Gadgets

Siaran Lansung Kelantan vs Terengganu Live Streaming 14 Ogos 2023 LS20

Perlawanan seterusnya menyaksikan perlawanan tumpuan peminat bola sepak pantai timur, Derby Pantai Timur antara Kelantan FC vs Terengganu FC.

Kelantan vs Terengganu

Perlawanan antara Kelantan vs Terengganu pusingan kedua liga dijadualkan berlansung pada 14 Ogos 2023, hari Isnin jam 9:00 malam bertempat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu. Pada pertemuan pertama, Terengganu vs Kelantan LS7 pasukan Kelantan terpaksa akur dengan kekalahan bolos 5 gol tanpa balasan.

Pada saingan suku akhir Piala Malaysia Terengganu vs Kelantan pula pasukan Kelantan kalah tipis dengan jaringan gol 3-2.

Kelantan akan terus bangkit

Kemenangan menentang pasukan Negeri Sembilan yang lalu menjadi suntikan semangat buat pasukan Kelantan untuk terus bangkit dan mencipta kemenangan bagi menambah mata. Apatah lagi bermain di halaman sendiri. Gomo Kelate Gomo!

Terengganu FC mahu menang

Dengan kemenangan 2 kali bertemu pasukan tuan rumah, Kelantan FC. Sudah pasti Terengganu mahu terus mengekalkan rentak kemenangan dan meraih 3 mata berharga. 

Kelantan vs Terengganu (LS20)

Waktu siaran : Isnin, 14 Ogos 2023, jam 9:00 malam
Tempat : Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu
Siaran TV/ Platform penstriman : Astro Arena Bola (CH803), Astro GO dan Sooka

Siaran Lansung Kelantan vs Terengganu Live Streaming 14 Ogos 2023 LS20

Info Tiket perlawanan Kelantan vs Terengganu FC

Dapatkan tiket secara fizikal dan atas talian bermula jam 11.00 pagi sehingga 6.00 petang di Kaunter TRW Shop dan cawangan Hotel Zamburger beroperasi 24 jam atau boleh membuat pembelian secara atas talian di tickethotline.com.my.

Siaran Langsung dan Live Streaming Kelantan vs Terengganu FC Liga Super 14 Ogos 2023 LS20

Penonton di rumah boleh menyaksikan Siaran Lansung Liga Super 2023 Kelantan vs Terengganu FC dari Stadium Sultan Muhammad Ke-IV menerusi saluran 803 Astro Arena Bola dan Astro GO.

Tonton secara online menerusi platform Sooka seawal jam 8:30 malam bermula dengan siaran pra rancangan dengan langganan pas perlawanan berharga RM7.90.

Keputusan masa penuh perlawanan KELANTAN FC vs TERENGGANU FC Liga Super 2023 (LS20)

FT : KELANTAN FC/ KEL (0) - (8) TERENGGANU/ TER
 Ivan Mamut 14', 53', 66'
 Nurillo Tukhtasinov 28'
 Nik Sharif 36'
 Engku Nur Shakir 41'
 Safwan Mazlan 47'
 Hakimi Abdullah 63'


No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.