat keputusan dalam simpanan dan pelaburan. 

  • Buat kiraan dengan savings calculator
Savings calculator adalah kalkulator online untuk mengetahui dengan cepatjumlah wang yang akan di simpan dalam tempoh pelaburan yang ditetapkan. Jadi memudahkan kiraan belanja setiap bulan untuk simpanan dan perbelanjaan supaya kita tak terlajak menggunakan pendapatan bulanan. 

savings calculator

  • Cara menggunakan savings calculator
  1. Masukkan jumlah permulaan yang telah tetapkan
  2. Masukkan kadar faedah bersama-sama dengan tempoh untuk pelaburan.
  3. Seterusnya masukkan jumlah wang yang ingin dideposit kan atau pengeluaran secara berkala.
Sebaik sahaja semua maklumat telah dimasukkan, kalkulator secara automatik akan memaparkan wang yang perlu disimpan sebelum cukai pendapatan, jumlah cukai pendapatan yang anda perlu bayar & jumlah baki wang yang bernilai dalam terma sebenar selepas mengambil kira inflasi.

Dengan itu, kita boleh membuat jadual simpanan dari semasa ke semasa. Selain itu savings calculator ada menyediakan kalkulator tambahan untuk kiraan lain seperti
  • Perancangan persaraan (retirement planning - savings calculator retirement)
  • Simpanan kolej/pelajaran (college savings calculator)
  • Mencapai matlamat simpanan (reaching savings goals)
  • Sijil deposit (certificates of deposit calculator)
Untuk maklumat lanjut boleh ke laman web Savings calculator

4. Kawal perbelanjaan Berjimat Cermat

Perkara utama yang harus dilakukan sewaktu pandemik untuk menghadapi masalah kewangan adalah kawal perbelanjaan dengan berjimat cermat supaya kita akan bertahan lebih lama. Kawal perbelanjaan dengan berbelanja untuk perkara penting sahaja dengan mengurangkan perbelanjaan sebagai langkah berjimat cermat. 

Jadilah pengguna bijak dengan amalan membeli barangan yang murah dan berbaloi, contohnya membuat pembelian semasa jualan murah.  Berjimat cermat dapat mendisiplinkan diri bagi mengatasi kemelesetan ekonomi 

Antara langkah berjimat cermat

  • Masak sendiri berbanding makan di luar.
  • Beli barangan lokal berbanding barangan import
  • Kurang membeli belah
  • Gunakan pengangkutan/kenderaan yang lebih berekonomi
  • Bercuti di di dalam negara yang lebih kos rendah

5. Menabung

Setelah kita downsizing gaya hidup, kawal perbelanjaan, berjimat cermat secara tidak lansung kita akan mempunyai wang lebihan. Tak kira jumlahnya kecil atau banyak yang penting amalkan sikap menyimpan atau menabung supaya dapat digunakan pada masa kecemasan bagi persediaan menghadapi kemelesetan ekonomi

6. Kurangkan hutang dan bebas hutang

Sekiranya ada hutang, berusahalah kurangkan jumlah hutang dan tidak membuat hutang baru. Elakkan berhutang yang mengenakan faedah yang tinggi seperti sewabeli kereta, pembiayaan peribadi dan kad kredit. 

Hadkan perbelanjaan menggunakan kad kredit untuk mengurangkan hutang kerana kadar bayaran atau caj yang dikenakan adalah tinggi. Pastikan hutang kad kredit tidak terus bertambah dan jelaskan bayaran kad kredit secara berkala mengikut tarikh dan jumlah yang ditetapkan.

Sebaiknya, di zaman kegawatan ekonomi ni kita bebas hutang supaya hidup lebih tenang tanpa memikirkan bebanan hutang. Jangan menambah beban hutang dengan membuat hutang baru. Ini bukan masanya untuk beli kereta baru, rumah baru dan sebagainya. Hadkan perbelanjaan untuk mengelak dari masalah di kemudian hari.

7. Kukuhkan Pendapatan

Wabak COVID-19 mengakibatkan ramai yang kehilangan pekerjaan dan sekaligus mereka hilang punca pendapatan. Bagi yang tidak terkesan, sayangilah pekerjaan sekarang. Bukan mudah untuk mencari kerja baru di zaman pandemik ni.

Sejak diumumkan endemik, banyak sektor perkerjaan telah dibuka. Rebut peluang yang ada bagi mengukuhkan pendapatan bulanan. 

8. Jana pendapatan sampingan

Dengan kenaikan harga barang, dah pasti gaji bulanan yang rendah tidak mencukupi. Menjana pendapatan tambahan merupakan jalan terbaik untuk menjana pendapatan sampingan menampung perbelanjaan harian. 

Di zaman teknologi yang serba canggih sekarang ni memudahkan sesiapa juga boleh berniaga secara online tanpa memerlukan kos yang banyak hanya di rumah saja. Tidak perlu bayar kos pengangkutan atau sewa kedai. 

