Responsive Ad Slot

Nama-Nama Melayu Klasik Perempuan Inspirasi Nama Bunga-Bungaan

Dalam era serba moden serba canggih ni nama anak-anak pun serba canggih dan moden juga selari dengan perkembangan zaman. Nama tak nak kalah panjang dan berbelit sebutan nak ikut moden punya pasal.

Sekarang dah kurang rasanya nama panjang-panjang tu, ramai dah yang suka berikan nama anak dengan nama-nama melayu klasik terutamanya untuk anak perempuan inspirasi daripada nama bunga-bungaan.

Bunga kan cantik! Jadi, nama yang diberikan ibarat cantiknya bunga-bungaan tu. Bila dengar nama melayu klasik generasi zaman sekarang ni rasa kembali ke zaman nenek moyang kita dulu. Walaupun nama klasik tapi masih releven dan nampak unik digunakan dalam era generasi zaman sekarang.

Credit image : google

Bolehlah gunapakai jika ada rezeki anak perempuan akan datang. Moga-moga Allah berikan rezeki anak. Kalau tak anak perempuan, anak lelaki boleh namakan jebat, tuah ke kan? Itu kalau ada yang suka dengan nama klasik. Ada juga menggabungkan nama klasik dengan nama moden.

  • Bunga
  • Zehra (Bunga Mesir)
  • Saharah (Bunga Afrika)
  • Akhtar (Bunga Parsi)
  • Reyhan (Bunga Parsi)
  • Mariam (Bunga Parsi)
  • Naurah (Bunga Arab)
  • Jazlyn (Bunga Amerika)
  • Azarin (Bunga-bunga yang berseri Arab)
  • Ayana (Bunga yang cantik Afrika)
  • Mika (Bunga yang cantik Jepun)
  • Hana (Bunga mekar Jepun)
  • Zara (Bunga berkembang Parsi)
  • Leia (Bunga syurga Hawaii)
  • Linna (Bunga biru kecil Scandinivia)
  • Izdihar (Berbunga Arab)
  • Zuhayra (Bunga kecil Arab)
  • Melur/Melati/Jasmine
  • Fahara (Bunga Melur Arab)
  • Kenanga
  • Seroja
  • Kuntum
  • Dahlia
  • Puspawangi
  • Adalia (Dahlia Arab) 
  • Mawar/ Rose
  • Wardah (Mawar Arab)
  • Wardiya (Mawar Arab)
  • Suri (Mawar merah Parsi)
  • Rosa (Mawar Portugis)
  • Rozana (Mawar yang lembut Hebrew)
  • Nasreen (Mawar liar Parsi)
  • Lily
  • Roza (Lily Hungary)
  • Orked
  • Anggerik
  • Cempaka 
  • Teratai
  • Naleen (Teratai Sanskrit)
  • Nilofar (Bunga teratai Parsi)
  • Lianna (Teratai yang lembut Mandarin)
  • Kemboja
  • Janna (Taman Arab)
  • Azalea (Bunga Azalea)
  • Camellia (Bunga Kamelia)
  • Iris (Bunga Iris)
  • Widuri (Bunga Widuri)
  • Alyssa (Bunga pokok Alicia)
  • Amaryllis (Bunga Amarilis)
  • Rihanna (Bunga Kemangi Arab)

Apapun memilih nama anak sebaiknya berikan nama yang baik, sebutan dan ejaan juga perlu betul supaya makna nama tu lebih tepat. Setiap ibu bapa ada hak untuk menamakan anak masing-masing dengan pelbagai nama tapi sebelum berikan nama ikutlah panduan dan fikirkan mana yang paling bagus.

Nama ni mencerminkan keperibadian seseorang dan biarlah selari serasi dengan tuan punya nama. Ada sesetengah kes, ada bayi yang kena tukar nama sebab nama tu tak sesuai dengannya. 

Nama-nama melayu klasik ni kalau bukan dijadikan nama sebenar, sesuai juga jadikan nama pena atau ganti nama untuk karya-karya kan. Menarik juga tu.

DIY Macrame Knot Hanging Planters

Susah tau jadi sejenis manusia yang suka dengan pokok hijau dan dekorasi ni. Kalau boleh semua pokok nak letak dalam satu ruang tu. Sejak terjebak teruk dengan indoor plants letak dalam balang air ni memang rajinlah saya tambah pokok yang sesuai.

Sebelum ni cuma ada golden pothos je, lepas tu tambah spider plant dan baru-baru ni tambah sansevieria pula. Semua tu percuma je ambil kat rumah mak kat kampung kecuali golden pothos. Zero modal lah orang kata. Bekas kaca pun kitar semula mana yang dah tak pakai tu. Tak payah beli baru.

Tapi disebabkan dah terlampau banyak, ruang pun makin mengecil. Kalau dah semuanya nak letak satu tempat memang padatlah jadinya. Lepas tu timbullah idea nak gantung je pokok tu. At least dapat kurangkan ruang tu. Kebetulan ada jute string warna putih tu sesuai dengan wall shelf tu, so DIY macrame knot untuk hanging planters


Cara nak ikat tu boleh tengok kat youtube je, ada banyak jenis ikatan macrame untuk dekorasi hanging planters ni. Saya pilih yang paling ringkas dan senang nak buat. Tak sampai 5 minit dah siap. Suka juga style macrame knot hanging planter ni nampak macam bohemian hanging decoration macam tu kan. 

5 minute macrame plant hanger


Kalau rumah kau orang banyak sangat pokok, pilih pokok yang jenis menjalar tu letak style gantung pun menarik dan jimatkan ruang bawah. Tali pun boleh guna pelbagai jenis tali yang sesuai. Jangan pula guna tali plastik rafia yang cepat rapuh tu. Gunakan jenis tali yang tahan lama dan kukuh. Kalau untuk indoor ni lebih cantik gunakan jute string warna putih atau warna coklat tu. Nampak lebih natural dan sesuai untuk semua tema warna dalam rumah dengan perabot.

Running Man Boom and Just Blow Group Dance

Peminat Running Man anyone? Okay, Fiza salah seorang peminat running man sejak episod 1 lagi. Tengok episod 1 terus terjebak sampailah sekarang. Hari isnin memang hari untuk layan Running Man show je lah. 

3 minggu berturut-turut Episod (467, 468 dan 469) Running Man 1st Fan Meeting in Seoul untuk 9th-anniversary fan meeting antara episod yang best untuk peminat yang layan Running Man. Betul tak? 

Susah nak move on lagi-lagi members group dance stage tu memang boom and just blow sangat. Bukan hanya buat persembahan tapi sekali dengan game show mission juga tu. 

Episode 467 
  • Opening cover lagu BTOB's yang bertajuk "Only One For Me" 

Episode 468 
  • Haha-Dang Diggi Bang ft Skull, M.Tyson
  • Song Ji Hyo ft Ji Suk Jin - Don't give it to me
  • Lee Kwang Soo, Yang Se Chan & Jeon So Min - Women on the beach
  • Kim Jong Kook - speechless OST Aladdin

Penalty Performance
  • Haha & Yoo Jae Suk - Hollywood

Collaboration performances with artists
  • Pink Nose Light (Lee Kwang Soo, Suk Jin & A Pink)- Party

Episode 469

Collaboration performances with artists

  • Hyo Chan Park (Song Ji Hyo, Yang Se Chan, Nucksal & Code Kunst )- Bonjour Hi
  • Jeon Soran and Yoo Jae Suk (Jeon So Min, Yoo Jae Suk & Soran) - Confess Already
  • F-Killer (Kim Jong Kook, Haha & Gummy)- Raise Your Voice

sumber : google

Members Group Dance Stage
Group dance ni antara performance yang paling dinanti-nantikan oleh peminat running man. Excited nak tengok team members dance. Cabaran paling susah dan paling membuatkan peminat running man susah nak move on. 

baca juga : tonton running man dance song boom and just blow

Lepas group dance ni, paling mendapat pujian Ji Hyo dengan Suk Jin lah sebab tak sangka mereka boleh perform dengan hebat. Bak kata pepatah " Practice makes perfect".


Ending
Running Man - I Like you

Di akhir episod, Kim Jong Kook berjaya meneka siapakah spy dalam episod fan meeting. Berakhirlah episod Running Man 1st Fan Meeting in Seoul. Memang tak mengecewakan peminat dengan usaha mereka. 

Rasa emosi pula tengok episod ni. Ye lah, bukan mudah nak memuaskan hati semua orang walaupun kita berusaha sehabis baik. Apa yang boleh di ikut tu kena all out lah dalam buat sesuatu tu. Barulah hasilnya boom!

