Header Ads

Soft Lip Scrub Rosehip Oil Watsons Melembapkan Dan Mencerahkan Bibir


Lama betul peram entry ni dalam draft. Tengok watermark pun tahun 2022 tu. Dia macam tu lah. Kalau writer's block tak kemana pergi dia. Tetap tak mampu nak taip walaupun sebaris ayat. Sekarang mood menaip dah kembali, bolehlah kita keluarkan mana-mana yang terbeku dalam draft.

Tengok pada tarikh gambar diambil, saya beli Soft Lip Scrub Rosehip Oil Watsons ni pada 22 Ogos tahun lepas. Kira hampir setahun dah lah. Saja beli untuk mencantikkan lagi bibir. Bukan kulit muka je perlukan scrub untuk membuang sel-sel kulit mati.

Soft Lip Scrub Rosehip Oil Watsons

Soft Lip Scrub Rosehip Oil Watsons

Hadir dalam bentul stick yang lebih mudah untuk digunakan. Stick scrub berwarna merah jambu lembut dengan scrub serbuk beras. Kemasan luar berwarna merah jambu terang dengan penutup berwarna putih. 

Soft lip scrub Watsons ingredients

Caprylic/Capric Triglyceride, Butyrospermum Parkii Butter, Cocos Nucifera Oil, Paraffinum Liquidum, Helianthus Annuus Seed Wax, Microcrystalline Wax, Triethylhexanoin, Rosa Canina Fruit Oil, Silica Dimethyl Silylate, Oryza Sativa Germ Powder, Synthetic Wax, Parfum, Tocopheryl Acetate, Decylene Glycol, Ricinus Communis Seed Oil, Benzyl Benzoate, Geraniol, Citronellol, Benzyl Alcohol, Linalool, Citral, CI 15850, CI 45410

Soft Lip Scrub Rosehip Oil Watsons

Cara penggunaans soft lip scrub

  1. Bersihkan bibir dengan air atau cleansing oil untuk kekalkan kelembapan
  2. Oleskan soft lip scrub rosehip oil pada bibir. 
  3. Gosok bibir dengan menggunakan bibir atas dan bawah dengan perlahan.
  4. Bersihkan bibir menggunakan tisu untuk membuang kotoran yang keluar.

Soft Lip Scrub Rosehip Oil Watsons ni boleh digunakan setiap hari. Bolehlah scrub sebelum tidur. Bibir akan rasa lebih bersih, segar, lembap dan lembut. Tona warna bibir pun akan nampak lebih cerah. Perlu pakai secara konsistent lah untuk nampak kesannya.

Tapi jangan gosok beria nau, kang berdarah bibir. Gosok perlahan dengan lembut je. Bibir saya tak ada masalah kering, mengelupas atau bibir hitam. Saja beli nak mencuba. Tapi bestlah rasa segar dan lembap je bibir.

Soft Lip Scrub Rosehip Oil ni sesuai untuk bibir yang kering atau untuk mencerahkan bibir. Ada juga petua untuk mencerahkan, melembutkan serta melembapkan bibir dengan menggunakan bahan-bahan dapur yang berasaskan gula pasir.

DIY Scrub bibir menggunakan gula pasir

  1. Gula pasir dan mentega
  2. Gula pasir dan vaseline
  3. Gula pasir dan madu
  4. Gula pasir dan minyak zaitun
  5. Gula pasir dan lemon
  6. Gula pasir dan lip balm

14 comments:

  1. comei nya casing dia tu.. kalau MA jumpa pun terbeli jugak ni.. he he he

    ReplyDelete
  2. tp mcm x nmpk je kt watson nie...kne p carik nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya beli ni tahun lepas, tak pasti ada lagi ke tidak sekarang.

      Delete
  3. Tengok posting ni tiba2 nak scrub bibir juga. Nak juga bibir cantik.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. nanti bolehlah beli Cuya. Best je bibir segar dan cantik.

      Delete
  4. Produk kosmetik berasaskan rosehip memang bagus Fiza. Tapi Kak Amie belum pernah cuba soft lip scrub.
    Kak Amie mula pakai rosehip oil pada tahun 2000, beli di Cosway. Harga kayangan tapi apabila sapu ke wajah, halus mulus bak sutera hihihiiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Barangan cosway memang bagus kak Amie. Pernah pakai moisturiser aloe vera dia. Memang best! Nanti nak tengok jugalah rosehip oil yang kak Amie cakap tu. Best betul kalau dapat kulit halus mulus bak sutera.

      Delete
  5. Saya sukaaa sangat pakai scrub bibir ini. Apalagi kalo ada aromanya. Kadang jadi berasa nak makan ๐Ÿ˜…. Apalagi di bibir pun terasa manis ๐Ÿ˜…

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.