Tambahan lagi, sekarang penjualan dan pembelian secara online menjadi pilihan ramai kerana lebih mudah dan murah.

Banyak peluang untuk menjana pendapatan sampingan secara online seperti
  • membuka perniagaan online
  • menjadi dropship
  • berniaga online secara lansung di media sosial
  • menyertai program affiliate
  • menjadi penulis bebas, penulis upahan, penulis blog, penulis artikel

Selain di atas, apakah langkah persediaan menghadapi kemelesetan ekonomi dunia? Persediaan mental juga penting ye dalam menjalani kehidupan yang sukar ni. Apa apa pun jalanilah kehidupan dengan tenang. Usaha, doa dan tawakal tanpa henti. 

Apa juga status, bujang dan berkeluarga tetap ada komitmen masing-masing. Ambil langkah persediaan menghadapi kemelut krisis ekonomi. Rezeki kita berbeza dan jangan bandingkan kehidupan kita dengan orang kerana hidup ini bukan perlumbaan. Kita bukan Khairul Aming. Eh, nak juga into the scene.

Best Hotels Recommendation For Holiday Trip in Kuala Lumpur

When you are talking about Malaysia, Kuala Lumpur is something that cannot be separated from this country. Of course, it is because Kuala Lumpur is the capital city of Malaysia. In Kuala Lumpur, you can find the modern skyline city with Petronas Twin Towers 451 meters tall located in the heart of Kuala Lumpur.

Not only that, but Kuala Lumpur is also full of various Hotel Kuala Lumpur. From the cheapest to the most expensive one, you can find it there. According to Word Data, there are more than 14 million people coming to Kuala Lumpur as international overnight visitors in 2019!

Kuala Lumpur is full of types of hotels you can choose based on your needs. If you are interested in coming to Kuala Lumpur and spending some nights on a holiday trip there, here are some hotel recommendations for a holiday trip in Kuala Lumpur.

Hotel recommendations for a holiday trip in Kuala Lumpur

1. Ideas Kuala Lumpur

The first hotel recommendation you can choose is Ideas Kuala Lumpur. This is a four-star hotel that is located at No. 12, Jalan Raja laut, Medan Tuanku, Kuala Lumpur, Malaysia, 50350.

best hotels recommendation for holiday trip in kuala lumpur

If you are looking for a hotel for a holiday trip around the center of Malaysia's capital city, Ideas Kuala Lumpur can be one of your greatest choices. It is because it is close to some popular areas in Kuala Lumpur. It includes Petronas Twin Tower, Bukit Bintang, and Sunway Lagoon Theme Park.

This hotel offers various types of rooms. Some of the room types include Classic Single Room, Signature Double or Twin Room, Executive Double or Twin Executive Room, Premier Suites Room, and many more.

To have an overnight stay at this hotel, you need to spend around RM258 each night.

2. Hotel Sentral Pudu @ City Center/Bukit Bintang

The second hotel recommendation in Kuala Lumpur is Hotel Sentral Pudu @ City Centre/Bukit Bintang. This three-star hotel is located at No. 310 Jalan Pudu, Bukit Bintang, Kuala Lumpur, Malaysia, 55100.

best hotels recommendation for holiday trip in kuala lumpur

According to Traveloka, this hotel got a 7.8 score based on more than two thousand reviews from prior guests! Not only that, but the accessibility of this hotel is also great, so you don’t have to worry about difficulties in reaching out to the public facilities.

This hotel has some different types of rooms you can choose based on your needs. The room choices include Standard Double or Twin Room, Superior Double or Twin Room, Deluxe Double or Twin Room, and many more.

To be able to spend the night at this hotel, you have to pay around RM135 each night.

3. Hotel Transit Kuala Lumpur

The other type of hotel for holiday trips in Kuala Lumpur is Hotel Transit Kuala Lumpur. This three-star hotel is located at 42, Jalan Pudu, Bukit Bintang, Kuala Lumpur, Malaysia, 55100.

Based on Traveloka, this hotel got an 8.6 score based on more than three thousand reviews from past guests. This hotel even won the 2020 Traveloka Hotel Awards Winner: Best Traveler’s Experience. So, you don’t have to worry about the services.

This hotel offers some room options you can choose from. The options include Superior Twin Room, Superior Queen Room, Superior Triple Room, and many more.

You have to spend around RM98 to spend the night at this hotel.

4. Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur

The last hotel recommendation for a holiday trip in Kuala Lumpur is Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur. This five-star hotel is located at 100, Jalan Putra, Medan Tuanku, Kuala Lumpur, Malaysia, 50350. This hotel also won the 2020 Traveloka Hotel Awards Winner: Best Travelers’ Experience.

