Telefilem Purnama (TV3)

Azhafizah MN
By -
0
PURNAMA, sebuah telefilem khas sempena sambutan Hari Kebangsaan bersiaran pada hari Sabtu, 26 Ogos 2023, jam 10:00 malam di slot Cerekarama TV3 dan online di Tonton. Telefilem Purnama menampilkan lakonan Remy Ishak, Azhan Rani, Kodi Rasheed, Eira Syazira dan ramai lagi.

Telefilem ini merupakan arahan Yeop Hitler dan diterbitkan oleh syarikat produksi Country & Universal Sdn. Bhd.

Telefilem Purnama TV3

PELAKON, WATAK DAN SINOPSIS PURNAMA

Barisan pelakon terdiri daripada Remy Ishak, Azhan Rani, Kodi Rasheed, Eira Syazira, Zulkifli Ismail, Zainol Ismail, Farid Amirul dan ramai lagi.

Telefilem Purnama TV3

Mengisahkan keadaan Kampung Cenderang yang menerima ancaman komunis selama 14 hari. Kisah bermula selepas Anum menjadi saksi pertama melihat mayat kakaknya, Salmah digantung di sebatang pokok tidak jauh dari kampung berkenaan. 

Sejak kejadian itu, Anum menjadi kurang waras manakala abang iparnya, Taib sangat marah. Taib tidak berpuas hati dan merancang untuk bertemu dengan pegawai Melayu meminta kemerdekaan kampung mereka. Kejadian itu menyebabkan Ketua Kampung, Haji Che Lah mengisytiharkan darurat.

Post a Comment

0Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment (0)