Responsive Ad Slot

Page 365 of 365, Tutup Buku 2022. Goodbye 2022!

Page 365 of 365, finally closing this book 2022. Maksud page 365 of 365 ertinya adalah hari terakhir di tahun 2022. Trending page 365 of 365 quotes di media sosial di hari terakhir tahun 2022.

Buku tahun 2022 yang terpaling mencabar, terpaling menyedihkan. Tapi dalam duka tetap ada sukanya. Begitulah rencah kehidupan ada pahit dan manisnya.

page 365 of 365 goodbye 2022

Untuk blog, boleh dikatakan agak cemerlang dalam tahun 2022. Entri terpaling banyak dalam tahun 2022 sebanyak 1125 jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya. Kiranya mood rajin jugalah tahun ni walaupun kadang mood merayau entah kemana.

Goodbye 2022! Tahun yang penuh kenangan pahit dan manis bercampur. Semoga tahun 2023 menjadi tahun lebih baik buat kita semua.


Selamat tahun baru 2023!

Telefilem Dendam Hantu Latah (Astro Warna)

Tonton Telefilem Dendam Hantu Latah bersiaran pada hari Sabtu, 31 Disember 2022 pukul 9:00 malam di saluran 107 Astro Warna. Telefilem Dendam Hantu Latah, sebuah telefilem seram komedi lakonan Ryan Bakery, Wan Chai, Beby Acha dan ramai lagi.

Juga boleh tonton Telefilem Dendam Hantu Latah strim menerusi aplikasi Astro Go dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

TELEFILEM DENDAM HANTU LATAH

Waktu Siaran : Sabtu, 31 Disember 2022, pukul 9.00 malam
Rangkaian : Astro Warna (CH107), Astro Go dan On Demand
Pengarah : Asri Baq’u & Ilham Abata
Produksi : Arisprop Holdings Sdn. Bhd.

tonton telefilem dendam hantu latah astro warna
Telefilem Dendam Hantu Latah lakonan Ryan Bakery dan Wan Chai

PELAKON DAN WATAK

  • Ryan Bakery sebagai Aris
  • Wan Chai sebagai Mustajab
  • Beby Acha sebagai Jijah
  • Pok Jak sebagai Farid
  • Hilmy Ashley sebagai Ubai
  • Jamal Tetsu sebagai Lebai Rahmat
  • Dato’ Haris Embong sebagai Tok Hashim
  • Cheta Potpet sebagai Markonah
  • Seha Monica sebagai Mak Timah
  • Watiey Razali sebagai Peah Janda
  • Baharim Sukari sebagai Imam Hj Salleh
  • Ilham Abata sebagai Ustaz Halim
  • Asri Tajuddin sebagai Bilal

SINOPSIS TELEFILEM DENDAM HANTU MELATAH

Kisah seorang lelaki bernama Aris maut dalam kemalangan kerana diusik orang kampung ketika pulang dari menjual burger bersama dua rakannya di tepi jalan kampung. Kemudian kecoh satu kampung apabila mayat Aris hidup kembali dan menggangu orang kampung!

Tapi yang peliknya, hantu ni tak mengilai tetapi melatah?

Telefilem Syurga Di Hati Rahmah (TV1)

Tonton Telefilem Syurga Di Hati Rahmah bersiaran pada hari Sabtu, 31 Disember 2022 pukul 9:00 malam di Slot Panggung RTM TV1. Telefilem Syurga Di Hati Rahmah dibintangi pelakon Azrel Ismail, Husna Mustaffa, Sheila Mambo dan ramai lagi.

TELEFILEM SYURGA DI HATI RAHMAH

Waktu Siaran: Sabtu, 31 Disember 2022, 9:00 malam
Rangkaian: TV1 slot Panggung RTM
Penulis Skrip: Zarihah Hassan
Pengarah: Wan Mohd Hafiz
Produksi: Nusantara Seni Karya

tonton telefilem syurga di hati rahmah full movie tv1 online

PELAKON

  • Azrel Ismail
  • Husna Mustaffa
  • Sheila Mambo
  • Hakim Nordin
  • Faizul Syaharin
  • Raden Zaharatul
  • Farah Wahida
  • Farisya Zul
  • S.Ruwiyati Ariffin
  • Nik Ramly
  • Nizam Kama
  • Shamsul Arifin
  • Mukminin Azahar

SINOPSIS TELEFILEM SYURGA DI HATI RAHMAH

Kisahn berlatarkan tentang watak utama pemuda bernama Mursyid telah dikahwinkan dengan gadis cantik dikenali sebagai Rahmah. Namun hakikatnya perkhwinan tersebut boleh dikatakan sebagai kahwin paksa kerana berlangsung atas pilihan ibu Mursyid semata-mata.

Mursyid cuba membalas dendam dalam diam terhadap tindakan ibunya itu. Dia tidak melayan Rahmah sebagai isterinya dengan baik. Rahmah terus diabaikan dan dia mengetepikan hak Rahmah sebagai seorang isteri yang memerlukan perhatian seorang suami.

Sebaliknya masa yang ada digunakan oleh Mursyid untuk keluar bersiar-siar dan berseronok bersama kekasihnya, Natasya.

Kemuncaknya hinggalah sewaktu Rahmah mengandung, Mursyid langsung tidak mempedulikan isterinya itu. Hingga berlaku kejadian malangnya yang menyebabkan sesuatu berlaku kepada Rahmah.

Namun apakah kekesalan dan keinsafan masih berguna pada diri Mursyid? 

Dapatkah dia mengembalikan nyawa si ibu kepada anak yang tidak berdosa yang memerlukan perhatian daripada seorang ibu? 

Ikuti kesudahan Telefilem Syurga Di Hati Rahmah di TV1.

Lokasi Sambutan Tahun Baharu 2023 Di Malaysia

Sambutan ambang Tahun Baharu 2023 yang kebiasaanya diadakan di Dataran Merdeka pada 31 Disember 2022 sehingga awal pagi 1 Januari 2023 dibatalkan susulan banjir serta untuk mengelak risiko penularan COVID-19.
Sambutan Ambang Tahun Baharu 2023 di Dataran Merdeka pada 31 Dis ini dibatalkan berikutan keadaan beberapa negeri yang dilanda musibah banjir — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri program Munajat Ambang Tahun Baharu 2023 di Masjid Putra, Putrajaya yang bermula pada pukul 6.30 petang 31 Disember 2022. 

Beliau juga akan menyampaikan amanat khas sempena Tahun Baharu 2023 ketika majlis itu disiarkan secara langsung melalui saluran televisyen RTM.


program Munajat Ambang Tahun Baru 2023
sumber : JAKIM

JAKIM menjemput seluruh kaum muslimin dan muslimat untuk hadir beramai-ramai bermunajat serta mendoakan kesejahteraan dan keselamatan negara serta seluruh lapisan masyarakat agar sentiasa dirahmati Allah SWT.

Selain program Munajat Ambang Tahun Baru 2023, beberapa lokasi lain juga mengadakan Sambutan tahun baru 2023.

Putrajaya

  • Symphony East, IOI City Mall Putrajaya : persembahan artis tempatan, food truck, live band dan pelbagai aktiviti menarik.
Lokasi Sambutan Tahun Baharu 2023 IOI City Mall

Selangor

  • i-City Shah Alam
  • Sunway Lagoon : Di Surf Beach Sunway Lagoon pula bakal berlangsungnya acara Grand Wave New Year Countdown 2023 yang menampilkan Alan Walker.
  • Elmina Central Park : Festival tahun baru di Elmina bermula jam 4:00 petang pada 31 Disember 2022. Antara artis yang akan membuat persembahan adalah Dolla, penyanyi Khai Bahar dan juga Joey Leong
Lokasi Sambutan Tahun Baharu 2023 Sunway Lagoon

Lokasi Sambutan Tahun Baharu 2023 Elmina Central Park

Kuala Lumpur

  • Sunway Velocity Mall : Acara bermula pada jam 5:30 petang ada permainan karnival, food truck, acara 'count down' yang menampilkan barisan artis Ayda Jebat, Priscilla Abby, Haqiem Rusli, Vanessa Reynauld dan ramai lagi.

