Gadgets

Perlawanan Persahabatan Persiraja Banda Aceh FC vs Selangor FC 27 Ogos 2023

Skuad Gergasi Merah (The Red Giants), Selangor FC telah diundang oleh pasukan bola sepak Indonesia Persiraja Banda Aceh FC bagi saingan perlawanan persahabatan antarabangsa yang dijadualkan berlansung pada hari Ahad, 27 Ogos 2023 jam 9:30 malam di Stadium Harapan Bangsa, Banda Aceh, Indonesia.

Persiraja Banda Aceh FC vs Selangor FC

Persiraja Banda Acheh FC

Pasukan Persiraja adalah pasukan bola sepak Indonesia yang mulanya beraksi dalam saingan divisyen 1 Liga Indonesia. Kemudian diturunkan ke Liga 2 kerana berada tempat tercorot pada musim lepas dalam saingan Divisyen 1.

Aksi menentang Selangor dijadikan medan ujian dan persiapan Persiraja untuk menghadapi musim baharu Liga 2 yang dijadualkan berlangsung pada bulan September ini.

Tujuan perlawanan persahabatan antarabangsa ini adalah sebagai medan ujian dan persiapan buat pasukan Persiraja bagi menghadapi musim Liga 2 yang dijadualkan akan berlansung pada bulan September akan datang.

Selangor FC

Perlawanan ini juga bertujuan mengekalkan tahap kecergasan pemain memandangkan saingan Liga Malaysia bakal berehat selama 2 minggu bagi memberi laluan kepada persiapan skuad Harimau Malaya di China.

Dijangkakan jentera kendalian Tan Cheng Hoe akan berlepas ke Indonesia selepas tamat aksi Liga Super Kelantan FC vs Selangor FC di Kota Bharu pada 25 Ogos 2023. 

Ini juga adalah peluang terbaik bagi Tan Cheng Hoe dan jenteranya untuk menguji pemain muda yang jarang mendapat tempat dalam kesebelasan utama dan secara tidak lansung dapat mengurangkan risiko kecederaan tonggak utama.

Beberapa tonggak utama Selangor FC berkemungkinan tidak akan menyertai skuad ke Indonesia kerana mendapat panggilan ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula 29 Ogos 2023 bagi menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Syria dan China, masing-masing pada 6 & 9 September 2023 di Chengdu, China.

Pasukan Selangor pada ketika ini berada pada kedudukan kedua Liga Super dengan 46 mata dan layak ke peringkat suku akhir Piala Malaysia bertemu pasukan Terengganu FC pada 15 September nanti di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

PERLAWANAN PERSAHABATAN ANTARABANGSA PERSIRAJA BANDA ACEH FC vs SELANGOR FC

Waktu : Ahad, 27 Ogos 2023, jam 9:30 malam
Tempat : Stadium Harapan Bangsa, Banda Aceh, Indonesia

Perlawanan Persahabatan Persiraja Banda Aceh FC vs Selangor FC 27 Ogos 2023
sumber : Selangor FC

Keputusan masa penuh perlawanan Persiraja vs Selangor 

FT : PERSIRAJA (0) - (3) SELANGOR 
36' Rahman Daud
40' Yohandry Orozco
70' Faisal Halim


sumber info : vocketfc

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.