Pages

  • Home
  • About
  • _Contact
  • _Top Komentator 2021
  • Lifestyle
  • _Adventure
  • _beauty
  • _Home Decor
  • _Health Care
  • _Holiday
  • _Houseplant
  • _JJCM
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • _Adsense
  • _Blog
  • _Photography
  • _Tutorial
  • Sitemap
  • Policy
  • Disclaimer
  • Berita

Social Icons

Blog Sihatimerahjambu

Skincare | Nacific Fresh Herb Origin Cleansing Oil

Sunday, June 30, 2019

Tak kenal maka tak cinta. Pertama kali guna oil cleanser sebelum cleanser terus rasa kulit muka lebih bersih kalau nak dibandingkan guna cleanser sahaja. Gara-gara terikut dengan 10 Steps korean skincare routine tu. Gigih lah Fiza kumpulkan 10 produk untuk 10 steps tu. Oil cleanser pertama yang Fiza guna Althea Pore Purifying Serum Cleanser. 


Bila dah habis oil cleanser Althea, sekarang Fiza cuba guna Nacific Nacific Fresh Herb Origin Cleansing Oil. Oil Cleanser ni pun anak buah pernah cuba. Katanya okay, so Fiza pun nak cuba jugalah. Saja nak cuba oil cleanser yang baru. Beli dua terus sebab satu lagi untuk hadiahkan pada anak buah.


NACIFIC- FRESH HERB ORIGIN CLEANSING OIL 
Nacific Fresh Herb Origin Cleansing Oil, pembersih muka yang berbau bunga jasmine/melati. Bau yang so so sahaja. Tak berbau kuat sangat dan mesra deria bau. Oil cleanser yang mampu membersihkan kotoran pada kulit muka secara mendalam dengan lembut. Walaupun kotoran makeup degil sekalipun, gerenti hilang!

INGREDIENTS
  • Jojoba seed oil - Helps to balance out the oil-to-water levels of the skin and fight blemishes 
  • Olive oil - Clarifies the skin and deeply moisturizes the skin 
  • Camellia oil - Non-greasy moisturizer that's rich in fatty acids


MUST HAVE CLEANSER OIL
Fiza jenis muka yang berminyak dan cepat berpeluh. Pada mulanya agak skeptikal juga nak menggunakan oil cleanser ni. Iyalah kan, kulit berminyak nak bersihkan guna minyak pula. Lagilah berminyak muka. Lepas dah cuba guna, baru Fiza tahu oil cleanser ni kaedahnya minyak menarik kotoran berminyak gitu. 

Dari pengalaman Fiza guna cleanser oil ni memang sangat mudah nak tanggalkan makeup dan kotoran minyak pada kulit muka sebelum menggunakan cleanser foam. Makeup yang jenis matte melekat tu memang mudah ya amat nak tanggalkan. Walaupun Nacific Fresh Herb Origin Cleansing Oil sedikit sticky and oily. Eh, of course lah oily! Dah namanya oil cleanser. Tapi ianya jenis oil cleanser yang mudah dibilas dan tak keringkan kulit muka.


Apa yang membuatkan Fiza tertarik untuk beli adalah packaging design yang simple dan disertakan dengan pump. Bila ada pump, lebih memudahkan pengunaan. Plus, sejak nampak perbezaan kulit muka lebih bersih lepas guna oil cleanser ni Fiza tak pernah tinggal lah nak cuci muka dengan oil cleanser terlebih dahulu sebelum gunakan cleanser foam tu.

So far dah separuh botol Fiza gunakan Nacific Fresh Herb Origin Cleansing Oil ni tak meninggalkan kesan buruk pada muka walaupun jenis kulit muka berminyak. So, teruskan penggunaan macam biasa sampai habis. Nak tahu lebih lanjut tentang Nacific Fresh Herb Origin Cleansing Oil dan untuk pembelian, boleh ke website Althea Korea.

read the post

PROMO 10% Premium Starter Kit Young Living Air Diffuser

Friday, June 28, 2019

Ye, tahu ramai yang berhasrat nak beli Air Diffuser Young Living ni kan? Kalau kau orang bercita-cita nak beli tu, boleh beli masa harga PROMO 10% untuk Premium Starter Kit. Promo ni dah dilanjutkan sampai 30 Jun 2019. Ada masa 2 hari je lagi untuk grab promo 10% ni. Fiza dulu pun nak beli PSK (Premium Starter Kit) pun beli masa harga promo juga. 


