Responsive Ad Slot

Drama Boleh Saya Bantu (TV3)

Boleh Saya Bantu?, drama Melayu bersiri terbaharu TV3 akan mengisi slot Lestary mula bersiaran pada 2 Februari 2024. Drama ini bersiaran setiap hari Khamis hingga Sabtu jam 9:00 malam di Slot Lestary TV3 dan strim online di platform Tonton.

Boleh Saya Bantu? terbitan Tanah Beris Film Production ini merupakan karya Shuhaimi Lua, manakala skripnya ditulis oleh MF Kencana.

Drama Boleh Saya Bantu

DRAMA BOLEH SAYA BANTU?

Jumlah episod : 13
Mula siaran : 2 Februari 2024
Waktu Siaran : Khamis - Sabtu, jam 9:00 malam
Siaran TV : Slot Lestary TV3
Strim online : Tonton
Penulis skrip : MF Kencana
Pengarah : Shuhaimi Lua
Produksi : Tanah Beris Film Production

PELAKON/CAST DAN WATAK

Drama ini dibintangi oleh Andi Bernadee, Riena Diana, Wanie Ooi, Nasz Sally, Mark Adam, Zaid Erakad, Arisa Yamanaka dan ramai lagi.
  • Andi Bernadee sebagai Nasar
  • Riena Diana sebagai Farida
  • Wanie Ooi sebagai Haiza
  • Nasz Sally sebagai Almya
  • Mark Adam sebagai Sudin
  • Zaid Erakad sebagai Rashid
  • Arisa Yamanaka sebagai Mika

Drama Boleh Saya Bantu

SINOPSIS

Farida, pengurus hotel paling garang dibantu oleh ibu tiri, Haiza sebagai tukang cuci, Mia dan Rashid, juruteknik macho yang memikat hati Farida.


Sedap Rupanya Makan Epal Hijau Potong Dengan Perahan Lemon

Buah epal hijau ni memang kegemaran saya. Suka gabungan masam manis dan rangup. Selain makan begitu saja dah sedap, suka juga makan epal hijau dengan serbuk asam boi. Tapi tak selalulah, kalau teringin baru campur asam boi.

Buah epal hijau rangup ni sedap juga dicicah dengan colek ganti buah mangga. Pun sedap! Sekarang tengah suka makan epal hijau dengan perahan lemon pula. 

Sedap Rupanya Makan Epal Hijau Potong Dengan Perahan Lemon

Tahun lepas masa singgah rumah abang saya, kakak ipar hidangkan buah-buahan potong. Ada buah epal hijau, epal merah, jambu batu dan buah lain yang saya tak ingat. Saya pun cubalah rasa. Eh, masam! Macam rasa lemon. Tapi sedaplah.

Saya pun tanyalah kakak ipar, perah lemon ke? Ye katanya. Dia pun tengok dari mana entah. Kita pun dah terikut-ikut dah makan buah epal hijau dengan perahan buah lemon. Peminat masam-masam ni kena cuba, memang sedap!

Potong buah epal hijau kecil-kecil, kemudian perahkan buah lemon. Sepotong perahan lemon pun dah cukup. Jangan banyak sangat, kang masam! Perah sikit buat rasa-rasa je lah. Bagi ada rasa lemon tu sikit.

Tak silap saya, perahan lemon juga dapat mengelakkan buah epal cepat lebam. Caranya dengan rendam dalam air perahan lemon dan toskan. Kalau perah terus pada buah epal, kira berhasil juga tak ye? Rasanya tak sempat lebam, dah habis ngap dah.

Rasa masam manis epal dan masam lemon bergabung memang ngam lah. Rangup pula tu. Serious sedap! Itu menurut saya lah. Silakan mencuba kalau mahu. 

Selepas Seminggu Cuti Brisk Walk Dan Slow Jogging

Minggu lepas seminggu cuti brisk walk dan slow jogging di KOMBES. Banyak pula halnya. Dengan tapak kasut (rubber outsole) tanggal, lepas tu menunggu kasut sampai sebab beli online. Hari berikutnya cuti lagi sebab membeli hadiah birthday.

Lepas tu cuti sekali lagi sebab esoknya nak hiking, kena simpan tenaga. Nasib baiklah kaki tak sakit teruk sebab dah biasa brisk walk kan. Kalau tiba-tiba hiking dengan prepare apa memang datanglah segala sakit.