Negeri Sembilan

  • Lexis Hibiscus Port Dickson : Acara karnival menjelang tahun baru 2023 terhad kepada tetamu yang menginap sahaja. Menampilkan karnival pantai seperti muzik langsung, tayangan skrin besar di pantai, pertunjukan api, permainan karnival, DJ, persembahan bunga api serta zoo untuk kanak-kanak.
Lokasi Sambutan Tahun Baharu 2023 Lexis Hibiscus

Melaka

  • Taman Seribu Bunga : Kerajaan Melaka menghadkan aktiviti sambutan Malam Ambang Tahun Baharu 2023 peringkat negeri yang akan disambut di Taman Seribu Bunga.

Perak

  • Stadium Indera Mulia, Ipoh : Sambutan Tahun Baharu/Pertunjukan Bunga Api di Stadium Indera Mulia, Ipoh dibatalkan tetapi Program Starvendors yang berbentuk jualan dan persembahan pentas dari 30 Disember 2022 hingga 1 Januari 2023 diteruskan untuk menceriakan Bandaraya Ipoh sempena Pelancaran Tahun Melawat Ipoh 2023.

Sarawak

  • Stadium Perpaduan Kuching, Sarawak : Lokasi Sambutan Ambang Tahun Baru 2023 Peringkat Negeri Sarawak dipindahkan dari Tebingan Sungai Kuching ke Stadium Perpaduan Kuching, Sarawak. Ada persembahan bunga api, pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan artis popular tanah air iaitu Dato Awie, Dato Aisyah serta artis tempatan Sarawak antaranya kumpulan The Crew. Pengunjung juga akan dihiburkan dengan persembahan kumpulan tarian Hip-Hop, kumpulan Gerini Tari Limbang (juara Festival Tari Sarawak 2022), The Little Bird Lion Das (juara Kids Talent sempena Regata Sarawak 2022).
  • Lasar Kenyalang, Tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu : Karnival Kira Detik Tahun Baharu 2023

Lirik Lagu Budi Kmy Kmo & Luca Sickta ft. Sufian Suhaimi

Budi, single terbaru Sufian Suhaimi feat Kmy Kmo & Luca Sickta. Muzik video rasmi mula disiarkan di Youtube Rusa Music pada 29 November 2022 lalu yang menampilkan Ryan Bakery. Bait lirik yang menarik. Sekali imbas Luca Sickta dah macam kembar Sufian Suhaimi pula.

lirik lagu budi kmy kmo luca sickta sufian suhaimi
Lagu Budi, Kmy Kmo & Luca Sickta ft Sufian Suhaimi


Lagu : Budi
Komposer : Kmy Kmo, Luca Sickta 
Lirik : Kmy Kmo, Luca Sickta

Lirik lagu Budi : Kmy Kmo & Luca Sickta ft. Sufian Suhaimi

(Chorus)
Menimang janji dan payung,
Berambal kesana sini,
Menimbang sambil bergayung,
Mecari akal dan budi,
Jangan biar gemala,
Membelit jiwa sampai ke mati,
Walau cantik dipandang,
Namun tiada kekal abadi,

(Suffian Suhaimi)
Berbudi jiwa,
Bersantun kata,
Tak usah berlapikkan janji,
Merangka jaya rebahkan semua,
Melompat lidah bernafsi,

Jangan guna gerhana,
Jadi senjata pedang bermata dua,
Walau indah di mata,
Di balik layar siapa yang mengerti?

(Chorus)

(Kmy Kmo)
Sorotan jiwa,
Dorongan istimewa,
Lorong pertolongan gelita pasti gegak gempita,
Kau pinta atau pinda,
Pindahkan pintu pintu,
Yang pudar dari Nur hilangkan rindu rindu,
Pada,
nafsu bernafsi mata,
Palsu globalisasi yang sensasi bukan aksi hanya kata-kata auta,
Rata-ratanya berkokok yang menggunung,
Hujung masa diratakan pokok ratahkan untung.

(Luca Sickta)
Sekati sama berat, diuji sama merah,
Berkali kata erat, Lafaz tidak berkerah,
Apa guna puji jika tuan tak diuji?
Apa guna bijak jika tuan tak dipijak?
Kata kata magis yang tragis habis ditapis
Terlajak laris menyusun baris semacam pelaris,
Sadistik..
Demi masa makin ramai rugi,
Bercampur dengan tuli,
Bisu adab, tiada budi,

(Bridge)
Timang-timang budi bahasa,
Molek selalu,
Biasa,
Letakkan hatimu di Bumi yang sekata,
Alunkan lah,
Rasai lah,
Sifat mu yang dari Cahaya,
Renungkan lah,
Terangi lah,
Hati budi yang gelap gelita.

(Chorus)

Telefilem Cermin Kasih (TV9)

Tonton Telefilem Cermin Kasih, telefilem ulang siaran lakonan Tiz Zaqyah dan Shaheizy Sam pada hari Jumaat, 30 Disember 2022 pukul 8:30 malam di Slot Skrin Di 9 TV9. Telefilem Cermin Kasih telefilem TV3 antara drama terbaik Anugerah Skrin diarahkan oleh Murali Abdullah.

TELEFILEM CERMIN KASIH

Waktu siaran : Jumaat, 30 Disember 2022, pukul 8:30 malam
Siaran TV : TV3 (Drama Terbaik Anugerah Skrin )
Cerita asal : Kip Adlie
Pengarah : Murali Abdullah
Produksi : Arie Zaharie Production Sdn. Bhd.

tonton telefilem cermin kasih full movie tv9 online

PELAKON DAN WATAK

  • Tiz Zaqyah sebagai Marina
  • Shahiezy Sam sebagai Amran
  • Fazlina Ahmad Daud
  • Raja Ilya
  • Sri Nurmannis Norhazman
  • Alif Hilman
  • Mak Engku
  • Adik Luvvna
  • Fazlina Ahmad Daud
  • Wilma
  • Zulkifli Ismail

SINOPSIS CERMIN KASIH

Kehidupan Marina (Tiz Zaqyah) bertukar apabila dijodohkan dengan pemuda pilihan orang tuanya iaitu Amran (Shahiezy Sam). Hakikatnya, Amran adalah seorang pengedar dadah. Marina dipaksa oleh Amran untuk terlibat sama dan akhirnya dia diberkas polis.

Amran pula meninggal dunia kerana ditembak polis. Semasa di penjara, Marina disahkan mengandung. Marina dilanda gangguan emosi dan akhirnya lahirlah Maryam. Selaras dengan peraturan penjara, Maryam dipisahkan daripada Marina apabila menginjak 3 tahun.

Maryam dipelihara oleh ibu bapa Marina iaitu Pak Hamdan dan Mak Jah. Mereka hanya dipertemukan di antara cermin kaca setiap kali melawat Marina di penjara. Tiba hari pembebasan Marina. Dia pulang dan mendapati sekujur tubuh Maryam di atas katil menanti kepulangannya.

Maryam meninggal dunia pada hari yang sama Marina dibebaskan. Namun, hajatnya untuk mengucup dahi anaknya tercapai sebelum Maryam pergi buat selamanya.

LAGU TEMA (OST) TELEFILEM CERMIN KASIH

Tajuk lagu : Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu
Penyanyi : Uji Rashid

Tajuk lagu : Gelombang
Penyanyi : Salamiah Hassan

Makan Malam Burger Ayam Special

Ada masanya pening nak fikir nak makan apa untuk makan malam. Bila tiba rasa macam tak nak makan nasi, kita beli burger je lah. Makan malam burger je! Why not? Makan sebiji burger pun dah boleh kenyang untuk seorang yang bernama Fiza ni. 

Tapi tapi tapi..sehari sekali wajib makan nasi. Kalau tidak menggigil rasa. Tekak orang melayu kena juga makan nasi dan kena ada rasa pedas. Itu wajib!