PREMIUM STARTER KIT
  • Free Membership. Automatik akan jadi ahli dengan pembelian PSK ni
  • 1 x Air Diffuser. Boleh pilih samada nak dewdrop atau Desert Mist. Fiza pilih Desert Mist sebab lebih menarik dan ada 11 warna lampu.
  • 12 x 5ml Essential Oils
  • 10 x Essential Oils Sample bottles
  • 1 x Aroma Glide
  • 2 x 60ml NingXia Red Sachets
  • 1 x Product Guide

AIR DIFFUSER
Air diffuser Young Living ni antara air diffuser yang popular digunakan. Air diffuser ini khas untuk diffuse essentials oil dengan menyebarkan wap dan molekul essentials oil ke udara. Molekul akan dipecahkan menjadi partikel kecil yang akan disebarkan bersama wap air untuk bagi manfaat pada kita. Boleh juga dijadikan sebagai air humidifier sebab air difusser ni juga keluarkan wap air untuk lembapkan udara.

Tapi air humidifier yang biasa di pasaran tu tak boleh dijadikan sebagai air diffuser walaupun ada keluarkan wap air juga sebab air humidifier fungsinya hanya untuk melembapkan udara sahaja. Kalau letak essential oils pun tak akan memberikan manfaat pada kita. 

Pendek kata, air diffuser ni all in one. Boleh kurangkan bau yang kurang enak dalam sesebuah ruang kediaman atau pejabat. Eh, bukan kurangkan bau semata-mata tapi sebagai aromateraphy dalam kehidupan seharian bila bau aroma yang menenangkan tu. Selain tu, Essentials oil yang dititiskan dalam air diffuser tu dapat menghapuskan bakteria yang berterbangan dalam udara. Kiranya sebagai pembersih udara kotor. Kalau bilik kau orang sentiasa lembap dan berkulat atau bau hapak tu boleh cuba diffuse essential oil purification.


Setiap satu Essential Oils ni fungsinya berbeza. Jadi, boleh gunakan mengikut fungsi tertentu. Selain untuk diffuse, Essential oils boleh digunakan topically direct sapu pada kulit dengan carrier oil dan digunakan secara internally dengan cara titiskan dalam air minuman. Contohnya kalau tengah diet, boleh titiskan essential oils lemon dalam minuman.
  • Pan Away - mengurangkan kesakitan pada sendi dan otot 
  • Lemon - detox, membersihkan udara 
  • Peppermint- menyejukkan, melegakan ketidakselesaan, meningkatkan fokus mental 
  • Thieves - membersihkan udara & kesihatan mulut 
  • Frankincense- meningkatkan immune system, masalah kulit & kesihatan menyeluruh 
  • Lavender - mudah tidur, ketenangan, skin care, melegakan minda & badan 
  • Purification - air purifier & freshener, menyokong sistem pernafasan 
  • RC - menyokong sistem pernafasan yang sihat & membantu masalah sinus .
  • Copaiba - mengurangkan iritasi & inflamasi 
  • Digize - melegakan terutamanya pada bahagian perut 
  • Spearmint - membantu menstabilkan emosi,menenangkan dan boleh jadikan perfume.

Serius cakap, bila dah ada air diffuser ni memang rasa bahagia sangat. Dapat hidu aroma wangi, bilik bersih, bantu tenangkan minda dan kurangkan stress dan lebih focus lah nak buat kerja tu. Sangat berbaloi untuk memiliki air diffuser ni. Balik kampung pun Fiza angkut air diffuser tau! Boleh juga buat lampu tidur. Kalau air dalam diffuser habis lampu masih on cuma tak ada wap air keluar je. Fiza suka desert mist sebab ada 11 warna lampu. Nak suasana romantik sikit boleh guna lampu ala lilin tu.

Kira berbaloi lah untuk pelaburan membeli air diffuser ni untuk kegunaan setiap hari. Dah terjebak baru tahu betapa bestnya ada air diffuser ni. Cuma nak pesan, kalau nak beli Premium Starter Kit Young Living Air Diffuser kena beli masa harga PROMO 10% ni lah. Untung lagi dapat 12 botol Essential Oils tu. Kalau beli satu-satu boleh cecah 1k lebih harganya. Air diffuser pun ada warranty setahun. Boleh direct whatsapp Fiza untuk pembelian. 012-9072776




read the post

Perjumpaan Keluarga Besar 4 Syawal

Okay sambung cerita raya sebelum Syawal berakhir. Cerita raya tahun ni tak berapa nak ada sebab kurang aktiviti raya. Entah kenapa tahun ni mood raya tu lari jauh sangat entah kemana dan raya bulan syawal sekejap je walaupun raya sebulan. Marilah berbalik semula cerita 4 Syawal di Segamat. 4 Syawal, Raya ke empat barulah rasa meriah sikit raya sebab ramai semua adik beradik 8 orang beraya bersama setelah bertahun tahun tak pernah lengkap. 


Walaupun semua adik beradik ada, nak bergambar bersama tu memang payah ya amat! Ini pun kira rezeki dapat bergambar bersama sebab raya pertama tanpa family potrait. Yang lain tengah sibuk dengan segala urusan lepas majlis family day. Ada yang tengah mengemas dan berehat.

Tahun ni family day sebelah mak dan abah Fiza, rumah kami jadi tuan rumah. Sebelah pagi family day mak dan sebelah petang family abah. Raya kedua dah start merewang dah. Memang raya tahun ni raya pertama je lah. Raya kedua sampai ke empat memang sibuk dengan persiapan dan mengemas lepas majlis. 

