Gadgets

Kek Marble Jelita, Jelita Sungguh Kejadiannya

Di kedai yang sama membeli kuih kaswi pandan gedik dan kuih kaswi pandan santan leleh tu, beli juga kek marble jelita. Walaupun fenomena kek marble jelita ni dah berlalu tapi sampai ke harini tetap ONz orang berniaga kek marble jelita ni.

Maknanya kekal laku walaupun kurang hype. Kek marble ni kegemaran ramai, sebab itulah dia relevan sepanjang zaman. Kena dengan tekak semua peringkat usia. Cuma rupa paras kek marble sekarang lebih jelita.

Dulu adunan marble sampai ke dalam kek. Sekarang ni hiasan marble hanya bahagian atas je. Kalau tengok rupa kek tanpa hiasan, serupa macam kek butter. Tapi memang kek butter pun kan? Ampunkan saya kalau silap. Saya bukan pakar bab-bab kek ni.

Kek Marble Jelita

Berseni sungguh pembuat kek jelita ni. Cantik betul hiasan kek marble dengan lukisan bunga. Elok tak merekah keknya, lukisan pun elok je selepas kek dibakar. Apakah tips bakar kek marble jelita ni ye? 

Selain motif bunga, kek marble jelita buat lukisan gambar orang pun ada. Berseni sungguh lah. Dahlah pandai buat kek, pandai melukis pula. Kagum! Sebab tu kek-kek macam ni mahal sikit daripada yang biasa. Jangan ditanya kenapa mahal. Bukan mudah nak buat lukisan elok macam ni ye.

Resipi kek marble dan cara buat kek marble jelita boleh cari di carian google. Banyak resipinya, ikutlah mana yang senang.

Kek Marble Jelita

Keknya pun sedap! Tekstur lembut dan tak manis sangat. Sebekas ni RM5, okaylah boleh buat rasa-rasa di kala teringin nak makan kek marble. Ikutkan dia punya jelita, rasa sayang nak makan.

Kek Marble Jelita

Disebabkan rasa kek marble jelita ni sedap, next time boleh repeat beli di kala teringin makan. 

10 comments:

  1. dulu masa kecik along ammi rajin buat kek masa dia mula belajar kek kampung ni. tapi sedaplah sbb very moist gitu waaupun cubaan pertama dia hangit belah bawah, belah atas..tapi rasanya mcm terbyang pulak kesedapan part yg hangit tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cara orang dulu masak lagi sedap kan Ammi. Buatlah camne pun, hangus sikit pun tak ada hal. Sedap je rasa dia.

      Delete
  2. nampak sedap memang cantik kejadiannya

    ReplyDelete
  3. sedap ni fiza mkn dgn secawan nescafe fuhhhhhh

    ReplyDelete
  4. Memang nampak jelita dengan bunga di atasnya.
    Waktu petang sambil sembang di dapur boleh habis ni kek marble, ditambah pula dengan teh o panas kurang manis!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali hadap je ni kak Amie boleh habis kak Amie. Sedap juga tu dilawankan dengan teh o kurang manis.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.