Filem Adoiii Jiwaku Di Pawagam 7 September 2023

Azhafizah MN
By -
0
Filem Adoiii Jiwaku, sebuah lagi naskah filem terbaharu Lomo Pictures Sdn Bhd dengan kerjasama MM2, MCM Cometro, Ant3, Fortune Studios dan Shinjiru kembali menemui penonton di pawagam bermula 7 September 2023. 

FILEM ADOIII JIWAKU

Adoiii Jiwaku mengetengahkan kisah persahabatan antara kaum Melayu, Cina dan India agar penonton lebih memahami antara satu sama lain. Filem ini dibintangi oleh Steve Yap, Ali Arami, E. Ramanamohan, Amber Chia, Allahyarhamah Adibah Nor, Daniel Sher, Anuar Abd Hamid dan ramai lagi. 

Nukilan skrip ditulis oleh Chan Mae Si diarahkan oleh Steve Yap dan diterbitkan oleh Syarikat Produksi Lomo Pictures Sdn. Bhd.

Filem Adoiii Jiwaku menggunakan tiga bahasa iaitu Melayu, Inggeris dan Mandarin bagi menampilkan keunikan dan kepelbagaian masyarakat di Malaysia. Juga ada diselitkan elemen komedi supaya penonton terhibur menonton filem ini.

Filem Adoiii Jiwaku

PELAKON, WATAK DAN SINOPSIS ADOIII JIWAKU

  • Steve Yap sebagai Sia
  • Ali Arami sebagai Ayis
  • E. Ramanamohan @ Mohan sebagai Malesh
  • Adibah Noor sebagai Munah
  • Amber Chia sebagai Sue
  • Pablo Amirul sebagai Pablo
  • Anuar Abdul Hamid sebagai Ayah
  • Jack Lim sebagai Cashier
  • Chan Fong sebagai Road Block Police
  • Mark O’dea sebagai Guru Masalah
  • Dennis Lau sebagai Dato

Filem Adoiii Jiwaku berkisarkan tentang tiga orang rakan sekerja iaitu Sia, Ayis dan Malesh yang berlainan bangsa (Cina, Melayu dan India) yang bekerja di sebuah hotel. Oleh kerana personaliti dan pendapat serta pandangan perspektif mereka yang berbeza tentang kerja, mereka sering bertelagah sesama sendiri.

Dalam satu peristiwa yang bermula dengan gurauan di pejabat, satu renjatan elektrik menyebabkan Sia, Ayis dan Malesh bertukar badan antara satu sama lain. Jadi, sudah tentu mereka gagal menyesuaikan diri dengan keadaan ini memandangkan mereka terpaksa tinggal dan hidup di dalam badan orang lain.

Ketiga mereka mula mencari jalan dan mencuba pelbagai cara untuk kembali mendapatkan badan mereka sendiri. Namun, lama kelamaan mereka mula dapat menyesuaikan diri dengan tubuh yang bukan milik mereka. Antaranya Sia yang mula mempelajari lebih lanjut tentang Melayu dan Islam dengan perbezaan budaya setiap hari.

Sia belajar untuk melihat melalui perspektif Ayis, sehingga akhirnya memahami tentang kepentingan nilai kekeluargaan. Sebaliknya, Ayis yang berada dalam badan Sia berpindah ke rumah keluarga Sia. Dia mula mengetahui hubungan kekeluargaan yang lemah dalam keluarga itu disebabkan masing-masing yang berahsia dan tidak pernah meluahkan perasaan sebenar mereka. 

Ayis bagaimanapun berjaya menjalinkan hubungan mesra dengan anak Sia melalui minat mereka terhadap muzik.

Apa agaknya peristiwa yang berlaku sehingga tiga rakan ini ditimpa musibah? Bagaimana mereka dapat mengatasinya? Adakah mereka akhirnya terus menjadi sahabat baik? Dan adakah mereka akan mendapat semula badan sendiri di akhir cerita?

Post a Comment

0Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment (0)