Gadgets

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-66 (2023) MALAYSIA!

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-66 (2023) MALAYSIA!

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-66 (2023). Sambutan Hari Kebangsaan 2023, 31 Ogos jatuh pada hari Khamis. Hari Kebangsaan/ Kemerdekaan merupakan cuti umum seluruh negeri di Malaysia. Selamat bercuti untuk seluruh rakyat Malaysia.

Orang ramai dijemput untuk meraikan sambutan Hari Kemerdekaan/Kebangsaan menjelang Hari Merdeka 2023 yang akan disambut pada 31 Ogos 2023. 

Boleh semak lokasi sambutan ambang Merdeka 2023 peringkat negeri masing-masing jika tidak berkesempatan untuk ke Dataran Merdeka. Tahun ini sambutan Merdeka 2023 pasti lebih meriah dan boleh menyaksikan percikan bunga api yang cantik.

Lokasi sambutan Hari Kemerdekaan 2023

Lokasi sambutan Hari Kemerdekaan 2023 peringkat kebangsaan akan diadakan di Dataran Putrajaya presint 3. Pelbagai acara menarik yang diadakan selain perarakan dan perbarisan yang menjadi tumpuan utama. Selain peringkat kebangsaan, sambutan Hari Kebangsaan juga disambut di peringkat negeri seluruh Malaysia.


Apakah tema hari Kebangsaan tahun 2023

Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan

Lagu tema Hari Kebangsaan 2023

Tajuk Lagu : Tekad Perpaduan Penuhi Harapan
Penyanyi : Khai Bahar & Aina Abdul

baca juga 

Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-66 buat negaraku Malaysia tercinta, Tanah tumpahnya darahku. Kemerdekaan ini besar nilainya buat kita semua. Ayuh, Marilah kita kobarkan semangat cintakan negara dengan kibarkan Jalur Gemilang dan tanamkan semangat patriotisme dalam diri.

14 comments:

  1. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-66 buat semua!

    ReplyDelete
  2. Walaupun telat, tapi nak mengucapkan selamat hari merdeka Malaysia, my favourite, second home country ❤️❤️.

    Semoga akan semakin maju, semakin kuat persatuannya, toleransi dan dijauhkan dari segala macam hal tak baik ❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari merdeka juga buat negara Indonesia yang lebih awal menyambutnya. Semoga negara kita terus aman damai, maju berkembang. Aamiinn...

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.