Biasanya kalau nak makan burger, kami beli burger Jan'z Burger Taman Megaway. Dah terbiasa beli di situ dan kena dengan selera kami berdua. Kadang encik suami beli Roti John. Roti John Jan'z burger cepat habis juga. Terpaksa lah beli burger juga.

burger ayam special Janz burger taman megaway

Saya suka beli burger ayam special tanpa cheese. Daging burger ayam disalut dengan telur, sos yang mencukupi, sayur salad yang agak banyak, roti pula dibakar. Sedap!

Balik rumah, baru saya tambah cheese sebab saya suka cheese cheddar slice berbanding cheese mozarella slice. Biasanya kalau gerai burger guna cheese mozarella warna kuning cair tu kan.

Tapi saya suka cheese cheddar warna kuning oren tu. Lagi sedap rasa dia. Apa-apapun burger Jan'z burger Taman Megaway ni memang sedap. Saya tengok ramai je pelanggan yang datang setiap kali membeli. Macam dah ada pelanggan tetap, antaranya kami lah.

Harga burger terkini 2022 dah boleh dapat sepinggan nasi. Jauh beza dengan harga dulu sejak harga barang-barang naik harga ni. Semua serba naik harga. Lagi-lagi yang berasaskan ayam.

Sesekali teringin burger gerai tepi jalan sos melimpah. Kadang selera ke arah burger yang agak kering macam burger McD. Burger happy meal McD tu pun kalau makan sebiji pun dah buat rasa kenyang. Janji perut terisi.

Tapi terpaling suka dengan burger crispy yang tiada tandingan. Dulu dekat boleh beli selalu. Sekarang dah pindah jauh dari rumah belum sempat membeli lagi.

Telekung Siti Khadijah Modish Lian Li Warna Hitam Yang Menawan Hati

Rancak eh sana sini sale hujung tahun (YES-Year End Sales). Semua pakat buat YES, menipislah poket. Sale biasa-biasa tu memang tak kisahlah. Tak pandang sangat. Tapi bila datang Sale yang luar biasa ni mudah tergoda. 

Bila dah tergoda, kena tengok bajet pula. Kalau ada bajet, dapat lah membeli. Kalau tidak, mampu tengok dan berangan je lah. Untuk Sale lain kali bila kena dengan bajet.

Ada rezeki lebih, dapatlah membeli Telekung Siti Khadijah Modish Lian Li warna hitam yang di idam-idamkan. Haritu pertama kali beli Telekung Siti Khadijah Flair Aria warna terus jatuh cinta dengan telekung warna hitam.

Tapi kali ni beli telekung Siti Khadijah secara online sebab ada sale. Mulanya saya pergi butik Siti Khadijah di AEON Nilai tapi di physical store sale sikit je. Tapi kalau beli secara online, murah banyak lagi.

Bukan sekadar itu je. Dengan pembelian telekung Siti Khadijah dapat percuma Transparent pouch bag dan SK retail bag. Sekarang pun tengah ada promosi Telekung Siti Khadijah. Silalah terjah instagram dan website Telekung Siti Khadijah. Dapatlah beli telekung siti khadijah murah-murah dari harga biasa.

Telekung Siti Khadijah Modish Lian Li Warna Hitam

Telekung Siti Khadijah Modish Lian Li

Made from Khadijah Ultra Fine (KUF), it offers superior quality such as lighter and softer fabric, easy to dry, wrinkle-resistant along with an SPF 20+ rating against UV rays. 

The design is enhanced with wide Khadura lace, a strengthened guipure lace, in stunning Chinoiserie lattice motif. Also, it has an elastic drawcord string to ensure a more secure wearing as well as an antibacterial chin cover made from Khadijah Comfy Flex, able to minimize odors.

Telekung Siti Khadijah Modish Lian Li Warna Hitam

Dah lama tersuka design Modish Lian Li ni. Design kerawang yang simple tapi menarik. Bahagian muka yang selesa dipakai. Ngam-ngam ikut muka. Saya pilih saiz M sesuai lah dengan saya. Material fabrik telekung Siti Khadijah memang best!

Telekung Siti Khadijah Modish Lian Li Warna Hitam

Kain sejuk dan sangat selesa. Perlaburan yang berbaloi setanding kualitinya. Tak rugi membeli sebab selesa sangat dipakai untuk solat. Even pakai warna hitam pun rasa sejuk selesa gitu. Biasakan warna hitam ni dia serap haba kan. 

Telekung Siti Khadijah Modish Lian Li Warna Hitam

Modish Lian Li koleksi maroon label didatangkan dengan beg uncang baldu. Kalau beli white label dibungkus dalam plastik biasa dan dengan paper beg. Black label je belum pernah beli lagi, yang tu label kayangan sikit. 

Saudara Yang Boleh Salam Dan Tak Boleh Salam (Mahram Lelaki Dan Perempuan)

Bersalaman merupakan budaya masyarakat Melayu di Malaysia. Sudah jadi kebiasaan bersalaman apabila berjumpa dengan saudara mara, sahabat handai atau dalam urusan rasmi. Bersalaman dikira adab orang Melayu yang bertujuan menyantuni orang yang lebih tua.

Adab bersalaman adalah amalan mulia dan penuh kesopanan. Tapi perlu kita ingat dan jangan ambil mudah tentang mahram lelaki dan perempuan, saudara yang boleh salam dan tak boleh salam. Terutamanya ketika musim raya dimana semua sanak saudara berkumpul.

sepupu mahram atau bukan?
bapa saudara boleh salam?
mak saudara boleh salam?
boleh ke salam bapa saudara suami?
hukum bersentuhan dengan sepupu lelaki?
hukum salam orang tua bukan muhrim?

Persoalan yang sering menjadi persoalan. Masih keliru saudara yang boleh salam atau tak boleh salam? Rujuk dalam infografik dan senarai ringkas mahram lelaki dan perempuan, saudara yang boleh salam dan tak boleh salam.

Saudara-mara kita yang menjadi bukan mahram kepada kita. Maknanya mereka halal untuk kita kahwini, ada batas aurat dengan mereka dan batal air sembahyang jika bersentuhan.

Menurut Mazhab AL-IMAM AS-SYAFIE RAHIMAHULLAH, berikut senarai ringkas mereka yang boleh salam sahaja bagi lelaki dan perempuan.

Lelaki

  • Isteri
  • Ibu/Bapa
  • Datuk/Nenek
  • Moyang lelaki/perempuan
  • Adik-beradik kandung
  • Ibu/Bapa mertua
  • Datuk/Nenek sebelah isteri
  • Bapa Saudara sebelah isteri
  • Suami kepada Ibu Saudara belah isteri
  • Abang dan Adik(lelaki) ipar *keluarga sendiri/Isteri*
  • Suami kepada Akak/Adik(perempuan) ipar *keluarga sendiri/isteri*
  • Anak Saudara Ipar(lelaki) *keluarga isteri*
  • Suami kepada Anak Saudara Ipar(perempuan) *keluarga sendiri/isteri*
  • Ibu/Bapa tiri
  • Ibu/Bapa Saudara sebelah ibu/bapa
  • Suami kepada Ibu Saudara sebelah ibu/bapa
  • Sepupu lelaki
  • Datuk/Nenek saudara
  • Suami kepada Nenek Saudara
  • Suami kepada Akak dan Adik Perempuan sendiri
  • Anak Saudara lelaki/perempuan
  • Suami kepada Anak Saudara perempuan
  • Cucu saudara
  • Sepupu lelaki sebelah ibu/bapa
  • Suami kepada sepupu perempuan sebelah bapa
  • Dua pupu lelaki sebelah ibu/bapa
  • Anak tiri
  • Ibu susuan
  • Saudara susuan

