Gadgets

Siaran Lansung Live KL City vs Penang Piala Malaysia 2023 (R16-2)

Aksi Liga Super 2023 berehat seketika bagi memberi laluan kepada saingan perlawanan kedua pusingan 16 Piala Malaysia 2023. Perlawanan kedua merupakan aksi timbal balik dan penentuan pasukan manakah yang akan layak ke peringkat suku akhir.

Kuala Lumpur, KL City FC vs Penang FC

Pertembungan pasukan Kuala Lumpur, KL City dengan Penang FC merupakan pembuka tirai aksi kedua pusingan 16 Piala Malaysia yang dijadualkan berlansung pada 18 Ogos 2023, hari Jumaat jam 8:15 malam bertempat di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.

Pada perlawanan pertama pusingan 16 Penang vs KL City, pasukan pelawat berjaya menumpaskan pasukan tuan rumah dengan jaringan 4 gol tanpa balasan. Sebelum itu, pertemuan antara Skuad Warga Kota dan Skuad Harimau Kumbang dalam saingan Liga Super LS14 berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Dengan kemenangan KL City pada aksi pertama pusingan 16 memberikan kelebihan kepada KL City dengan agregat 4-0. Pasukan KL City hanya perlu mendapatkan keputusan seri ataupun mempertahankan keputusan agregat tersebut bagi melayakkan pasukan ke peringkat suku akhir Piala Malaysia 2023.

Siaran Lansung Live KL City vs Penang Piala Malaysia 2023 (R16-2)

Penyokong pasukan KL City dan Penang di rumah boleh menyaksikan perlawanan ini secara lansung menerusi saluran 804, Astro Arena Bola 2 dan live streaming online di internet menerusi Astro GO dan Sooka.

Tonton secara online menerusi platform Sooka seawal jam 7:45 malam bermula dengan siaran pra rancangan dengan langganan pas perlawanan berharga RM7.90.

KL CITY FC vs PENANG FC

Tempat : Stadium Bandaraya, Pulau Pinang
Waktu siaran : Jumaat, 18 Ogos 2023, 8:15 malam
Siaran lansung :  Astro Arena Bola 2 (CH804)
Live streaming : Astro Go dan Sooka

Siaran Lansung Live KL City vs Penang Piala Malaysia 2023 R16-2

Info Tiket Perlawanan KL City FC vs Penang FC R16-2 Piala Malaysia 18 hb Ogos 2023

Tiket perlawanan KL City vs Penang yang berlansung pada hari Jumaat, 18 Ogos 2023, jam 8:15 malam di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur boleh dapatkan di tickethotline.com.my.

Keputusan masa penuh KL City FC vs Penang FC (R16-2)

Keputusan perlawanan antara KL City vs Penang Piala Malaysia 2023 dalam saingan (R16-2) secara langsung/ live score akan dikemaskini sehingga tamat masa penuh perlawanan.

FT : KUALA LUMPUR CITY FC/ KLC (1) - (0) PENANG FC/ PEN
 Kipré Tchétché 70'

Perlawanan berakhir dengan agregat Kuala Lumpur City FC 5-0 Penang FC. Tahniah pasukan KL City FC berjaya mara ke peringkat suku akhir Piala Malaysia 2023.

2 comments:

  1. menang tipis pun tetap bawa 3 mata ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Piala Malaysia guna sistem agregat, menang tipis pun layak ke suku akhir.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.