Pages

  • Home
  • About
  • _Contact
  • _Top Komentator 2021
  • Lifestyle
  • _Adventure
  • _beauty
  • _Home Decor
  • _Health Care
  • _Holiday
  • _Houseplant
  • _JJCM
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • _Adsense
  • _Blog
  • _Photography
  • _Tutorial
  • Sitemap
  • Policy
  • Disclaimer
  • Berita

Social Icons

Blog Sihatimerahjambu

Sampul Duit Raya Hipster Popular Sekejap

Tuesday, May 28, 2019

Fuhh! Satu kelegaan bila semua tempahan sampul duit raya hipster siap awal dari jangkaan. Fiza target memang nak siapkan before 30 Mei sebab pos laju dah keluarkan notis kalau nak barang sampai sebelum raya kena pos sebelum tarikh tu. Sumpah kelam kabut nak siapkan segala tempahan terutamanya tempahan yang banyak. Alhamdulillah tahun ni memang tak sangka banyak betul tempahan. Memang tak menang tangan macam dalam semua media cakapkan tu.

Tak sangka sebenarnya wartawan dari Bernama.com contact Fiza untuk buat cerita pasal sampul duit raya hipster ni. Tak cakap banyak, Fiza pun bagi maklumat apa yang perlu. Dan tak sangka juga cerita yang wartawan propose ni keluar dalam media juga. Mulanya keluar dalam media online je tapi dalam surat khabar pun keluar juga cerita Sampul Duit Raya Hipster ni. Okay tumpang popular sampul duit raya hipster sekejap!

http://bernama.com/bm/am/news.php?id=1728559

https://www.nst.com.my/lifestyle/pulse/2019/05/490474/cashing-demand-hari-raya-money-packets

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/05/566650/sampul-duit-raya-hipster-jadi-tumpuan

https://www.mstar.com.my/xpose/isuke/2019/05/22/sampul-duit-raya-hipster

https://www.projekmm.com/news/berita/2019/05/22/azhafizah-sengkang-mata-siapkan-7000-sampul-raya-hipster/1755308

Berita dalam surat khabar Fiza sempat beli kosmo je. Dalam Harian Metro tak sempat nak beli. Selain Fiza, dalam artikel yang sama ada juga pembuat sampul duit raya hipster yang lebih comel sebab ada kartun-kartun classic yang hipster tu. Serius comel! Cerita dalam semua media sama je. Saja lah simpan dalam blog buat kenangan. 


Ikutkan Fiza ada peluang untuk di interview wartawan tapi disebabkan masa free tak sama. So terpaksa lah cancel interview tu dan memandangkan kena siapkan tempahan cepat. Memang tak ada masa lain lah untuk slot interview tu. Maaf media. Tapi memang berterima kasih pada wartawan yang contact Fiza. Lepas masuk paper memang ramai yang whatsapp, email dan direct message. Tapi itulah, tempahan dah tutup awal. Terpaksalah mengecewakan mereka yang nak order tu. Bukan rezeki.



Jangan kecewa, lepas cuti raya Fiza open order anytime. Jika berminat boleh tempah untuk event raya ke, untuk tahun depan, untuk kenduri kahwin ke. Silakan tempah awal ye. Terima kasih semua yang menghargai hasil kerja Fiza. Alhamdulillah rezeki bulan puasa dan juga syukur semua bagi feedback positif. 



read the post

Althea Exclusives Skincare & Makeup Tools | A'bloom Products

Friday, May 17, 2019

Hai semua! Masih dalam mood berbunga-bunga ni mengikut tema Althea A'bloom Products. Althea Korea's A'bloom products merupakan Althea Exclusives Products atas jenama Althea sendiri yang terbaru. Baru je launched 23 April 2019 yang lepas dan sambutannya memang sangat-sangat dasyat membuatkan ramai yang kecewa disebabkan kebanyakkannya sold out tak sampai sebulan.  Wow! Apa yang best sangat dengan Althea A'bloom ni? Okay, Fiza ceritakan.


