Drama Gelora 1941

Azhafizah MN
By -
0
Tonton Drama Gelora 1941 bersiaran pada setiap hari Jumaat hingga Ahad mulai 25 Ogos 2023, jam 6:45 petang di Slot Widuri RTM TV1 dan online di RTMKlik. 

Drama Gelora 1941, sebuah drama khas sempena sambutan Hari Kebangsaan dan ianya merupakan sebuah karya yang diinspirasikan daripada novel terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, “GELORA 1941” hasil nukilan Amelia Hashim.

Skrip Drama Gelora 1941 8 episod ini ditulis oleh Dr Mohd Shhremy Ikmal dengan sentuhan sutradara Khairul Anwar Mat Noor dan diterbitkan oleh syarikat produksi Storyseller Sdn. Bhd.

Drama Gelora 1941

PELAKON, WATAK PELAKON DAN SINOPSIS GELORA 1941

  • Johan Asari sebagai Bahar
  • Yuna Rahim sebagai Che Suri
  • Dato' Ahmad Tamimi Siregar sebagai Tok Tuan
  • Datin Anne sebagai Tunku Mashitah
  • Syelramlan sebagai Intan Cik
  • Hanna Qistina sebagai Balqis
  • Mubarak Majid sebagai Pak Majid
  • Hairi Safwan sebagai Harun

Gelora 1941 mengisahkan tentang Ainal Naim merupakan pelajar lepasan Sultan Idris Training College, Kuala Kangsar bersama-sama cerdik pandai Melayu berazam memperjuangkan kemerdekaan tanah Melayu.

Cik Izah pula pelajar Kampung Baru Girl’s School dan juga cucu angkat bekas ketua hakim. Ainal Naim telah membuka pintu hati Cik Izah untuk berfikir tentang masa depan dan masyarakat di tanah Melayu.

Pihak Inggeris telah memenjarakan cerdik pandai Melayu termasuklah Ainal Naim. Tukwan yang pada awalnya menentang hubungan Cik Izah dan Ainal Naim telah berubah fikiran merestui hubungan mereka setelah membaca surat kiriman Ainal Naim dari penjara. Lalu apakah kesudahannya?

Post a Comment

0Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment (0)