Gadgets

Siaran Lansung Anugerah TikTok Malaysia 2023, Senarai Kategori Dan Calon

Anugerah TikTok 2023 Malaysia (TikTok Awards MY 2023) buat julung kalinya diadakan di Malaysia. Anugerah ini juga akan dijadikan sebagai acara tahunan. Edisi pertama ini dimulakan dengan mempertandingkan sebanyak 13 kategori.

Siaran Lansung Anugerah TikTok Malaysia 2023 Senarai Kategori Dan Calon

Siaran lansung Anugerah TikTok Malaysia 2023

Malam kemuncak Anugerah TikTok Malaysia 2023 (TikTok Awards Malaysia 2023) dijadualkan berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur pada hari Ahad, 27 Ogos 2023. 

Anugerah berprestij ini akan bersiaran secara langsung pada jam 9:00 malam.
Manakala karpet merah pada jam 8.30 malam di TV9.

Penonton boleh menyaksikan siaran langsung Anugerah TikTok Awards Malaysia 2023secara lansung di TV3 dan akaun TikTok Malaysia di TikTok pada jam 9:00 malam.

Majlis Anugerah berprestij ini akan dihoskan oleh Izzue Islam, Sherry Alhadad dan Amelia Henderson. Manakala Ceddy dan Sissy Imann dipilih untuk hos ‘Red Carpet’. Di belakang pentas pula akan dikendalikan oleh Jaa Suzuran dan Neeta Manis.

Selain itu, para selebriti tidak ketinggalan bakal memeriahkan majlis tersebut. Antaranya Datuk Yusof Haslam, Bell Ngasri, Amber Chia, Farah Ann Abdul Hadi dan ramai lagi yang akan menyampaikan anugerah di atas pentas.

Penonton juga bakal disajikan dengan persembahan hebat daripada Datuk Sri Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Zeppo, DOLLA, Marsha Milan, Ernie Zakri, Alyph dan ramai lagi.

Tema Anugerah TikTok

 'Yang Gah di Skrin Kecil' merupakan tema Anugerah TikTok Malaysia 2023 yang mendemonstrasikan potensi membatasi sempadan untuk warga pencipta menggandakan dan mempersembahkan kejayaan mereka di atas pentas besar. 

Aplikasi TikTok

Media sosial aplikasi TikTok telah menjadi platform yang memupuk ekspresi kreatif, asli dan positif. Ia juga telah mencorak sebuah komuniti yang utuh dan inklusif melalui sejenis bahasa yang dikongsi bersama, iaitu video.

Berlatarkan pelbagai topik daripada pendidikan, makanan hingga ke kecantikan, komuniti pencipta di TikTok itu sendiri telah berjaya melahirkan segmen dan pengikut mereka sendiri.

Sehingga kini, ramai dalam kalangan TikTokers yang dikenali sebagai selebriti dalam talian dan akan terus meninggalkan jejak mereka di For You Page (FYP).

Anugerah TikTok 2023 Malaysia (TikTok Awards MY 2023)

Malam Anugerah ini diadakan bagi menghargai bakat-bakat pempengaruh (influencer) popular di Malaysia yang telah memanfaatkan platform Tiktok dengan sebaiknya yang juga merupakan tulang belakang platform TikTok ini. Usaha luar biasa yang dipamerkan di platform ini perlu diraikan sebagai satu pencapaian bagi pempengaruh.

Program yang bakal mencetuskan fenomena ini menghimpunkan yang terbaik dalam arena penciptaan konten, sekali gus meraikan dan memberi penghargaan kepada pencipta tempatan berbakat yang berani mencabar batasan kreatif, menjadi sumber inspirasi kepada komuniti, dan mencorak industri penciptaan kandungan.

Platform ini telah menjadi gelanggang pengiktirafan untuk menyemarakkan lagi semangat content creator bagi mencipta kandungan yang lebih berkualiti sekali gus setanding dengan pencipta konten antarabangsa di luar sana.

Anugerah ini juga membuktikan pencipta konten anak tempatan juga mempunyai potensi untuk diketengahkan kerana mereka mampu meraih jutaan tontonan selain turut diikuti pengikut dari luar negara.

Selain itu, anugerah ini bakal menjadi batu loncatan buat pencipta kandungan digital untuk mendapat pendedahan lebih meluas.

Sebanyak 13 kategori dipertandingkan yang menyaksikan ganjaran lumayan membabitkan enam kategori juri profesional manakala tujuh lagi adalah kategori bersandarkan undian atas talian (online).

Senarai kategori yang dipertandingkan

Anugerah TikTok Malaysia 2023 (TikTok Awards Malaysia 2023) akan mempertandingkan sebanyak 13 kategori iaitu 7 kategori adalah Pilihan Peminat (People’s Choice) dan 6 kategori Pilihan Juri (Judge Pick).

Untuk kategori pilihan peminat, boleh menghantar undi untuk artis pilihan melalui halaman khas di Tiktok awards malaysia 2023 vote. bermula dari 15 Ogos, 10:00 malam hingga 26 Ogos 2023, 11:59 malam.

Kategori Pilihan Peminat (People’s Choice)

  1. Creator of the Year
  2. Rising Star of the Year
  3. Popular Creator of the Year
  4. Popular Animation Account of the Year
  5. Celebrity of the Year
  6. Live Creator of the Year
  7. TikTok Shop Creator of the Year

Pilihan Juri (Judge Pick)

  1. Best of Beauty & Fashion
  2. Best of Education
  3. Best of Entertainment
  4. Best of Foodie
  5. Best of Gaming
  6. Best of Sports

Bagi Pilihan Juri, calon dipilih berdasarkan kriteria yang ditetapkan dan keputusan akan dibuat oleh sebuah panel eksekutif.

Antara panel juri ialah Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Nini Yusof dan Pengurus Besar Operasi & Pemasaran TikTok, Asia Tenggara, Angga Anugrah Putra.

Artis prolifik, Hael Husaini juga turut terlibat sama dalam pemilihan 10 calon terbaik bagi enam kategori tersebut.

Senarai calon TikTokers

Berikut merupakan senarai calon TikTokers untuk pelbagai kategori TikTok Awards Malaysia 2023 bagi kategori pilihan peminat yang dipertandingkan ialah :

Creator Of The Year

  • khairulaming
  • bossjames_oe
  • lawyergandhi
  • auntiepurple248
  • sallywhoo
  • ceddyornot

Rising Star of The Year

  • gastonpong
  • ikhmaln0ur
  • penceritatv
  • zarul.hafiz
  • chefdaveveganjourney
  • yuki_dance

Popular Creator of the Year

  • drbengee
  • alexhkf
  • sofyank96
  • ryanbakery
  • gigicheoh
  • itsjovynn

Celebrity of The Year

  • aerilzafrel8
  • jannanickofficial
  • dollaofficial
  • sitinordiana84
  • annajobling
  • zizanrazak869

Popular Animation Account of The Year

  • yimotapir
  • upinipin.official
  • boboiboy
  • officialejenali
  • papapipi
  • official_didiandfriends

LIVE creator of the year

  • garyislit_
  • quehaidar
  • hafizalonggs
  • wafiy_aan
  • tigerlabu
  • ervan818

TikTok Shop Creator of the Year

  • anaszahrin
  • tangsiewsiang
  • vicky.littlewolf
  • dapur_mahir
  • watermummy_oe
  • dearcarynn

TikTok turut mempertandingkan Anugerah Busana Terbaik (Best Dressed Awards) kepada peserta yang mendapat markah tertinggi dari sudut gaya dan originaliti.

sumber info : ecentral

4 comments:

  1. Banyak juga kategorinya. Paling saya tengok TT Khairul Aming.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, banyak kategorinya. Kira meriah jugalah kan Anugerah TT ni.

      Delete
  2. Sy suka tengok Aerial Zafril..hahaa..Kelako...And aunt purple pun ok...tapi Khairul Ameng lagi ramaii suka 😃

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpa, jarang tak performs! Auntie purple memang hebat dengan transition dia tu kan. KA lagilah ramai peminatnya.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.