ALTHEA KOREA'S A'BLOOM PRODUCTS : SKINCARE & BEAUTY TOOL
Dalam Althea Korea's A'bloom Collection ni terdiri daripada rangkaian skincare dan juga makeup tools untuk perfect makeup. Antaranya ialah :
  • A'bloom BHA Blackhead Blaster
  • A'bloom Giant Meringue Puff
  • A'bloom Baby Meringue Puffs
  • A'bloom Moisturizing Watermelon Mask Sheet
  • A'bloom Nourishing Avocado Mask Sheet
  • A'bloom Brightening Lemon Lime Mask Sheet
  • A'bloom Anti-Blemish Peach Mask Sheet
Nak tahu tak kenapa Althea A'bloom Collection kali ni sangat terlajak laris? Sebabnya adalah packaging yang comel, Harga murah macam tak percaya, berkualiti dan paling penting selamat digunakan. Nak tahu apa pula yang best setiap satu produk dalam Althea A'bloom ni tak? Okay, jomlah kita ambil tahu. Sebelum gunakan sesuatu kenalah tahu bahan-bahan dan fungsinya kan.

A'BLOOM BHA BLACKHEAD BLASTER
Mula-mula dapat produk ni tertanya-tanya juga macam mana ye BHA Blackhead Blaster ni boleh hilangkan blackhead dan whitehead bagai. Sebab sebelum ni kalau buang blackhead atau whitehead mesti Fiza gunakan macam nose pack tu. Sekali tarik memang puas hati lah. Tapi jenis stick macam ni Fiza sendiri belum pernah nampak dan belum pernah cuba.

BHA lebih dikenali sebagai asam salisilat (salicylic acid). Kandungan BHA bersifat lipofilik (lebih terikat lemak), memiliki 2 sifat secara umum keratoplasty (membantu proses penyembuhan luka dan pembetukan lapisan kulit) pada konsentrasi 1-2 percent, dan keratolitik pada konsentrasi lebih besar (umumnya pada produk kosmetik menggunakan konsentrasi 3-5 percent). Kandungan BHA biasanya lebih sesuai digunakan untuk jenis kulit yang berminyak dan berjerawat-credit : kompas.com


BHA Blackhead Blaster, the 1st Natural BHA Stick yang boleh membuang blackhead dan whitehead dengan mudah tanpa rasa sakit. Ye, memang tak sakit lansung! BHA Blackhead Blaster menggunakan formula yang berkesan dengan Natural BHA (White Willow Bark Extract 5,000ppm) yang tidak menyebabkan radang pada kulit. Memang cepat nampak kesan dan dalam masa yang sama dia boleh menghilangkan kotoran serta menghalang muka breakout. Blackhead dan whitehead pun tak adalah nak berkampung lagi pada muka kau orang tu.


BHA BLACKHEAD BLASTER STICK
Pada Fiza, products jenis stick ni sangat mudah dan mempercepatkan kerja. Hanya perlu buka penutup dan scrub je pada bahagian muka yang ada blackhead/whitehead tu. Mudah nak guna kat mana-mana dan pada bila-bila masa je. Nak bawa travel lagilah senang bila didatangkan dalam pek jenis stick ni. Memang love sangat BHA blackhead blaster stick.

BAHAN UTAMA BHA BLACKHEAD BLASTER
  • White willow
  • Charcoal
  • Apricot seed
  • Tea tree leaf oil

CARA GUNA
1. Cuci muka/remove makeup
2. Apply BHA Blackhead Blaster dengan gerakan membulat pada bahagian yang terdapat blackhead/whitehead.
3. Cuci muka dengan air suam
Note : Nak lagi berkesan, kau orang tekap muka dengan tuala basah dengan air suam sebelum menggunakan BHA Blackhead Blaster untuk membuka liang roma bagi memudahkan blackhead/whitehead keluar.



Sejauh mana keberkesanan tu Fiza rasa bergantung pada jenis kulit dan banyak mana blackhead/whitehead pada kulit masing-masing. So far Fiza pakai yang Fiza tahu bahagian hidung nampak lebih bersih dan blackhead/whitehead kurang kelihatan. Kagum pula pakai macam tu je boleh menyahkan blackhead/whitehead tu ye. Kalau kau orang taknak bersusah payah pakai mask atau yang suka sangat picit tu, boleh cuba gunakan BHA Blackhead Blaster ni. Murah pun murah harganya.

PRICE : RM16 Net.8g
Jenis Kulit : Berminyak/Kombinasi

A'BLOOM MERINGUE PUFFS
Sekali pandang meringue ni terus teringat meringue cookies tu. Sudah namanya meringue, memang nampak comel lah kan. Tapi meringue puffs ni bukan untuk dimakan tapi beauty tool untuk makeup. Biasanya kita nampak sponge untuk blend foundation bentuknya agak sama dan boleh dikatakan standard shape yang bentuk eyedrop tu. Tapi Althea Korea keluarkan jenis sponge makeup yang super cute berbentuk meringue. Memang lain daripada yang lainlah. Memang tak ada lagi di pasaran selain di Althea. 