mahram bagi lelaki saudara yang boleh salam dan tak boleh salam

Perempuan

  • Suami
  • Ibu/Bapa
  • Datuk/Nenek
  • Moyang lelaki/perempuan
  • Adik-beradik kandung
  • Ibu/Bapa mertua
  • Datuk/Nenek sebelah suami
  • Bapa Saudara sebelah suami
  • Isteri kepada Bapa Saudara belah suami
  • Akak dan Adik(perempuan) ipar *keluarga sendiri/Suami*
  • Isteri kepada Akak/Adik(lelaki) ipar *keluarga sendiri/suami*
  • Anak Saudara Ipar(perempuan) *keluarga suami*
  • Isteri kepada Anak Saudara Ipar(lelaki) *keluarga sendiri/suami*
  • Ibu/Bapa tiri
  • Ibu/Bapa Saudara sebelah ibu/bapa
  • Isteri kepada Bapa Saudara sebelah ibu/bapa
  • Sepupu perempuan
  • Datuk/Nenek saudara
  • Isteri kepada Datuk Saudara
  • Isteri kepada Abang dan Adik Lelaki sendiri
  • Anak Saudara lelaki/perempuan
  • Isteri kepada Anak Saudara lelaki
  • Cucu saudara
  • Sepupu perempuan sebelah ibu/bapa
  • Isteri kepada sepupu lelaki sebelah bapa
  • Dua pupu perempuan sebelah ibu/bapa
  • Anak tiri
  • Ibu susuan
  • Saudara susuan

mahram bagi perempuan saudara yang boleh salam dan tak boleh salam

Hukum bersalaman dengan sanak saudara berdasarkan Irsyad Al Fatwa Mufti

Soalan : Batasan aurat, pergaulan, dan hukum bersalaman sesama sanak saudara ?
Dari sudut bahasa, terdapat beberapa pengertian bagi perkataan mahram. Ringkasnya seperti berikut :
  • Individu yang diharamkan untuk seseorang berkahwin dengannya sama ada disebabkan hubungan rahim atau kerabat.
  • Sesuatu yang diharamkan oleh Allah S.W.T.

Dalam kitab Al-Feqh al-Manhaji (2/21) ada disebutkan berkenaan dengan sebab-sebab pengharaman yang selamanya. Iaitu tiga perkara berikut:
  1. Kerabat (hubungan kekeluargaan).
  2. Musaharah (perkahwinan).
  3. Susuan.
Berdasarkan noktah di atas, beberapa mahram bagi seorang lelaki yang dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu :
  • mahram dari sudut kerabat
  • musaharah
  • susuan

1. Mahram Dari Sudut Kerabat

  1. Ibu kandung
  2. Nenek (ibu kepada ibu).
  3. Nenek (ibu kepada bapa).
  4. Anak perempuan.
  5. Cucu perempuan (dari anak lelaki).
  6. Cucu perempuan (dari anak perempuan).
  7. Adik beradik perempuan seibu sebapa.
  8. Adik beradik perempuan seibu.
  9. Adik beradik perempuan sebapa.
  10. Anak perempuan kepada adik beradik lelaki kandung (seibu sebapa).
  11. Anak perempuan kepada adik beradik lelaki dari sebelah ayah atau ibu.
Iaitu anak-anak saudara perempuan @ anak perempuan kepada adik beradik lelaki atau perempuan kita.

2. Mahram Dari Sudut Musaharah

  1. Isteri kepada bapa (ibu tiri). Begitu juga isteri kepada datuk dari sebelah bapa atau ibu.
  2. Isteri kepada anak lelaki (menantu perempuan). Begitu juga isteri kepada cucu lelaki dan ke bawah.
  3. Ibu kepada isteri (ibu mertua).
Ini berdasarkan firman Allah S.W.T :
وَأُمَّهَاتُ نِسَائِكُمْ
Maksudnya : Dan ibu kepada isteri-isteri kamu.Anak perempuan kepada isteri (anak tiri bagi isteri yang telah disetubuhi).

3. Mahram Disebabkan Susuan

  1. Ibu susuan
  2. Adik beradik perempuan susuan.
  3. Anak perempuan kepada adik beradik lelaki sesusuan.
  4. Anak perempuan kepada adik beradik perempuan sesusuan.
  5. Anak susuan perempuan.
  6. Adik beradik susuan perempuan kepada ibu atau ayah. Iaitu ibu-ibu saudara susuan.
Kesemuanya ini adalah berdasarkan firman Allah S.W.T:
وَأُمَّهَاتُكُمُ اللَّاتِي أَرْضَعْنَكُمْ وَأَخَوَاتُكُم مِّنَ الرَّضَاعَةِ
Maksudnya : Dan ibu-ibu susuan kamu serta adik-beradik perempuan susuan kamu —Surah Al-Nisa’ (23)

Juga berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah R.Anha bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :
يَحْرُمُ مِنَ الرَّضَاعِ مَا يَحْرُمُ مِنَ النَّسَبِ
Maksudnya : Diharamkan dari susuan apa yang diharamkan dari nasab —Riwayat Ibn Majah (1937)

Manakala mahram bagi orang perempuan pula adalah seperti berikut :
  1. Bapa kandung dan ke atas seperti datuk dan moyang.
  2. Anak lelaki dan ke bawah seperti cucu dan cicit.
  3. Adik beradik lelaki.
  4. Bapa saudara dari sebelah ibu dan ke atas seperti datuk saudara.
  5. Bapa saudara dari sebelah bapa dan ke atas seperti datuk saudara
  6. Anak-anak saudara lelaki iaitu anak lelaki kepada adik beradik lelaki atau adik beradik perempuan dan ke bawah seperti cucu-cucu saudara lelaki.
  7. Bapa susuan.
  8. Adik beradik susuan yang lelaki.
  9. Bapa mertua.
  10. Menantu lelaki (suami kepada anak perempuan).
Implikasi mahram ini ada beberapa perkara iaitu :
  • Haram berkahwin dengannya.
  • Boleh bersalaman dengannya.
  • Boleh bersendirian bersamanya.

Individu yang bukan mahram bagi seorang lelaki :
  1. Isteri kepada bapa saudara.
  2. Sepupu perempuan.
  3. Kakak ipar (isteri kepada abang kandung).
  4. Adik ipar (perempuan).
  5. Anak angkat perempuan yang bukan anak susuan.

Manakala bagi seorang perempuan pula, yang bukan mahram mereka adalah seperti berikut :
  1. Suami kepada ibu saudara.
  2. Sepupu lelaki.
  3. Abang ipar (suami kepada kakak kandung).
  4. Adik ipar (lelaki).
  5. Anak angkat lelaki yang bukan anak susuan.
Implikasi bagi ketiadaan mahram (bukan mahram) ini pula adalah seperti berikut :
  • Tidak boleh bersalaman dengannya.
  • Boleh berkahwin dengannya.
  • Tidak boleh berkhalwat dengannya.
Manakala implikasi mahram dari sudut batasan aurat pula, dinyatakan bahawa pada asasnya, hukum menutup aurat adalah wajib sepertimana disepakati ulama’ berdasarkan firman Allah SWT:

وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ ۖ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ ۚ وَتُوبُوا إِلَى اللَّـهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya :
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka (adik beradik lelaki), atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. —Surah al-Nur (31)

Kata penulis kitab Asna al-Mathalib dalam feqh al-Syafi’eyyah :

وَعَوْرَةُ الْحُرَّةِ فِي الصَّلَاةِ وَعِنْدَ الْأَجْنَبِيِّ) وَلَوْ خَارِجَهَا (جَمِيعُ بَدَنِهَا إلَّا الْوَجْهَ، وَالْكَفَّيْنِ) ظَهْرًا وَبَطْنًا
Maksudnya : Aurat wanita yang merdeka di dalam solat dan juga di hadapan ajnabi (lelaki yang bukan mahram) demikian juga (aurat mereka) di luar solat adalah keseluruhan badan mereka melainkan muka dan dua tapak tangan zahir dan batin. —Rujuk Asna al-Mathalib (1/176)

Ini bererti wajib seorang perempuan itu menutup keseluruhan badannya kecuali muka dan dua tapak tangan di hadapan lelaki lelaki bukan mahram dan tidak diwajibkan hal tersebut di hadapan mahram.

Manakala bagi lelaki pula, auratnya dengan perempuan bukan mahram adalah antara pusat hingga lutut. Tidak boleh untuk seorang perempuan itu melihat kepada aurat orang lelaki antara dua kawasan tersebut serta tidak boleh juga melihat kepada selain aurat lelaki tanpa sebarang sebab berdasarkan nas yang menyuruh supaya menundukkan pandangan kepada orang perempuan dan demikian juga orang lelaki.

