Siaran Lansung Kelantan United vs Negeri Sembilan Piala Malaysia 2023 (R16-1)

Hari ketiga perlawanan pertama pusingan 16 Piala Malaysia 2023 menyaksikan pertembungan menarik antara pasukan tuan rumah, Kelantan United FC bertemu pasukan pelawat, Negeri Sembilan FC yang dijadualkan berlansung pada hari Sabtu, 5 Ogos 2023 bertempat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu.

Kelantan United FC vs Negeri Sembilan FC

Skuad Sang Kijang Hijau akan menerima kunjungan Skuad Jang dalam kempen saingan Piala Malaysia 2023. Berdasarkan rekod pertemuan dalam Liga Super, kedua-dua pasukan mencatatkan keputusan seri pada bulan Mei yang lalu.

baca juga : Jadual piala Malaysia 2023

Peluang Kelantan United Bangkit dalam saingan Piala Malaysia 2023

Berada di tangga ketiga terbawah dalam Liga tidak mematahkan semangat pasukan Kelantan United untuk bangkit beraksi dalam saingan Piala Malaysia 2023. Perlawanan ini merupakan satu peluang buat pasukan Kelantan United untuk mempamerkan aksi cemerlang dan memberikan saingan hebat kepada pasukan lawan.

Negeri Sembilan FC juga perlu bangkit 

Kunjungan Skuad Jang ke Kota Bharu sudah pasti membawa misi untuk menang bagi memudahkan laluan ke peringkat seterusnya. Kemenangan di tempat lawan sebagai bekalan dalam aksi timbal balik pusingan kedua di tempat sendiri. 

Skuad Jang perlu bangkit selepas tewas dan seri dalam saingan Liga Super. Ini menyebabkan kedudukan pasukan Negeri Sembilan terus menjunam.

Siaran Langsung (Live Streaming) Kelantan United FC vs Negeri Sembilan FC Piala Malaysia 2023 (R16-1)

Pertembungan antara pasukan Kelantan United FC dan Negeri Sembilan FC pada perlawanan pertama peringkat 16 pasukan saingan Piala Malaysia 2023 akan berlansung pada hari Sabtu, 5 Ogos 2023, jam 5:30 petang bertempat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.

Penyokong di rumah boleh menyaksikan perlawanan ini secara siaran langsung menerusi saluran Astro Arena (CH801) , Arena Bola (CH803), Astro Go, TV Okey, Sukan RTM seawal jam 5:00 oetang bermula dengan siaran pra rancangan perlawanan.

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, boleh juga tonton live streaming online di internet menerusi platform penstriman Sooka.

Siaran Lansung Kelantan United vs Negeri Sembilan Piala Malaysia 2023 R16-1

KELANTAN UNITED FC vs NEGERI SEMBILAN FC

Venue : Stadium Sultan Muhammad Ke-IV
Waktu siaran : Sabtu, 5 Ogos 2023, jam 5:30 petang
Siaran lansung : Astro Arena (CH801), Astro Arena Bola (CH803), TV Okey, Sukan RTM dan Astro GO

Tiket perlawanan Kelantan United FC vs Negeri Sembilan FC

Tiket perlawanan Kelantan United FC vs Negeri Sembilan FC yang berlansung pada hari Sabtu, 5 Ogos 2023, jam 5:30 petang di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV boleh didapati di laman rasmi tickethotline.com.my.

Harga tiket

Terbuka : RM 15.00
Astaka : RM 30.00 (Dewasa/ Kanak-Kanak)

Keputusan masa penuh Kelantan United FC vs Negeri Sembilan FC

Keputusan perlawanan antara Kelantan United FC vs Negeri Sembilan FC Piala Malaysia 2023 dalam saingan (R16-1) secara langsung/ live score akan dikemaskini sehingga tamat masa penuh perlawanan.

FT : KLU (0) - (1) NSE
Sean Selvaraj 28'

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.