Bila dah comel macam ni memang rasa sayang nak guna 
GIANT MERINGUE PUFF & BABY MERINGUE PUFFS
Meringue puffs dikeluarkan dalam 2 saiz iaitu Giant Meringue Puff dan Baby Meringue puffs yang didatangkan dalam satu set (3pcs warna yang berbeza). Diperbuat daripada latex free dan non toxic material. Selamat digunakan untuk mereka yang mempunyai kulit yang sensitif tapi kena pastikan penjagaan yang bersih dan tukar selepas setiap 1-3bulan.


CEPAT DAN MUDAH MENGGUNAKAN A'BLOOM MERINGUE PUFF
Meringue puff boleh mengembang 1.5x untuk fast coverage. Permukaan bawah meringue puff digunakan untuk cover keseluruhan bahagian muka dan bahagian atas tirus tu digunakan untuk bahagian hidung, mata, mulut atau bahagian yang muka yang sukar dicapai menggunakan bahagian bawah.

Dry

Wet : Expands to 1.5x larger
PERFECT MAKEUP!
Dengan menggunakan meringue puff ni, sangat mudah untuk blend foundation pada muka. Bila menggunakan meringue puff ni dapat menutup segala imperfections pada muka. Jadi, makeup nampak lebih sempurna lah macam tu.

2-WAY FINISH (DEWY & MATTE)

  • Dewy: Untuk dapatkan dewy effect, basahkan meringue puff dan squeeze untuk buang lebihan air. Kemudian baru blend foundation dengan menggunakan meringue yang dibasahkan tadi.
  • Matte: Nak dapatkan matte effect, boleh gunakan terus meringue puff dalam keadaan kering tanpa perlu basahkan.


SUPER FLUFFY MERINGUE PUFF
Yes, meringue puff ni tersangatlah fluffy. Gunakan dengan cara dab dab je pada muka memang best sebab lembut sangat. Berbeza dengan beauty blend yang lain. Nak mencuci pun mudah je. So, Fiza suka teruk dengan meringue puff Althea ni. 


Giant Meringue Puff
PRICE: RM8
Saiz: 48*46mm

Baby Meringue Puffs (3pcs)
PRICE: RM11 
Saiz: 30*28mm

Kedua-duanya sesuai untuk semua jenis kulit.

A'BLOOM FRUIT MASK
A'bloom fruits mask terdiri daripada 4 jenis sheet mask iaitu :
  • A'bloom Moisturizing Watermelon Mask Sheet (Water-Me-Long)
  • A'bloom Nourishing Avocado Mask Sheet (Avo-Cuddle-Me)
  • A'bloom Brightening Lemon Lime Mask Sheet ( Sparkle-Me-Bright)
  • A'bloom Anti-Blemish Peach Mask Sheet (Ac-Me-Peach)
Setiap satu sudah tentulah berbeza mengikut jenis dan fungsinya. Jadi, boleh pilih mengikut jenis kulit masing-masing.


Memandangkan akhir-akhir ni Fiza sangat sibuk dengan kerja dan duduk dalam air cond tanpa pakai moisturiser, kulit jadi lebih kering dan kelihatan lah garisan-garisan halus pada muka. So Fiza cuba sheet mask Avo-Cuddle-Me untuk memberi vitamin pada kulit dan juga melembapkan kulit kering tu.

CONCENTRATED AMPOULE ESSENCE
Sheet mask A'bloom Fruit mask ni sedikit nipis daripada sheet mask yang pernah Fiza pakai. Ampoule essence dia sangat pekat dan tersangatlah banyak. Basah habis muka dengan ampoule essence tu. Selepas 20minit Fiza buka sheet mask tu terasa lah kelembapan kulit. Saki baki essence tu kau orang boleh gunakan untuk massage muka kau orang tu. Rugi kalau tak digunakan sepenuhnya.



  • A'bloom Moisturizing Watermelon Mask Sheet (Water-Me-Long)

Sangat sesuai dipakai untuk mereka yang mempunyai jenis kulit kering. Tengok daripada packaging yang ada watermelon(tembikai) tu kita dah sedia maklum yang tembikai memang mempunyai banyak air.