According to Traveloka, this hotel got an 8.7 score meaning’ Impressive’, from a total of more than two thousand reviews from past guests. This hotel offers luxury, yet modern with beautiful views surrounding the hotel. It really suits you who are looking for a hotel with a view.

Interested in overnight stays at this hotel? Prepare a budget of around RM228 to be able to enjoy the beautiful sky of Kuala Lumpur at Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur.

These are some hotel recommendations for holiday trips in Kuala Lumpur. Don’t forget to book your hotel choices only through Traveloka.

Drama Tiada Maaf Buatmu

Tonton Drama Tiada Maaf Buatmu Bermula 28 September 2022, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10:00 malam di di slot MegaDrama Astro Ria. Juga boleh tonton online Drama Tiada Maaf Buatmu di Astro GO. Tayangan perdana Drama Tiada Maaf Buatmu boleh tonton di Channel Youtube Astro Gempak.

Tiada Maaf Buatmu, sebuah drama siri 24 episod adaptasi novel 'Maaf, Saya Tak Sengaja' karya Akira Dorayaki Namaku terbitan Suhan Movies & Trading diarahkan oleh Idora Abdul Rahman. Menariknya, Drama Tiada Maaf Bagimu dibintangi gandingan pelakon suami isteri Aiman Hakim dan Zahirah Macwilson.

tiada maaf buatmu

DRAMA TIADA MAAF BAGIMU

Jumlah episod : 24
Mula siaran : 28 September 2022
Waktu Siaran : Isnin-Khamis, pukul 10:00 malam
Siaran TV : Slot MegaDrama Astro Ria dan strim di Astro GO
Penulis skrip : Novelis Azilah Wahab, Intan Zarina Mohd Yasin
Pengarah : Idora Abdul Rahman
Produksi : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd

PELAKON DAN WATAK

  • Aiman Hakim Ridza sebagai Faiz Iqbal
  • Zahirah Macwilson sebagai Aina Cempaka
  • Hafreez Adam sebagai Mohsin
  • Sofia Dendroff sebagai Suzy
  • Josiah Hogan sebagai Rashid
  • Rabi Adawi sebagai Siti Hajar
  • Wan Raja sebagai Burn
  • Watie Sadali sebagai Mariam
  • Haleeda sebagai Mak Safiah
  • Hilal Azman sebagai Pak Malek
  • Jalaludin Hassan sebagai Tan Sri Berahim

SINOPSIS DRAMA TIADA MAAF BAGIMU

Mak Safiah teriak menangis bila anaknya Aina Cempaka jatuh dan kepalanya terhantuk kayu balak di sungai akibat lari dari sesuatu. Kehidupan Aina telah musnah dan dia hilang ingatan disebabkan musibah yang menimpanya. 

Faiz Iqbal menjerit bila dia Nampak perempuan berubah mukanya jadi buruk. 

Aina mengamuk kerana kecuaian Iqbal melanggarnya, habis bekas pesanan makanannya pecah. Iqbal mengelak bertekak dengan Aina kerana dia tidak selesa bercakap dengan perempuan.

Rashid yang sekarang berada di penjara rasa menyesal dengan perbuatannya yang dulu. Aina Cempaka terkejut bila dia terjumpa Faiz Iqbal di tempat kerja barunya.

Iqbal meminta Mariam untuk berhentikan Aina. Dia tidak mahu Aina menjadi setiausahanya. Mariam bertegas meminta Iqbal untuk fokus dengan kerjanya dan jangan terlalu mengikut emosi.

Dalam diam, Iqbal jatuh cinta pada Aina tanpa mengetahui bahawa Aina adalah mangsa dari sejarah hitamnya.

Telefilem Cinta Yang Ternoktah

Tonton Telefilem Cinta Yang Ternoktah pada hari Selasa, 27 September 2022 pukul 9:00 malam di slot Drama On 2 RTM TV2. Cinta Yang Ternoktah dibintangi pelakon Fimie Don, Azhan Rani, Aman Graseka, Anis Farhana Jailani dan ramai lagi.

Juga boleh tonton Telefilem Cinta Yang Ternoktah TV2 online menerusi portal RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my).

cinta yang ternoktah

TELEFILEM CINTA YANG TERNOKTAH

Waktu Siaran : Selasa, 27 September 2022, pukul 9:00 malam
Siaran TV :  Slot Drama On 2 RTM TV2
Idea Asal : Ira M. Rajoli
Penulis skrip : Yem Sabri @Yem Raja Lawak
Pengarah : Asri Alias Fdam
Produksi : Nadirasa Budaya Sdn. Bhd.

