Header Ads

Udang Masak Diraja Terlebih Kuah


Pertama kali mencuba masak udang masak diraja. Dari mana asalnya nama dan sejarah udang masak diraja ni tidaklah saya ketahui. Siapa tahu, bolehlah komen dalam kotak komen di bawah ye. Apa yang saya perasan, kebiasaannya udang masak diraja ni menggunakan udang galah.

Tak ada udang galah tak mengapalah, kita guna udang yang ada je lah. Tapi kalau ada udang galah sungai dah tentu sedap. 

Pertama kali masak udang diraja, saya dah derhaka pada resipi asalnya. Tengok-tengok lengkuas dah kejung, halia pula dah kering. Apoooo..Nampak sangat lama tak masak lauk pauk menggunakan halia dan lengkuas. Yolah, hampir seminggu tak sihatnya. 

Mujurlah ada kunyit. Nasib baik juga tanaman kunyit berhasil, ada daunnya sekali boleh digunakan bila nak memasak.

Sedapnya bau tumisan bahan kisar dengan cili api, bawang putih, bawang merah, serai dan kunyit hidup. Ada orang letak serai diketuk, saya kisar je lah sekali. Sekali siap masak, Udah ghope rendang kome!

Udang diraja ke udang rendang ke? Kecelaruan identiti pula. Ini semua sebab terlebih kuah. Saya masak tak banyak, jadi guna separuh kotak santan je. Itupun kuah banjir juga. Bau dah macam rendang sebab bahan kisar pun lebih kurang rendang je cuma tak ada halia dan lengkuas.

Udang Masak Diraja Terlebih Kuah

Walaupun rupa macam rendang, sedap hingga menjilat  jari. Rasa macam rendang pun ada. Licin pinggan memasing makan. Encik suami kata sedap, dah lama tak makan rendang. Ehhh..ehhhh..Ini macam suruh kita masak rendang je.

Udang Masak Diraja Terlebih Kuah

Sebenarnya tak ada idea nak masak apa. Binatang yang ada dalam kulkas cuma ayam dan udang je. Nak masak ayam kena thawing lama pula. Masak udang je lah senang dan cepat sebab encik suami dah on the way balik rumah.

Mulanya nak masak udang sambal sebab cepat. Tapi tiba-tiba rasa nak masak udang diraja sebab nampak macam sedap je. Sudahnya dari nak cepat masak jadi lambat. Nak menunggu tumis, pecah minyak, masuk santan, tunggu kering sikit. Setengah jam lebih jugalah memasak.

Encik suami sampai, lauk udang masak diraja dah siap masak. Dapatlah kita menjamu selera lauk panas-panas.

Pilihlah resipi udang masak diraja mengikut cara yang paling mudah.

10 comments:

  1. Memang macam rendang rupanya tu, Fiza. Baru tahu ada menu Udang DiRaja ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, auto nampak cam rendang sebab berkuah dengan banyaknya. hihi..
      Kot ada udang galah, nanti try lah masak udang diraja pulak.

      Delete
  2. nampak sedap kak. ada vibe rendang hehehe

    ReplyDelete
  3. Masak diraja ke rendang ke yang penting sedap.
    Puas hati masak bila orang yang dijamu berselera makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...Betul tu wak, hilang penat masak bila orang berselera makan.

      Delete
  4. Hehe rendangpun asal jadi. Agaknya apalah rasa sebenar kalau letak lengkuas dan halia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia macam rasa rendang jugak rasanya tu. hihi..sebab bahan untuk rendang juga.

      Delete
  5. Tak apa kelebihan rendang kak. Enam juga bisa digaulkan ke nasi ๐Ÿ˜„. Saya lebih suka yg kuahnya banyak begini.

    Thank you resepnya. Kebetulan saya masih ada udang juga di kulkas, besok rasanya nak masak udang juga ๐Ÿ˜„

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, kuah lebih gaul nasi lagi sedap kan. Habis licin terus. Selamat mencuba, saya share link resipi untuk dipilih. Boleh pilih mana yang mudah nak ikut.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.