Tidak bersalaman dengan bukan mahram dari kalangan sanak saudara bukanlah bermakna tidak ada keharmonian dan kerenggangan hubungan sesama keluarga. Bahkan keharmonian itu terbina dengan saling membantu, beramah mesra dan bertanya khabar di dalam musim-musim perayaan, bertukar juadah, di samping menjaga batas-batas yang telah ditetapkan oleh syarak.

sumber : https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/3459-irsyad-al-fatwa-siri-ke-305-hukum-hakam-bersalaman-dengan-sanak-saudara-di-hari-raya

Wangian Eau De Parfum Pure Wonder Bath & Body Works Wangi Dan Tahan Lebih Lama

Selain membeli Body Spray & Mists Gingham dan A thousand wishes, saya beli juga Eau De Parfum Pure Wonder Bath & Body Works. Bau Body spray & mist tu bau dia memang wangi tapi tak tahan lama sebab kepekatan pati minyak wangi tu kurang.

So belilah jenis eau de parfum, jenis minyak wangi yang tahan lebih lama. Memandangkan tak banyak pilihan, saya pilih wangian Pure Wonder. Baunya pun lembut dan best baunya. Tak rasa bersalah kalau nak sembur banyak-banyak. Tapi pakai sikit-sikit sudahlah sebab sekali sembur pun dah bau semerbak.

Tapi jarang nak sembur sekali kan? 

pure wonder bath and body works perfume

Bukan sekadar baunya yang menarik, kotak dan botol perfume pun exclusive sangat setanding harganya. Pure Wonder Bath & Body wWorks price semasa saya beli di physical store, RM224. 

Lepas tu menyesal beli awal sebab tengok harga online sale sekarang RM150. Haiyaaa..banyak rugi! Kalau tidak boleh jimat banyak dah. 

pure wonder bath and body works perfume

Eau de Parfum Pure Wonder Bath & Body Works

Delight in a sense of wonder with this clean blend of iced rosé, star jasmine and warm white amber.
Dreamy. Warm. Joyfully bright. With a higher concentration of fragrance oils, our dermatologist-tested perfume gives you a more intense, longer-lasting scent for the ultimate, most luxurious indulgence.


pure wonder bath and body works perfume

Cara pilih perfume jenis minyak wangi tahan lama, boleh pilih jenis eau de parfum. Biasanya perfume original tahan dalam 4-8 jam macam tu. Bergantung pada kepekatan pati minyak wangi.

Tak tahu cara pilih perfume, boleh rujuk fakta tentang minyak wangi di bawah.

Fakta tentang minyak wangi, ada 5 jenis kod

Minyak wangi mempunyai lima kod yang berbeza iaitu Parfum, Eu de Parfum (EDP), Eu de Toilette (EDT), Eu de Cologne (EDC) dan Eau Fraiche.

Jenis-jenis minyak wangi

1. Parfum
  • Kepekatan minyak wangi 20%-30%
  • Parfum juga dikenali sebagai Exrait de Parfum atau minyak wangi tulen. Selalunya minyak wangi ini harganya sangat mahal dan bukan diletakkan dalam botol jenis spray.
  • Minyak wangi jenis ini mampu bertahan lebih lama antara 6-7 jam.

2. Eau de Parfum
  • Kepekatan minyak wangi – 10% – 20%
  • EDP mempunyai kepekatan minyak wangi yang paling tinggi antara 3 jenis ni. Jenis ini boleh tahan hingga 5 jam.
  • EDP lebih kurang sama dengan perfume cuma ia lebih air dan alkohol. Jenis minyak wangi ni selalunya dijual dalam bentuk spray.

3. Eau de Toilette
  • Kepekatan minyak wangi – 4% – 15%
  • EDT ni lebih ringan dan masih dijual dalam bentuk spray. EDT lebih banyak kandungan alkohol dan ini bermakna EDT tak tahan lama.
  • Selalunya orang guna EDT ni dan sembur banyak-banyak dan untuk kegunaan seharian.

4. Eau de Cologne
  • Kepekatan minyak wangi – 2% – 5%
  • Cologne adalah singkatan eau de Cologne untuk bandar Cologne, Jerman, di mana aroma tertentu pertama kali dibuat, air dari Cologne.
  • Selalunya cologne ni sangat ringan dan segar. Ia diperbuat daripada buah-buahan, dan ia mengandungi minyak pati, lemon, bergamot, oren, dan neroli mutlak.
  • Ia juga mungkin mengandungi minyak lavender penting dan rosemary.

5. Eau Fraice
  • Kepekatan minyak wangi terendah 1%-3%
  • Eau Fraice atau lebih dikenali dengan istilah Perfume BodyMist atau Body Splash ini memiliki kadar kepekatan pati terendah di antara semua minyak wangi di pasaran. Ia mampu bertahan sehingga dua jam sahaja.
  • Sebahagian besar kandungan adalah berasaskan air.

sumber : https://m.sinarharian.com.my/mobile-article?articleid=147977

Bau Gingham Bath & Body Works Wangi Betul!

Wangian bodycare Bath & Body Works semua bau wangi-wangi. Nama pun minyak wangi kan. Memanglah wangi. Rambang mata kalau nak pilih body mist Bath & Body Works ni. Baca dari review di media sosial, ramai yang suka dan suggest  blue Gingham Bath & Body Works body mist.

Maka, saya belilah travel size 75ml. Haritu konon tak nak beli sebab yang sedia ada tak habis-habis pakai lagi. Siap saya repack body mist untuk bawa travel bagi cepat habis selain pakai hari-hari di rumah.

Ini semua kakak saya punya pasal lah. Disebabkan nak belikan dia punya, saya pun terbeli lagi. Bukan satu tapi 3! Sebab nampak buy 3 free 1. Sekali harga biasa semuanya. Tak faham kadang. Dekat store dan online sale lain-lain.

Ataupun saya silap tengok items yang sale. Entahlah! Benda dah bayar, kita redha je lah. Dulu Gingham ni ada warna biru je, sekarang dah ada Gingham love warna merah. Ke dah lama sebenarnya?

gingham bath and body works

Sebelum membeli, cuba tester dulu. Okay bau dia ngam dan tak menusuk hidung. Just nice bau Gingham ni. Gingham Bath & Body Works smells like floral and sweet. Bau yang mesra deria bau. Pakai sikit-sikit pun dah bau harum semerbak. 

Aroma Gingham Bath & Body Works sesuai untuk lelaki dan perempuan. Untuk kakak, saya belikan a thousand wishes 236 ml dan untuk anak buah lelaki saya belikan Gingham saiz besar,236ml. Saya punya je beli travel saiz. Buat ghaso ghaso gitu.

Aroma Gingham Bath & Body Works

Soft floral & fresh. Notes of blue freesia, sweet clementine & soft violet petals. A fresh, vibrant, happy celebration of everything you love about Bath & Body Works in our irresistible, long-lasting mist.

Sekarang tengah ada sale online. Jangan tengok lama-lama nanti terbeli lagi. 

Koleksi Ucapan Selamat Tahun Baru/ Happy New Year 2023

Pejam celik pejam celik, beberapa hari lagi kita akan menyambut tahun baru 2023. Macamana dengan persediaan penting sebelum tahun baru 2023? Menjelang tahun baru 2023, saya nak ucapkan Selamat menyambut tahun baru 2023 semua!

