Siaran Lansung Kelantan United vs Terengganu Live Streaming 8 Ogos 2023 LS19

Aksi Liga Super kembali selepas berehat memberi laluan kepada perlawanan Kejohanan Piala Malaysia 2023 pusingan 16 pertama. Liga Super (LS19) 2023 akan berlansung dua hari iaitu 8 Ogos dan 9 Ogos 2023. Kelantan United FC akan menentang pasukan Terengganu FC yang dijadualkan berlansung pada 8 Ogos 2023, Selasa jam 9:00 malam bertempat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.

Kelantan United FC vs Terengganu FC

Skuad Kijang Hijau, Kelantan FC akan melayani kunjungan Skuad Sang Penyu, Terengganu FC bagi meraih 3 mata berharga dan seterusnya memperbaiki kedudukan dalam carta liga.

Kelantan United FC vs Terengganu FC merupakan perlawanan yang dinantikan oleh peminat bolasepak Pantai Timur, East coast derby! Pertembungan musuh tradisi di Pantai Timur.

Kelantan United perlu bangkit

Misi pasukan Kelantan United untuk mencipta kemenangan di halaman sendiri. Sekaligus dapat menambah mata dan juga memperbaiki kedudukan dalam carta liga. Harapan penyokong sudah tentu lah berharap Kelantan United akan bangkit dan memberikan kemenangan.

Ketua jurulatih Kelantan United FC, Ailton Silva juga berharap agak anak buahnya dapat mempamerkan aksi persembahan sebenar dan seterusnya dapat mencetak gol pada malam ini. Seghe Kije Seghe!

Terengganu FC memburu kemenangan

Pasukan Terengganu FC berada di kedudukan ketujuh dalam carta liga super. Walaupun begitu, ia tidak memberikan keselesaan buat pasukan Terengganu FC. Skuad Sang Penyu akan memberikan saingan yang sengit buat pasukan tuan rumah dalam misi memburu kemenangan membawa 3 mata pulang.

Kelantan United FC vs Terengganu FC (LS19)

Waktu siaran : Selasa, 8 Ogos 2023, jam 9:00 malam
Tempat : Stadium Sultan Muhammad Ke-IV
Siaran TV/ Live Strim : Astro Arena Bola 2 (CH8043), Astro GO, Sooka

Siaran Lansung Kelantan United vs Terengganu Live Streaming

Tiket perlawanan Kelantan United FC vs Terengganu FC

Tiket untuk perlawanan Liga Super antara pasukan Kelantan United FC dan Terengganu FC yang berlansung pada hari Selasa, 8 Ogos2023 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV boleh mendapatkan tiket melalui laman web rasmi tickethotline.com.my.

harga tiket

Tiket Astaka Dewasa/Kanak-kanak : RM 30.00
Tiket Terbuka : RM 15.00

Waktu operasi jualan tiket

Isnin, 07 Ogos 2023 : 10:00 pagi - 5:00 petang
Selasa, 08 Ogos 2023 : 10:00 pagi - 9:30 malam

Siaran Langsung dan Live Streaming Kelantan United FC vs Terengganu FC LS19 8 Ogos 2023

Penonton di rumah boleh menonton Siaran Lansung Liga Super 2023 Kelantan United FC vs Terengganu FC dari Stadium Sultan Muhammad Ke-IV secara lansung menerusi saluran 804 Arena Bola 2 dan Astro GO seawal jam 8:30 malam bermula dengan siaran pra-perlawanan.

Penonton juga boleh menyaksikan perlawanan ini di platform penstriman Sooka dengan melanggan pas 1 perlawanan berharga RM7.90.

Keputusan masa penuh perlawanan Kelantan United FC vs Terengganu FC LS19 2023

FT : KELANTAN UNITED FC/ KLU (1) - (4) TERENGGANU FC/ TER
Ivan Mamut 28’ (P)
 Sony Nordé 72'
 Nik Sharif Haseefy 84'
 Ismahil Akinade 86'
 Hakimi Abdullah 90+3'

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.