Mini Aquarium Dan Jenis-jenis Ikan Yang Mudah Nak Bela

Selamat pagi! Salam jumaat. Alhamdulillah, sakit mata getting better. Kurang merah dan kurang rasa sakitnya. Dalam seminggu ni harap-harap bolehlah kembali baik sepenuhnya. Dalam masa sakit tak boleh tengok cahaya yang banyak, lagi-lagi screen handphone dan desktop tu kita perlukan terapi mata juga kan. Letih juga nak tidur dan pejam mata je. So saja beli ikan untuk mini aquarium letak kat workspace. Kononnya macam terapi untuk mata lah.

Niat di hati nak beli ikan comel je untuk mini aquarium. Tak tahu jenis-jenis ikan yang mudah nak bela dan macamana nak bela. Kalau boleh taknak ikan yang jenis melompat sebab nak letak dalam balang kaca je. Sebab bela ikan puyu dulu senang bela cuma mati sebab dia melompat keluar balang sampai kamiorang tak perasan tak ada dalam balang tu. Owner kedai tu cakap kalau nak bela ikan tanpa guna oksigen dan tak melompat, pilih ikan guppy lah.

So, Fiza pun pilihlah ikan guppy 2 ekor, seekor RM2.  Tak pastilah jantan betina, Fiza pilih yang colour ekor dia macam menyerlah baru berseri cantik dalam balang kaca tu. Kemudian Fiza pilih swordtail fish, ekor dia macam sword tu dan ikan ni berwarna macam ikan emas. Kalau duduk bawah cahaya memang menyerlah sangat tau ikan ni. Ikan ketiga Fiza beli black neon tetra. Ikan ni sangat comel dan kecil Nak kenal ikan ni ada garisan hitam tengah-tengah badan dia.


Lepas beli tu Fiza masukkan semuanya dalam satu balang kaca dengan air-air dari aquarium kedai tu. Tak campur dengan air lain pun. Malam tu Fiza bagi makan sikit lah. Hiasan dalam mini aquarium tu cuma batu dengan golden pothos. Esoknya ikan guppy, black neon tetra dengan sekor swordtail fish mati. Yang tinggal seekor je swordtail fish tu. Kenapa entah!

Tak boleh satukan ke semua ikan ni? Atau memang kena guna oksigen baru mereka hidup sihat dan bahagia macam tu? Apeni??? Baru nak mood good-good terapi mata terus jadi mood down sebab ikan mati. Kau orang pernah bela ikan comel macam ni tak? Ada tips atau boleh share jenis-jenis ikan yang mudah nak bela tanpa oksigen? Please suggest. Ada rezeki nak cari anak ikan baru untuk mini aquarium. Terima kasih

Sah! Mata Kena Jangkitan.

Semalam hari ke empat sakit mata merah bengkak lepas bangun tidur hari jumaat lepas. Lepas dah tak tahan sakit dan tak ada perkembangan macam nak baik, terus pergi klinik juga. Mulanya bila husband ajak malas nak pergi sebab rasa macam sakit mata biasa je dan sebenarnya malas nak menunggu lama kat klink tu. Bila dah tak tahan sakit yang tak boleh bawa bincang tu, barulah rajin nak pergi klinik.

Sampai klinik tengok ramai orang. Rasa macam nak patah balik rumah je. Tapi sebab sakit, gigih melangkah dan sabar je lah tunggu giliran tu. Alhamdulillah tak sampai sejam menunggu sampailah giliran masuk bilik doktor. Doktor pun tanya "Dah berapa hari sakit mata". Harini hari ke empat doktor. Doktor balas "Dah empat hari sakit mata baru awak jumpa doktor?". Saya ingatkan sakit biasa je macam ada something dalam mata. 

Doktor pun check lah dan cakap ada putih-putih dalam mata. Maksudnya apa? Sah! mata kena jangkitan. Tapi tak ada pun tahi mata atau gatal-gatal. Tak tahu puncanya apa. Cuma terasa ada something dalam mata yang buatkan mata rasa tak selesa bila buka ataupun tutup. Doktor pun bagi antibiotik dan panadol untuk tahan sakit. 


Dalam masa seminggu kalau tak okay guna ubat titis ni, doktor suggest beli ubat titis yang lagi kuat kat pharmacy. Kalau masih tak okay, minggu depan kita jumpa dia semula. Fuhh, seram pula kalau tak okay. Harap-harap okaylah lepas guna ubat ni. Kalau rehat pun tak boleh rehat sangat sebab banyak nak fikir kerja yang belum settle. 

Lepas makan panadol tu memang tidur lena betul lah hilang rasa sakit tu. Ubat titis tu pula kalau dititis mengalir pula pada saluran tekak tu, aduhaiii kalau boleh taknak melalui rasa kepahitan kelat-kelat ubat titis tu. Pahit kelat ku telan jua. Doakan Fiza cepat sembuh ye. Sekarang tak boleh nak blogwalking sangat sebab tak boleh nak tengok screen terang-terang ni. Screen handphone dah habis low light pun masih sakit kalau tengok. Sipi-sipi je lah. 

Kalau kau orang kena sakit mata kalau dah sehari sakit, cepat-cepat pergi jumpa doktor okay. Jangan tunggu lama-lama. Kalau tak, kalau dah melarat lambat nak sembuh. Apapun doakan Fiza cepat sembuh okay. Terima kasih semua.

Sakit Mata Lepas Bangun Tidur

Bangun tidur, celik mata terkebil-kebil mata kejap sebab macam rasa ada 'something' dalam mata. Terasa macam habuk kasar yang besar tapi dok kebil-kebil punya lama masih rasa tak selesa. Letak eyeglo pun masih tak okay juga. ahh sudah.. macamana nak buat ni? Titis eyeglo lagi dengan harapan akan okaylah. Tapi tak! Lama-lama mata merah dan bengkak. Nak buka mata pun azab!
Hari pertama

Esoknya bangun pagi macam okay sikit lah. Kusangkakan panas hingga ke petang rupanya masih tak okay. Masih terasa anasir jahat ada dalam mata. Puas lah dok belek depan cermin tengok dalam mata ni tak ada juga sebarang benda. Risau lah calar balar tu boleh beri kesan pada mata. Bila Fiza google kenapa sakit mata lepas bangun tidur tu berkemungkinan infection lah sebab punca lain macam tak releven dengan kes Fiza ni. 

Infection sebab apa pun tak tahulah sebab macam pelik tiba-tiba boleh macam tu kan. Nak kata pakai contact lens rasanya dah berbulan dah Fiza tak pakai. Semalam hari ketiga, bangun tidur rasa sakit macam hari pertama kena tu. Tak tahu nak cakap macam mana. Tapi dia tak semerah dan sebengkak hari pertama. Sakit tu tetap ada. 

Hari ketiga

Buat masa ni makan panadol untuk tahan sakit tu. Memang kurang sikit sakit tu lepas dah tidur dan bila dah lama dia akan rasa sakit semula. Kalau berterusan macam ni memang kena pergi klinik. Tengok apa sebabnya jadi macam ni. Kau orang pernah kena sakit mata lepas bangun tidur macam ni tak? 

Fungsi Bunga Manggar

Kompang dipalu pengantin baru. Duduk bersanding tersipu malu. Eh..ternyanyi pulak! Ada jemputan kahwin ke harini? Bolehlah berehat masak dan menjamu nasi minyak kan. 

Cakap tentang kenduri kahwin teringat bunga manggar tiba-tiba. Sudahnya teringat terus bunga manggar majlis kahwin sendiri.  Lepas tu terfikir "apalah fungsi bunga manggar ni ye?". Gigih pula  nak fikir dan mencari nak dijadikan cerita hujung minggu.

Fungsi Bunga Manggar

Sebenarnya bunga manggar ni bukan lah benda wajib dalam majlis kahwin tapi sekadar salah satu hiasan penting dalam majlis kahwin. Boleh juga dikatakan satu simbolik majlis. Kalau tak ada bunga manggar tu macam kurang seri majlis kahwin lah kaedahnya gitu. 

Bukan majlis kahwin je ada bunga manggar ni, tapi majlis meraikan tetamu orang besar-besar pun ada bunga manggar. Digunakan ketika mengiringi pengantin atau tetamu. Bunga manggar ni macam penghias atau penyeri majlis menyambut dan meraikan. Mencantikkan lagi suasana majlis pun iya juga.


Selain tu, bunga manggar juga digunakan sebagai penunjuk arah ke majlis kahwin yang diletakkan pada papan tanda atau simpang jalan masuk ke rumah pengantin. 

Bunga manggar dilekatkan dengan tanda nama atau banner banting pengantin supaya tetamu tak salah rumah. Iyelah kan, kadang tu dalam masa yang sama dan tempat yang sama ada majlis kahwin yang lain juga.