Selain ucapan selamat tahun baru 2023 yang ringkas, berikut koleksi ucapan Selamat Tahun Baru/ Happy New Year 2023. Boleh gunakan untuk media sosial atau kad ucapan nanti.

ucapan selamat tahun baru 2023

Ucapan Selamat Tahun Baru 2023

  • Kita tidak akan bisa mengendalikan angin saat berlayar, tapi kita bisa menyesuaikan layarnya. Selamat berlayar, dan selamat menjemput takdir di tahun baru 2023. Selamat Tahun Baru!
  • Ucapkan selamat tinggal pada yang lama dan hadapi tahun baru 2023 dengan penuh harapan, impian, dan cita-cita. Semoga di tahun 2023 penuh dengan kebahagiaan.
  • Semoga tahun baru 2023 menjadikan kita semakin dewasa dan kuat untuk menghadapi segala liku-liku kehidupan. Selamat tahun baru 2023!
  • Masa lalu adalah sejarah. Selamat datang tahun 2023. Seiring perginya kenangan, menyambut harapan yang baru.
  • Tahun baru ibarat membuka lembaran baru seperti kertas kosong, kertas yang akan kita tuliskan dengan kenangan yang indah dan makna kehidupan yang akan datang. Selamat Tahun Baru 2023!
  • Berharap setahun penuh dengan tawa, kesuksesan, dan kedamaian bersama orang-orang terkasih. Selamat Tahun Baru.
  • Tahun Baru seperti bab dalam sebuah buku. Teruslah menulis setiap bab buku sehingga menjadi best seller. Selamat Tahun Baru!
  • Semoga 12 bulan di tahun mendatang akan penuh dengan pencapaian baru dan lebih berjaya untuk kita semua. Selamat Tahun Baru 2023!
  • Tahun cepat berganti bagaikan daun gugur tertiup angin. Sedih, gembira, susah dan senang melebur menjadi satu demi menyambut tahun yang baru. Selamat Tahun Baru 2023!
  • Hari berganti, Bulan berganti, Tahun pun berganti. Tahun baru dan tentunya selalu disertai harapan yang baru dengan semangat yang baru. Selamat Tahun Baru 2023.
  • Selamat datang tahun baru, tahun yang penuh kebahagiaan, kesenangan, kesehatan, kejayaan dan kedamaian.
Matahari menyelinap dibalik bukit,
Sembunyikan kenangan hidup,
Menyimpan lembaran usang,
Menyambut hari-hari muda,
Sebentar lagi ‘kan menjelang,
Selamat datang tahun baru 2023, harapan baru dan perubahan.
Waktu terus berlalu,
lembaran demi lembaran telah dilalui,
Coretan demi coretan telah memenuhi,
Kadang tak bererti,
Kadang tanpa makna,
Atau hanya sedikit makna semoga di tahun ini setiap lembaran memiliki makna,
Setiap lembaran bermanfaat,
Selamat Tahun Baru 2023. Semoga Lebih Berjaya!
Esok adalah bagaikan misteri,
Jangan berhenti berharap meskipun tahun telah berganti,
Kerana itulah yang tetap membuat kita sentiasa tersenyum,
Selamat Tahun Baru 2023!
Pujukkan hatimu saat malam menghampir,
Pejamkan mata saat mimpi indah menjelma untukmu,
Sandarkan hati saat rembulan tersenyum untukmu,
Buka mata saat mentari mulai menyapa dan jalani tahun baru dengan penuh harapan,
Semoga Tahun Baru 2023 lebih bermakna.
Buka hati dapat cinta,
Hulur tangan tanda persahabatan,
Buka mata dapat pemandangan.
Buka smartphone dapat pesan,
Buka pesan dapat ucapan,
Selamat Tahun Baru 2023!
Jiwa akan sepi tanpa teman,
Hati akan mati tanpa iman,
Hari ini adalah kenyataan,
Semalam adalah kenangan,
Esok adalah impian,
Jadi, sucikan hati, jernihkan fikiran, sambutlah Tahun Baru 2023 dengan keazaman baharu.
Semoga damai dan kasih Allah mengisi setiap hari dalam hidupmu,
Harap anda dan keluarga selamat dan bahagia, Selamat Tahun Baru 2023!.
Harapan tahun baru ini kita akan memiliki visi baru, misi baru, hidup baru, hari baru yang akan lebih baik dari hari semalam, Selamat Tahun Baru 2023 Semua!
Ucapkan selamat tinggal pada 2022 dan selamat datang 2023. Semoga tahun 2023 jauh lebih baik dari tahun lalu, dan harapan bahawa kita selalu menjadi teman Yang baik, Selamat Tahun Baru 2023.
Detik demi detik,
Hari demi hari,
Hingga bulan demi bulan telah mengusung banyak cerita,
Suka duka.. menjadi warna nyata dalam hidup kita,
Tapi biarkan semua menjadi kenangan yang terpahat,
Kini tahun baru telah mendatangi kita,
Tibanya kita memperbaiki kegagalan menjadi kejayaan,
Kita buka lembar kisah baru dengan semangat dan keceriaan,
Selamat Tahun Baru 2023!.
Tiada kata yang seindah lantunan syair,
Tiada mutiara yang secantik bidadari,
Tapi hari ini lebih dari hari sebelumnya,
Kerana tak lama lagi kita akan melewati detik pergantian,
Yang sama-sama di tunggu oleh jutaan manusia di dunia,
Hanya satu yang dapat aku lakukan dan berkata, Selamat Tahun Baru 2023!

 

Happy New Year 2023 Wishes

  • Wishing you nothing but health and wealth in the new year ahead.
  • Cheers to the New Year! May 2023 be an extraordinary one!
  • Life is short. Dream big and make the most of 2023!
  • Life is an adventure that's full of beautiful destinations. Wishing you many wonderful memories made in 2023.
  • Happy New Year! Here's to living life to the full in 2023. As a wise person once said, "You only live once, but if you do it right, once is enough!"
  • Happy New Year! May your day start with a smile and end with champagne. Cheers!
  • As the sun sets on another year, I wish you great company and good cheer.
  • As the new year dawns, I hope it gets filled with the promises of a brighter tomorrow. Happy New Year!
  • Each year is a gift that holds hope for new adventures. May your New Year be filled with exploration, discovery, and growth.
  • Happy New Year! Wishing you lots of love and laughter in 2023 and success in reaching your goals!
  • Happy New Year! I hope next year brings us more wonderful opportunities to spend time together.
  • Sending you the very best of wishes for the new year. May it be full of bright opportunities!
  • May the good times and treasures of the present become the golden memories of tomorrow for your lovely family, just as our childhood memories of holidays past are such happy recollections now. Wishing you lots of love, joy and happiness. Happy New Year!
  • May God shower you and your family with love and happiness! Best wishes and season's greetings for the New Year.
  • This New Year, may God answer your prayers and fulfill your heart's desires.
  • Wishing you a Happy New Year and blessed year ahead. May God's light guide your way in 2023.
  • Let this new year bring new aspirations, friendships, and love.
  • A new dawn, a new day. This year has so much in store for you.
  • Wishing you lots of love and laughter today!
  • Make way! 2023 is coming through.
  • I hope your new year is full of laughs... and good treats!
  • New adventures are just around the corner. Happy New Year!
  • Have a sparkling, fabulous New Year!
  • May all your dreams come true in 2023!
  • Enjoy the New Year-see you in 2023!
  • I'm blown away by all the great work you've done this year. So excited to see all you accomplish in 2023.
  • Out with the old, in with the new. Here's to a new year, here's to you!
  • Bring it on 2023! May all the new adventures be yours this year.
  • May you find all you're looking for (and things you didn't know you were looking for) this year!
  • As seasons change and years come and go, may your blessings always continue to grow! Happy New Year!
  • Each new year is a gift of learning, growth, and hope. May your mind and soul be enriched with these things and more in the days to come!
  • New year, fresh start, life's a canvas, begin your art!
  • It's here! A new year. A new chance to go after your goals. If not now, when? If not you, who?
  • A new year is like a blank book. The pen is in your hands. It is your chance to write a beautiful story for yourself. I hope that the new year will be full of positivity for you. Happy new year!
  • Happy new year to everyone! May every wish of yours get fulfilled in the upcoming year.
  • May the new year offer a fresh start to your life. May you have all your dreams fulfilled. Have a great year ahead!
  • May this year be the one to cherish. May this year make all your troubles vanish. In 2023, may you only flourish! Happy New Year!
  • Happy New Year. I hope this new year will shower our life with success, prosperity and happiness that lasts forever!
  • A new year means 365 new opportunities. Make sure to make the best use of it! Happy new year.
  • I wish the New Year helps you to let go of the old memories and forget the sad melodies, and let you make new songs! Happy New Year.
sumber : detik , infosentral

Filem Zaara Di Pawagam 29 Disember 2022

Tonton Filem Zaara di pawagam bermula 29 Disember 2022. Filem Zaara sebuah filem seram komedi arahan Roy dibintangi pelakon Kamal Adli, Atikah Suhaime, AC Mizal, Arin Raja Lawak, Syaiful Zero, Rykarl Iskandar, Adam Shahz, Azlan Komeng, Pak Ya Sepahtu dan ramai lagi.

