Siaran Lansung Live Streaming Kelantan vs JDT Piala Malaysia 2023 (R16-1)

Hari kedua saingan Piala Malaysia 2023 pusingan 16 terbaik pertama dimulakan dengan pertemuan antara pasukan pendahulu Liga, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim(JDT) dengan pasukan terbawah liga, Kelantan FC di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu Kelantan.

Perlawanan ini merupakan perlawanan tumpuan bagi peminat bolasepak khususnya penyokong Skuad Harimau Selatan, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Kelantan FC.

baca juga : Jadual piala Malaysia 2023

Kelantan FC vs Johor Darul Ta'zim (JDT) 4 Ogos 2023

Berdasarkan rekod perlawanan antara pasukan Kelantan dan JDT, pasukan tuan rumah Kelantan belum pernah lagi menewaskan Skuad Harimau Selatan di tempat sendiri mahupun di tempat lawan.

Tugas berat buat Skuad Kijang Merah, Kelantan FC

Satu tugas berat dan laluan sukar buat pasukan Kelantan FC bertemu pasukan JDT selaku penyandang Juara Piala Malaysia 2022 musim lalu untuk memenangi perlawanan di peringkat pusingan 16 terbaik pertama ini.

Walaupun begitu, Skuad Kijang Merah pasti akan mempamerkan aksi yang menarik dan mampu memberikan saingan kepada pasukan pelawat Skuad Harimau Selatan, JDT. Kelebihan buat pasukan tuan rumah jika menang di gelanggang sendiri sebagai bekalan dalam aksi timbal balik nanti.

Misi Skuad Harimau Selatan, JDT mahu mengekalkan rekod kemenangan

Skuad Harimau Selatan sudah pasti mahu mengekalkan rekod kemenangan dalam kejohanan Piala Malaysia setelah berjaya mempertahankan rekod kemenangan tanpa kalah dalam Liga Super 2023.

Tugas mudah buat pasukan Kelab Bolasepak JDT untuk ke peringkat seterusnya sekiranya menang di tempat lawan untuk pusingan 16 terbaik pertama ini dalam aksi timbal balik di tempat sendiri nanti. Semestinya JDT mahu mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia pada tahun lalu.

Biarpun pasukan lawan berada di tangga terbawah liga, JDT tidak akan mengambil mudah dan pastinya akan berjuang habis-habisan demi mempertahankan rekod kemenangan pasukan JDT dan piala kejohanan.

Siaran Langsung (Live Streaming) Kelantan FC vs JDT Piala Malaysia 2023 (R16-1)

Pertemuan antara pasukan Kelantan FC dan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim pada perlawanan pertama peringkat 16 pasukan saingan Piala Malaysia 2023 dijadualkan berlansung pada hari Jumaat, 4 Ogos 2023, jam 8:15 malam bertempat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu Kelantan.

Penyokong di rumah boleh menyaksikan perlawanan Kelantan vs JDT secara siaran langsung menerusi saluran sukan 803 Astro Arena Bola dan Astro GO seawal jam 7:45 malam bermula dengan siaran pra rancangan perlawanan.

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, boleh juga tonton live streaming online di internet menerusi platform penstriman Sooka.

Siaran Lansung Live Streaming Kelantan vs JDT Piala Malaysia 2023 R16-1

KELANTAN FC vs JDT

Venue : Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu Kelantan
Waktu siaran : Jumaat, 4 Ogos 2023, jam 8:15 malam
Siaran lansung : Astro Arena Bola (CH803)

Tiket perlawanan Kelantan FC vs JDT

Tiket perlawanan Kelantan FC vs JDT yang berlansung pada hari Jumaat, 4 Ogos 2023, jam 8:15 malam di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu boleh didapati di laman rasmi tickethotline.com.my.

Keputusan masa penuh Kelantan FC vs JDT

Keputusan perlawanan antara Kelantan FC vs Johor Darul Ta'zim, JDT Piala Malaysia 2023 dalam saingan (R16-1) secara langsung/ live score akan dikemaskini sehingga tamat masa penuh perlawanan.

FT : KEL (1) - (5) JDT
 Bergson da Silva 6’
 Heberty Fernandes 15', 24'
 Shahrul Saad 50’
 Nazmi Faiz 67’

 Khala'If Naskam 86'

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.