Dulu-dulu bunga manggar dibuat daripada kertas plastik berkilat yang dililit pada batang lidi dan dicucuk pada buah betik muda. Bila dah siap bunga, buah betik dicucukkan pula pada batang buluh atau kayu sebagai pemegang. 

Biasanya budak-budak je ambil tugas pegang bunga manggar ni mengiringi pengantin. Dah siap iring pengantin lepas tu berebut nak ambil buat main. Bila zaman dah berubah, bunga manggar pun berubah ikut peredaran zaman. 

Fungsi Bunga Manggar

Jenis-jenis bunga manggar

Ada bunga manggar daripada gula-gula, bunga manggar rose, bunga manggar styrofoam dan bermacam-macam lagi lah. Saya suka something yang unik dan timbullah idea nak diy bunga manggar daripada plastik beg merah tu selepas google bermacam style. 

Kelopak bunga tu saya ikut tutorial macam orang buat bunga daripada riben dan saya pilih plastik tu sebab material dia plastik sesuai untuk cuaca hujan panas. Lagi satu, warna plastik bag tu warna pink yang sangat terang. Memang sesuai dengan majlis kahwin bertemakan pink!
 
baca juga : 

Boleh je guna material lain macam kertas crepe atau lain-lain kertas tapi sebab majlis outdoor, takut hujan je. Tak pasal bunga manggar jadi bunga manggar ku musnah nanti. Lagipun guna plastik merah tu sangat jimat kot. 

Kitar semula je plastik yang ada kat dapur tu. Sekarang pun dah bermacam warna plastik ada. Boleh rujuk tutorial link yang saya bagi kat atas tu ye.

Fungsi Bunga Manggar

Nampak tak keunikan bunga manggar yang dah siap ni. Fuhh, berbaloi tau gigih buat sorang-sorang bunga manggar ni. Of courselah kena siapkan awal. Kalau buat last minit memang tak lah nak siapkan. 

Bakal pengantin, kalau nak jimat DIY je. Tapi kalau bajet banyak dan tak cukup masa nak buat, beli je lagi senang kan. Buat sendiri ni memerlukan masa dan kegigihan. Kalau rajin separuh jalan pun tak guna.

Cuti sekolah tak lama lagikan. Mesti banyak majlis kahwin. Bolehlah buat bunga manggar di dari sekarang. Saja bagi idea pada kau orang walaupun dah entri tutorial tu dah bertahun lamanya. Masih berfungsi lagi entri tu untuk dikongsikan.

Jenis-Jenis Dekorasi Dan Ikatan Hidden Hantaran

Akhir-akhir ni 'Hidden Hantaran @ Covered Hantaran' menjadi trending dan menjadi pilihan bakal pengantin untuk dulang hantaran. Kiranya style hantaran paling latest lah untuk tahun ni sebab awal tahun Januari haritu pun pertunangan anak buah buat hidden hantaran ni dengan simple pelamin. Walaupun style 'sorok' hantaran ni dah ditelan zaman berzaman lamanya tapi tetap ON!

credit : google

Baru-baru ni je lah keluar semula style dulang hantaran sorok. Mungkin sebab kemunculan makcik makcik bawang yang sibuk membawang dengan hantaran orang. Lantas, muncul lah idea hidden hantaran  ni kes nak sorok segala barang hantaran supaya tak jadi buah mulut orang. Mungkinlah begitu ceritanya kot. Siapa lah yang punya idea nak keluarkan semula tradisi ni memang terbaiklah. Thumbs up!

credit : google

Hidden hantaran jadi misteri lah gitu untuk menutup mulut-mulut makcik bawang supaya tak buat cerita tentang hantaran murahlah, tak sesuailah apa lah. Tapi kalau dah namanya makcik bawang tetap mulutnya tak boleh ditutup. Serba tak kena je semua benda. Bagus juga tradisi sorok hantaran ni digunakan zaman sekarang ni kalau jenis tak nak guna hantaran terbuka.

Nampak Klassik

Hidden hantaran walaupun dah berzaman sejak zaman nenek moyang kita dulu tetap nampak releven di zaman moden ni. Pendek kata, tradisi ni tak lapuk dek zaman. Back to classic! Zaman dulu gunakan kain batik ataupun kain pelikat untuk membungkus dulang hantaran. Dulu hantaran jenis bulat tu dan lepas tu barulah muncul hantaran terbuka guna dulang hantaran tembaga yang sikit punya berat tu. Dan kemudiannya berubah mengikut peredaran zaman guna bekas kaca, dulang kayu dan sebagainya.

credit : google
Bila digunakan semula hidden hantaran dalam zaman moden ni banyaklah perubahan idea hidden hantaran ni dari segi penggunaan material, jenis ikatan dan dekorasi. Kalaulah hidden hantaran ni trend 6 tahun lepas memang Fiza buat. Takpe lah, boleh bagi idea atau buatkan untuk pertunangan dan kahwin orang lain nanti. Fiza rasa hidden hantaran ni macam lebih memudahkan kerja dalam menyediakan dulang hantaran dan jimat juga sebenarnya. Walaupun kalau kira-kira lebih kurang je harganya sebab kain pun costly juga kot kan.

Mudah dan Jimat!

Memudahkan sebab nak menyiapkan hanya perlu bungkus dengan ikatan dan sedikit dekorasi bunga kalau nak letak. Mudah nak bawa juga satu benda yang penting kalau rombongan dari jauh. Barang hantaran pun terjaga rapi dalam kotak tu. Boleh jimat masa nak sediakan kalau nak simple-simple je bungkus. Bahan-bahan pun hanya perlu gunakan bekas/kotak, kain dan juga bunga kalau nak. 

Nak mudah dan jimat guna je apa yang mudah nak sediakan macam kain batik atau kain pelikat macam zaman dulu. Bekas/ kotak tu boleh beli bekas tupperware kedai RM2 tu je. Tapi kalau nak nampak mahal dan mewah, gunalah kain sulam songket ke, satin ke, batik lukis ke kan. Bunga pun boleh guna bunga hidup segar atau bunga plastik. Susah-susah malas fikir bungkus je dengan cara ikatan yang agak style. Kain bungkusan tu boleh juga diguna pakai semula kan.

Jenis-Jenis Dekorasi Dan Ikatan Hidden Hantaran

Untuk hidden hantaran ni lebih baik gunakan kain kapas macam kain batik sebab mudah nak urus dari segi lipatan dan kemasan tu nampak kemas. Biasanya kalau guna kain batik tak perlu dah letak dekorasi macam bunga atau hiasan lain sebab corak pada kain pun dah nampak menarik dah.  

  • Kain batik/bercorak dengan ikatan simple.

credit : google

  • Kain songket dengan hiasan dokoh

credit : google

  • Kain sulaman songket dengan ikatan tali guni

credit : google

  • Kain satin corak dengan ikatan riben dan bunga 

boleh gunakan kain satin tudung bawal. credit : google

Kalau tak nak guna jenis kain bercorak, gunakan kain plain pun menarik. Boleh buat ikut tema warna majlis masing-masing.

  •   Kain satin dengan simpulan seperti sanggul rambut

credit : google

  •  Kain crepe dengan ikatan simpul selit bawah

credit : google

  • Kain satin dengan hiasan bunga

credit : google

Nama-nama di atas Fiza berikan ikut daripada gambar hidden hantaran pilihan Fiza. Kalau ada nama lain sila mention dalam kotak komen okay. Terima kasih pakcik google dan tuan punya gambar. Kalau tak tahu nak bungkus macamana, boleh je tengok kat youtube. Salah satu yang Fiza suka adalah furoshiki wrapping, Japanese style how to wrap boxes. Salah satu tutorial video how to wrap boxes, boleh tengok dalam youtube channel KyotoDesignHouse.

Nota penting : Semua gambar hasil dari carian google. Jika salah satu gambar milik anda, sila tinggalkan link di ruangan komen. Tak perlu cakap plagiat sebab bukan meniru hasil kerja anda untuk bisnes. Cuma berkongsi untuk idea bakal pengantin. Dunia internet luas, pusing pusing situ juga kan. Kadang kadang kita pun tiruvasi idea orang juga. So jika ada, boleh terus letakkan link dan akan di kreditkan kepada link tersebut. Tak perlu ayat berjela, halalkan atau menuduh plagiat. just komen gambar mana dan sertakan link. Mudah dan tak perlu ada isu. that's it.

