Gadgets

Siaran Lansung, Jadual Dan Keputusan Terkini Piala AFF B-23 (AFF U-23 Champions) 2023

Kini giliran Skuad Harimau Muda bawah 23 tahun mengusung cabaran dalam Kejohanan Kejuaraan Piala AFF B-23 (AFF U-23 Championship).

Piala AFF B-23 (AFF U-23 Championship)

Perlawanan Kejohanan Kejuaraan bola sepak Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) atau dikenali dengan Kejuaraan Piala AFF B-23 (AFF U-23 Championship) 2023 akan bermula pada 17 Ogos sehingga 26 Ogos 2023.

Edisi Kejohanan Piala AFF bawah 23 tahun 2023 ini merupakan edisi kelima dimana semua perlawanan yang melibatkan 10 pasukan pasukan dari negara-negara ASEAN yang layak bertanding akan bersaingan bagi merebut bagi merebut sebuah trofi berprestij dalam sukan bola sepak remaja di Asia Tenggara.

Kesemua perlawanan ini akan berlansung di Rayong, Thailand selaku tuan rumah perlawanan bola sepak Kejohanan Piala AFF B-23 tahun 2023 yang membabitkan dua tempat di bandar Rayong. Ini kali kedua buat Thailand menjadi tuan rumah selepas tahun 2005 pada edisi pertama

10 Pasukan yang bertanding dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu A, B dan C dengan kaedah undian. Pasukan Malaysia telah diundi dalam kumpulan B bersama pasukan Indonesia dan Timor-Leste.

Senarai pasukan mengikut kumpulan

Kumpulan AKumpulan BKumpulan C
ThailandTimor-LesteVietnam
Kemboja/ CambodiaMalaysiaFilipina/ Philippines
BruneiIndonesiaLaos
Myanmar


Jadual Piala AFF B-23 (AFF U-23 Champions) 2023
sumber : FAM

Bagi saingan Kumpulan B, Malaysia akan berdepan dengan Indonesia pada hari Jumaat 18 Ogos 2023, disusuli aksi Indonesia menentang Timor-Leste pada Ahad, 20 Ogos 2023 dan Timor-Leste lawan Malaysia pada Selasa, 22 Ogos 2023.

Perlawanan pertama dan kedua akan berlangsung di Stadium Rayong Provincial manakala perlawanan terakhir Kumpulan B di Stadium Rayong, dengan sepak mula ketiga-tiga perlawanan tersebut pada jam 8.00 malam (9.00 malam waktu Malaysia).

Pada peringkat kumpulan, mereka akan bermain secara round-robin iaitu satu pusingan. Hanya Juara dan Naib Juara yang terbaik yang akan layak ke peringkat seterusnya iaitu perlawanan kalah mati. Perlawanan bermula dengan pusingan separuh akhir sehinggalah ke pentas Akhir Kejohanan Piala AFF B-23.

Senarai Pemain Malaysia Piala AFF B-23

Berikut merupakan senarai 23 pemain pasukan Harimau Muda yang telah dipilih oleh ketua jurulatih B-23 kebangsaan, E. Elavarasan pada Kejuaraan B-23 AFF 2023 di Rayong kali ini.

Senarai Pemain Malaysia Piala AFF B-23
sumber : FAM
  1. Azim Al Amin (PG)
  2. Rahadiazli (PG)
  3. Syahmi Adib (PG)
  4. Muslihuddin 'Atiq
  5. Syahir Bashah
  6. Ubaidullah Shamsul
  7. Aliff Izwan
  8. Ruventhiran
  9. Najmuddin Akmal
  10. M.Rakesh
  11. Firdaus Hasnoddin
  12. Harith Akif
  13. Fergus Tierney
  14. Aiman Afif
  15. Daryl Sham
  16. Umar Hakeem
  17. Hariz Mansor
  18. Alif Ikmalrizal
  19. Saiful Jamaluddin
  20. Nadzwin Salleh
  21. Haziq Kutty
  22. Hazim Zaid
  23. Nik Umar
E. Elavarasan telah menamakan 3 pemain iaitu Aiman Afif Afizul, Syahir Bashah dan Ubaidullah Shamsul Fazili sebagai kapten pasukan Malaysia.