Macam biasa tugas Fiza jaga kaunter pendaftaran

PERJUMPAAN KELUARGA BESAR KE-17 WARISAN KUTIK
Warisan Kutik ni perjumpaan keluarga besar sebelah mak. Fiza generasi ke empat dalam warisan ni. Rasanya dah sampai generasi ke tujuh lah kot. Kedatangan tahun ni lebih hampir 300 ahli keluarga. Ikutkan ramai lagi ahli keluarga ni tapi ye lah kan bila keluarga dah berkembang besar ni memang susah nak berkumpul ramai-ramai semuanya ada. Yang penting, majlis perjumpaan keluarga besar ni setiap tahun ada masa hari raya. 


Aktiviti perjumpaan keluarga biasanya ada minit mesyuarat untuk perlantikan AJK, bacaan doa, sukaneka, lucky draw dan lain-lain mana yang sempat. Meriah memang meriah. Lagi seronok kalau dapat hadiah lucky draw tu kalau bertuah. 

Husband dapat penapis hadiah lucky draw


PERJUMPAAN KELUARGA BESAR KE-12 AYUB MD AKIL
Majlis perjumpaan abah pula sebelah petang mula pukul 2petang. Aktiviti pun lebih kurang je cuma sebelah abah ni tak ada minit mesyuarat je. Gambar majlis tak berapa nak ada sebab tak ada official photographer. Majlis sebelah petang masing-masing dah kepenatan. Dah penat muka dah selekeh baru dapat ambil gambar family potrait dengan mak abah untuk raya tahun ni.



Okay cukuplah cerita raya 4 Syawal sebagai penutup cerita raya tahun ni untuk kenangan akan datang. Lagi 5 hari je dah nak habis Syawal. Berkumpul lagi di hari raya akan datang.

read the post

Riang Ria 1 Syawal Kuala Pilah & Segamat

Tuesday, June 25, 2019

Selamat Hari Raya. Salam Aidilfitri untuk semua umat Islam. Tak terlambat lagi kan nak ucapkan selamat hari raya. Raya kan sebulan! Dah lebih separuh bulan syawal ni barulah sempat nak update blog ni ha. Nampak tak betapa kurangnya mood nak update blog sekarang ni. Entah takde idea ataupun kemalasan melanda. Ataupun sibuk dengan kerja lain.

#teammerah

Takpe, semua tu tolak tepi kejap. Update sikit cerita riang ria 1 Syawal di Kuala Pilah dan Segamat yang telah berlalu pergi. Macam biasalah setiap kali raya kamiorang akan beraya di kampung husband dulu di Kuala Pilah. Selepas sembahyang raya dan bersalaman akan pergi menziarah kubur arwah abah. Aktiviti seterusnya ambil gambar keluarga dan makan-makan juadah raya.

Uwan & mak

Mak Uda, Pak Uda, Uwan, Mak, Anak buah, Adik Ipar & Biras
Aktiviti seterusnya barulah balik kampung Fiza pula di Segamat. Perjalanan sejam setengah je kalau tak jammed lah. Kadang-kadang ikut jalan dalam ni pun jammed juga kalau dah semuanya balik dalam masa yang sama. Redha je lah kalau jammed. Lambat sikit pun tak apalah, janji selamat sampai dengan selamat.

Tahun ni, buat pertama kalinya mak abah beraya berdua je malam raya sampai pagi raya. Pagi raya barulah ada yang balik. Masing-masing beraya ikut giliran rumah mertua dan ada yang kerja. Lagipun raya ke empat nanti ada family day. Jadi, masing-masing balik raya pertama dan kedua sebab nak merewang sekali dan bolehlah cuti raya lama sikit ramai-ramai. Tapi Fiza sampai rumah ada tetamu datang. Bergambar raya pertama di Segamat berdua je lah nampaknya.

Sementara tu beraya beraya kejap di rumah kawan sekampung. Lama sungguh haihh tak jejak kaki rumah ni. Padahal tak jauh mana pun. Jalan kaki kejap je dah sampai. Memandangkan kawan ni ada balik kampung. Singgah kejap lah beraya.


Ikutkan nak beraya lagi rumah kawan-kawan lain. Tapi yang lain belum sampai kampung lagi. Balik rumah dan rehat-rehat je lah sebab esoknya dah nak start merewang untuk family day raya ke empat. Okay, settle cerita raya 1 syawal. Kau orang beraya di mana pula? Ada geng #teamrayapilah #teamrayasegamat tak?

read the post

Misi Bantuan Ramadan MVM Relief: Syria, Kami Datang 3.0

Monday, June 10, 2019

Salam Ramadan. Dalam bulan Ramadan yang mulia ni, MVM Relief telah melancarkan program Misi Bantuan Ramadan: Syria, Kami Datang 3.0. Ini merupakan tahun ke-3 MVM menghantar bantuan Ramadan di kem-kem pelarian Syria di sempadan Turki-Syria. Antara lokasi bantuan yang akan dihulurkan adalah Kem Pelarian di Idlib & Luar Bandar Aleppo, Kem pelarian di Sempadan Turki - Syria dan juga Masjid-masjid di Idlib & Luar Bandar Aleppo.