  • A'bloom Nourishing Avocado Mask Sheet (Avo-Cuddle-Me)

Untuk kekalkan kulit sentiasa awet muda, bolehlah cuba pakai Avo-Cuddle-Me untuk dapatkan kulit awet muda dan mengurangkan kedutan pada muka. Serius plumpy selepas pakai.


  • A'bloom Brightening Lemon Lime Mask Sheet ( Sparkle-Me-Bright)

Kita sedia maklum yang buah lemon memang popular digunakan dalam produk kecantikan yang fungsinya untuk mencerahkan kulit. Jadi, Sparkle-Me-Bright khas untuk kau orang yang nak sangat kulit cerah. Kalau jenis kulit tidak sekata tu, sila-silalah cuba mask ni okay!.


  • A'bloom Anti-Blemish Peach Mask Sheet (Ac-Me-Peach)

Rimas kalau kulit berminyak ni, of courselah rasa tak selesa lansung. Ac-Me-Peach ni sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit yang berminyak.
Mana satu pilihan di hati? Kalau Fiza, pilih semua!
Fruit Sheet Mask
PRICE: RM2/Each 25g│0.88oz
buy 10 at RM15. Save RM5! 


Sejak A'bloom Products di lancarkan dan Althea buat promo buy 10, FREE 10 memang ramailah membeli. Fiza pun tak ketinggalan, sempat juga grab 1 set sheet mask. Beli 10 sheet mask dapat free 10 sheet mask dengan harga RM15 memang berbaloi lah. Selain tu, Fiza grab 2 pcs giant meringue puff buat stok. Mana tahu kat website habis lagi. So beli dan simpan stok awal-awal.

Free gift phone grip dengan pembelian meringue puff atau BHA blackhead blaster
Mana taknya A'bloom cepat sold out, semua harganya murah-murah bawah RM16. Tak percaya? Boleh terjah website Althea Korea dan kalau berkenan kena terus beli sebab best seller products selalu sold out. Jenuh juga nak menunggu in stock. Jenis Fiza, letak dulu dalam wishlist. Dah in stock, terus beli kalau ada bajet lah. Tapi A'bloom Products ni memang murah kot. Patutlah cepat habis.

read the post

Unboxing Althea Beauty Haul 13.0 | Althea A'bloom

Satu lagi parcel dari Althea yang Fiza dapat hujung bulan April lepas. Dah unboxing Althea Beauty Haul 13.0 ni lama dah tapi macam Fiza cakap dalam entry sebelum ni lah. Sibuk teruk dengan tempahan sampul duit raya. Seminggu dua lagi dah boleh berehat dan hadap blog update mana yang banyak tertinggal dah tu. Okay box kali ni dapat special edition box Althea Angel special edition tu.Yeay! Paling best kali ni dapat Althea Korea's A'bloom Products.


Antara apa yang ada dalam box Althea Korea's A'bloom Products 
  • A'bloom BHA Blackhead Blaster
  • A'bloom Giant Meringue Puff
  • A'bloom Baby Meringue Puffs
  • A'bloom Moisturizing Watermelon Mask Sheet
  • A'bloom Nourishing Avocado Mask Sheet
  • A'bloom Brightening Lemon Lime Mask Sheet
  • A'bloom Anti-Blemish Peach Mask Sheet


Tengok packaging produk ni semua comel-comel ya amat! Itu yang buat orang tergoda nak membeli tu kan. Untuk pengetahuan semua, Althea Korea's A'bloom Products baru saja launched 23 April yang lepas. Cerita selanjutnya dalam entry Fiza review nanti setiap satu produk ni. Short and quick entry untuk setakat ni. Tunggu Fiza kongsikan review nanti okay. Tapi kalau dah tak sabar nak beli terus, boleh buat pembelian di website Althea Korea- Althea Korea's A'bloom Products.

read the post

Unboxing Althea Beauty Haul 12.0 | Althea Birthday Rewards

Thursday, May 16, 2019

Eh, macam lama je tak cerita beauty products dalam blog. Almaklumlah bila dah sibuk, jengah blog pun tak sempat dah. Well, bila ada masa dapat menaip tu boleh taip seberapa perenggan yang boleh. So nak update sikitlah unboxing Althea Beauty Haul 12.0 dalam koleksi Fiza sempena Birthday bulan dua yang lepas. Althea Birthday Rewards ni pun Fiza dah dapat dan gunakan bulan February haritu. Cuma lambat update je la. Memandangkan dah berkotak-kotak sampai. Jadi kena ikut susunan lah ceritanya.