PELAKON DAN WATAK

Fimie Don sebagai Adam
Anis Farhana Jailani sebagai Hawa
Azhar Rani sebagai Tokan
Aman Graseka
Myra Ezandra
Nur Ibrahim Sabri
Azlym Spark
Hazalinda Mohd Hashim
Mohammad Abdul Rahman

SINOPSIS TELEFILEM CINTA YANG TERNOKTAH

Kisah seorang pemuda bernama Adam seorang yang bisu tetapi boleh mendengar yang berusaha untuk melangsaikan hutang bapanya dengan Tokan. Dalam pada itu, Adam jatuh cinta dengan seorang Hawa, gadis pekak dan bisu.

Akhirnya Adam mengetahui bahawa sebenarnya Hawa adalah adik kembarnya yang terpisah semasa mereka masih kecil.

LAGU TEMA (OST) CINTA YANG TERNOKTAH

Lagu : Tasbih Cinta
Penyanyi : Rubisa Tiasin RT RT ft Amin Wali
Komposer : S Nazri Kausar & Wan K

Filem Minyak Dagu

Tonton Filem Minyak Dagu bersiaran pada hari Jumaat, 30 September 2022 pukul 7:30 malam
di saluran Astro Citra (CH108). Minyak Dagu merupakan sebuah filem genre seram lakonan Fezrul Khan, Yana Samsudin, Fizo Omar dan ramai lagi.

minyak dagu

FILEM MINYAK DAGU

Waktu siaran : Jumaat, 30 September 2022, pukul 7:30 malam
Siaran TV : Astro Citra (CH108)
Pengarah : Azhari Zain

PELAKON DAN WATAK

  • Fezrul Khan sebagai Azman
  • Yana Samsudin sebagai Emelda
  • Fizo Omar sebagai Johan
  • Latiff Borgiba sebagai Wak Minarjo
  • Siti Aziz sebagai Hantu
  • Kartina Aziz sebagai mak 'Azman'
  • Azrul Anwar sebagai Halim Salesman Berjaya

SINOPSIS FILEM MINYAK DAGU

Azman bertekad menggunakan khidmat bomoh untuk membalas dendam terhadap bekas tunangnya, Emelda, yang memutuskan pertunangan mereka untuk lelaki yang lain.

Naturie Hatomugi Skin Conditioner Bagus Untuk Melembapkan Kulit Dan Serbaguna. Berbaloi Beli!

Racun TikTok lagi! Maha hebat ye pengaruh iklan ni. Mudah terpengaruh. Macam tahu-tahu je toner kita dah nak habis. Tak pasal pasal TERbeli Naturie Hatomugi Skin Conditioner ni. Tapi kali ni tak membeli online di TikTok, Shopee mahupun Lazada. Beli terus di drugstore Guardian.

Bila beli di drugstore, lebih yakin keaslian produk dan kurang risiko terbeli produk tipu. Melainkan kalau tak ada jual di drugstore barulah kita cari kedai online yang ada jual original product. Biasa beli di Watsons sebab ada member card.

Tapi selepas survey dan survey harga, murah banyak lagi kat Guardian masa tu. Alang-alang encik suami keluar, kita kirimkan je lah beli. Risau kalau kita masuk nanti banyak pula yang nak mengikut balik. Yang faham je faham. Hehe...

Dia tak ada pek kecil ye. Ada pek 500ml besar gedebak. Memang berbaloi beli sebab boleh buat stok berbulan-bulan ni. Dalam gambar isi kandungan dia dah susut sebab saya dah guna dari awal bulan haritu. Baru teringat nak ambil gambar dan review dalam blog. Isi dia penuh sebenarnya.

naturie hatomugi skin conditioner review

Naturie Hatomugi Skin Conditioner function

Selain tu, apa yang membuatkan saya nak beli Naturie Hatomugi Skin Conditioner ni sebab serbaguna. Boleh digunakan sebagai toner selepas cuci muka. Boleh juga dijadikan sebagai essence sheet mask menggunakan tisu.

Letak tisu pada muka kemudian spray dan jadilah sheet mask.

Paling bagus boleh dijadikan sebagai pelembap muka. Yang saya  tengok ramai repack dalam botol spray. Jenis pemalas nak touch up pelembap banyak kali lepas solat 5 waktu tu bolehlah repack dalam botol spray. 

Lepas solat, terus spray je. Tak perlu tenyeh pelembap guna tangan dah. Jimat krim pelembap pun ye. Kira untuk touch up bagi kulit maintain lembap lah gitu. Ye lah, lepas cuci muka nak ambil wuduk kulit muka akan togel dan kering semula. Jadi spray kan je Naturie Hatomugi Skin Conditioner ni. Mudah dan cepat. 

naturie hatomugi skin conditioner review

Dah pek dalam botol ni senang untuk bawa travel juga. Naturie Hatomugi toner ni tak ada bau lansung. Jenis cecair ringan dan mudah meresap ke dalam kulit. Tidak melekit. Selesa lah untuk pakai dalam masa yang lama pun. Yang penting, kurang tak kering.