Siaran Langsung Piala AFF B-23 (AFF U-23 Champions) 2023

Penyokong Harimau Muda di Malaysia boleh menyaksikan perlawanan Kejohanan Piala AFF B23 yang berlansung di Thailand secara lansung live streaming menerusi RTMKlik di TV Okey dan Sukan RTM.

Jadual penuh dan keputusan perlawanan Piala AFF B-23 (AFF U-23 Champions) 2023

Berikut dikongsikan jadual penuh untuk semua perlawanan Piala AFF B-23 yang berlansung bermula 17 Ogos sehingga Final 26 Ogos 2023. Waktu yang ditunjukkan adalah waktu di Malaysia.

Khamis, 17 Ogos 2023

–5:00 pm
FT : Kemboja/Cambodia (5) - (0) Brunei

–9:00 pm 
FT : Thailand (3) - (0) Myanmar

Jumaat, 18 Ogos 2023

–5:00 pm
FT : Filipina/ Philippines (2) - (2) Laos

–9:00 pm 
FT : Malaysia (2) - (1) Indonesia

Sabtu, 19 Ogos 2023

–5:00 pm
FT : Myanmar (1) - (1) Kemboja/ Cambodia

–9:00 pm 
FT : Brunei (0) - (3) Thailand

Ahad, 20 Ogos 2023

–5:00 pm
FT : Laos (1) - (4)  Vietnam

–9:00 pm 
FT : Indonesia (1) - (0)  Timor-Leste

Isnin, 21 Ogos 2023

–9:00 pm 
FT : Thailand (2) - (0)  Kemboja
FT : Brunei (1) - (4)  Myanmar

Selasa, 22 Ogos 2023

–9:00 pm 
FT : Timor-Leste (1) - (3) Malaysia
FT : Vietnam (1) - (0) Filipina

Khamis, 24 Ogos 2023

Separuh Akhir/ Semi Final 1

–5:00 pm
FT : Malaysia (1) - (4) Vietnam

Separuh Akhir/ Semi Final 2

–9:00 pm 
Thailand (1) - (3) Indonesia

Sabtu, 26 Ogos 2023

Tempat ketiga

–5:00 pm
FT : Malaysia (0) - (0) Thailand [Pen : 3-4]

Akhir/ Final

–9:00 pm 
FT : Vietnam (0) - (0) Indonesia [Pen : 6-5]

Senarai Pemenang Piala AFF B-23 (U23) 2023

Juara : Vietnam
Naib Juara : Indonesia
Tempat Ketiga : Thailand
Tempat Keempat : Malaysia

Kedudukan Terkini Perlawanan Piala AFF B-23 (AFF U-23 Champions) 2023

Kumpulan APMenangSeriKalahGDMata
Kemboja/ Cambodia330089
Thailand311134
Myanmar311104
Brunei3003-110

Kumpulan BPMenangSeriKalahGDMata
Malaysia220036
Timor-Leste210103
Indonesia2002-30

Kumpulan CPMenangSeriKalahGDMata
Laos220046
Filipina/ Philippines2011-11
Vietnam2011-31

Senarai juara Piala AFF B-23

2005 : Thailand
2019 : Indonesia 
2022 : Vietnam
2023 : Vietnam

Percapaian terbaik pasukan Malaysia di tempat keempat pada edisi pertama tahun 2005. Untuk edisi kali ini, Malaysia perlu menjadi juara atau naib juara Kumpulan B untuk ke peringkat separuh akhir seterusnya ke final.

Pasukan Malaysia telah mensasarkan untuk berjaya sampai ke final bagi kejohanan Piala AFF B-23 untuk tahun 2023. 

2 comments:

  1. lega aritu tgk HM mng vs indo... lain mcm!💪

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn..puas hati. Harap perform juga lawan Timor-Leste nanti.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.