Okay first time dapat parcel besar macam ni dari Althea. Teruja tu dah memang lah! Dan first time juga shopping beauty products beratus-ratus. Ikutkan jumlahnya lebih kurang RM4++. Tapi sebab dapat birthday rewards point so Fiza hanya tambah beberapa puluh ringgit je lah. Sebenarnya parcel besar tu gabungan daripada dua kotak. Kebetulan masa tu new year festive, jadi rezeki Fiza lah dapat kotak hanbok yang comel gila ni. Macam biasa, Althea akan keluarkan kotak-kotak comel mengikut festive dan event. Kadang tu nak shopping sebab nak dapat kotak comel limited edition tu lah. Ish ish...


Okay, sempena birthday Fiza rewards diri sendiri skincare products je lah memandangkan produk makeup dah cukup lengkap rasanya. Nak jaga kulit betul-betul untuk nampak cantik dan lebih sihat. Bila kulit dah cantik boleh kurangkan pakai makeup untuk menutup segala cela tu ha. Fiza beli skincare produk konon-kononnya nak ikut 10 steps korean skincare routine. Fiza tambah mana yang belum ada dalam 10 steps tu.



1. My Beauty Tool_Lovely Etti_Hair Band RM15.00 
2. Calming Hydro Sleeping Mask (100ml) RM67.00 
3. Rose Water Toner (250ml) RM56.00 
4. Rose Water Soothing Gel (300ml) RM28.00 
5. Jeju Volcanic Pore Scrub Foam (150ml) RM30.00
6. Everyday Mask Set 10 Sheets (25g*10) Honey RM15.00 
7. Wrinkle and Whitening Eye Cream (15ml) RM19.00 
9. Phyto Niacin Whitening Essence (50ml) RM52.00
10. Klairs Rich Moist Soothing Serum (80ml) RM93.00
11. Fresh Herb Origin Cleansing Oil (150ml) RM48.00

Puas hati dalam semua tu untuk daily routine. Kau orang kalau nak cari Korean Beauty Products beli terus dari website Althea. Beli barang boleh dapatkan points dan points tu boleh gunakan untuk next purchase. Berbaloi juga kan. Itu yang asyik nak membeli je tu. Hihi. Okay nanti Fiza cubalah review satu persatu. Harap ada sebuah kerajinan di masa akan datang. Apa-apa pun Thank you Althea!

read the post

Separuh Bulan Mei

Wednesday, May 15, 2019

Ye, bulan Mei dah separuh bulan barulah terhegeh-hegeh nak update. Sumpah sibuk ya amat! Sibuk dengan tempahan sampul duit raya hipster sampai blog pun terabai lamanya. Lagi satu disebabkan earnings adsense lebih memberansangkan kalau tak update blog berbanding update blog. Itu yang jadi lagi bertambah "Erm, biarlah blog tu janji earnings naik". Entah, tak faham juga kadang tu naik turun earnings.

Bukan apa, itu salah satu cari duit poket tepi sesambil berblog daripada orang kata buang masa tu. Buang masa tak buang masa, sekurang-kurangnya ada faedahnya lah. Berkesempatan jugalah nak update blog bulan Mei ni lepas dah settle hampir semua tempahan. Barulah dapat menaip sikit-sikit pun jadilah daripada sunyi terus hampir sebulan ni. Of course tak ada yang rindu. Tapi dah nama blog personal haruslah nak update apa yang patut walau sembang kosong. Kan?


Tak lupa juga nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam. Pejam celik pejam celik je nanti dah nak raya dah kan. Sementara berkesempatan menikmati bulan Ramadhan ni, buatlah dan doalah yang baik-baik ye. Kesabaran tu paling penting dalam bulan Ramadhan ni kan? Bulan Ramadhan memang menduga kesabaran kita, itu yang kena sabar banyak-banyak dalam segala hal. Moga diberi kesabaran yang kuat.


Dan bila hampir separuh bulan Mei ni juga menandakan hampir separuh bulan ramadhan kita berpuasa. Makanya, bermulalah juga kesesakan di shopping mall selain di bazaar Ramadhan. Jangan tanyalah kenapa sesak sebab masing-masing sibuk shopping untuk persiapan raya. Persiapan raya Fiza satu apa pun tak ada lagi ni. Nanti-nanti baru fikir. Biasalah last minit siap gitu.