Young Living | Essential Oil Panaway Bantu Legakan Sakit Otot

Kaki kejang/cramp dan sakit otot sejenis penyakit yang susah nak tahan sakitnya. Bayangkan kalau kaki cramp tiba-tiba memang rasa nak nangis dibuatnya! Kalau tak diurut atau takda apa-apa rawatan terpaksalah menahan derita sakit tu. Selain itu, sakit tulang, lenguh-lenguh, kebas dan sakit urat pun boleh tahan merana juga kalau terkena. Puncanya mungkin disebabkan banyak pergerakan aktiviti berat seharian atau mungkin juga kurang bergerak.

Stress kan bila kena hadap masalah berkaitan sendi otot, urat dan tulang ni. Sekali kalau sakit tu, terbatas pergerakan dan susah nak bergerak. Fiza pernah kena sakit pinggang. Nak solat tu memang sakit sungguh bila nak rukuk dan sujud tu. Fiza tak pasti disebabkan apa, mungkin sebab duduk terlalu lama dan tak bergerak. Jadi bila sekali bergerak laju dia jadi macam terkejut lah kot. 2 hari susah nak bergerak buat kerja rumah. Duduk terbaring je. Nangis!


Sakit sendi ni ada juga berpunca daripada faktor usia, obesiti dan keturunan juga. Sakit lututlah, sakit pinggang lah, sakit bahu lah, sakit betis, terseliuh dan bermacam lagi. Nampak macam tak teruk sangat je sakit sendi otot ni kan. Tapi kalau tak ada penyelesaian tak boleh juga.

Macam biasa minyak urutlah jadi pilihan mak ayah kita sejak zaman berzaman. Minyak urut bukan pilihan Fiza lah yang pastinya sebab minyak urut sekarang pun tak berapa berkesan macam dulu kan. Kesan dia pun dah berubah mengikut peredaran zaman. Mungkin bahan-bahan yang digunakan tak seasli zaman dulu kot.

YOUNG LIVING ESSENTIAL OIL PAN AWAY

So pilihan Fiza untuk sakit sendi otot dan lenguh-lenguh ni adalah Young Living Essential Oil (YLEO) Pan Away. Sejak jumpa YLEO Pan Away tak pandang dah minyak angin lain sebab YLEO ni jenis cepat meresap dan tidak meninggalkan kesan minyak pada kulit.

Paling penting menggunakan bahan semulajadi dan tiada bahan kimia @sintetik. EO Pan Away  adalah gabungan bahan-bahan semulajadi seperti Wintergreen, Clove, Helichrysum, Peppermint, Lemon, Idaho Balsam FirCopaibaVetiver dan Palo Santo yang bersifat panas dan berfungsi untuk mengendurkan otot serta urat yang tegang bagi membantu menghilangkan rasa tidak selesa.


Fungsi Bahan-bahan dalam EO Pan Away :

  • Wintergreen : Membantu meredakan sakit pada otot dan sendi.
  • Clove :  Berfungsi sebagai antioksidan yang membantu meredakan sakit sengal sendi, otot dan boleh juga digunakan untuk meredakan sakit gigi atau gusi.
  • Helichrysum : Membantu melancarkan sistem aliran darah dalam badan dan lapisan kulit serta saraf   untuk meredakan sengal dan bisa.
  • Peppermint : Membantu meredakan urat yang tegang di kepala dan leher jika pening kepala
  • Lemon - Memberikan tenaga pada otak dan membantu membuatkan emosi lebih stabil.
  • Idaho Balsam Fir- Membantu stimulasikan otak dan meringankan sengal pada otot dan sendi.
  • Copaiba - Membantu meredakan sengal pada otot dan dijadikan sebagai painkiller
  • Vetiver- Membantu untuk menguatkan tulang dan otot.
  • Palo Santo - Membantu melancarkan sistem pernafasan dan membantu meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan. 

                  YLEO Lemon untuk demam, batuk dan selsema

CEPAT MERESAP, TIDAK BERMINYAK DAN SEJUK

Selain cepat meresap, tidak berminyak pada kulit dan cepat berkesan. Fiza suka kesan sejuk menthol tu sebab ada bahan peppermint tu. Dinasihatkan sebelum sapu EO Pan Away, perlu dilute terlebih dahulu dengan carrier oil/natural oil (Coconut oil/seed oil/olive oil) sebelum sapu.

 

Takut panas sangat kalau sapu direct pada kulit. Dan kalau dilute dengan carrier oil kuantiti minyak lebih banyak dan lebih banyak kawasan dapat disapu. Jimat pun jimat kan. Minyak urut paling best dan rasa lebih selesa selepas sapu.

BERKESAN UNTUK SAKIT OTOT SENDI, LENGUH, KEBAS, TERSELIUH DAN KEJANG

Kalau jenis suka bersukan dan kerap lenguh atau sakit-sakit otot ke kejang ke boleh cuba EO Pan Away ni. EO must have lah untuk jenis yang suka bersukan, kerap lenguh-lenguh atau boleh bekalkan pada mak ayah kita yang kerja berat selalu sakit lutut atau pinggang tu. Bau dia pun sangat best dan fresh tak macam minyak angin.

Bagi kau orang yang kaki hiking, cycling, running dan lain-lain aktiviti sukan tu gunakan je EO Pan Away untuk hilangkan sakit sakit otot yang baru nak mula mengembang tu. Biasanya awal-awal baru nak mula aktif ni otot macam sakit sikit. Tapi lama-lama dah konsisten bersukan otot dah biasa dah dengan aktiviti tu. Tapi sesekali hiking macam Fiza memang sakit teruk lah. Lagi-lagi kalau hiking gunung tu. 

ESSENTIAL OIL PANAWAY MUST HAVE!

Kesimpulannya EO Pan Away ni boleh digunakan untuk menyokong dan melegakan otot selepas melakukan aktiviti sukan/senaman. EO yang berguna juga untuk pening kepala ataupun sakit senggugut tu. Memang berkesanlah! EO Pan Away ni tidak sesuai untuk diffuse ye. Hanya digunakan secara topically (sapuan) sahaja. 

Young Living Trusted Distributor N9
YL ID : 19148280

Disclaimer : Essential Oil bukanlah ubat, ia adalah alternatif untuk gaya hidup yang lebih sihat dengan bahan semulajadi. 

Resepi | Pisang Tanduk Goreng

Pisang tanduk, pisang yang mudah nak kenal sebab saiz dia lebih besar daripada pisang yang lain dan bentuknya panjang seperti tanduk. Itu sebabnya dinamakan pisang tanduk. Kalau tak tahu pisang tanduk tu memang tak tahu nak cakaplah kan. Pisang tanduk rasa dia manis dan tak kelat. Biasanya sedap dibuat kerepek pisang atau pisang goreng. Kebetulan balik kampung, pisang tanduk kebun abah dah boleh ditebang. Dapatlah bawa balik sesisir, adalah dalam 5 biji macam tu.

Kira cukuplah sebab berdua je nak makan pun. Bawa dari kampung haritu masih muda. Nak buat kerepek macam malas ya amat. Jadinya tunggu pisang tanduk masak baru buat pisang goreng. Sebenarnya pisang tanduk ni Fiza suka buat kerepek je. Kalau goreng dia macam kurang sedap melainkan potong nipis dan goreng rangup. 



Gambar atas tu baru separuh daripada 1 biji pisang tu. Memang dapat banyak. Berbaloi sangat kalau ada pisang tanduk ni. Sebab tu lah kalau kerepek atau pisang goreng dia harga macam mahal sikit kan. Zaman sekarang, apa je yang tak mahal. Selagi ada tanah dapat bercucuk tanam sangatlah berbaloi. 


Cara Fiza bancuh adunan tepung tu ikut adunan cempedak goreng rangup tu. Sama je bahan-bahan dia. Goreng memang rangup dan kurang berminyak walaupun tak bertapis dengan tisu. Tapi biasanya Fiza tapis minyak guna tisu lah untuk menyerap minyak tu. 

Bahan-bahan
Tepung gandum
suku camca Serbuk kunyit
Secubit garam 
Air sejuk (air dalam peti ais)
Minyak masak panas 2 sudu

Bancuh semua bahan kecuali minyak panas dalam satu bekas. Dah siap bancuh, last sekali baru letak minyak panas dan kacau rata. Sukatan air dan tepung tu bergantung banyak mana pisang yang nak digoreng. Tapi bancuh jangan cair sangat ye. Tak pekat dan tak cair sangat macam tu. Goreng dalam minyak panas yang banyak. Warna dah kekuningan baru angkat dan toskan minyak. Siap untuk hidangan minum petang.

Resepi | Spaghetti Carbonara Super Creamy

Spaghetti carbonara, menu favourite husband. Kalau bagi pilihan carbonara atau bolognese, dia pilih carbonara of course! Kalau Fiza, lebih suka bolognese. Tapi sejak Fiza tahu resepi Spaghetti Carbonara Super Creamy by Che Nom tu, terus rasa suka dengan sos carbonara walaupun dulu rasa macam so so je. So now dah boleh jadi salah satu one of my favourite western food lah.