Tetaplah kita semangat untuk brisk walk dan slow jogging walaupun seminggu cuti. Jangan lemau sangat. Walaupun Isnin haritu sakit perut, tetap lah rajin pergi KOMBES. Dalam sakit perut tu dapatlah juga 5 rounds pusing balapan tu.

Selepas Seminggu Cuti Brisk Walk Dan Slow Jogging

Round pertama brisk walk panaskan badan, 4 rounds lagi slow jogging dan brisk walk sikit-sikit. Pace pun laju sikit daripada biasa. Untuk pemula macam saya dah kira lajulah tu. Semangat lain macam ye. 

Ke sebab kasut baru? Baru dapat merasmikan kasut baru. Selesa dan ringan senang nak berlari laju. Memang betullah kita kena memilih kasut yang tepat dan sesuai untuk setiap aktiviti sukan. Kasut lama pun kena tukar baru. Kita ni lenjan je sampailah dia rosak baru tukar.

Tapi bukan pace laju yang dikejar. Yang penting kita bersenam untuk menyihatkan badan. Sihat itu mahal. Kira pecah rekodlah daripada yang sebelum ni. Makin lama makin meningkatkan performance dah boleh slow jogging banyak round berbanding sebelum ni brisk walk lagi banyak dari slow jogging. 

Syabas Fiza! Selepas seminggu cuti, berjaya juga slow jogging banyak pusingan. Mereka yang pakar tentang sukan pun ada pesan, awal-awal kita perlahan ikut kemampuan. Badan dah ringan sikit, barulah mula lari laju gitu. Ikut kemampuan badan masing-masing. 

Bila dah konsisten buat aktiviti yang menyihatkan ni, kita rasa tambah semangat lagi. Kekok pula kalau tak buat. Minggu ni cuti hiking sebab Sabtu Ahad encik suami ada training. Maka, membosanlah kita dirumah. Buat senaman kardio je lah nampaknya. Janji ada aktiviti.


Jumpa Aina Abdul Versi Tak Makeup Tetaplah Dengan Fesyen Peliknya

Saya ni jarang teruja bila jumpa artis. Tapi bila ternampak Aina Abdul depan-depan, kita macam eh nak bergambar dengan Aina Abdul lah. Kami tengah shopping, dia pun tengah shopping dengan family. Saya terpandang dia dan kami bertentangan mata.

Tak sempat nak berbalas senyuman sebab kami macam sekilas pandang gitu je. Saya pun teruskan shopping dan bagitahu encik suami ada Aina Abdul. Tak jauh pun dari kami, memang dekat je. Kami pun shopping macam biasa je.

Tapi masa nak pergi ke tempat lain, nampak Aina sorang-sorang saya pun sajalah cakap dengan suami nak bergambar dengan Aina. Dia kata pergilah. Saya pun dekat dengan Aina dan minta nak bergambar. Dia pun okaylah dan senyum.

Tak lokek senyuman dan mesra peminat. Tak sombong lansung! Dapatlah ambil beberapa keping gambar. Eh, tersama pula tu tema hitam.

Aina Abdul Versi Tak Makeup

Kita tahu Aina Abdul ni bukan hanya terkenal dengan suaranya yang power tapi terkenal juga dengan fesyen peliknya tu. Tak makeup pun lawa. Manis orangnya. Tetaplah juga mengekalkan fesyen pelik dia. Itulah dia Aina Abdul. Lain dari yang lain.

Dalam kereta kami dok sembang pasal Aina Abdul. Buat apa entah Aina Abdul di Seremban ni tiba-tiba ada sini. Lepas tu saya pun google lah biodata dia. Baru tahu dia dibesarkan di Negeri Sembilan. Di lahirkan di Johor. Maksudnya family dia dok Seremban lah kan? Saya agak je lah.

Saya bukan Ainations, jadi tak tahu cerita lah. Cuma minat dia dan lagu-lagunya. Selanjutnya tak berapa nak tahu. 

Pre Birthday Cake Bulan Februari

Alang-alang dah balik Kuala Pilah, balik dari sarapan di Hillside Cafe Jemapoh tu encik suami beli kek untuk kami yang bakal sambut birthday bulan Februari. Kebetulan ramai ada kat kampung. Jadi, why not?