By the way, nanti dah free Fiza balas jejak kau orang eh? Masih di fasa sibuk dengan kerja yang ada. Rindu nak menaip di blog ni sebenarnya tapi  itulah disebabkan masa dan kesibukan terpaksa merelakan blog sunyi seketika. Till then~
read the post
new entries old entries
Subscribe to: Posts (Atom)

Pageviews

Hello, I'm Fiza

<b><i>Hello, I'm Fiza</i></b>
Johorean living in Nismilan
Blogger | Graphic Designer @azhafizahgraphic | Photographer @photographeeza | Young Living Distributor @azhafizah.yleo

for ADVERTORIAL, COLLABORATION, SPONSORSHIP, GUEST POST and PRODUCTS REVIEW,
fill the form contact below

Send Me a Message!

LeTOPs

  • Tebus E-Wallet RM100 2021
    Belanjawan 2021 bertemakan 'Teguh Kita, Menang Bersama' mempunyai tiga matlamat utama iaitu kesejahteraan rakyat, kelangsungan perni...
  • Drama Bougainvillea Episod 1-15(Akhir) Lakonan Beto Kusyairy dan Intan Ladyana
    Drama bersiri BOUGAINVILLEA akan bersiaran menggantikan  Drama Misteri Mona . Drama Lakonan Beto Kusyairy, Intan Ladyana dan Nora Danish ak...
  • Drama Bidadari Salju Episod 1-28(Akhir) Lakonan Sweet Qismina dan Adam Lee
    Selepas tamat drama Tak Sempurna Mencintaimu , disajikan pula dengan Drama Bidadari Salju lakonan Sweet Qismina dan Adam Lee. Drama bidadari...

Bloggerians

Bloggerians Top Komentator

  • Diana Rashid
    MELASTIK KE HATIMU EPISOD 2
    1 hour ago
  • KasihkuAmani
    Hadiah Geng Kuat Komen Dari Blogger Shida
    2 hours ago
  • Syazni Rahim Blog
    Teka - Teki
    2 hours ago
  • AMIE'S LITTLE KITCHEN
    Sedapnya Pisang Emas Muda Masak Lemak Cili Padi!
    3 hours ago
  • LIFE WITH LOVE..^_^
    Siapa Kata Duit Tak Bawak Mati
    3 hours ago
  • orangbukit
    Korean Cold Noodle @ Platenum Cafe
    4 hours ago
  • Kisah Seorang Slow Runner
    Selesai menebas
    10 hours ago
  • Anies♥You
    Sedap ke Nescafe Kopi Kedah?
    11 hours ago
  • Monolog Kakmim
    GM Kelas Maths Tahun 3
    13 hours ago
  • Dunia sebenar Shida
    Perak dari PKPB ke PKP Mulai 22 Januari hingga 4 Februari 2021
    22 hours ago
  • Sunah Suka Sakura
    Teleport is on the search for Community Entrepreneur in 7 Cities
    1 day ago
  • Tiga Lalat 2020
    CALCULATE WEIGHT OF EMPTY PIPE
    1 day ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    Hadiah Geng Kuat Komen 2020 Duniashida
    1 day ago
  • Kebun Bahagia Bersama
    Hiking Bukit Tengkorak Tapak Warisan Arkeologi
    4 weeks ago

