Gadgets

Siaran Lansung Live JDT vs Kelantan Piala Malaysia 2023 (R16-2)

Pertembungan pasukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim, JDT dengan pasukan Kelantan FC merupakan perlawanan tumpuan bagi penyokong JDT dan Kelantan. 

JDT vs Kelantan 

Perlawanan timbal balik dalam aksi kedua pusingan 16 antara pasukan JDT vs Kelantan FC akan berlansung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada 19 Ogos 2023, Sabtu jam 9:00 malam.

Dalam aksi pertama pusingan 16 Piala Malaysia 2023 Kelantan vs JDT, JDT berjaya mencetak 5 gol dengan balasan 1 gol oleh pasukan Kelantan menjadikan agregat 5-1. Dengan keputusan itu, menjadi bekalan selesa buat pasukan JDT untuk mara ke peringkat suku akhir Piala Malaysia.

Untuk rekod dalam saingan Liga Super, pada LS4 Kelantan vs JDT juga menghasilkan keputusan yang sama iaitu 1-5. Bermakna, dua kali gawang gol JDT berjaya dibolosi oleh pasukan Kelantan FC.

Pada perlawanan LS17 Kelantan vs JDT, JDT berjaya menewaskan Kelantan dengan 5 gol tanpa balasan. Dalam ketiga-tiga pertemuan tersebut, JDT berjaya menumpaskan pasukan Kelantan.

Skuad Kijang Merah perlu beraksi dengan cemerlang menentang Skuad Harimau Selatan bagi membolehkan mereka layak ke peringkat seterusnya.

Siaran Lansung Live JDT vs Kelantan FC Piala Malaysia 2023 (R16-2)

Penonton di rumah boleh menyaksikan perlawanan antara pasukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim, JDT menentang pasukan Kelantan FC secara lansung menerusi saluran 804, Astro Arena Bola 2 dan live streaming online di internet menerusi Astro GO dan Sooka.

Tonton secara online menerusi platform Sooka seawal jam 8:30 malam bermula dengan siaran pra rancangan dengan langganan pas perlawanan berharga RM7.90.

JDT vs KELANTAN FC

Tempat : Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, Johor
Waktu siaran : Sabtu, 19 Ogos 2023, jam 9:00 malam
Siaran lansung :  Astro Arena Bola 2 (CH804)
Live streaming : Astro Go dan Sooka

Siaran Lansung Live JDT vs Kelantan Piala Malaysia 2023 R16-2

Info Tiket Perlawanan JDT vs Kelantan FC R16-2 Piala Malaysia 19 hb Ogos 2023

Tiket untuk perlawanan kedua pusingan 16 Piala Malaysia antara Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Kelantan FC pada 19 Ogos 2023 yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) akan mula dijual menerusi tickethotline.com.my pada 16 Ogos bermula jam 2:00 petang.

Setiap penyokong hanya boleh membeli empat tiket (4) sahaja manakala para pemegang pas bermusim hanya perlu menunjukkan pas di pintu-pintu masuk untuk kemasukan ke stadium.
 
Tiket diperlukan untuk penyokong yang berusia 3 tahun ke atas, namun kanak-kanak dibawah usia 3 tahun yang menggunakan tempat duduk sendiri perlu memiliki tiket untuk tempat duduk tersebut.

Starting Line-up JOHOR DARUL TA'ZIM vs KELANTAN

JDT

Syihan Hazmi, Safiq Rahim, Bergson da Silva, Feroz Baharudin, Juan Muñiz, Corbin-Ong, Shahrul Saad (c), Heberty Fernandes, Arif Aiman, Takahiro Kunimoto, Syahmi Safari

Substitutes

Farizal Marlias, Mohamadou Sumareh, Shane Lowry, Nazmi Faiz, Endrick, Syafiq Ahmad, Safawi Rasid, Aysar Hadi, Daryl Sham

KELANTAN

Johan Shahzidane, Arip Amiruddin, Natanael Siringo Ringo (c), Regan Abraham Saravanan, Rizaqmi Akhta Hashim, Hafiq Almuhafiz, Khala'If Naskam, Hariharan Kartheyges, Leonardo Rolón, Farish Ainun, Allee Putra

Substitutes

Irfan Haikal, Ammar Nuqman, Haikal Pauzi, Saranraj Kala Arasu, Khairul Amin, Afif Jazimin, Amirul Hakim, Izaham Haslin, Izzat Azmi

Keputusan masa penuh JDT FC vs Kelantan FC (R16-2)

Keputusan perlawanan antara JDT vs Kelantan FC Piala Malaysia 2023 dalam saingan (R16-2) secara langsung/ live score akan dikemaskini sehingga tamat masa penuh perlawanan.

FT : JOHOR DARUL TA'ZIM/ JDT (10) - (0) KELANTAN FC/ KEL
 Bergson da Silva 21' 43' 72'
 Takahiro Kunimoto 24' 37'
 Juan Muñiz 54'
 Daryl Sham 59'
 Heberty Fernandes 61'
Arif Aiman 64'
 Aysar Hadi 90+3'

Tahniah pasukan kelab bolasepak Johor Darul Ta'zim, JDT berjaya mara ke pusingan Suku Akhir Piala Malaysia 2023 dengan agregat 15-1.

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.