MVM (Muslim Volunteer Malaysia) PERTUBUHAN BANTUAN KECEMASAN. 
MVM (Muslim Volunteer Malaysia) Relief bukan lagi satu pertubuhan baru dalam menghantarkan bantuan ke Syria. MVM bukan saja satu menjalankan satu program bantuan kecemasan di dalam Malaysia dan luar antarabangsa, malah bantuan juga diberikan kepada mereka yang memerlukan di luar negara seperti Kemboja, Vietnam, dan Bangladesh serta negara Timur Tengah seperti Syria, Jordan dan Lubnan.


Antara program-program bantuan yang telah dilaksanakan oleh MVM Relief Malaysia dan Antarabangsa adalah:

MVM Relief Malaysia: 
2013: Misi Bantuan Mangsa Banjir Kuantan, Pahang 
2014 & 2017: Misi Bantuan Mangsa Banjir Kelantang 
2016: Misi Bantuan Mangsa Banjir Sarawak 
2017: Misi Bantuan Mangsa Banjir Kedah

MVM Relief Antarabangsa: 
2017: 
Misi Bantuan Gabungan Anak Muda Jordan - Lubnan 
Unity Convoy Ambulance for Syria - UK, France, Switzerland, Italy, Bulgaria, Greece 
Misi Bantuan Syria, Kami Datang di Turki-Syria 
Misi Bantuan Anak Muda Peduli Rohingya di Bangladesh

2017 & 2017: 
Misi Bantuan Ramadan: Syria, Kami Datang 

2018: 
Misi Bantuan Ramadan: Rohingya, Kami Peduli 
Misi Bantuan Hidupkan Rohinyga: Pembinaan Sistem Rawatan Air SafeWhere 

2018 & 2019: 
Misi Bantuan Musim Sejuk: Syria, Kami Datang


Sebelumnya, pada tahun 2016, MVM telah menandatangi MOU bersama Malaysia Lifeline for Syria untuk kerjasama dalam menghantar bantuan kecemasan dan keperluan asas kepada penerima bantuan di luar negara. Fokusnya lebih kepada pelarian Syria yang berada di kem-kem pelarian sempadan Turki-Syria dan juga pelarian Rohingya di Bangladesh.


Tahun ini, 2019 adalah tahun ke-3 MVM melaksanakan amanah rakyat Malaysia bagi menghantar bantuan musim sejuk, dan keperluan asas dengan anggaran lebih RM3 juta jumlahnya. Walaupun jumlah yang agak banyak tapi Fiza rasa masih belum cukup untuk membantu mereka terutamanya bulan Ramadan ni. Bayangkanlah kalau kita berpuasa dan tidak makanan untuk bersahur dan berbuka. Mesti susah untuk kita mengerjakan ibadah puasa apatah lagi meneruskan kehidupan seharian. 

HANTAR BANTUAN KE LUAR NEGARA. PERLU KE? 
Seperti yang kita sedia maklum, pergolakan dan peperangan yang berlaku di Syria masih berterusan sampai sekarang. Lansung tiada tanda-tanda ia akan berakhir sejak 8 tahun yang lalu. Setiap hari mereka berdepan dengan bahaya dan setiap hari kematian pasti berlaku. Malah ia berlaku setiap minit. Allahuakbar! Sayu betul kalau tengok berita tentang Syria. Lagi-lagi melihat anak kecil yang terpaksa berdepan dengan situasi sebegini.


Sudahlah begitu, bekalan makanan, perubatan dan keperluan asas hidup tidak pernah mencukupi dan sangat diperlukan dari semasa terutamanya di kem-kem pelarian. Jadi, MVM Bersama NGO-NGO dari seleuruh dunia dengan rasa tanggungjawab dan sangat perihatin dengan isu-isu kemanusiaan sebegini mewakili rakyat Malaysia memegang amanah dalam menghantar bantuan-bantuan kecemasan kepada saudara islam kita disana yang lebih susah dan menderita disana berbanding negara kita yang aman damai. 

Apa yang menyedihkan lagi, rakyat Syria kehilangan pengenalan diri akibat dari peperangan yang tercetus membuatkan kehidupan mereka bertambah sukar kerana tidak boleh bekerja mahupun bersekolah. Mendapatkan rawatan di hospital kerajaan di Turki dan juga negara lain jauh sekali.


Dana sasaran MVM kali ini adalah sebanyak RM500,000 untuk disalurkan kepada lebih kurang 20,000 pelarian Syria yang akan menerima manfaat daripada bantuan Ramadan kali ini. Antara jenis bantuan yang akan dihantar adalah seperti memberi pek berbuka dan sahur, pek makanan barangan asas dapur dan beg kecerian yang mengandungi alat permainan kanak-kanak, gula-gula dan juga baju raya. Besar pahala memberi makan kepada mereka yang berpuasa. Mudahnya mendapat pahala di bulan puasa ni kan.


Misi Bantuan Ramadan 2019 kali ni juga MVM telah bekerjasama dengan pertubuhan NGO, Global Peace Misson (GPM). Mereka semua yang terdiri daripada petugas dan sukarelawan MVM, turut serta GPM akan berangkat ke Turki pada 26 Mei 2019 nanti dan akan berada di sana sehingga 6 Jun 2019.


CARA MENGHULURKAN SUMBANGAN UNTUK MISI BANTUAN RAMADAN : SYRIA, KAMI DATANG 3.0
Jika berminat untuk menghulurkan sumbangan ikhlas seberapa sahaja yang termampu atau menaja sekurang-kurangnya 1 keluarga pelarian Syria yang bernilai RM100 yang terdiri daripada pek iftar dan sahur, pek makanan dan beg keceriaan untuk kanak-kanak dan anak-anak yatim Syria. Boleh membuat sumbangan secara online melalui : 

bit.ly/ramadanmvm
ATAU 
https://donation.mvm.org.my/donations/misi-bantuan-ramadhan-syria-kamidatang-3-0/

Atau boleh juga memberi sumbangan terus ke akaun Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia 
Maybank: 56480 164 7699 
CIMB Islamik: 8602 5378 07 
Bank Islam: 1230 0010 0030 65 
Affin Bank: 1060 2003 8503 
Email: account@mvm.org.my

Sumbangan berjumlah RM1000 dan ke atas, pihak MVM akan menyediakan resit pelepasan cukai. Rebut peluang menambah pahala dan membuat sumbangan ikhlas di bulan Ramadan ini. Hubungi wakil MVM di talian 012 235 6854 untuk maklumat lanjut. 

Website rasmi : www.mvm.org.my 
Website donation : www.donationa.mvm.org.my 

Sosial media MVM 
Facebook page : Muslim Volunteer Malaysia 
Instagram : muslimvolunteermalaysia 
Twitter : @VolunteerMVM 
Telegram channel : https://t.me/MuslimVolunteerMalaysia 

Dermalah seikhlas mana termampu walaupun RM1. Sumbangan yang kecil tapi besar maknanya pada mereka.

read the post

Resepi Biskut Cornflakes Rangup Mudah Ya Amat! Gerenti jadi.

Saturday, June 01, 2019

Dok terfikir nak buat kuih raya apa ye? Kuih raya apa yang paling mudah dan gerenti jadi? Biskut cornflakes ranguplah mudah ya amat! Tak perlu beria nak menyediakan dan bahan-bahan pun tak lah banyak mana. Selain cornflakes madu yang memang mudah nak buat, biskut cornflakes juga mudah nak buat. Apa yang penting, kena rajin lah. Kalau malas, memang tak menjadi lah kuih dan biskut raya kau orang tu haa.


RESEPI BISKUT CORNFLAKES RANGUP MUDAH

Bahan-Bahan
250g Buttercup ( Fiza guna pure buttercup Emborg-Cook & bake buttery)
1 Cawan gula aicing
1 penutup botol esen vanilla
3/4 cawan tepung jagung
2 cawan tepung gandum
Cornflakes (Bergantung nak guna banyak mana, Fiza guna separuh kotak jumbo cornflakes)
*cornflakes diramas kasar.


Cara-Cara
1. Dalam satu bekas, satukan butter, gula aicing dan esen vanilla. Gaul sebati dengan menggunakan senduk.



2. Dah agak sebati, masukkan tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau lagi sampai sebati semua adunan.
3. Last sekali masukkan cornflakes yang dah diramas kasar tadi dan kacau sebati adunan.

Okay adunan siap, part membakar pula
1. Panaskan oven suhu 160’c dalam masa 10 minit.
2. Sapu loyang dengan butter terlebih dahulu.
3. Dengan menggunakan sudu, letakkan adunan dalam saiz kecil sebesar sudu atas loyang. Pastikan ada jarak antara setiap biskut supaya tak melekat sebab biskut akan mengembang sikit.
4. Bila oven dah siap dipanaskan, bakar biskut cornflakes dalam masa 20-25minit pada suhu 160’c.


5. Dah masak, keluarkan dan biarkan sejuk. Kemudian letak/simpan dalam bekas kedap udara.

Note : Kalau nak biskut tu lagi cantik, hiaslah dengan chocolate rice ke, choco chip ke, buah ceri ke, almond nibs ke. Ikut lah bajet masing-masing. biskut cornflakes kosong macam ni pun dah okay dah. Jadilah buat acah-acah rajin untuk persiapan raya. Hihi.