BITERs

  • SIS HAWA DOT COM
    Rahimah Tanpa Rahim Full Drama Episod 1 Hingga Episod 28 (Akhir)
    2 hours ago
  • Kisahsidairy.com
    CETAPHIL GENTLE BRIGHT TECHNOLOGY AKHIRNYA TIBA
    3 hours ago
  • Bonde Zaidalifah
    Tonton Full Episod Drama Bidadari Salju
    4 hours ago
  • IAMFUZY.COM™
    Drama Melastik Ke Hatimu Online Episod 1 Hingga Episod 13 (Akhir)
    11 hours ago
  • MrsPip || The Reviewer
    Guna 5 Cara Ini Untuk Selesaikan Masalah Sinki Tersumbat
    12 hours ago
  • MRSLIEZ.COM
    Tonton Online Drama Melastik Ke Bulan Episod 01 hingga Episod 13 (Full Episod)
    1 day ago
  • Azwar Syuhada
    Pengalaman Buat Pemeriksaan Gigi di Klinik Pergigian Bangsar
    1 day ago
  • MaisarahSidi.com
    Honey Butter Cornflakes Rangup, Ketagih Mengunyah Dibuatnya
    2 days ago
  • Fiza Aizzawa
    Tepung Goreng Ayam Nazri betul-betul buat ayam goreng jadi crispy
    2 days ago
  • Nana Hassan
    Resepi yogurt burnt cheesecake air fryer
    3 days ago
  • Blog Adianiez
    My First Giveaway by Blog Sal
    3 days ago
  • SHAHADA FAUZI
    Terpikat dengan Serum Dr. Beau Sejak Guna Kali Pertama
    4 days ago
  • Ardini Humaira
    DR.BEAU PURE NATURAL SKIN OIL SERUM, MINYAK SERBAGUNA YANG PATUT DIMILIKI
    4 days ago
  • Belog Kak Gojes
    Tarikh Bayaran BPN 2.0 Fasa 2
    5 days ago
  • Lovely Sunshine
    Preparation for Weight Loss Journey Part Two
    5 days ago
  • Yatie Owner
    MENARIK DI KUALA PENYU, SABAH: BLUE EYES BEACH RESORT, KUALA PENYU, SABAH THE AMAZING SEA AND SUNSET VIEW
    1 week ago
  • Yaya Azura
    Resepi Ikan Selayang Masak Asam Mudah Dan Sedap
    1 week ago
  • Mama 'AA' Monsta
    SNUS - A SMOKELESS TOBACCO PRODUCT | IS SNUS BETTER THAN CIGARETTE?
    1 week ago
  • Ciktie Dot Com
    Sinopsis Pesan Dari Tuhan
    1 week ago
  • MARINA BASHAH
    Makan Di D'Kayangan Steamboat Dan Grill Buffet, Tempat Makan Menarik Dan Murah Di Shah Alam
    1 week ago
  • Mimi Azirah
    Fernleaf CalciYum Minuman Susu Kultur dan Yogurt Untuk Penghadaman dan Tumbesaran Anak Yang Kuat dan Sihat
    1 week ago
  • VITAMIN WAWA PENGEDAR SHAKLEE AKTIF
    Anda Fikir Anda Tak Perlukan Supplemen?
    1 week ago
  • Marshalizadotcom
    Fernleaf CalciYum Yogurt & Minuman Susu Kultur Untuk Anak-anak Aktif
    2 weeks ago
  • Cahaya Hayati
    Lirik Lagu Bangkit Kembali Khai Bahar
    2 weeks ago
  • Opzzpinky
    Pallas Kasut Sekolah Hitam Dengan Reka Bentuk yang Selesa
    3 weeks ago
  • mOnOLoG tAnpA sUaRa
    Masa Depan Perniagaan E-Dagang di Malaysia
    3 weeks ago
  • apekinah.com
    Senarai Home Bakers Terbaik Yang Setanding Dengan Kedai Kek
    4 weeks ago
  • perennial lifestyle
    Love Pizza? Get To Know The Different Crust Styles Of Pizza
    4 weeks ago
  • Ooh Deo's Storyline
    Lilu, Anak Kucing Kecil Yang Tiada Harapan Untuk Hidup Lama Seperti Kucing Lain
    4 weeks ago
  • Usop Ahmad
    4 SEBAB GHOSTWRITER MENDAPAT PERMINTAAN YANG TINGGI PADA MASA KINI
    5 weeks ago
  • Norhana Rosmida
    Cara Lebatkan Rambut Dan Hilangkan Kerak Di Rambut Anak Dengan Ardora Natural Kids Hair Oil
    2 months ago
  • Bonda Chanteq
    #PRAY FOR BEIRUT, #PRAY FOR LEBANON
    5 months ago

History

  • ►  2021 (79)
    • ►  January (79)
  • ►  2020 (462)
    • ►  December (87)
    • ►  November (106)
    • ►  October (53)
    • ►  September (35)
    • ►  August (19)
    • ►  July (31)
    • ►  June (26)
    • ►  May (43)
    • ►  April (23)
    • ►  March (20)
    • ►  February (13)
    • ►  January (6)
  • ▼  2019 (242)
    • ►  December (16)
    • ►  November (29)
    • ►  October (37)
    • ►  September (28)
    • ►  August (19)
    • ►  July (23)
    • ►  June (7)
    • ▼  May (5)
      • Sampul Duit Raya Hipster Popular Sekejap
      • Althea Exclusives Skincare & Makeup Tools | A'bloo...
      • Unboxing Althea Beauty Haul 13.0 | Althea A'bloom
      • Unboxing Althea Beauty Haul 12.0 | Althea Birthday...
      • Separuh Bulan Mei
    • ►  April (4)
    • ►  March (8)
    • ►  February (22)
    • ►  January (44)
  • ►  2018 (143)
    • ►  December (14)
    • ►  November (16)
    • ►  October (21)
    • ►  September (16)
    • ►  August (9)
    • ►  July (4)
    • ►  June (8)
    • ►  May (2)
    • ►  April (16)
    • ►  March (8)
    • ►  February (15)
    • ►  January (14)
  • ►  2017 (372)
    • ►  December (10)
    • ►  November (29)
    • ►  October (42)
    • ►  September (34)
    • ►  August (18)
    • ►  July (15)
    • ►  June (32)
    • ►  May (25)
    • ►  April (57)
    • ►  March (23)
    • ►  February (43)
    • ►  January (44)
  • ►  2016 (546)
    • ►  December (46)
    • ►  November (39)
    • ►  October (27)
    • ►  September (29)
    • ►  August (13)
    • ►  July (22)
    • ►  June (33)
    • ►  May (38)
    • ►  April (41)
    • ►  March (61)
    • ►  February (84)
    • ►  January (113)
  • ►  2015 (415)
    • ►  December (79)
    • ►  November (47)
    • ►  October (52)
    • ►  September (27)
    • ►  August (33)
    • ►  July (37)
    • ►  June (42)
    • ►  May (24)
    • ►  April (13)
    • ►  March (20)
    • ►  February (14)
    • ►  January (27)
  • ►  2014 (227)
    • ►  December (9)
    • ►  November (19)
    • ►  October (29)
    • ►  September (18)
    • ►  August (4)
    • ►  July (24)
    • ►  June (19)
    • ►  May (21)
    • ►  April (33)
    • ►  March (19)
    • ►  February (22)
    • ►  January (10)
  • ►  2013 (46)
    • ►  December (8)
    • ►  November (11)
    • ►  October (5)
    • ►  September (5)
    • ►  August (4)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (4)
  • ►  2012 (13)
    • ►  November (1)
    • ►  September (1)
    • ►  June (1)
    • ►  April (1)
    • ►  March (5)
    • ►  February (3)
    • ►  January (1)
  • ►  2011 (40)
    • ►  December (3)
    • ►  November (10)
    • ►  October (8)
    • ►  September (4)
    • ►  August (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  February (2)
  • ►  2010 (10)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  September (1)
    • ►  August (2)
    • ►  July (4)
    • ►  May (1)
  • ►  2009 (1)
    • ►  November (1)

More Stories

accesories adventure Advertising advertorial affiliate Althea Applications Artwork Bahasa beauty Birthday Bisnes Kad blogosphere bodycare Book Business car Celebrations collaborate Decoration Design Blog DIY E-book engagement Entertainment Event Eye care Facebook Family Fashion Fenomena Fitness Food Freebies Gadget GoPro Guest Post Hair Care Header Blog Header Facebook Health Care Hipster Holiday Home Home appliance Home Decor IKEA Indonesia Instagram Islamic Isu semasa Jepun JJCM Johor Kad Jemputan Kad Raya Kampung Kedah kelantan kemboja Korea Kreatif Kuala Lumpur Lifestyle Logo Makeup Malaysia Maldives Marriage Melaka Men Minuman Negeri Sembilan New Zealand Oral care Pahang Painting Potret Parenting Penang pengetahuan am Perak Perlis Personal Pets Philippines Photography Portfolio Pregnancy Printing Products PROMOSI Property rare Raya Resepi Review Rustic Sabah Sampul Duit Raya Sarawak Selangor service Shawl Shopping Singapore skincare Sourvenir Sukan Tanaman Tempat Menarik Terengganu Thailand Tips Tradisional Travel Travellicious Trending Tudung Bawal Tutorial Vector Potret Vietnam viral Watermark Wedding Weird Western women Wordless Wednesday Young Living

Latest 'grams from @heyimpeeja

© Blog Sihatimerahjambu.