Gadgets

Siaran Lansung Live Malaysia vs Indonesia Kejuaraan B-23 AFF 2023 18 Ogos 2023

Hari Perlawanan pertama Kejohanan Kejuaraan B-23 AFF 2023 melibatkan pasukan Malaysia menentang Indonesia yang berlansung di Stadium Rayong Provincial, Thailand pada 18 Ogos 2023, hari Jumaat jam 8:00 malam waktu Thailand, 9:00 malam waktu Malaysia.

Giliran Skuad Harimau Muda bawah 23 tahun menggalas tanggungjawab bagi merebut sebuah trofi berprestij dalam sukan bola sepak remaja di Asia Tenggara iaitu Kejohanan Kejuaraan bola sepak Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) atau dikenali dengan Kejuaraan Piala AFF 2023 (AFF U-23 Championship).

Edisi Kejohanan Piala AFF B-23 tahun 2023 merupakan edisi kelima yang bermula pada 17 Ogos sehingga 26 Ogos 2023 dimana semua perlawanan yang melibatkan 10 pasukan pasukan dari negara-negara ASEAN yang layak bertanding akan berlansung di Rayong, Thailand. 

Negara Thailand dipilih sebagai tuan rumah bagi menjayakan perlawanan bola sepak Kejohanan Piala AFF B-23 tahun 2023 yang melibatkan dua tempat di bandar Rayong.

Malaysia vs Indonesia, Kumpulan B

Mengikut undian yang telah dipilih, pasukan Malaysia telah diundi dalam Kumpulan B bersama-sama pasukan Indonesia dan Timor-Leste.

Kumpulan A terdiri daripada Cambodia, Thailand, Myanmar dan Brunei. Manakala Kumpulan C, Vietnam, Philipines dan Laos.

Pada peringkat kumpulan, mereka akan bermain secara round-robin iaitu satu pusingan. Hanya Juara dan Naib Juara yang terbaik yang akan layak ke peringkat seterusnya iaitu perlawanan kalah mati. Perlawanan bermula dengan pusingan separuh akhir sehinggalah ke pentas Akhir Kejohanan Piala AFF B-23

Siaran Lansung Live Malaysia vs Indonesia Kejuaraan B-23 AFF 2023 18 Ogos 2023
sumber : FAM

Berdasarkan rekod, 3 pasukan iaitu Vietnam, Thailand dan Indonesia adalah pasukan yang pernah merangkul Kejuaraan Piala AFF bawah 23 tahun. Masing-masing pernah menang satu kali. 

Pasukan Malaysia belum pernah merangkul kejuaraan, namun pencapaian terbaik Malaysia dalam kejohanan ini pada edisi pertama tahun 2005 dimana Malaysia menduduki tempat ke-4.

Perlawanan antara pasukan Malaysia vs Indonesia merupakan perlawanan panas. Harapan penyokong dan pasukan Harimau Muda semstinya mahu menang dan layak sehingga ke peringkat akhir kejohanan.

Siaran Lansung Live Malaysia vs Indonesia Kejuaraan B-23 AFF 2023 18 Ogos 2023

Tempat : Stadium Rayong Provincial, Thailand
Waktu siaran : 8:00pm (TH), 9:00pm (MY), pra rancangan jam 8:50 malam
Siaran TV : Sukan TV RTM
Link live streaming : RTMKlik

Keputusan masa penuh Malaysia vs Indonesia Kejuaraan B-23 AFF 2023

Keputusan perlawanan antara Malaysia vs Indonesia Kejuaraan B-23 AFF 2023 secara langsung/ live score akan dikemaskini sehingga tamat masa penuh perlawanan.

FT : MALAYSIA (2) - (1) INDONESIA
Ramadhan Sananta 29'
 Fergus Tierney 54' (P) 62'

Tahniah buat Skuad Harimau Muda berjaya mendapat 3 mata pertama memberikan laluan cerah untuk peringkat seterusnya. Saksikan perlawanan seterusnya menentang Timor-Leste pada 22 Ogos 2023 nanti di siaran lansung di TV Okey dan Sukan TV RTM.

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.