Selama ni masak simple je tak creamy sangat. Rupanya lagi sedap kalau lemak berkrim disukai ramai kalau guna resepi spaghetti carbonara lemak berkrim daripada Che Nom. Mulanya Fiza tertengok cara buat di youtube. Tengok-tengok macam mudah sangat. So sajalah cuba masak macam tu. Finally, rasa dia memang umphh lah!




Ini bahan-bahan yang perlu kau orang sediakan. Fiza copy paste daripada resepi Che Nom. Dan cara buat tu kau orang boleh play video kat bawah ni atau terus ke channel Youtube Che Nom.

Bahan-bahan untuk sos
Sedikit minyak zaitun 
½ biji bawang Holland 
2 ulas bawang putih 
4 batang sosej 
capsicum merah dan hijau 
1 mangkuk udang 
black pepper 
cendawan 
sos carbonara Prego 
susu full cream 
1 keping keju cheddar 
Italian herbs kering 
Daun parsley

Bahan-bahan untuk spaghetti
Air secukupnya 
1 paket spaghetti,500g 
Sedikit garam Minyak zaitun


Credit resepi dan video : Channel Youtube Che Nom

 Kalau kau orang dah cuba masak ni, Fiza gerenti kau orang terus suka dengan spaghetti carbonara yang lemak berkrim, super creamy, extra creamy. Haa..memang sedaplah! Cuma Fiza tak letak udang je masa masak ni. Boleh pula lupa nak letak sebab biasa kalau masak carbonara tak letak udang melainkan masak oglio olio je. Takpe, nanti nak cuba letak udang pula.

Baca juga :  Resepi Spaghetti Salted Eggs
                    Resepi Spaghetti Oglio Olio


Terima kasih Che Nom berkongsi resepi sedap ni dan Fiza recommend resepi ni untuk kau orang cuba juga nanti okay! Selamat mencuba dan memasak dengan penuh kasih sayang untuk orang orang yang tersayang.

3 Jenis Pokok Lidah Mertua/Sansevieria Untuk Dekorasi Dalam Rumah

Selamat pagi! Selamat kembali bekerja selepas long weekend yang terakhir bulan September ni. No more long weekend dah untuk bulan ni. Minggu depan dah boleh start dengan monday, no more Tuesday Blues. Liatnya alahainya nak mulakan kerja hari ni. Kalau boleh hari-hari nak menikmati cuti. Cuti long weekend sempat balik kampung kejap sehari. Dalam masa sehari tu sempat jugalah ambil benih 3 jenis pokok lidah mertua kat rumah mak. Ingatkan ada satu jenis je mak tanam, rupanya ada 3 jenis ni. Bolehlah buat koleksi baru dekorasi dalam rumah.

Pokok lidah mertua ni memang banyak sangat namanya. Antaranya lidah mak mertua, lidah mentua, lidah jin, lidah hantu, lidah ular dan bermacam lagi. Nama english pun ada pelbagai dipanggil sansevieria atau snake plant. Dah boleh hadam dah segala nama-nama tu. Semua nama yang disebutkan tu kira betul lah ye. Tak payah susah-susah nak confused. Anggap je semua nama tu wujud dan betul.

3 Jenis Pokok Lidah Mertua/Sansevieria Untuk Dekorasi Dalam Rumah


1. Sansevieria Golden Hahnii

Untuk sanseviera trisfasciata lorentii ada banyak jenis juga. Yang Fiza ambil ni jenis sederhana panjang pertumbuhan dia. Kalau jenis panjang tinggi tu nama dia Sanseviera Trifasciata Lorentii. Untuk jenis Golden Hahnii ni warna kuning emas pada bahagian tepi daun agak tebal berbanding lorentii dan daun golden hahnii lebih lebar.


2. Sansevieria trifasciata Prain

Jenis Trifasciata bukan hanya ada yang jalur kuning sahaja pada tepi daun. Ada juga jenis yang bewarna hijau berbelang-belang kelabu macam trisfaciata prain ni. Sejenis spesis yang mempunyai daun panjang dan tajam. Kalau jenis pendek sikit namanya trisfaciata futura yang saiznya dan corak macam lorentii cuma tak ada lining kuning je. 



3. Sansevieria Trifasciata Bantel’s Sensation/ White Sansevieria

Jenis Bantel's Sensation/ White Sansevieria ni antara jenis paling senang nak kenal sebab lain sikit daripada yang lain. Jenis daun bercorak garisan warna hijau dan dasarnya warna putih. Pokok jenis lurus tinggi, keras dan tumbuh secara rapat. Memang nampak beza ketinggian white sansevieria ni dengan jenis lain.


Jenis rumah tanah ditutupi simen, makanya buat tanaman dekorasi dalam rumah je lah jawabnya. Fiza cuba tanam dalam air buat masa ni. Harap-harap menjadi lah. Kalau menjadi propagate boleh lah pindahkan sikit dalam pasu besar. Pokok lidah mertua ni kalau tanam untuk landskap jadikan pagar memang cantik sangat. Atau letak dalam pasu besar memang cantik kan. Sesuai untuk dijadikan hiasan dalam rumah dan luar rumah. Untuk dalam rumah tu boleh berfungsi sebagai pembersih udara dan mengurangkan bau yang tak best dalam rumah

                  3 tanaman dalam air untuk hiasan dalam rumah

Selama ni tak pandang pun pokok lidah mertua ni. Tapi sejak terjebak dengan pokok hiasan ni barulah tersuka tanpa sengaja. Dan tahu pokok ni ada fungsinya memang mencarilah pokok lidah mertua ni. Biasanya harga kat nursery sepokok dalam RM15 dan ke atas. Kira jimat juga lah ambil kat rumah mak ni. Kena sabar sikitlah tunggu dia membesar depan mata. Hari-hari buat terapi mata dan tengok pembesaran pokok lidah mertua ni.

Credit : rezahape

Resepi | Nasi Goreng Sardin

Nasi goreng, menu paling mudah dan cepat disediakan. Kalau pening nak masak apa, masak nasi goreng je senang tak perlu nak fikir nak masak apa. Tapi kalau nasi goreng biasa setiap hari macam jemu juga tekak ni kan. Sesekali tu kena ubah citarasa sikit. Macam Fiza suka dengan nasi goreng sardin. Seminggu menu nasi goreng sardin untuk breakfast dan lunch pun takpe. Tapi malam kena menu lain pula. Kalau seminggu pagi petang malam hadap nasi goreng sardin jadi jemu nanti. Cukup menu untuk breakfast dan lunch je.


Biasa Fiza beli sardin tin sederhana besar. Dalam dia kadang ada 4 ekor sardin dan kadang ada 5 ekor sardin. Kalau ada 5 ekor tu cukuplah untuk 5 hari menu nasi goreng sardin. Sebab apa masak nasi goreng sebab mudah kerja nak sediakan menu breakfast merangkap bekalan kerja untuk suami. Sebab suami pun lebih suka bekal yang simple je, senang nak makan katanya dan juga tak nak menyusahkan isteri nak menyediakan lauk pauk bagai. 

Alhamdulillah. Jadi lebih mudah suami jenis tak cerewet. Dah boleh jimat masa, jimat belanja dan jimat tenaga kat situ. Okay berbalik kepada sardin tu. Fiza keluarkan dan asingkan seekor-seekor dalam bekas tupperware kecil dan simpan dalam peti ais. Sos sardin tu bahagikan sama rata dalam setiap bekas sardin yang diasingkan. Bila nak masak ambil satu bekas je. Kiranya sekali masak, seekor sardin lah macam tu. Janji ada rasa sardin sebab kalau letak seekor pun rasa sardin tu taklah kuat sangat. 

Resepi Nasi Goreng Sardin Masak Cara Fiza


Bahan-bahan
Nasi ( Biasa masak 1 1/2 cup untuk 4 hidangan)
Cili Api
4 biji bawang merah rose (kalau bawang besar guna separuh cukup dah)
2 ulas bawang putih
Ikan bilis sikit je cukup
4 sudu minyak masak
garam suku camca je
1 ekor sardin bersama sos sardin sikit
1 biji telur

Cara  Masak
1. Blend  cili api, bawang merah, bawang putih dan ikan bilis. Nak lagi sedap, tumbuk guna lesung batu tumbuk kasar je.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan blend sampai naik bau dan sedikit garing. 
3. Kemudian masukkan sardin bersama sos sardin. Hancur-hancurkan isi sardin tu ye. Kalau nak hancur-hancur kan sebelum masuk dalam kuali pun boleh. Biar masak kejap.
4. Pecahkan telur dan kacau.
5. Masukkan garam dan kacau rata. Akhir sekali baru masukkan nasi dan kacau lah sampai semua bahan tumis mesra dengan nasi tu. Siap!