Disebabkan tarikh-tarikh birthday semuanya jatuh pada hari bekerja, jadi kita sambut birthday awal. Kiranya pre-birthday lah gitu. Pre birthday pun bolehlah kan. 

Birthday Cake

Tak tahulah nak gelak ke nak sedih bila tengok tulisan pada kek ni. Tak terkata, terkedu! Masa di kedai kami pulak tak tengok, balik rumah buka kotak memang terkejut lah. 

Rasanya dia tak pandai tulis kot. Sebab lama juga kami menunggu dia tulis atas kek tu. Takpelah dik, good try. Kena rajin buat latihan ni. 

Saya makan tak sampai sepotong, kongsi dengan anak buah. Keknya sedap tapi yelah kan, kita ni tengah kurangkan pengambilan manis manis ni. Makan sikit jelah. Lebihkan manis dalam senyuman takpe.

Terpaling teruja anak buah lah. Kita pun lebih nak meraikan birthday dia je ni, belikan patung elsa tu sekali buat meriah topping kek.

Birthday Cake

Adik pun tumpang sekali walaupun birthday si adik bulan 7 nanti. Biasalah budak-budak, birthday semua orang pun birthday dia. Sepanjang tahun birthday dia je lah. Layankan je.

Sarapan Di Hillside Cafe Jemapoh Kuala Pilah Yang Tengah Viral

Hari Ahad hari tu balik Kuala Pilah kejap, alang-alang tu jomlah kita sarapan dulu di Hillside Cafe Jemapoh, Kuala Pilah yang tengah viral sekarang ni. Sarapan ala-ala berada di Cameron Highland katanya sebab cafe ni terletak di atas bukit.

Dulu tempat ni hanya sekadar bukit berdekatan dengan Hentian Rehat dan Rawat Jemapoh (RnR) yang dah terbiar lama. Kini, kembali hidup dengan adanya Hillside Cafe ni.

Cafe yang sangat aesthetic dan lokasinya di atas bukit jadi satu daya tarikan untuk pengunjung datang menjamu selera di sini. Sejak tular/ viral asyik naik di FYP TikTok, saya dah bookmark siap-siap dah.

Baru minggu lepas lah dapat singgah di Hillside Cafe Jemapoh ni. Jauh sikitlah dari rumah Mak mentua. 

Dari jauh dah nampak signboard Cafe. Dari jauh pun dah nampak betapa aesthetic nya cafe ni di atas bukit. 

Hillside Cafe Jemapoh Kuala Pilah

Kami parkir kereta di tepi jalan bawah bukit tu memandangkan tak banyak kereta. Ada satu lagi parkir kereta di atas, tapi kami tak tahulah jalan masuk dia. Tempat parkir tu untuk mereka yang tak larat nak mendaki tangga ke Cafe.

Hillside Cafe Jemapoh Kuala Pilah

Kalau datang dari depan, kenalah mendaki tangga ni. Suka dengan konsep corak Morocco ni. Nice kan. 

Hillside Cafe Jemapoh Kuala Pilah

Kali pertama singgah sini, terpinga-pinga juga kami di mana nak pesan makanan sebab naik tangga ni ada meja, kerusi dan kedai kopi.

Kami jalan ke sebelah kiri dan terus ke tempat makanan diletakkan. Ada macam-macam jenis makanan. Jadi pening pula tak tahu nak ambil apa. Di sini kena layan diri, ambil sendiri dan kemudian bayar di kaunter.

Hillside Cafe Jemapoh Kuala Pilah

Oleh kerana terlalu ramai orang, sempat ambil gambar beberapa je. Taknak kacau orang lalu lalang kan. 

Hillside Cafe Jemapoh Kuala Pilah

Malas fikir panjang, saya ambil nasi lemak dan bihun goreng sikit. Encik suami ambil pulut kuning dan kari.

Hillside Cafe Jemapoh Kuala Pilah

Nasi lemak boleh tahan sedap. Tapi pulutnya kurang rasa kata encik suami. Takpelah, kita saja nak rasa-rasa makan di sini.

Hillside Cafe Jemapoh Kuala Pilah

Dah ambil dan bayar makanan, kami ke bawah semula cari meja. Dapatlah meja bahagian dalam sikit. Kononnya nak feeling sarapan di Cameron Highland duduk meja di tepi dekat dengan jalan besar tapi dah penuh pula. 

Dah dapat meja, encik suami pesan kopi di kedai kopi sebelah kanan tu. Laluan kiri tu lah jalan menuju ke cafe tempat ambil makanan.

Hillside Cafe Jemapoh Kuala Pilah

Atau boleh ikut tangga ni juga. 

Hillside Cafe Jemapoh Kuala Pilah

Selesai makan, kami tak tunggu lama dan terus balik kampung encik suami. Sebelum tu ambil gambar signboard Hillside Cafe yang menarik ni.

Hillside Cafe Jemapoh Kuala Pilah

Tak lupa juga untuk bergambar tanda hadir. Tapi dah kenapa bergambar macam tiang bendera je tu? Nampak kembang pun ye. Haishh..perempuan mana nak kalah kalau dalam gambar nampak gemuk, kan?

Hillside Cafe Jemapoh Kuala Pilah

Hillside Cafe ni memang menarik. Best kalau tak ramai orang, dapat lepak lama sikit. Kalau dapat duduk di gazebo ada pokok buluh tu lagilah menarik. Tapi dah ada orang masa kami cari meja tu. Kalau tidak memang syoklah kami lepak lama.

Makanan banyak pilihan dan harga berpatutan. Tengah hype dan viral ni memang ramailah orang datang singgah. 

Replika Tengkolok Di Mana-Mana

Kita ni suka ambil gambar walau dimana sahaja berada. Handphone tu sentiasa ditangan supaya senang nak merakam apa yang menarik perhatian semasa dalam perjalanan kemana-mana. 

Salah satunya replika tengkolok yang ada dimana-mana ni. Sebelum ni saya pernah ambil gambar tengkolok di Bukit Putus, Ulu Bendul Kuala Pilah.

Yang tu dapat ambil gambar elok sebab berhenti ambil gambar. Masa pergi Jasin haritu dapat juga ambil gambar replika tengkolok di pekan Jasin. Nampak dari jauh, kita dah bersedia untuk ambil gambar. Gambar ni je lah yang nampak macam okay elok dalam bingkai gambar. 

Replika Tengkolok

Kemudian haritu balik dari hiking Bukit Batu Sawa melalui pekan Jelebu perasan tengkolok songket berwarna biru ni. Kita pun cepat-cepat on camera dan ambil gambar. Ini je lah gambar terbaik yang dapat diambil.

Replika Tengkolok

Tengkolok ni ada pelbagai jenis dan namanya mengikut negeri. Tengkolok menggambarkan ketinggian seni, budaya dan warisan Melayu. Keseniaan dan keunikannya boleh dilihat melalui susun atur lipatan. Satu usaha yang bagus untuk memperkenalkan tengkolok kepada orang ramai terutamanya pengunjung dari luar.

Limpas Di Temiang - Pantai Highway

Balik dari hiking Bukit Batu Sawa, terus balik rumah. Kononnya nak makan sarapan dulu tapi tiba-tiba perut memulas. Padahal pagi tak makan apa selain energy bar. Masa ni lah dia buat hal. Rosak ana punya program lah. Mujur juga selepas turun bukit bukan naik bukit. 

Nak cepat, kita limpas terus ikut laluan Temiang - Pantai Highway yang pernah viral sebelum ni dikatakan seperti di New Zealand. Ikutkan cuaca, sangat cantik dan menarik kalau di potretkan. Tapi itulah, kita ambil gambar dari dalam kereta mana nak dapat gambar cantiknya.

Temiang - Pantai Highway

Seronok memandang kehijauan kiri kanan jalan. Ikutkan hati nak je berhenti dan ambil gambar. Tapi malas. Lagipun tempat ni dilarang berhenti atas faktor keselamatan. 

Temiang - Pantai Highway

Bila dah tak hype, kurang sikit orang ramai datang berhenti. Ini kalau ada cafe ke hentian rehat ke confirm ramai yang akan berhenti. Sebabnya nak ambil gambar. Kann?

Temiang - Pantai Highway

Walaupun bukan peminat warna hijau. Tapi bila permandangan begini terhidang depan mata, terus rasa tenang ribut jiwa.

Hiking Bukit Batu Sawa, Memburu Awan Karpet Di Hutan Merah

Seminggu cuti brisk walk dan jogging di KOMBES, terus kita qada' dengan hiking. Rancang last minit juga nak Hiking Bukit Batu Sawa, Jelebu Negeri Sembilan.