Naturie Hatomugi Skin Conditioner

Dirumus khas untuk pelbagai jenis masalah kulit seperti mengecilkan pori-pori, garis-garis halus dan penuaan kulit. Ia mengandungi adlay yang diperkaya dengan Vitamin B1 dan B2 membantu menghilangkan jerawat dan memperbaiki masalah tona kulit tidak sekata. 

Ia boleh digunakan sebagai toner untuk mengimbangi keasidan kulit, melicinkan kulit, meningkatkan keanjalan kulit dan melembapkan kulit sepanjang hari. 

Best bukan? Silalah beli. Sangat memudahkan kerja penjagaan kulit muka. Saya beli kat Guardian RM30 macam tu. Sekarang check di Watsons harga bawah RM27 lebih. Watsons macam tu lah, bila ada sale dapatlah murah. Masa tak ada sale, rasa nak tunggu sale macam lambertt lagi.

Bibir Cantik Warna Merah Jambu Semula Jadi Pakai Argania Cafe Lip Oil Fuel

Semalam cerita pasal lipstick mawar hitam Che Ta. Hari ni cerita produk untuk bibir cantik lagi. Terpengaruh dengan racun TikTok punya pasal lah ni. Lalu terbeli juga Argania cafe lip oil fuel ni. Saya pilih perisa Vanilla latte.

argania lip oil review

Selain vanilla latte, Argania Cafe Lip Oil Fuel juga ada perisa yang lain iaitu :

  • Caramel Macchiato (Nude)
  • Matcha Frappuccino (Clear/Baby Pink)
  • Vanilla Latte (Coral)
  • Strawberry Dreams (Pink)

Setiap perisa berbeza rasa dan warna selepas pemakaian. Saya pilih Vanilla latte nampak lebih natural dengan bibir saya. Lagipun saya suka dengan bau vanilla dan coffee. Ye, walaupun saya lebih suka minum caramal macchiato, tapi kali ini saya pilih vanilla latte sebab kesan warna tu.

Risau kalau beli caramel macchiato dengan warna nude nanti nampak pucat. Tapi kalau jenis yang tak suka warna nude dan lebih nampak natural tanpa pakai lipstick, boleh je pilih caramal macchiato. Itupun kalau suka kopi lah.

Matcha frappuccion tu walaupun katanya clear/baby pink tapi nampak macam kecoklatan pula. Mungkin tak sesuai untuk bibir saya. Takut nampak lebih gelap pula. 

Jadi, terpaling sesuai vanilla latte lah. Memang tepat pilihan saya, warna kemasan vanilla latte ni sangat sesuai dengan bibir saya. Disebabkan kemalasan membara nak tunjuk pemakaian pada bibir, aci lah kan tunjuk macam ni je.

argania lip oil review

Nampak natural warna coral dan pink pink sikit. Just nice mata memandang. Disebabkan dia jenis oil agak glossy sikit kalau dipakai melebih-lebih. Just oles sikit je pun dah okay sebenarnya.

Kotak packaging dan botol dengan kemasan yang cantik dan ceria.

argania lip oil review

Lip oil jenis roll on bukan jenis applicator yang biasa. Mudah nak oleskan pada bibir. Cuma kadang tu rasa terlebih golek pulak. 

argania lip oil review

Argania cafe lip oil fuel

Minyak bibir yang berkhasiat memberikan kesan kilauan seperti lip gloss dengan penjagaan bibir yang intensif. Diperkaya dengan Vitamin E dan Minyak Jojoba menjadikan bibir kelihatan lembut dan anjal. 

Kebaikan Argania Cafe Lip Oil Fuel

  • Kelembapan tahan lama 
  • Penghidratan tahan lama
  • Vitamin E untuk faedah antioksidan 
  • Membantu menggalakkan bibir kelihatan sihat 
  • Bertindak sebagai perapi bibir semulajadi 
  • Minyak jojoba untuk mencipta pelindung pada bibir 
  • Memperbaiki bibir dengan minyak semula jadi 
  • Vegan 
  • Bahan Semulajadi 
  • Mengandungi bahan kitar semula 
  • Warna merah jambu semulajadi 
  • Kurang melekit

Selain digunakan sebagai penjagaan bibir untuk melembap dan pemerah bibir, Argania cafe lip oil fuel ni juga boleh digunakan sebagai pemerah pipi dan juga untuk penjagaan kuku. Tak perlu lagi membeli cuticle revitalizer oil jika ada masalah kuku rosak.

Dengan adanya Argania cafe lip oil fuel ni, hari hari boleh pakai kat rumah. Nampak elok cantik je bibir merah jambu semulajadi sepanjang masa. Even lepas makan atau bersihkan pun masih nampak kesan bibir merah jambu tu walaupun glossy effect tu hilang.

Argania cafe lip oil fuel vanilla latte price, RM28.50 di Shopee. Lain seller, lain harganya. Kalau di TikTok murah lagi sebab free shipping. Yang tak bestnya shopping kat TikTok ni dia lambat nak pos. Dah beberapa kali beli barang kat TikTok sampai seminggu order baru nak pos. Apoooo...

Tahulah free shipping tapi jangan free free buang masa pembeli menunggu. Ada 2-3 barang juga lah lama menunggu. Shopee ni walaupun ada charge shipping tapi masih okay kot RM4.90 macam tu. Dari menunggu lama. Masa itu kan emas, lebih berharga. Tak gitu? Tapi kalau tak urgent okaylah shopping kat TikTok. Jimat lagi.

Apa apa pun kena pandai pandai survey harga dan tahap keasliannya lah. Bijak berbelanja. Kadang dah bijak berbelanja dapat seller tak bijak pulak suruh refund bila ada missing item yang tak dipos. Entahlah labuuuu...

Tapi yang pastinya best pakai Argania cafe lip oil fuel vanilla latte ni. Bau best dan warna cantik.

Telefilem Penjara Abah

Tonton Telefilem Penjara Abah ulang siar pada hari Jumaat, 30 September 2022 pukul 1:00 petang di saluran Astro Citra (CH108). Penjara Abah diarahkan oleh Isma Yusoof dibintangi pelakon Hasnol Rahmat, Dato' Rahim Razali, Nurul Fatehah, Syamim Razi dan ramai lagi.

penjara abah

TELEFILEM PENJARA ABAH

Waktu siaran : Jumaat, 30 September 2022, pukul 1:00 petang
Siaran TV : Astro Citra (CH108)
Penulis skrip : Eena Mokhtar
Cerita asal : Bob Fitri
Pengarah : Isma Yusoof
Produksi : Arie Zaharie Production Sdn. Bhd.

PELAKON TELEFILEM PENJARA ABAH

  • Hasnol Rahmat
  • Dato' Rahim Razali
  • Nurul Fatehah
  • Syamim Razi
  • Mardiana Alwi
  • Hafeez Mikail

SINOPSIS PENJARA ABAH

Natasha merupakan seorang kanak-kanak pintar namun dinafikan hak belajar oleh ayahnya. Dengan bantuan Cikgu Atok, Natasha berjaya bersekolah namun ada harga yang harus dibayar.

Telefilem Tanpa Syarat

Tonton Telefilem Tanpa Syarat pada hari Isnin, 26 September 2022 pukul 8:30 malam di slot Kuasa 3 Malam TV9 di Astro 149, myFreeview 109 dan Tonton Telefilem Tanpa Syarat TV9 online menerusi portal tonton (www.tonton.com.my).

Telefilem Tanpa Syarat dibarisi pelakon Syafie Naswip, Wan Sharmila, Hafidz Roshdi, Normah Damanhuri dan ramai lagi.

telefilem tanpa syarat tv9

TELEFILEM TANPA SYARAT

Waktu siaran : Isnin, 26 September 2022, pukul 8:30 malam
Siaran TV : Kuasa 3 Malam TV9 di Astro 149, myFreeview 109 dan Tonton
Penulis skrip : Ziza Backy
Pengarah : Azmi Hata
Produksi : Switch On Entertainment Sdn. Bhd.

PELAKON DAN WATAK

  • Syafie Naswip sebagai Jas
  • Wan Sharmila sebagai Maisarah
  • Hafidz Roshdi sebagai Inspektor Zakuan
  • Normah Damanhuri sebagai mak

SINOPSIS TELEFILEM TANPA SYARAT

Kisah seorang ibu yang menyayangi ketiga-tiga anaknya, Jas, Zakuan dan Maisarah sama rata. Jas merupakan anak bongsu. Jas tersilap langkah telah melakukan jenayah dan ingin melarikan diri kerana ramai memburunya. Jas meminta ibunya supaya merahsiakan perkara itu. 

Zakuan pula seorang Inspektor polis. Zakuan mendesak ibunya supaya memberitahu perkara sebenar tetapi ibunya tidak tahu apa-apa. Zakuan berasa malu terhadap rakan sekerjanya kerana adiknya seorang penjenayah. 

Manakala Maisarah seorang penguam yang handal. Dengan mempunyai pekerjaan yang bagus, Maisarah dan Zakuan hidup mewah di bandar dan membenci adiknya kerana menganggap anak kesayangan ibu.

Disebabkan adik mereka teleh melakukan jenayah, Zakuan dan Maisarah berusaha untuk menangkap adiknya. Mereka juga memaksa ibunya membuat pilihan samada memilih mereka berdua ataupun memilih adiknya seorang penjenayah. 

Jika ibu memilih adiknya, mereka berdua tidak akan jejak lagi dirumah ibunya dan tidak memberikan duit belanja.

Apakah yang akan berlaku seterusnya. 
Berjayakah Zakuan dan Maisarah menangkap adik sendiri? 

Lipstick Mawar Hitam Che Ta, Ku Sangka Hitam Rupanya Merah Bak Delima

Baru baru ni Rozita Che Wan a.k.a Che Ta ada keluarkan produk baru iaitu Lipstick Mawar Hitam Che Ta. Packaging warna sama macam inai Che Ta. Sekali tengok terus rasa macam nak beli lah. Cepat betul terpengaruh ni. Bahaya bahaya!

Saya order lipstick mawar hitam Che Ta di Shopee pada 22 September dengan barang lain. Hari ahad semalam, 25 September baru sampai bungkusannya. Kita punyalah excited nak cuba lipstick mawar hitam Che Ta ni, sekali yang dapat 1 barang je. 

Lepas inform seller, dia kata tertinggal 1 barang lipstick mawar hitam Che Ta. Dia suruh tekan refund untuk barang tu. Rugi masa dan tak jimat pulak rasa. Yelah beli 2 barang untuk 1 harga pos. Dapat 1 barang dan dapat refund harga barang je lah cerita dia.

Kalau nak beli lain, kena lah beli kat seller lain tambah dengan harga pos. Ish ish ish..at least kalau seller kata nak pos okay lagilah kan boleh tunggu sebab silap mereka dan keluarga mereka. Kecewa betul!

Sudahnya semalam saya cari agent yang terdekat je lah beli lipstick mawar hitam Che Ta. Walaupun ada charge delivery, at least tak sakit hati tunggu lama tapi tak dapat. Order semalam, semalam juga dapat. Kan senang. 

Awalnya nak jimat jadi tak jimat sudah. Sejak tak wajib pakai mask ni bolehlah kita melawa beli lipstick baru. Barang makeup mostly dah buang sebab dah expired sebab PKP tak keluar rumah. Barang makeup terperap menanti hari luput. 

Berkenan betul dengan lipstick mawar hitam Che Ta ni sebab warnanya. Menawan dan tertawan sudah. Kotak packaging dia memang exclusive sangat nampak mahal dengan warna mawar merah hitam ni.

lipstick mawar hitam che ta
pek depan lipstick mawar hitam Che Ta


lipstick mawar hitam che ta
pek belakang lipstick Che Ta

Dalam kotak, ada kotak lagi lipstick mawar hitam Che Ta. Double triple protection ni. Kalau pos pun risiko lipstick rosak tu kuranglah kiranya kan.

review lipstick mawar hitam che ta

Botol lipstick berbentuk petak dengan warna maroon rose. Design yang simple tapi masih nampak menarik. 

review lipstick mawar hitam che ta

Lipstick Mawar Hitam Che Ta

Lipstick Mawar Hitam Che Ta, jenama lokal pertama di Malaysia buat lipstick warna hitam. Dari mata kasar kita memang nampak warna hitam tu. Tapi bila di oles pada bibir, yang hitam bertukar warna merah bak delima. 

review lipstick mawar hitam che ta

Katanya nak nampak natural, oles sikit je. Nak nampak macam glamour sikit boleh oleskan full lips berlapis lapis gitu. Selain digunakan untuk pemerah bibir nampak lebih cantik, lipstick mawar hitam Che Ta boleh dijadikan pemerah pipi dan juga eyeshadow.

review lipstick mawar hitam che ta

Saya cuba pada kulit tangan. Nampak cantik warnanya kan. 

Tekstur Lipstick Mawar Hitam Che Ta

Lipstik Che Ta jenis semi matte yang berfungsi untuk melembapkan bibir selain memerahkan bibir. Warna merah pada bibir masih kekal seperti warna bibir semula jadi walaupun kesan lipstick akan hilang semasa makan dan minum. 

Taklah hilang semua. Masih lagi ada warna kemerah merahan di bibir tu. Tak perlu touch up pun takpe. Nanti keluar bolehlah melawa dengan lipstick mawar hitam Che Ta. Walau hitam dipandang manis gitu.

review lipstick mawar hitam che ta

Tahu-tahu dah ada 2 koleksi produk Che Ta. 

Telefilem Sahabat Pendosa

Tonton Telefilem Sahabat Pendosa pada hari Ahad, 25 September 2022 pukul 9:30 malam di slot Ohsem-Tele Awesome TV dan Saluran 123 Astro. Telefilem Sahabat Pendosa dibintangi pelakon Dato' Fizz Fairuz, Muaz Fitri, Farahdhiya, Aprena Manrose, Firdaus Ghufran dan ramai lagi.

Juga boleh tonton Telefilem Sahabat Pendosa online menerusi portal tonton (www.tonton.com.my)

sahabat pendosa full movie

TELEFILEM SAHABAT PENDOSA

Waktu siaran : Ahad, 25 September 2022, pukul 9:30 malam
Siaran TV : Slot Ohsem-Tele Awesome TV, Saluran 123 Astro
Pengarah : Asri Bayu
Produksi : AllOut Pictures TV Sdn. Bhd.

PELAKON TELEFILEM SAHABAT PENDOSA

  • Dato' Fizz Fairuz
  • Muaz Fitri
  • Farahdhiya
  • Aprena Manrose
  • Firdaus Ghufran
  • Shah Farid Zain

SINOPSIS TELEFILEM SAHABAT PENDOSA

Shakir terpaksa mewarisi saka pusaka ayahnya walaupun dia enggan.Sepanjang hidupnya Shakir tidak mahu mempercayai nasibnya yang dikongkong saka.Keadaan berubah selepas Shakir bercinta dengan Fatin.

Telefilem Rezeki Tanpa Alamat

Tonton Telefilem Rezeki Tanpa Alamat pada hari Ahad, 25 September pukul 10:30 malam di Slot Cereka Ahad TV3. Telefilem Rezeki Tanpa Alamat dibintangi pelakon Azrel Ismail, Jasmin Hamid, Ahmad Iswazir dan ramai lagi.

Juga boleh tonton Telefilem Rezeki Tanpa Alamat secara online menerusi portal tonton (www.tonton.com.my).

rezeki tanpa alamat full movie

TELEFILEM REZEKI TANPA ALAMAT

Waktu siaran : Ahad, 25 September 2022, pukul 10:30 malam
Siaran TV : Slot Cereka Ahad TV3
Pengarah : Ahmad Idham
Produksi : Enuja Production Sdn. Bhd.

PELAKON TELEFILEM REZEKI TANPA ALAMAT

  • Azrel Ismail
  • Jasmin Hamid
  • Ahmad Iswazir Ismail
  • Aman Graseka
  • Eizlan Yusof

SINOPSIS REZEKI TANPA ALAMAT

Selepas kematian ayah, Sharul hanya inginkan sebuah songkok peninggalan ayahnya daripada ibu tirinya. Sharul tidak lepas dari memakai songkok tersebut ke mana sahaja dia pergi walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai cercaan.

Demi sebuah masa depan Sharul nekad berhijrah dengan ditemani songkok tersebut. Takdir telah ketemukan Sharul dengan seorang lelaki yang bersedekah dengan meletakan makanan dan minuman untuk sesiapa sahaja yang memerlukan (Rezeki Tanpa Alamat). Tanpa disangka celahan dalam songkok telah merungkai siapa lelaki tersebut.

Step Skincare Sebelum Makeup dan Step Makeup Yang Betul

Apa perlu buat sebelum makeup? Sebelum makeup pakai apa dulu? Bila nak pakai moisturizer? Persoalan yang sering buatkan kita tertanya-tanya. Tak ada ilmu makeup begitulah kan. Tak boleh main hentam aturan pemakaian produk sebelum makeup dan cara makeup yang betul kena tahu juga.

Saya sejenis yang jarang makeup. Setakat pakai lipstick dan foundation itu biasa lah kan. Teringin juga nak masuk kelas makeup belajar makeup yang betul. Tapi belum berkesempatan lagi. Sekarang lebih fokus pada penjagaan kulit. Senang tak perlu makeup berlebih-lebih.

Tapi kena tahu jugalah aturan pemakaian skincare dan aturan pakai makeup yang betul. Barulah hasilnya menjadi. Silap pakai nanti makeup jadi crack lah apa lah. Saya terjumpa step skincare yang betul sebelum makeup dan aturan pakai makeup untuk dapatkan hasil makeup yang cantik.

Perkongsian dari aplikasi lemon8 @Salmashr10. Simpan sini, boleh buat rujukan akan datang.

Aturan pemakaian skincare sebelum makeup

1. Toner
2. Serum
3. moisturiser
4. Sunscreen

aturan pemakaian skincare yang benar

Aturan memakai makeup

1. Primer
2. Concealer
3. Foundation
4. Setting spray
aturan memakai makeup
5. Bedak tabur
6. Bedak padat
7. Setting spray
8. Alis

aturan memakai makeup

9. Blush on
10. Eyeshadow
11. Mascara
12. Lip product

aturan memakai makeup

13. Setting spray
aturan memakai makeup

Daripada aturan pemakaian skincare dan makeup ni, setting spray tu benda penting rupanya. Selama ni macam tak peduli setting spray ni. Rasanya tak pernah ada pun. Lepas ni kalau nak belajar makeup kena beli siap-siap product yang wajib ada ni ikut kesesuaian kulit masing-masing.

Sekarang ni pun dah berlambak produk penjagaan kulit dan makeup. Kalau tengok di aplikasi TikTok confirm kena racun.

All images credit goes to their respective owners
© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu