Gadgets

Siaran Lansung Perak vs Penang Live Streaming 9 Ogos 2023 LS19

Perlawanan seterusnya melibatkan pasukan Perak FC bertemu pasukan Penang FC yang dijadualkan berlansung pada 9 Ogos 2023, hari Rabu jam 9:00 malam bertempat di Stadium Perak, Ipoh. 

Perak FC vs Penang FC

Berdasarkan rekod pertemuan pertama Penang  FC vs Perak FC dalam kempen saingan Liga Super 2023, pada minggu keenam (LS6), pasukan Penang FC berjaya menewaskan pasukan Perak FC dengan keputusan 3-1.

Penang FC memburu kemenangan 

Skuad Harimau Kumbang akan bertandang ke Perak bagi merebut 3 mata penting dalam kempen saingan Liga Super minggu kesembilan belas. Pada pertemuan yang lalu Penang berjaya meraih 3 mata bermain di tempat sendiri. 

Misi Penang memburu kemenangan kedua bertemu pasukan tuan rumah, Perak FC. Dengan kemenangan ini akan dapat memperbaiki kedudukan Penang naik ke tangga ke sembilan memintas pasukan Negeri Sembilan FC dengan beza 3 mata.

Perak FC telah bersiap sedia

Skuad Seladang kendalian Yusri Che Lah telah bersiap sedia dengan taktikal terbaik mereka menentang pasukan pelawat. Misi pasukan Perak sudah semestinya ingin menang di halaman sendiri dan menambah 3 mata berharga bagi memintas pasukan Penang FC yang berada diatas satu tangga mendahului Perak dengan beza 6 mata.

Siaran Lansung Perak vs Penang Live Streaming 9 Ogos 2023 LS19

Perak FC vs Penang FC (LS19)

Waktu siaran : Rabu, 9 Ogos 2023, jam 9:00 malam
Tempat : Stadium Perak, Ipoh
Siaran TV/ Live Strim : TV Okey, Sukan RTM dan Sooka

Tiket perlawanan Perak FC vs Penang FC

Tiket untuk perlawanan Liga Super antara pasukan Perak FC dan Penang FC yang berlansung pada hari Rabu, 9 Ogos 2023, jam 9:00 malam di Stadium Perak, Ipoh boleh mendapatkan tiket melalui laman web rasmi tickethotline.com.my.

Siaran Langsung dan Live Streaming Perak FC vs Penang FC 9 Ogos 2023

Penonton di rumah boleh menonton Siaran Lansung Liga Super 2023 Perak FC vs Penang dari Stadium Perak, Ipoh secara lansung menerusi saluran TV Okey, Sukan RTM dan Sooka seawal jam 8:30 malam bermula dengan siaran pra-perlawanan.

Untuk menyaksikan perlawanan lain di platform penstriman Sooka, penonton boleh melanggan pas 1 perlawanan berharga RM7.90.

Keputusan masa penuh perlawanan Perak FC vs Penang FC LS19

Keputusan perlawanan antara Perak FC vs Penang FC Liga Super 2023 dalam saingan LS19 secara langsung/ live score akan dikemaskini sehingga tamat masa penuh perlawanan.

FT : PERAK FC/PRK (3) - (1) PENANG FC/ PEN
Luciano Guaycochea 5’
Wan Zack Haikal 23’
 Alif Ikmalrizal Anuar 74’
 Seonung Seo 75’

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.