Mudah ya amat bukan? Silalah cuba. Tapi nak buat biskut kuih raya ni buat malam-malam lah. Kalau siang hari memang kena sabar lebih dengan dugaan. Bau kuih raya ni harum mewangi kalau dalam proses membakar tu. Kalau masak malam-malam tu boleh juga lah merasa sebiji dua. Entah-entah sebalang boleh habis belum sempat simpan raya. Kan?

Jom pulun buat biskut raya. Last minit preparation ni baru meriah gitu.

read the post

Happy June, Happy Raya!


Eh, kejap je dah masuk bulan June. Rasa macam baru je lagi bulan Mei. Ramadhan terasa cepat dah nak sampai penghujung. Sekejap je kan? Cepat betul masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan Syawal bulan raya dan happy raya of course! Bulan June bulan yang dinanti untuk meraikan hari raya bersama selain menanti ramadhan sebelum ni.

Sometimes a short walk down memory lane is all it takes to appreciate who you are today

Macamana persiapan raya kau orang semua? Fiza biasa-biasa je lah. Alhamdulillah baju raya siap sedia dah sepersalinan. Biasanya baju raya lah yang paling utama kena siapkan. Betul tak? Tahun ni tema apa? Kena tunggu raya nanti lah kan. Macam biasa juga #teamrayapilah dan #teamrayasegamat dalam satu hari raya yang sama. Untunglah kampung masing-masing dekat. Tak payah nak bergaduh nak raya kampung mana. Dua-dua dapat. Adil!

Dengar-dengar hari semalam pun dah bermula jalan sesak sana-sini. Bertabahlah yang nak balik kampung jauh-jauh tu. Kena cari jalan alternatif kalau nak elakkan jammed dan timing kena betul. Kalau dah semua sekali balik dalam waktu yang sama memang jammed lah jawabnya. Eh, bukan jalan je jammed, shopping mall penuh dengan orang je sekarang ni. Nak cari parking pun stressed dibuatnya. Sabar je lah di bulan puasa ni.


A joyful June!
Let's rejoice this festive month with more love & care, and less gadget, please!
Be thankful for having those around you and appreciate their presence.
Family, is like branches on a tree that grow in different directions yet remain as one root.
Sometimes having a good chat with your siblings or crazy cousins is all
you need for your happy pills.
read the post
new entries old entries
Subscribe to: Posts (Atom)

Pageviews

Hello, I'm Fiza

<b><i>Hello, I'm Fiza</i></b>
Johorean living in Nismilan
Blogger | Graphic Designer @azhafizahgraphic | Photographer @photographeeza | Young Living Distributor @azhafizah.yleo

for ADVERTORIAL, COLLABORATION, SPONSORSHIP, GUEST POST and PRODUCTS REVIEW,
fill the form contact below

Send Me a Message!

LeTOPs

  • Tebus E-Wallet RM100 2021
    Belanjawan 2021 bertemakan 'Teguh Kita, Menang Bersama' mempunyai tiga matlamat utama iaitu kesejahteraan rakyat, kelangsungan perni...
  • Menu Diet : Ikan Masak Singgang Paling Senang dan Cepat
    Hai semua orang! Setelah berhari-hari Fiza tak update blog gara-gara kesibukan. Kesibukanlah sangat kan. Sibuk yang ditambah dengan sakit d...
  • Drama Melastik Ke Hatimu Episod 1-13(Akhir) Lakonan Andi Bernadee dan Janna Nick
    Drama MELASTIK KE HATIMU bakal bersiaran pada 21 Januari 2021 di Slot Lestary TV3 menggantikan drama Hadiah Dari Tuhan . Melastik ke hatimu ...

Bloggerians

Bloggerians Top Komentator

  • KasihkuAmani
    Novel | Dendam oleh Phakinai
    58 minutes ago
  • LIFE WITH LOVE..^_^
    Vietnam Roll dan Begedil di Chamcha Coffee & Tea House, Seri Alam, Johor
    2 hours ago
  • Monolog Kakmim
    Throwback Thursday: Blog Wordpress 2008
    2 hours ago
  • Syazni Rahim Blog
    Mengejar Matahari | Throwback Thursday
    3 hours ago
  • Diana Rashid
    MELASTIK KE HATIMU EPISOD 4
    4 hours ago
  • Dunia sebenar Shida
    Resepi Ayam Masak Merah Simple Tapi Sedap!
    4 hours ago
  • AMIE'S LITTLE KITCHEN
    Nasi Kukus Cikgu Kota Belud
    6 hours ago
  • Tiga Lalat 2020
    ANTARA DUA RANTING
    19 hours ago
  • orangbukit
    Blackpink vs Red Velvet..
    22 hours ago
  • Kisah Seorang Slow Runner
    Rabu yang mendung
    1 day ago
  • Anies♥You
    Kena tahan dengan pihak kastam dan imigresen @ Heathrow Airport
    1 day ago
  • Sunah Suka Sakura
    Wordless Wednesday: Pink Rose
    1 day ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    Hadiah Geng Kuat Komen 2020 Duniashida
    1 week ago
  • Kebun Bahagia Bersama
    Hiking Bukit Tengkorak Tapak Warisan Arkeologi
    5 weeks ago

BITERs

  • Azwar Syuhada
    Cara Mudah Renew Insurance & Roadtax Kereta Secara Online Menerusi MYEG
    1 hour ago
  • Kisahsidairy.com
    Sinopsis Drama Takdir Yang Tertulis
    1 hour ago
  • mOnOLoG tAnpA sUaRa
    Jom Nikmati Burger Cheesy Paling Sedap
    5 hours ago
  • MaisarahSidi.com
    7 Tempat Makan Menu Pizza Kayu Api Yang Best!
    16 hours ago
  • MRSLIEZ.COM
    Pengalaman Bersalin Di Musim Covid-19
    22 hours ago
  • MrsPip || The Reviewer
    Sering Pelupa? Ketahui Sebab Hilang Ingatan Dan Cara Mengatasinya
    1 day ago
  • apekinah.com
    7 Restoran Pizza Best Di Kuala Lumpur
    1 day ago
  • IAMFUZY.COM™
    Drama Takdir Yang Tertulis Tonton Online Episod 1 Hingga Episod 15 (Akhir)
    1 day ago
  • Yaya Azura
    Nametag dah ada tapi ...
    1 day ago
  • MARINA BASHAH
    Anak-Anak Menghadiri Kelas Online Di Braincarve Malaysia Untuk Meningkatkan Perkembangan Otak Secara Menyeluruh Melalui Program 6 Dalam 1
    1 day ago
  • Bonde Zaidalifah
    Nikmati DimSum Terbaik Dengan Rasa Fusion Asia
    2 days ago
  • Blog Adianiez
    Kisah burung cantik singgah di laman & pilih STEM Prinsip Akaun Tingkatan 4
    2 days ago
  • Fiza Aizzawa
    Avon Instagram Contest | Menang produk AVON True Color Makeup
    2 days ago
  • Norhana Rosmida
    Baby Sling Apa Paling Best Dan Selesa? 5 Sebab Kenapa Aku Pilih Baby Sling Mamamay!
    3 days ago
  • Ciktie Dot Com
    Idea / Aktiviti Untuk Anak-anak semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
    4 days ago
  • SIS HAWA DOT COM
    Rahimah Tanpa Rahim Full Drama Episod 1 Hingga Episod 28 (Akhir)
    5 days ago
  • Nana Hassan
    Resepi yogurt burnt cheesecake air fryer
    1 week ago
  • SHAHADA FAUZI
    Terpikat dengan Serum Dr. Beau Sejak Guna Kali Pertama
    1 week ago
  • Ardini Humaira
    DR.BEAU PURE NATURAL SKIN OIL SERUM, MINYAK SERBAGUNA YANG PATUT DIMILIKI
    1 week ago
  • Belog Kak Gojes
    Tarikh Bayaran BPN 2.0 Fasa 2
    1 week ago
  • Lovely Sunshine
    Preparation for Weight Loss Journey Part Two
    1 week ago
  • Yatie Owner
    MENARIK DI KUALA PENYU, SABAH: BLUE EYES BEACH RESORT, KUALA PENYU, SABAH THE AMAZING SEA AND SUNSET VIEW
    2 weeks ago
  • Mama 'AA' Monsta
    SNUS - A SMOKELESS TOBACCO PRODUCT | IS SNUS BETTER THAN CIGARETTE?
    2 weeks ago
  • Mimi Azirah
    Fernleaf CalciYum Minuman Susu Kultur dan Yogurt Untuk Penghadaman dan Tumbesaran Anak Yang Kuat dan Sihat
    2 weeks ago
  • VITAMIN WAWA PENGEDAR SHAKLEE AKTIF
    Anda Fikir Anda Tak Perlukan Supplemen?
    2 weeks ago
  • Marshalizadotcom
    Fernleaf CalciYum Yogurt & Minuman Susu Kultur Untuk Anak-anak Aktif
    2 weeks ago
  • Cahaya Hayati
    Lirik Lagu Bangkit Kembali Khai Bahar
    3 weeks ago
  • perennial lifestyle
    Love Pizza? Get To Know The Different Crust Styles Of Pizza
    5 weeks ago
  • Ooh Deo's Storyline
    Lilu, Anak Kucing Kecil Yang Tiada Harapan Untuk Hidup Lama Seperti Kucing Lain
    5 weeks ago
  • Usop Ahmad
    4 SEBAB GHOSTWRITER MENDAPAT PERMINTAAN YANG TINGGI PADA MASA KINI
    1 month ago
  • Bonda Chanteq
    #PRAY FOR BEIRUT, #PRAY FOR LEBANON
    5 months ago

History

  • ►  2021 (94)
    • ►  January (94)
  • ►  2020 (462)
    • ►  December (87)
    • ►  November (106)
    • ►  October (53)
    • ►  September (35)
    • ►  August (19)
    • ►  July (31)
    • ►  June (26)
    • ►  May (43)
    • ►  April (23)
    • ►  March (20)
    • ►  February (13)
    • ►  January (6)
  • ▼  2019 (242)
    • ►  December (16)
    • ►  November (29)
    • ►  October (37)
    • ►  September (28)
    • ►  August (19)
    • ►  July (23)
    • ▼  June (7)
      • Skincare | Nacific Fresh Herb Origin Cleansing Oil
      • PROMO 10% Premium Starter Kit Young Living Air Dif...
      • Perjumpaan Keluarga Besar 4 Syawal
      • Riang Ria 1 Syawal Kuala Pilah & Segamat
      • Misi Bantuan Ramadan MVM Relief: Syria, Kami Datan...
      • Resepi Biskut Cornflakes Rangup Mudah Ya Amat! Ger...
      • Happy June, Happy Raya!
    • ►  May (5)
    • ►  April (4)
    • ►  March (8)
    • ►  February (22)
    • ►  January (44)
  • ►  2018 (143)
    • ►  December (14)
    • ►  November (16)
    • ►  October (21)
    • ►  September (16)
    • ►  August (9)
    • ►  July (4)
    • ►  June (8)
    • ►  May (2)
    • ►  April (16)
    • ►  March (8)
    • ►  February (15)
    • ►  January (14)
  • ►  2017 (372)
    • ►  December (10)
    • ►  November (29)
    • ►  October (42)
    • ►  September (34)
    • ►  August (18)
    • ►  July (15)
    • ►  June (32)
    • ►  May (25)
    • ►  April (57)
    • ►  March (23)
    • ►  February (43)
    • ►  January (44)
  • ►  2016 (546)
    • ►  December (46)
    • ►  November (39)
    • ►  October (27)
    • ►  September (29)
    • ►  August (13)
    • ►  July (22)
    • ►  June (33)
    • ►  May (38)
    • ►  April (41)
    • ►  March (61)
    • ►  February (84)
    • ►  January (113)
  • ►  2015 (415)
    • ►  December (79)
    • ►  November (47)
    • ►  October (52)
    • ►  September (27)
    • ►  August (33)
    • ►  July (37)
    • ►  June (42)
    • ►  May (24)
    • ►  April (13)
    • ►  March (20)
    • ►  February (14)
    • ►  January (27)
  • ►  2014 (227)
    • ►  December (9)
    • ►  November (19)
    • ►  October (29)
    • ►  September (18)
    • ►  August (4)
    • ►  July (24)
    • ►  June (19)
    • ►  May (21)
    • ►  April (33)
    • ►  March (19)
    • ►  February (22)
    • ►  January (10)
  • ►  2013 (46)
    • ►  December (8)
    • ►  November (11)
    • ►  October (5)
    • ►  September (5)
    • ►  August (4)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (4)
  • ►  2012 (13)
    • ►  November (1)
    • ►  September (1)
    • ►  June (1)
    • ►  April (1)
    • ►  March (5)
    • ►  February (3)
    • ►  January (1)
  • ►  2011 (36)
    • ►  December (3)
    • ►  November (10)
    • ►  October (8)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  February (2)
  • ►  2010 (10)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  September (1)
    • ►  August (2)
    • ►  July (4)
    • ►  May (1)
  • ►  2009 (1)
    • ►  November (1)

More Stories

accesories adventure Advertising advertorial affiliate Althea Applications Artwork Bahasa beauty Birthday Bisnes Kad blogosphere bodycare Book Business car Celebrations collaborate Decoration Design Blog DIY E-book engagement Entertainment Event Eye care Facebook Family Fashion Fenomena Fitness Food Freebies Gadget GoPro Guest Post Hair Care Header Blog Header Facebook Health Care Hipster Holiday Home Home appliance Home Decor IKEA Indonesia Instagram Islamic Isu semasa Jepun JJCM Johor Kad Jemputan Kad Raya Kampung Kedah kelantan kemboja Korea Kreatif Kuala Lumpur Lifestyle Logo Makeup Malaysia Maldives Marriage Melaka Men Minuman Negeri Sembilan New Zealand Oral care Pahang Painting Potret Parenting Penang pengetahuan am Perak Perlis Personal Pets Philippines Photography Portfolio Pregnancy Printing Products PROMOSI Property rare Raya Resepi Review Rustic Sabah Sampul Duit Raya Sarawak Selangor service Shawl Shopping Singapore skincare Sourvenir Sukan Tanaman Tempat Menarik Terengganu Thailand Tips Tradisional Travel Travellicious Trending Tudung Bawal Tutorial Vector Potret Vietnam viral Watermark Wedding Weird Western women Wordless Wednesday Young Living

Latest 'grams from @heyimpeeja

© Blog Sihatimerahjambu.