Sama je masak macam nasi goreng biasa cuma tambah sardin tu je lah. Sesekali ubah rasa sikit. Kalau tak nak sardin, nak rasa ikan yang mild je guna tuna flakes tu. Tambah dengan salted egg lagilah sedap. Tak perlu tambah garam dah sebab dah masin. Sumpah sedap! Cubalah kalau nak rasa. Ini resepi untuk orang yang makan sardin je. Yang tak makan sardin mesti cakap tak sedap punya. Kan!

Yang pening nak masak apa untuk breakfast atau sediakan bekal hari hari tu bolehlah cuba menu nasi goreng sardin ni ha. Mudah, cepat dan sedap! 

Young Living | Minty Aroma Essential Oils Peppermint & Spearmint

Bangun pagi dapat sedut minty aroma memang terasa segar dan hilang rasa mengantok tu. Sejak dah terjebak dengan essential oil ni terasa berubah sikit lifestyle. Mood tu lebih baik dengan adanya aromaterapi. Dah terjebak barulah tahu ianya sangat membantu. Ingatkan minyak semata-mata. Tak kenal maka tak cinta. Sekarang memang dah jatuh cinta. Untuk minty aroma, Fiza suka dengan Young Living Essential Oil (YLEOPeppermint & Spearmint.


Young Living Essential Oil (YLEO) Peppermint

Fiza percaya, semua orang memang suka dengan minty aroma. Rasa berangin sejuk dan segar ya amat. EO Peppermint antara essential oil yang paling laris dan must have essential oil untuk kegunaan setiap hari. Sebab apa terlajak laris? Sebab manfaat YLEO Peppermint ni dapat membantu masalah pencernaan, rasa mual, kembung perut, sakit kepala, melegakan pernafasan, batuk dan menghilangkan bau yang kurang sedap. Sebenarnya banyak lagi kegunaan YLEO Peppermint ni. 


Kalau nak lebih fokus dan lebih segar buat kerja. Awal-awal pagi sebelum mula nak buat kerja design atau writing tu, Fiza diffuse je EO Peppermint ni. Kalau tak diffuse EO Peppermint, Fiza akan gunakan kaedah inhale terus dengan cara titiskan pada tapak tangan, gosok arah/lawan arah jam kemudian tekup pada hidung dan sedut bau EO perlahan dalam-dalam. Dia punya segar balik tu memang membantu sangat. Lega penafasan juga. 

Itu sebabnya lebih fokus dan relaks nak buat kerja. Pendek kata boleh mandatangkan mood positif. Kalau rasa kurang bertenaga atau stress sapu je EO Peppermint pada belakang leher. Tapi kalau nak sapu pada anak-anak kecil tu kena dilute EO Peppermint ni dengan carrier oil dulu. Carrier oil ni boleh guna organic oil macam coconut oil, olive oil atau seed oil.  Nisbah campuran tu boleh rujuk dalam gambar bawah ni.


EO Peppermint juga  boleh tambahkan dalam shampoo untuk rasa dingin kulit kepala. Lagi satu penggunaan EO Peppermint ni boleh titiskan dalam botol kaca spray untuk menghalau serangga. Masa musim banyak lalat tu, Fiza lapkan dengan kain basah campur setitis EO Peppermint terus lalat tak hinggap dah. Terus rasa macam 'wow' sangat. Dahlah EO ni tak mengandungi chemical. Rasa lebih puas hati guna EO 100% pure pati semulajadi ni. Rasa selamat kalau nak spray spray untuk pembersihan ni.

baca juga : Young Living Essential Oil Lavender
                  Young Living Essential Oil Lemon


Young Living Essential Oil (YLEO) Spearmint

EO Spearmint sama je dengan peppermint tapi dia punya kandungan menthol kurang daripada peppermint. Minty aroma dia lebih ringan sebab kandungan menthol dia lebih renda. Jadi, spearmint lebih sesuai untuk kegunaan anak-anak atau mereka yang lebih sesuai dengan minty aroma yang lebih ringan. Itulah perbezaan EO Peppermint dan Spearmint ni. Yang lain fungsi dan sifatnya lebih kurang je.


Fiza lebih suka dengan EO Peppermint sebab bau dia lebih kuat. Yang selalu rasa pening, mual, lesu tu boleh cuba guna EO Peppermint atau Spearmint ni. Letak siap-siap dalam handbag untuk memudahkan penggunaan di mana-mana. Kalau nak rasa fresh air dengan minty aroma, diffuse je EO dua-dua ni. Serius cakap, memang best gila kot dengan YLEO ni. Nak cuba, boleh je beli dengan Fiza.

Young Living Trusted Distributor N9
YL ID : 19148280

3 Tanaman Dalam Air Untuk Hiasan Dalam Rumah

Rasanya saya dah beberapa kali give up nak tanam pokok dalam pasu. Yang hidup pun hanya pokok kaktus je lah untuk hiasan. 

Sudahnya saya buat tanaman dalam air je untuk buat hiasan dalam rumah. saya guna 3 tanaman dalam air untuk hiasan dalam rumah yang berfungsi untuk bersihkan udara dalam rumah. 

Bukan saja-saja buat perhiasan ye. Tapi ada fungsinya.


Kebetulan 3 tanaman yang ada boleh hidup dalam air. So saya pindahkan dari pasu ke dalam balang kaca. Risau pula dibiarkan dalam pasu lepas ambil dari kampung tu. Takut mati lagi sia-sia bawa dari kampung tu. 

3 Pokok hiasan dalam rumah menggunakan air


1. Devil's Ivy

Kalau bahasa melayunya dipanggil sirih gading. Pokok ni memang mudah hidup dalam tanah ataupun dalam air dan susah nak mati. 

Sejenis pokok yang membesar cepat bila cahaya dan air cukup kalau tanam dalam tanah. Letak dalam air lagi mudah jaga sebab hanya perlu letak di tempat yang cukup cahaya dah okay dah. 


2. Snake plant

Snake plant ni ada banyak jenis. Orang kita panggil pokok lidah mertua atau pokok lidah jin. Dengar nama tu jadi takut dan rasa berbisa je kalau terkena pokok tu. 

Tapi pokok ni memang sangat bagus tau jadikan hiasan dalam rumah sebab boleh menyerap racun karbondioksida, benzene dan lain-lain lagi. Lagi satu, dia boleh menghilangkan bau yang tak sedap dalam ruang bilik. Sejauh mana keberkesanan tu, kena lah cuba letak dalam ruang rumah. 


3. Spider Plant

Spider plant ni salah satu pokok favourite saya sebab suka tengok rimbunan daun macam labah-labah tu. Sedap mata memandang. 

Fungsi dia sama macam pokok sirih gading dan snake plant tu. Akar dia jenis macam ubi, unik sikit. Boleh hidup dalam air dan nampak menarik pula tengok akar-akar ubi tu kan.


Saya rasa penjagaan pokok tanaman dalam air ni lebih mudah dijaga. Hanya perlukan cahaya yang cukup dan tambah air bila perlu ditambah je. Tak perlu beria nak siram sehari dua kali atau 2 hari sekali ni. Senang. 

Tapi, kena pastikan tukar air dan tiada jentik-jentik okay! Itu memang kena rajin. Jangan malas-malas. Tunggu apa lagi? Carilah pokok-pokok ni boleh jadikan hiasan di meja kerja kau orang tu. Tengok tumbuhan hijau satu terapi juga. 

Tips : Untuk makanan pokok tanaman dalam air ni, boleh rendam kulit telur yang dihancurkan dalam botol selama 4-5 hari. Kemudian masukkan air rendaman kulit telur tu beberapa sudu dalam bekas air pokok ni. 

Ada orang letak separuh air biasa dan separuh lagi air rendaman kulit telur tu. Tapi saya letak sikit je air kulit telur tu sebab tak nak air keruh. Cukup letak sikit dah memadailah kot untuk makanan pokok tu. Nak tahu lebih lanjut boleh cuba tengok kat youtube

Kebun Lalang Pun Cantik Untuk Photoshoot

Sumpah lawa bila tengok gambar orang kampung ambil gambar kat kebun lalang ni. Memang cantiklah dan sesuai untuk photography. Siapalah founder yang jumpa kebun lalang yang cantik ni. Walaupun hanya sekadar lalang tapi kalau tengok hasilnya. Masya-Allah. Indahnya kejadian alam ciptaan Allah. Salah satu hidden gem lah kalau tengah tumbuh lalang.