Hiking Bukit Batu Sawa kononnya nak memburu awan karpet di hutan merah. Nak melihat sendiri depan mata keindahan awan karpet yang selalu hiker dok sebut-sebutkan tu. Di Negeri Sembilan ni ada beberapa bukit yang ada permandangan awan karpet di puncaknya.

Salah satunya di Bukit Batu Sawa. Selain tu yang saya tahu, Bukit Taisho, Bukit Senaling dan Bukit Penarikan. Ada lagi ke awan karpet di bukit lain di Negeri Sembilan ni? Cubo koba an.

Selain keindahan awan karpet, di Bukit Batu Sawa ni terkenal dengan keunikan hutan merahnya atau dipanggil red forest. Disebabkan dua benda tu lah, saya nak hiking Bukit Batu Sawa ni. Lagi satu sebab katanya trail mudah dan tak makan masa lama sangat. So kita ONz je lah.

Bukit Batu Sawa

Bukit Sawa terletak di kawasan Peradong, Jelebu, Negeri Sembilan dengan ketinggian 333.33 m, 3.6 km.

Untuk ke Bukit Batu Sawa mudah je, gunakan google maps atau waze "Bukit Batu Sawa Parking/Trailhead". Dari jalan besar akan nampak signboard Bukit Batu Sawa, jalan terus akan melalui jalan kampung dan jambatan ni.

Hiking Bukit Batu Sawa

Jalan terus lagi ada nampak signboard jalan Bukit Batu Sawa. Jalan terus je naik bukit. Bawa perlahan sebab jalan kecil. Takut berselisih dengan kereta dari arah depan.

Hiking Bukit Batu Sawa

Parkir

Baca dari pengalaman hiker lain, mereka parkir di kawasan rumah kampung dengan bayaran parkir RM3. Tapi kami jalan terus melalui kawasan parkir yang disebutkan tu. Kami cuba nasib untuk tengok dulu kawasan parkir yang lebih dekat. Ada lagi satu kawasan parkir berhampiran kaunter permit katanya.

Kami jalan terus sampai melalui kaunter permit dan jumpa kawasan parkir yang lebih dekat berdekatan dengan homestay Bukit Batu Sawa.

Hiking Bukit Batu Sawa

Lega ada banyak parkir kosong lagi disini. Jadinya kalau korang nak datang, better jalan terus tengok parkir di sini. Kalau ada kosong bolehlah parkir sini sebab lebih dekat.

Hiking Bukit Batu Sawa

Bayaran parkir pula seikhlas hati seperti yang ditulis di kotak bayaran tu. 

Hiking Bukit Batu Sawa

Kawasan parkir ni berdekatan dengan kaunter permit. Jangan lupa daftar masuk dan baca apa yang perlu di situ. Nak mudah, ambil gambar je.

Hiking Bukit Batu Sawa

Kadar bayaran permit masuk hutan simpan

RM5/ seorang

Sila ambil juga nombor telefon yang dipaparkan supaya senang untuk dihubungi jika berlaku kecemasan. 

Hiking Bukit Batu Sawa

Sempat juga tanya abang yang jaga kaunter tu, berapa lama naik Bukit Batu Sawa ni? Katanya kalau jalan santai-santai dalam 40 minit macam tu.

Apa? 40 minit? (cakap dalam hati). Baca dalam blog yang pernah hiking katanya lebih kurang 20 minit je. Ahh kena tipu lah ni! Ala biasanya kalau hiking ni memang selalu kena tipu. Sikit lagi sikit lagi nak sampai puncak. Padahal jauhhhh lagi! Soba yolah.

Okaylah kita jalan santai-santai je. Kami diberikan tag bayaran permit memasuki hutan simpanan kekal Jabatan Perhutanan Negeri, Negeri Sembilan. Boleh pakai di pergelangan tangan kalau nak. Tapi kami simpan je lah.

Hiking Bukit Batu Sawa

Trail landai

Dah selesai pendaftaran dan bayaran. Jomlah kita memulakan pendakian Bukit Batu Sawa. Awalnya akan melalui kebun getah. Kami mula mendaki dari sini jam 7:59 pagi.

Hiking Bukit Batu Sawa

Lepas kebun getah akan melalui kebun yang dipenuhi semak dan pokok pisang. Sampai sini jam 8:02 pagi.

Hiking Bukit Batu Sawa

Jalan depan sikit akan mula masuk kawasan hutan yang pertama. Kami masuk jam 8:02 pagi. Ikut je arah seperti yang ditandakan tu.

Hiking Bukit Batu Sawa

Trail landai je. Boleh jalan santai-santai. Disebabkan kami dah lewat mendaki, kenalah jalan laju sikit sebab nak memburu awan karpetnya.

Hiking Bukit Batu Sawa

Laju pun tak laju sangat. Ambil gambar tu perlu. Kemain laju orang depan tu jalan ye. Tak tunggu kita!

Hiking Bukit Batu Sawa

Melalui trail landai lebih kurang dalam 5 minit je kalau tak berhenti ambil gambar. Keluar dari trail hutan pertama jam 8:08 pagi.

Hiking Bukit Batu Sawa

Kemudian akan melalui kawan semak lalang tinggi ni menuju ke pencawang.

Hiking Bukit Batu Sawa

Berhenti sebentar di pencawang lebih kurang 3 minit untuk ambil gambar. 

Hiking Bukit Batu Sawa

Dari pencawang tu jalan terus lagi dan akan memasuki kawasan hutan kedua. Mula masuk jam 8:12 pagi.

Hiking Bukit Batu Sawa

Trail pacak

Mula masuk trail landai juga. Okaylah rasa lega sikit, ingatkan terus naik trail pacak. Kita dah bersedia mental fizikal awal-awal ni. hehe...

Hiking Bukit Batu Sawa

Jalan depan sikit dah mula jumpa trail pacak sikit.

Hiking Bukit Batu Sawa

Jomlah kita hadap trail mendaki je sampai ke puncak.

Hiking Bukit Batu Sawa

Agak-agak penat, berehat. Nampak akar kayu macam buaian ni kita ambil gambar kejap. Buat-buat nak ambil gambar supaya tak macam penat sangat. Kah!

Hiking Bukit Batu Sawa

Dalam perjalanan mendaki, ada sampah jajan. Siapalah pelakunya yang tak ada kesedaran sivik buang sampah merata-rata.

Hiking Bukit Batu Sawa

Jalan lagi akan jumpa pokok batang besar. Sampai sini jam 8:24 pagi. Maknanya dah 12 minit mendaki trail pacak. Masih lagi bertahan.

Hiking Bukit Batu Sawa

Lepas tu kita mengah sebab trail mendaki tak reti nak landai. Beberapa kali berhenti ambil nafas dan sambil tu kita ambil gambar untuk buat modal dalam blog.

Hiking Bukit Batu Sawa

Bila dah sampai trail mendaki dengan tali ni bermakna kita hampir sampai. Azab juga trail pacak macam ni. Pacak 75 degree gitu.

Hiking Bukit Batu Sawa

Kagum dengan pendaki yang dah berumur depan kami ni. Suami isteri mendaki. Hebat masih bertenaga mendaki. Kalau mereka boleh, takkan kita nak mengalah pula kan.

Hiking Bukit Batu Sawa

Layan trail mendaki bertali lebih kurang 15-20 minit menurut pace saya. Kalau laju 10 minit je kena hadap.

Hiking Bukit Batu Sawa

Bila dah sampai trail bertali terang sikit ni bermakna nak sampai dah. Dah mula nampak Hutan Merah (Red Forest). Batang pokok berwarna kemerah-merahan, nampak terang dan sangat menarik. Macam hutan di luar negara.

Hiking Bukit Batu Sawa

Di saat puan isteri memotretkan gambar, ada encik suami yang menunggu di depan. Sabar ye wahai encik suami.

Hiking Bukit Batu Sawa

Kami rehat sebentar ambil gambar dulu sebelum jalan terus ke puncak. 
Hiking Bukit Batu Sawa
seluar dah lama dibeli, boleh claim seluar hiking sejak 2017. Jangan kata kita tak boikot!

Teruja tengok texture kulit batang pokok hutan merah ni. Warna merah bata ni lah yang membuatkan kawasan di puncaknya sangat menarik dan kelihatan terang. Lighting pula tu on point. Rugilah kalau kita tak potretkan saat ni.

Hiking Bukit Batu Sawa

Tumbuhan pakis pun banyak terdapat di sekitar hutan merah Bukit Batu Sawa ni.

Hiking Bukit Batu Sawa

Selain tu, kelihatan lumut hijau di sana sini yang hidup harmoni bersama.

Hiking Bukit Batu Sawa

Dah puas bergambar di kawasan situ, kita sampai di puncak jam 8:50 pagi. Kalau tak berhenti lama dan ambil gambar. Lebih kurang 30 minit macam tu lah masa yang diambil untuk sampai ke puncak bukit.

Hiking Bukit Batu Sawa

Ambil gambar dulu di papan tanda Bukit Batu Sawa 333.3M. Selagi ada papan tanda, selagi tu kita akan bergambar.

Di sebelah kiri ni ada spot bergambar yang menarik. Ada batu besar. Tapi kami teruskan perjalanan depan sikit puncak lagi satu sebab di batu tu ramai tengah menunggu giliran bergambar.

Hiking Bukit Batu Sawa

Di puncak sini ada papan tanda Bukit Batu Sawa juga. Tak dapat lah nak bergambar seorang sebab mereka macam nak duduk lama di situ. Kita ambil je lah dengan papan tanda ni tanda hadir. 

Hiking Bukit Batu Sawa

Di bawah ni ada juga spot menarik tapi kami tak turun lah sebab ramai pula. Nak menunggu macam malas je.

Hiking Bukit Batu Sawa

Beredar terus dari situ dan tunggu giliran untuk ambil gambar di batu besar ni. Orang lain semua bergambar berdiri. Kita ni goyang dik, goyang...Goyang kaki nak berdiri sebab gayat. 

Dulu tak gayat, sejak hiking Gunung Datuk dulu terus jadi macam seorang pengayat. Kita bergambar duduk pun bolehlah, demi keselamatan sejagat.

Malangnya, pemburuan awan karpet boleh dikatakan gagal. Awan karpet pun dah hampir lesap. Sampai lambat memang tak dapatlah nak melihat keindahan awan karpet. Mungkin rezeki di bukit lain kot.

Hiking Bukit Batu Sawa

Selesai bergambar di puncak, jomlah kita berehat. Makan energy bar dan minum air sambil menikmati bunyian alam flora dan fauna, menghirup bau hutan yang best. Rindunya bau hutan! Bau segar. Haritu hiking Bukit Kepayang tak berapa nak bau hutan sebab dekat dengan bandar.

Syoknya duduk lepak atas puncak bukit ni. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Peluh pun sempat kering.

Hiking Bukit Batu Sawa

Papan tanda 'Sila Jaga Kebersihan' ni jangan buat-buat tak nampak pula ye. 

Hiking Bukit Batu Sawa

Dah lama berehat dan bergambar di puncak. Kami mula turun jam 9:18 pagi. Sampai di kawasan kebun ni jam 9:46 pagi. Eh laju! Kalau turun memanglah laju. Orang lain turun 20 minit je kot. 

Hiking Bukit Batu Sawa

Ini pula hasil kutipan sampah yang kami kutip sepanjang perjalanan turun. Banyak juga hasilnya. Korang ni kan, tak tahu ke nak jaga kebersihan??? Sampai jangan buang merata-rata. Haishhh..marah ni.

Hiking Bukit Batu Sawa

Alhamdulillah..misi berjaya hiking Bukit Batu Sawa dengan jayanya walaupun gagal melihat awan karpet. Dapat juga menikmati keindahan hutan merah.

Cuaca pun sedang elok masa pendakian kami. Tak panas sangat dan tak mendung. Tapi lecak tu jangan cakaplah. Macam baru lepas hujan lebat. Kawasan tanah lembap berair disebabkan embun. Tetap berhati-hati mendaki.

Mujur kita pakai kasut baru Adidas Terrex kasut hiking yang grip dia bagus. Tak ada lah tergelincir tapi tetaplah terpalit kotoran lecak tu. 

Hiking Bukit Batu Sawa

Terima kasih oyen berkhidmat dengan baik. Kaki pun tak sakit. Cuma sehari selepas tu baru terasa otot peha koyak mungkin sebab trail pacak tu. Haritu hiking Bukit Kepayang tak rasa sakit langsung. Dah lama tak naik trail pacak, begitulah. Hadap sajalah. Enjoy the pain!

Okay next? Bukit Taisho atau Bukit Batu Putih sekali lagi? Bukit Batu Putih dah buat deck cermin baru. Itu yang macam teruja nak pergi. Bukit Taisho pula ada awan karpet. Yang penting dua-dua bukit yang mudah untuk hiking.

© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu