Gadgets

Doa Memohon Pemimpin Yang Baik Dan Doa Pilihan Raya Mengundi

Sabtu, 12 Ogos 2023 adalah hari pengundian bagi enam Pilihan Raya Negeri (PRN) iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan. Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan layak mengundi, silalah jalankan tanggungjawab untuk pergi mengundi.

Undilah dengan bijak dan adil. Sebelum keluar mengundi, bacalah doa mengundi pilihan raya dan doa semoga mendapat pemimpin yang baik.

Doa Memohon Pemimpin Yang Baik Dan Doa Pilihan Raya Mengundi

Doa memohon pemimpin yang baik

Doa 1

اللَّهُمَّ وَلِّ أُمُوْرَنَا خِيَارَنَا ، وَلَا تُوَلِّ أُمُوْرَنَا شِرَارَنَا
Allahumma walli  umuurana khiyarana wala tuwalli umuurana syirarana

Maksudnya : “Ya Allah! Lantiklah untuk urusan kami (pemerintahan) orang-orang yang terbaik di kalangan kami. Janganlah Engkau lantik untuk urusan kami orang-orang yang terburuk di kalangan kami.”

Doa 2

اللَّهُمَّ أَلْهِمْنَا رُشْدَنَا ، وَأَعِذْنَا مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا
Allahumma al himna rusydana wa’azna min syururi anfusina

Maksudnya : “Ya Allah! Ilhamkanlah kepada kami kecerdasan dan petunjuk, serta lindungilah kami dari kejahatan nafsu kami.”

Doa 3

اللَّهُمَّ لَا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا بِذُنُوْبِنَا مَنْ لَا يَخَافُكَ فِيْنَا وَلَا يَرْحَمُنَا
Allahumma la tusallath ‘alaina bizunubina man la ya kho fuka fina wala yarhamuna

Maksudnya : “Ya Allah! Janganlah Engkau jadikan pemimpin kami – disebabkan dosa-dosa kami – orang yang tidak takut kepada-Mu dan tidak mempunyai belas kasihan kepada kami.”

Doa 4


اللَّهُمَّ اجْعَل وِلَايَتَنَا فِيْمَنْ خَافَكَ وَاتَّقَاكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِين
Allahummaj ‘ali wilayatana fiman khofaka wattaqoka ya rabbal ‘alamin

Maksudnya : “Ya Allah! Jadikanlah kuasa wilayah kami pada orang yang takut kepada-Mu dan bertakwa kepada-Mu, wahai Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.”

Doa 5

اللَّهُمَّ أَبْعِدْ عَنْهُمْ بِطَانَةَ السُّوْءِ وَالْمُفْسِدِيْنَ ، وَقَرِّبْ إِلَيْهِمْ أَهْلَ الْخَيْرِ وَالنَّاصِحِيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ
Allahumma ab’id ‘anhum bithu natassuie walmufsidin waqorabb ilaihim ahlal khoiri wanna shihinna ya rabbal ‘alamin

Maksudnya : “Ya Allah! Jauhkanlah daripada mereka (para pemimpin kami) teman rapat yang jahat dan yang merosakkan. Dekatkanlah kepada mereka orang-orang yang baik dan pemberi nasihat yang baik, wahai Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.”

Doa 6

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
Rabbana hab lana min azwajina wazurraytina qurrata a’yuni waj a’lna lil muttaqina ima ma

Maksudnya : "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.”— Surah al-Furqan : 74

Ibn Kathir dalam menjelaskan maksud “وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا” (dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa), menukilkan pendapat Ibn Abbas, al-Hasan, al-Suddi, Qatadah dan al-Rabi’ bin Anas yang berkata: “Iaitu para pemimpin yang diteladani dalam kebaikan.” —Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 6/134

Syeikh al-Maraghi pula menyebut: Mereka juga memohon agar Allah SWT menjadikan mereka sebagai pemimpin yang diteladani ketika menegakkan panji-panji agama dengan menganugerahkan ilmu yang luas serta memberinya taufik bagi mengerjakan amal soleh.—Lihat Tafsir al-Maraghi, 10/4902
 

Doa pilihan raya

Berikut adalah doa pilihan raya yang boleh dibaca sebelum keluar mengundi

اللَّهُمَّ أَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا وَارْزُقْنَا اتِّبَاعَهُ، وَأَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلًا وَارْزُقْنَا اجْتِنَابَهُ
Allahumma arinal haqqo haqqon warzuqnat tiba’ah wa arinal bathilan warzuqnaj tina bah

Maksudnya : “Ya Allah tunjukkanlah kepada kami yang benar itu benar dan bantulah kami untuk mengikutinya, dan tunjukkanlah kepada kami yang batil itu batil dan bantulah kami untuk menjauhinya.”

Semoga dengan doa ini akan menjadikan diri kita sentiasa berpaut kepada Allah, Tuhan yang Mentadbir sekalian alam, agar kita semua sentiasa berada dalam kebaikan, keamanan dan ketakwaaan di samping Malaysia menjadi negara yang makmur dan harmoni serta kasih sayang antara rakyatnya. Begitu juga dikurniakan dengan pemimpin dan kepimpinan yang baik, berintegriti serta mampu melaksanakan tugasan dengan amanah dalam mentadbir negara. Amin.

Selamat mengundi untuk rakyat Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

sumber : https://muftiwp.gov.my/en/media-menu/tinta-mufti/4254-qalam-mufti-64-doa-dikurniakan-kepimpinan-yang-baik, taqwa


6 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.