Gadgets

Siaran Lansung Live Kedah vs Perak Piala Malaysia 2023 (R16-2)

Perlawanan seterusnya melibatkan pasukan Kedah FC menentang pasukan Perak FC dalam aksi timbal balik dalam saingan kedua pusingan 16 Piala Malaysia 2023.

Kedah FC vs Perak FC

Skuad Seladang akan berkunjung ke halaman Skuad Sang Kenari dalam aksi timbal balik yang akan berlansung pada hari Jumaat, 18 Ogos 2023 jam 9:00 bertempat di Stadium Darul Aman.

Pada aksi pertama saingan Piala Malaysia (R16-1) Perak vs Kedah, pasukan Perak berjaya menewaskan pasukan Kedah dengan berbekalkan agregat 3 - 1. Peluang cerah buat pasukan Perak mara ke suku akhir sekiranya mereka berjaya mempertahankan kedudukan ini.

Laluan sukar buat pasukan tuan rumah Kedah FC kalini untuk mengejar jumlah agregat yang dimiliki oleh pasukan Perak. Kedah FC perlu menjaringkan lebih banyak gol.

Untuk rekod pertemuan pertama dalam Liga Super LS14, pasukan Kedah berjaya menewaskan pasukan Perak dengan 3 gol tanpa balasan.

Kedua-dua pasukan pernah tewas dan menang dalam saingan yang berbeza. Pasukan manakah yang bakal mara ke peringkat suku akhir?

Siaran Lansung Live Kedah vs Perak Piala Malaysia 2023 (R16-2)

Penonton di rumah boleh menyaksikan perlawanan Kedah vs Perak secara lansung secara menerusi saluran 801 Astro Arena 2, saluran 807 Astro Arena Bola 3, TV Okey, Sukan RTM dan live streaming online di internet menerusi Astro GO, RTMKlik dan Sooka.

Tonton secara online menerusi platform Sooka seawal jam 8:30 malam bermula dengan siaran pra rancangan secara PERCUMA.

KEDAH FC vs PERAK FC

Tempat : Stadium Darul Aman
Waktu siaran : Jumaat, 18 Ogos 2023, 9:00 malam
Siaran lansung :  Astro Arena (CH801), Astro Arena Bola 3 (CH807), TV Okey, Sukan RTM
Live streaming : Astro Go, RTMKlik, Sooka

Siaran Lansung Live Kedah vs Perak Piala Malaysia 2023 R16-2

Info Tiket Perlawanan Kedah FC vs Perak FC R16-2 Piala Malaysia 18 hb Ogos 2023

Tiket perlawanan Kedah vs Perak yang berlansung pada hari Jumaat, 18 Ogos 2023, jam 9:00 malam di Stadium Darul Aman, boleh dapatkan di tickethotline.com.my.

Keputusan masa penuh Kedah FC vs Perak FC (R16-2)

Keputusan perlawanan antara Kedah vs Perak Piala Malaysia 2023 dalam saingan (R16-2) secara langsung/ live score akan dikemaskini sehingga tamat masa penuh perlawanan.

FT : KEDAH FC/ KDA (2) - (1) PERAK FC/ PRK
Hidalgo (P) 28'
 Akmal Zahir 82'
 Seo Seonung 85'

Perlawanan berakhir dengan agregat : KEDAH 3-4 PERAK. Tahniah pasukan Perak FC layak ke peringkat suku akhir Piala Malaysia. 

2 comments:

  1. tuuu diaaaa helang terbang tinggi ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang kenari..helang merah dalam kenangan. Menang tapi tak layak ke suku akhir.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.