Gambar asal sebelum edit

Gambar atas tu belum edit lagi. Tapi kalau dah edit dengan menggunakan preset lightroom, lagilah bertambah cantik hasil gambar tu. Kau orang boleh dapatkan preset lightroom percuma je download online je.


Kalau nak gambar lagi cantik, lighting memang kena on pointlah. Natural light tu nampak gambar tu lagi terang jelas dan cantik. Itu kalau pakai smartphone. Kalau pakai DSLR tu kena tanya professional photographer sebab Fiza tak arif lah bab setting DLSR tu. Guna smartphone dan gopro je tahu. Tahu snap je. Bab setting sila jangan tanya.

Dah ambil gambar elok-elok tu lepas tu edit je guna lightroom. Nak cerah ke nak gelap ke nak tema orange teal ke ikut suka. Downloadlah banyak-banyak preset selagi muat. Tapi paling penting, lighting tu lah. Fiza suka ambil gambar tengah panas tapi cuaca panas kadang spoil mood juga sebab kena berpanas. 



Satu lagi gambar yang Fiza suka. Permandangan sangat cantik. Entah siapa punya kebun tak pastilah. Tapi Fiza ambil gambar ni tepi jalan je tak masuk dalam semak lalang tu pun. Tapi dalam gambar macam acah-acah dalam semak lalang kononnya. Suka tengok photography yang berlatar belakangkan alam semulajadi.

Lalang liar macam ni kat mana-mana ada kan. Kalau dia tumbuh rimbun banyak macam sepadang macam ni memang cantik untuk ambil gambar. Pantang jumpa tempat cantik mesti nak ambil gambar juga. 

Tukar Template Baru Lebih Cepat Loading dan Responsive

Jarang sekali tukar template blog sebab kerja menghadap coding tu boleh buat pening kepala dan berlamaan depan dekstop tu. Selagi tak menjadi selagi tu lah akan cuba sampai berjaya buat template blog tu puas hati. lagi-lagi template beli online, lagi susah nak faham struktur coding dia sebab berbeza dengan yang basic. Silap buat, boleh nangis okay!

Bukan saja-saja tukar template blog sebab Fiza suka gila dengan template sebelum ni. Unique template dan harga template pun costly jugalah pada Fiza. Lama juga bertahan dengan template sebelum ni. Kalau kau orang masih ingat lah template blog lama. Tapi terpaksalah melepaskan pergi sebab template tu entah kenapa not mobile friendly pula dah. Padahal tak usik apa pun. Template pun responsive je sebenarnya kalau test. 

Template baru September 9, 2019

Almaklumlah sekarang ni google strict betul ye macam cikgu besar sekolah. Tukar rules baru lah apa lah. Yang zero knowledge ni terkontang kanting menggoogle nak solve problem. Sudahnya kita kasi tukar itu template blog je senang! Nak tak tak terpaksalah Fiza tukar kepada template baru yang lebih cepat loading dan responsive.

Ye, ada hikmahnya sesuatu tu terjadi kan. Akhir-akhir ni Fiza perasan traffik blog kurang dan earnings adsense turun tak pasal-pasal. Lepas check itu ini katanya tak mobile friendly, slow dan sitelinks pun tak ada kat google dah. Aduhaii, nak pitam sekejap! Sebelum ni elok tiba-tiba dia buat hal. Redha je lah tukar baru walaupun tahu traffik akan turun selepas tukar template baru.


Okay takpe, fikir positif je lah Fiza oii. Apa nak fikir lagi kan? Jadi, Fiza beli lah template yang rasa okay untuk new look blog Fiza ni. Fiza pilih minimalist design dan cepat loading. Tak letak banyak widget sebab tak nak beratkan blog lagi. Cukuplah tampung berat badan sendiri je. So macamana template baru? Loading, jenis tulisan, warna dan semuanya okay tak? Boleh berikan pendapat kau orang tentang template baru ni untuk perbaiki mana-mana kekurangan. Terima kasih.

Hikmahnya tukar template baru ni, traffik tak turun pun tapi makin meningkat dan earnings pun meningkat juga. Alhamdulillah syukur dan lega tak perlu susah fikir lagi macamana nak solve. Itulah kadang menjadi kadang tak. Syukur Allah permudahkan urusan. Boleh blogging macam biasa dah. Harap boleh kekal lama momentum berblog ni.


Wonda Coffee | Sarawak Edition Coffee Kaw Giler!

Selamat pagi selasa! Minggu ni masih lagi berdepan dengan tuesday blues. Minggu depan pun sama! Lepas tu barulah kembali ke monday blues semula. Long weekend pun terasa cuti dua hari je. Padahal long weekend tak ke mana pun. Duduk rumah je tapi bukan berehat, buat kerja yang tak pernah habis. Sudah-sudah lah membebel Puan oiii. Meh kena se tin wonda cofee sarawak edition ni ha. 


EDISI ISTIMEWA DAN TERHAD

Teruja tengok tin Sarawak Edition Coffee keluaran Wonda Coffee ni. Biasanya kalau wonda coffee, husband akan belikan kopi tarik. Tapi bila ada new edition mesti dia akan beli  nak cuba rasa. Sarawak Edition Coffee ni dikeluarkan sempena Hari Malaysia dan keluarannya adalah terhad sehingga october kalau tak silap. Nak rasa tu cepat-cepatlah pergi beli. Untuk peminat kopi should try!

ETNIK BUDAYA SARAWAK

Tin Sarawak Edition Coffee dihiasi dengan design yang menggambarkan tentang etnik dan budaya Sarawak. Yang jelas kelihatan gambar burung enggang kenyalang, orkid sarawak dan ukiran perisai kayu. Yang lain-lain tak pasti lah corak apa. Orang sarawak pasti lebih tahu kan? Sarawakian anyone?

KOPI PAHIT KAW GILER!

Sumpah pahit! Ye, memang pahit ya amat dan kaw giler!. Walaupun Fiza memang suka minum kopi pahit tapi Sarawak Edition Coffee hanya mampu minum seteguk je. Selebihnya Fiza campur sikit-sikit dengan kopi lain barulah habis satu tin tu. Punyalah susah nak habislah satu tin tu. Kalau kopi tarik tu satu tin sampai tak cukup.

Kau orang dah rasa belum? Tak silap Fiza, ada Melaka Edition juga. Yang tu belum cuba lagi. Rasa dia sama  ke? Kalau sama pahit, tak nak lah rasa. Kalau mengantuk tu memang celik mata lepas minum Sarawak Edition Coffee ni ha.

Young Living | Aroma Essential Oil Lemon Menyegarkan

Morning! Waktu pagi adalah masa paling sesuai untuk minum air detox. Betul tak? Pagi-pagi minum air dengan titisan Essential Oil (EO) Lemon memang segar betul. Tak payah kisah nak potong lemon tu. Titiskan aje EO Lemon dalam air sejuk atau air panas untuk buat air detox. Selain buat air detox, EO Lemon ni kalau diffuse selepas bangun tidur tu aroma dia boleh buat segar. Hilanglah rasa mengantuk nak tidur balik tu. 


MUST HAVE ESSENTIAL OIL!


EO Lemon ni must have EO sebab sangat serbaguna ye kawan-kawan. EO Lemon juga antara EO yang murah dan mampu milik. Boleh digunakan untuk keperluan seisi keluarga kaedahnya. Fungsi dia bukan sekadar aroma yang wangi tapi banyak kegunaannya. Dulu Fiza ingat buat untuk diffuse je. Rupanya EO Lemon ni pelbagai guna.

KEGUNAAN ESSENTIAL LEMON

1. BERSIH DAN SEGARKAN UDARA

Fungsi diffuse EO ni memang untuk bersihkan udara dan menyegarkan susasana. EO Lemon ni sangat bagus kalau diffuse di dalam bilik untuk buat kerja atau belajar. Terasa lebih segar dan lebih fokus bila bau aroma yang menyegarkan. Selain tu, kalau ruang bilik lembap dan berbau tu elok sangat diffuse EO Lemon ni untuk kurangkan bau.

2. KESIHATAN

Terasa nak demam, batuk atau selsema tu cepat-cepatlah diffuse atau inhale EO Lemon ni sebagai salah satu cara untuk kurangkan rasa demam, batuk dan selsema tu. EO Lemon juga boleh dititiskan dalam air suam untuk buat mandian untuk hilangkan dan kurangkan tanda-tanda 3 penyakit tu. EO Lemon ni kaya dengan vitamin C yang boleh meningkatkan daya tahan tubuh badan macam tu. Yang alah mual-mual tengah pregnant tu boleh guna EO Lemon ni juga tau. At least kurangkan rasa mual tu.


3. KECANTIKAN

Lemon banyak digunakan dalam produk kecantikan dan dengan adanya EO Lemon ni, boleh ditambahkan dalam produk untuk mencerahkan dan menyegarkan kulit. Kalau ada jerawat tu boleh je tepek sikit sampailah jerawat tu kecut. Boleh juga letak dalam contioner atau masker rambut homemade untuk kecantikan rambut.
Caution: Citrus oils should not be applied to skin that will be exposed to direct sunlight or ultraviolet light within 72 hours

4. PEMBERSIH

Selain diffuse untuk bersihkan udara, boleh tambahkan setitis dua dalam penyembur air untuk bersihkan/lap perabot. Tapi pastikan letak dalam botol kaca ye untuk jaga kualiti EO tu sendiri. Kadang tu tambah sikit dalam air untuk mop lantai. Harum semerbak lemon bau rumah dan sekaligus membunuh kuman yang ada.

5. MENGHALAU SERANGGA

Bukan setakat boleh spray untuk bersihkan perabot, karpet, sofa dan lain-lain lagi. Boleh juga spray ditempat yang ada serangga seperti nyamuk dan lalat. Serangga dua tu memang selalu je rajin datang ke dapur kan. Pantang ada makanan manis dan bau hanyir makanan tu. 

6. AROMA MASAKAN

Bukan setakat boleh buat air detox, EO Lemon boleh dijadikan sebagai penambah aroma masakan seperti cookies ataupun kek. Yang ni fiza belum cuba lagi tapi nampak menarik untuk dicuba lah. Satu lagi yang Fiza tahu, EO Lemon ni boleh buat pembersih sayur dan buah juga. Okay, memang terbaik EO Lemon ni kan?

So, tak rugi lah kalau ada 15ml EO Lemon ni letak kat rumah tu. Macam-macam boleh guna setiap hari tau. Nak beli, tekan je link whatsapp bawah ni direct whatsapp Fiza okay! Atau nak tanya apa-apa, Fiza bantu.


Young Living Trusted Distributor N9
YL ID : 19148280

Young Living | Essential Oil Lavender Kurangkan Stress Dan Bagus Untuk Kulit

Sebut je bunga lavender terus terbayang aroma lavender yang menenangkan tu. Lavender memang sinonim dengan ketenangan. Selain tu lavender sangat popular digunakan dalam bidang kecantikan dan kesihatan. Disebabkan itu lah Essential Oil Lavender Young Living antara Essential oil yang wajib ada untuk kegunaan seharian. Bila dah terjebak dengan minyak ni, barulah Fiza faham kenapa perlu sangat ada essential oil lavender ni.


Aroma lavender tu sangat membantu dalam merawat masalah insomnia serta mengurangkan perasaan gelisah dan menenangkan diri. Mulanya macam beli untuk mewangikan rumah ala-ala macam di spa boleh rehat dan bertenang je. Rupanya banyak betul kegunaan Essential Oil Lavender ni. Selain dapat release stress, haruman aroma lavender tu dapat memberikan mood yang segar dan udara lebih bersih. Selepas terjebak dengan segala minyak Young Living terasa hidup berubah lebih kepada positive vibes macam tu.

Tak rugilah melabur beli Premium Starter Kit (PSK) beberapa bulan lepas. Ye, tahu harganya agak mahal dan memang kena menabung lah kalau nak beli. Tapi sebenarnya kalau beli satu set PSK tu lagi jimat sebenarnya sebab kalau beli satu-satu essential oil boleh cecah ribuan ringgit tau! Berkira-kira juga sebenarnya masa nak beli tu. Fikir punya fikir, why not kita melabur sikit untuk kegunaan harian kita memandangkan semua essential oil ni serbaguna rupanya. Tapi kalau beli set memang lebih berbaloi boleh dapat semua ni

PREMIUM STARTER KIT
  • Free Membership. Automatik akan jadi ahli dengan pembelian PSK ni
  • 1 x Air Diffuser. Boleh pilih samada nak dewdrop atau Desert Mist. Fiza pilih Desert Mist sebab lebih menarik dan ada 11 warna lampu.
  • 12 x 5ml Essential Oils
  • 10 x Essential Oils Sample bottles
  • 1 x Aroma Glide
  • 2 x 60ml NingXia Red Sachets
  • 1 x Product Guide

Ye lah, dulu fikir minyak je pun. Apa yang semua minyak ni boleh pun. Okay, nak tahu segala fungsi minyak ni nanti Fiza kongsikan satu persatu okay. Kita cerita essential oil lavender dulu lah ye. Kalau rasa set premium tu agak costly, kau orang boleh cuba Basic Set Kit yang ada air diffuser dan percuma 2 essential oil 5m (lavender dan lemon).



Secara ringkasnya kegunaan essential oil lavender ni untuk :
  • ketenangan
  • mudah untuk tidur 
  • gigitan serangga
  • kulit sunburn
  • luka
  • jerawat
  • kulit kering
  • parut
  • ruam
  • turunkan suhu badan demam


Cara nak apply essential oil lavender ni ada pelbagai cara mengikut keperluan dan kesesuaian masing-masing. Kalau nak tahu, pati Essential oil Young Living ni 100% pati minyak sebab tu dia pekat dan memang tidak mengandungi bahan campuran lain. Memang pure pati. No wonder lah harga dia pun agak mahal.

1. Topical (Sapu)
Untuk topical use pula ada dua cara samada dilute dengan carrier oil ataupun sapu terus(neat) pada kulit. 

  • DILUTE
Untuk kegunaan baby, pastikan dilute terlebih dahulu dengan carrier oil sebelum sapu pada kulit takut kulit baby tak tahan panas. Carrier oil ni boleh gunakan organic oil seperti vege oil, coconut oil, olive oil, grapeseed oil. Selain melindungi kulit, carrier oil ni bantu penyerapan Essential ol lebih banyak ke dalam kulit, memudahkan sapuan rata dan juga menjimatkan penggunaan essential oil.

Iyelah kan, dengan 1-2 titis essential oil dilute dengan carrier oil dapat sapu lebih banyak lagi kawasan lain berbanding hanya guna essential oil semata-mata. Boleh buat blend essential oil lavender + carrier oil letak dalam botol roll-on untuk memudahkan penggunaan di mana sahaja. Essential oil ni jenis mudah meresap kedalam kulit terutamanya bahagian nadi pergelangan tangan dan belakang telinga.
CAUTION : Jangan campurkan essential oil dengan minyak lain seperti minyak urut atau minyak angin yang lain. Dilarang sama sekali!
  • NEAT/UNDILUTED
Boleh je sapu direct pada kulit kalau tak ada carrier ataupun selesa sapu terus. Biasanya kaedah neat ni boleh sapu pada bawah tapak kaki dekat Vita-flex points. Letak 1-2 titis pada tapak tangan, activate minyak dengan cara gosok ikut atau lawan arah jam kemudian sapu dan urut.

Untuk kaedah sapuan dua-dua ni sesuai lah kalau untuk merawat luka kecil, kena gigit serangga ke, boleh membantu mengurangkan kesan tu. Macam kawan Fiza, dia beli Essential oil ni untuk rawat kulit baby dia. Memang berkesan katanya.

2. Inhale
Untuk inhale ni kaedah dia sama je, titiskan pada tapak tangan dan activate kemudian tekup kedua tapak tangan pada hidung dan sedut dalam-dalam bau essential oils tu. 

3. Diffuse
Biasanya diffuser akan dapat bila kau orang beli one set basic starter kit ataupun premium starter kit. Essential oil akan dicampurkan dalam bekas air diffuser kemudian akan menghasilkan wap air sebagai aromatheraphy. Wap air tu juga boleh melembapkan udara juga selain mendapatkan manfaat daripada essential oil tu sendiri.

Diffuser ni berbeza dengan air humidifier tu ye. Diffuser ni ada plate pemanas dalam dia tapi air humidifier tak ada sebab humidifier fungsi dia untuk melembapkan udara sahaja. Diffuser juga selamat digunakan sebab dia akan automatik off bila air kering. Paling penting jangan pandai-pandai letak perfume atau minyak essential oil yang lain dalam diffuser tu selain essential oil young living. Sebab kalau rosak disebabkan hal macam tu young living memang tak tanggung okay.


Happy okay bila kawan-kawan share feedback positif lepas guna essential oil lavender ni. Siapa yang tak happy bila dapat selesaikan masalah. Confirm happy! So kalau kau orang nak cuba essential oil lavender ni, nak beli diffuser ke boleh contact Fiza. Boleh email, boleh whatsapp, ikut mana yang senang lah. Atau yang betul-betul serius nak tambah pendapatan dengan Young Living, boleh contact Fiza juga.

http://www.wasap.my/+60129072776
Young Living Trusted Distributor N9
YL ID : 19148280
© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu