Arthritis atau Osteoarthritis(OA) adalah sejenis jenis penyakit yang mendatangkan kesakitan, kemerahan, bengkak dan kekejangan sendi. Antara
sebab-sebab berlaku Arthritis :
- Kerosakan Sendi
- Jangkitan kuman
- Penyakit yang diwarisi
- atau sebab-sebab lain
Arthritis yang sering dihidapi di kalangan dewasa adalah
Osteoarthritis (OA), rheumatoid Arthritis, Arthritis yang disebabkan oleh jangkitan kuman dan Gout
OSTEOARTHRITIS(OA) sejenis sakit sendi yang paling biasa dihidapi disebabkan oleh sendi yang telah haus akibat pergerakan. Ianya lebih kerap berlaku di kalangan warga tua. Menjadi lebih sakit bila melakukan pergerakan dan sakit di penghujung hari
RHEUMATOID ARTHRITIS (RA) lebih kerap dihidapi kaum wanita disebabkan oleh tindakan daya tahanan badan yang bercelaru di mana tubuh badan sendiri menghasilkan antibodi untuk menyerang sendi-sendi sendiri. Menyebabkan kekejangan sendi di waktu pagi dan kekejangan tersebut mengambil masa lebih dari tiga puluh minit untuk reda pada waktu pagi. Sendi-sendi terlibat adalah jari, pergelangan tangan, tangan dan kaki.
ARTHRITIS YANG DISEBABKAN JANGKITAN KUMAN disebabkan oleh kuman yang pada kebiasaanya akan mengalami demam dan menggigil dan menyerang satu sendi sahaja
GOUT pula disebabkan oleh asid urik yang mendap di sendi-sendi yang biasanya menyerang kaum lelaki di pertengahan umur dan menyerang pangkal ibu jari kaki.
Tanda-Tanda Arthritis
- Sakit sendi (tangan, pergelangan tangan, jari, pergelangan kaki, punggung, tulang belakang di bahagian bawah)
- Sendi bengkak
- Kekejangan sendi
- Susah untuk bergerak seperti biasa
- Sakit apabila bergerak
- Perubahan kepada sendi
- Lutut berbunyi bagi penyakit osteoarthritis lutut
- Otot betis menjadi kecut bagi penyakit osteoarthritis lutut
- Sakit bila sekeliling sendi ditekan
Berikut mungkin menambahkan
risiko arthritis
- Peningkatan usia
- Badan terlalu gemuk: bagi penyakit osteoarthritis lutut
- Jika ada ahli keluarga yang mengidap peyakit arthritis: terutama sekali bagi osteoarthritis keseluruhan, gout ‘familial’
- Sendi yang terlebih fleksibel (‘hypermobile joints’)
- Kecederaan berat contoh bersukan
- Mencangkung bagi osteoarthritis lutut
- Pekerjaan: Osteoarthritis lutut bagi pekeja buruh dan Osteoarthritis punggung bagi peladang
Bayangkan jika sakit sendi yang berpanjangan tanpa kita ubati, dah tentu segala pergerakan/pekerjaan kita sangat terbatas dan tidak dapat menjalani kehidupan normal seperti orang lain. Mungkin kita tidak akan dapat meneruskan pekerjaan kita dengan sempurna. Bagaimana nak meneruskan kehidupan untuk meneruskan hidup dan menyara hidup? Jika tidak diubati dari awal, penyesalan di kemudian hari tak berguna.
Sakit sendi ni nampak macam kecil je tapi kesannya akan memberikan kesan yang berpanjangan jika tidak di rawat diperingkat awal. Jika tidak dirawat di peringkat awal, mungkin perlu menjalani pembedahan. Setiap penyakit pasti ada ubatnya. Jangan mudah kecewa dan berusaha untuk mengubatinya di peringkat awal.
Jika mengalami sakit sendi yang berterusan :
- Elakkan aktiviti yang menambahkan tekanan pada sendi
- Guna alat pembantu untuk mengurangkan tekanan pada sendi contohnya penarik zip dan alat bantu bagi bangun dari kerusi, tandas dan katil
- Bagi osteoathritis lutut, elakkan mencangkung dan duduk di atas lantai. Apabila duduk di atas kerusi, pastikan kerusi itu di paras lutut dan tidak terlalu rendah. Gunakan kerusi yang ada pemegang tangan untuk membantu bangun dari kerusi
- Guna kasut yang boleh menyerap hentakan.
- Penahan Sakit
Sakit sendi selalunya menyebabkan kekejangan otot dan tanda-tanda lain tekanan. Tekanan juga menentukan tahap kesakitan seseorang itu.
Bagi mereka yang selalu mengalami masalah sakit sendi atau sengal ni, boleh cuba
cuba amalkan makan Wise Nutrition NEM yang boleh membantu melegakan sakit sendi dengan berkesan. Selain minum susu sebagai bekalan kalsium untuk menguatkan tulang, Wise Nutrition
NEM adalah makan tambahan semulajadi TERBAIK untuk kesihatan dalam melegakan sakit sendi.
NEM adalah satu-satunya bahan yang berasaskan selaput membran kulit telur yang telah terbukti dalam banyak kajian saintifik yang melibatkan kesihatan sendi. Banyak kajian terhadap pesakit telah menunjukkan yang ianya amat berkesan dalam mengurangkan kesakitan dan memulihkan kelenturan sendi dengan hanya pengambilan 500mg harian.
Selaput kulit telur NEM mengandungi pelbagai khasiat nutrient seperti chondroitin, hyaluronic acid, collagendan glycosaminoglycans di mana kesemuanya ada secara semulajadi pada selaput membrane telur. Kombinasi semulajadi nutrient ini amatlah penting untuk sendi-sendi berfungsi dengan sihat.
Andai kata jika sebelum ni pernah mengalami sakit sendi dan mengambil Glukosamina & Kondroitin,
Social Icons