FILEM ZAARA

Tarikh Tayangan : 29 Disember 2022
Penulis skrip : Epy Kodiang
Pengarah : Roy
Produksi : JROI Global Film Sdn. Bhd. & Redfiress Film Production
Genre : Seram, Thriller

filem zaara di pawagam 29 disember 2022
Filem Zaara, filem arahan Roy 

PELAKON

AC Mizal
Kamal Adli
Atikah Suhaimie
Syaiful Zero
Azlan Komeng
Wang Gegau
Ain Awok
Azlee Senario
Adam Shahz
Aril RL
Pak Ya Sepahtu

SINOPSIS FILEM ZAARA

Remy seorang anak muda lingkungan 20 yang kacak dan kelakar orangnya, seorang yang gemar dalam perlumbaan kereta dan mempunyai keluarga dan kawan yang penyayang. Tetapi mempunyai satu masalah yang sangat pelik iaitu dia seorang yang penakut pada hantu. 

Ketakutannya pada hantu sangat kritikal, sehingga tidak boleh keluar pada waktu malam. Dia juga sering tidur bersama mak dan ayahnya kerana terlalu takut hantu.

Kisah bermula apabila Remy terjumpa Maya pada suatu hari di sebuah autoshow kereta dan Remy mula jatuh cinta pandang pertama. Maya dan Budi sudah mengenali antara satu sama lain, Remy meminta bantuan Budi untuk kenalkan Maya dengannya. 

Akhirnya dengan bantuan Budi, Remy berjaya berkenalan dengan Maya. Budi terpaksa rasiakan masalah Remy daripada Maya kerana Remy takut untuk keluar pada waktu malam, hal itu menyebabkan berlaku masalah pada Remy yang malu untuk menceritakan masalahnya pada Maya.

Drama Kerana Cinta Itu Ada (TV3)

Tonton Drama Kerana Cinta Itu Ada bersiaran pada setiap hari Isnin-Jumaat, pukul 7:00 malam bermula 28 Disember 2022 di Slot Akasia TV3.

Drama Kerana Cinta Itu Ada merupakan sebuah drama adaptasi novel Kerana Cinta Itu Ada karya Sophilea dibintangi gandingan pelakon  Aedy Ashraf dan Nabila Razali, terbitan Global Station dan diarahkan oleh Azri Izhar. 

DRAMA KERANA CINTA ITU ADA

Mula siaran : 28 Disember 2022
Waktu Siaran : Isnin-Jumaat, pukul 7:00 malam
Siaran TV : Slot Akasia TV3
Penulis skrip : Sophilea & Zarihah Hassan
Pengarah : Azri Izhar
Produksi : Global Station Sdn. Bhd.

tonton drama kerana cinta itu ada tv3 online
Drama kerana cinta itu ada gandingan Aedy Ashraf dan Nabila Razali

PELAKON DAN WATAK

  • Aedy Ashraf sebagai Aisy
  • Nabila Razali sebagai Bella
  • Puteri Khareeza sebagai Dahlia Rizal
  • Syazuwan Hassan sebagai Zafran
  • Emelda Rosemila sebagai Puan Dhia
  • Alvin Chong sebagai Rayyan
  • Husna Mustaffa sebagai Aina
  • Anas Ridzuan sebagai Mamat
  • Saidah Kamarudin sebagai Yana
  • Raden Zaharatul
  • Edika Yusof
  • Mas Anizan
  • Dian P Ramlee
  • Shah Rezza
  • Syaffiq Sahli,
  • Najua Pramlee

SINOPSIS DRAMA KERANA CINTA ITU ADA

Mengisahkan tentang seorang gadis bernama Nabila Aulia, graduan lulusan pengurusan perniagaan yang kini mengusahakan resort keluarganya.

Ketika bekerja di situ, Nabila Aulia (ataupun lebih mesra dipanggil, Bella) telah bertemu dengan Tengku Aisy Mateen, yang merupakan anak pemilik hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Selepas beberapa pertemuan romantis yang tidak dijangka, membuatkan mereka berdua jatuh cinta.

Pada Bella, Aisy merupakan lelaki paling hebat yang pernah hadir dalam hidupnya. Manakala bagi Aisy, Nabila bukan hanya seorang gadis biasa tapi bidadari yang Allah kirimkan dari syurga. Villa Paksina menjadi saksi kisah cinta mereka.

Namun hubungan percintaan ini putus di tengah jalan dek kerana fitnah oleh kawan baik Bella sendiri, Dahlia Rizal yang semenjak dahulu sentiasa menyimpan rasa cemburu dan sakit hati pada kawan baiknya.

Bella membawa diri bertahun-tahun lamanya dan Aisy tetap setia menanti. Hatinya yang terluka buatkan Bella membenci Tengku Aisy tanpa tahu antara dia dan Aisy masih terikat dalam hubungan suami isteri.

Dapatkah hubungan cinta mereka kembali terjalin atau terpaksa mengambil keputusan untuk melepaskan?

Jadual Siaran Lansung Perlawanan Malaysia Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 di RTM, Astro Dan Sooka

Perlawanan Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 yang melibatkan Skuad Harimau Malaya memulakan kempen Kumpulan B Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 menentang Myanmar di Yangon pada 21 Disember 2022.

Kemudian diikuti aksi menentang Laos di Bukit Jalil pada 24 Disember 2022, Vietnam di Hanoi pada 27 Disember 2022 dan menerima kunjungan Singapura di Bukit Jalil pada 3 Jan 2023 nanti.

Siaran Lansung Perlawanan Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 di Astro Arena dan Sooka

Pihak Astro merupakan siaran rasmi Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 di Malaysia yang telah mendapat lesen tayangan rasmi menerusi saluran 801 Astro Arena dan saluran 802 Astro Arena 2. 

Selain itu siaran lansung perlawanan Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 yang melibatkan Skuad Harimau Malaya boleh tonton di platform Sooka dengan langganan.

RTM Siar Kejohanan Piala AFF Mitsubishi Electric mulai 27 Disember 2022 (FTA-15 minit lewat)

Setelah mendengar keluhan peminat bola sepak Malaysia, RTM telah mengumumkan tayangan siaran lansung Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 secara percuma menerusi saluran TV2 dan sukan RTM yang melibatkan 10 perlawanan bermula 27 Disember 2022 sehingga perlawanan akhir 16 Januari 2023. 

Berikut adalah kenyataan media Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil, RTM Siar Kejohanan Piala AFF Mitsubishi Electric Mulai 27 Disember 2022.
 
siaran langsung piala aff 2022 rtm

Juga boleh tonton siaran lansung Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 secara online live streaming menerusi portal RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my). 

Siaran oleh RTM ini merupakan siaran tidak berbayar (Free To Air-FTA) dan tidak tertakluk kepada syarat kontrak hak siaran eksklusif, iaitu stesen penyiar FTA hanya dibenarkan perlawanan 15 minit lewat daripada waktu sebenar perlawanan.

Jadual Pasukan Malaysia Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 di RTM TV2, Sukan RTM. Astro Arena 2 dan Sooka

Jadual perlawanan melibatkan pasukan Malaysia dalam kejohanan Piala Mitsubishi Electric AFF 2022

baca juga : jadual siaran lansung perlawanan piala aff mitsubishi electric 2022 dan keputusan penuh terkini

Rabu, 21 Disember 2022
FT : Myanmar (0) - (1) Malaysia
Waktu siaran : 6:00 PM
Venue : Stadium Thuwunna, Yangon Myanmar
Siaran TV : Astro Arena 2 (CH802), Sooka

 Faisal Halim 52'

Sabtu, 24 Disember 2022
FT : Malaysia (5) - (0) Laos
Waktu siaran : 8:30 PM
Venue : Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia
Siaran TV : Astro Arena 2 (CH802), Sooka

 Sergio Aguero 29'
 Faisal Halim 65' 68'
 Haqimi Azim Rosli 77'
 Stuart Wilkin 87'


Selasa, 27 Disember 2022
FT : Vietnam (3) - (0) Malaysia
Waktu siaran : 8:30 PM
Venue : Stadium My Dinh, Hanoi Vietnam
Siaran TV : Astro Arena 2 (CH802), RTM (TV2 & RTM Sukan (8:45PM))

 Nguyễn Tiến Minh 28'
🟥 Nguyễn Văn Toàn 32'
 Que Ngoc Hai 64’ (P)
🟥 Azam Azmi 62'
 Nguyễn Hoàng Đức 83'

Selasa, 3 Januari 2023
FT : Malaysia (4) - (1) Singapura
Waktu siaran : 8:30 PM
Venue : Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia
Siaran TV : Astro Arena 2 (CH802), RTM (TV2 & RTM Sukan (8:45PM))

 Darren Lok 35'
 Stuart Wilkin 50', 54'
 Faris Ramli 85'
 Ezequiel Agüero 88'

Jadual Perlawanan Separuh Akhir Piala Mitsubishi Electric AFF 2022

Jumaat, 6 Januari 2023
Separuh Akhir 1
FT : Indonesia (0) - (0) Vietnam
Masa : 8:30PM
Siaran TV : Astro Arena 2 (CH802), RTM (TV2 & RTM Sukan (8:45PM))
Venue : Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia

Sabtu, 7 Januari 2023
FT : Malaysia (1) - (0) Thailand
Waktu siaran : 8:30PM
Siaran TV : Astro Arena 2 (CH802), RTM (TV2 & RTM Sukan (8:45PM))
Venue : Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia

 Faisal Halim 11'

Isnin, 9 Januari 2023
Separuh Akhir 2
FT : Vietnam (2) - (0) Indonesia
Waktu siaran : 8:30PM
Siaran TV : Astro Arena 2 (CH802), RTM (TV2 & RTM Sukan (8:45PM))
Venue : Stadium My Dinh, Hanoi Vietnam

 Nguyễn Tiến Linh 3', 47'

Selasa, 10 Januari 2023
FT : Thailand (3) - (0) Malaysia
Waktu siaran : 8:30PM
Siaran TV : Astro Arena 2 (CH802), RTM (TV2 & RTM Sukan (8:45PM))
Venue : Stadium Thammasat, Thailand

 Teerasil Dangda 19'
 Bordin Phala 55'
 Adisak Kraisorn 71'

Perlawanan Akhir Piala Mitsubishi Electric AFF 2022/ Final Piala Mitsubishi Electric AFF 2022

Jumaat, 13 Januari 2023
Final 1
FT : Vietnam (2) - (2) Thailand
Waktu siaran : 8:30PM
Siaran TV : Astro Arena 2 (CH802), RTM (TV2 & RTM Sukan (8:45PM))
Venue : Stadium My Dinh, Hanoi Vietnam

 Nguyễn Tiến Linh 24'
 Poramet Arjvirai 48'
 Sarach Yooyen 63'
 Vũ Văn Thanh 88'


Isnin, 16 Januari 2023
Final 2
FT : Thailand (1) - (0) Vietnam
Waktu siaran : 8:30PM
Siaran TV : Astro Arena 2 (CH802), RTM (TV2 & RTM Sukan (8:45PM))
Venue : Stadium Thammasat, Thailand

 Theerathon Bunmathan 24'


Telefilem Portal (TV2)

Tonton Telefilem Portal, tele khas kira detik 2023 bersiaran pada hari Rabu, 28 Disember 2022 pukul 9:00 malam di saluran RTM TV2. Telefilem Portal dibintangi pelakon Qistina Raisah, Zali Rusli, Airil Azimi, Kaw Qing wei, Putra Amaris dan ramai lagi.

TELEFILEM PORTAL

Waktu Siaran : Rabu, 28 Disember 2022, pukul 9:00 malam
Siaran TV : TV2
Penulis skrip : Zafeilum Baginda
Pengarah : Zafryn
Produksi : Imagine Nation Films

tonton telefilem portal full movie tv2 online

PELAKON TELEFILEM PORTAL

  • Qistina Raisah
  • Zali Rusli
  • Airil Azimi
  • Kaw Qing wei
  • Putra Amaris

SINOPSIS TELEFILEM PORTAL

Sufian dan Albert bercuti bersama keluarga Anis di rumah pantai mereka. Percutian bermula dengan baik tetapi pada malam itu, perhatian mereka ditarik oleh satu cahaya berkelip-kelip di hutan berdekatan rumah percutian.

Mereka bertiga, termasuk Laila pergi memyiasat sumber kerlipan lampu tersebut. Pada mulanya mereka tidak menjumpai apa-apa yang luar biasa dan mereka berpatah balik, namun mereka dikejutkan dengan satu cahaya yang sangat terang apabila mereka menoleh ke belakang. 

Kelihatan satu Portal terbuka luas. Mereka memberanikan diri dan melangkah masuk ke dalam portal tersebut.

Planner 2023 Muslimah Casablanca The Wife & Co

Seperti biasa sebelum menjelang tahun baru, saya dah siap-siap sediakan planner untuk tahun baru. Planner 2023, saya masih setia dengan planner Islamic The Wife & Co. Pra-tempah awal bulan November dan dapat Planner 2023 The Wife & Co awal bulan Disember haritu.

Ikut kebiasaan saya memilih clear PVC Cover. Tapi tahun ni saya ubah selera memilih hard cover yang berwarna hijau. Satu-satunya hard cover yang berwarna hijau. Tak ada pilihan warna lain untuk hard cover. Walaupun hijau bukan warna kegemaran tapi masih boleh diterima. Bak kata pepatah; "Tak kenal, maka tak cinta".

PVC Cover ada warna hitam dan purple. Oleh kerana planner 2022 dah pilih hitam, tahun ni pilih hard cover hijau lah pula.  Tema planner 2023 The Wife & Co, Muslimah Casablanca.

Planner 2023 Muslimah Casablanca The Wife & Co
hard cover dengan wire o ring

The planner 2023 Muslimah Casablanca (Hard cover/ PVC cover)

  • Standard A5 size
  • 100 gsm paper
  • 200 printed pages
  • Hard cover with deboss
  • Wire-O Ring (Gold)
  • 6 Planner Tabs (Linen Paper)
  • 6 Holes Ring PVC Cover with elastic bend + PVC Planner tabs
  • 2023 calender & holidays
  • 12 monthly separator with exclusive Morroccan theme drawings
  • 2 pages monthly spread
  • Goals setting template
  • Weekly planner (Can choose between DATED or UNDATED)
  • 12 Pages monthly budget
  • 12 pages habit/tracker
  • 30 days Ramadhan tracker
  • 20 blank pages for notes and etc...

Planner 2023 Muslimah Casablanca The Wife & Co
Goals, financial, taker, monthly, notes, misc

Planner 2023 Muslimah Casablanca The Wife & Co
Salah satu cover untuk setiap bulan, saya pilih Februari sebab birthday month saya lah

Planner 2023 Muslimah Casablanca The Wife & Co
blank pages for notes

Planner 2023 Muslimah Casablanca The Wife & Co
Ramadhan checklist

Planner 2023 Muslimah Casablanca The Wife & Co
Ramadhan resolutions

Planner 2023 Muslimah Casablanca The Wife & Co

Untuk pra tempah awal haritu dapat free gift mini calendar dan stand. Calendar sama dengan cover page setiap bulan dalam planner 2023. Menarik sangat.

Planner 2023 Muslimah Casablanca The Wife & Co
Planner 2023 Muslimah Casablanca The Wife & Co-Free Gift Mini Calendar with stand

Planner The Wife & Co tak pernah mengecewakan. Setiap tahun semuanya macam menarik. Rambang mata nak memilih. Tak pasti The Wife & Co ambil order lagi ke tidak, boleh check kat ig @the.wife.and.co

© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu