Gadgets

Siaran Lansung Live Stream Malaysia vs Thailand Piala AFF B-23 (U23) 26 Ogos 2023

Skuad Harimau Muda gagal mara ke peringkat Akhir Kejuaraan Piala B-23 (U23) selepas kalah dalam perlawanan Malaysia vs Vietnam dalam saingan separuh akhir 1.

Malaysia akan berdepan dengan pasukan Thailand dalam aksi penentuan tempat ketiga Kejuaraan B-23 AFF 2023 setelah pasukan Thailand juga tewas menentang pasukan Indonesia. Harapan Thailand untuk menjadi juara bertahan turut lebur.

Pasukan yang menang, iaitu Vietnam dan Indonesia akan bertemu di peringkat Akhir Kejuaraan Piala AFF 2023 B-23.

baca juga
Jadual dan kedudukan terkini Piala AFF 2023 B-23

Malaysia vs Thailand

Perlawanan penentuan tempat ketiga antara pasukan Malaysia vs Thailand akan berlansung pada 26 Ogos 2023, hari Sabtu jam 4:00pm (TH), jam 5:00pm (MY) yang berlansung di Stadium Rayong Provincial, Thailand.

Aksi Akhir Piala AFF B-23 pula menyaksikan pertemuan Vietnam dan Indonesia pada jam 8:00pm (TH), jam 9:00pm (MY).

Skuad Harimau Muda perlu beraksi dengan lebih cemerlang bagi merebut tempat ketiga menentang bekas juara Piala AFF B-23, Thailand. Perlawanan pasti berlansung sengit dan tugas berat buat skuad Harimau Muda untuk menggalas tugas ini.

Penonton di rumah boleh menyaksikan perlawanan Malaysia vs Thailand secara online live streaming yang dibawakan secara lansung dari Stadium Rayong Provincial, Thailand menerusi TV Sukan RTM di RTM Klik.

Siaran Lansung Live Stream Malaysia vs Thailand Piala AFF B-23 (U23) 26 Ogos 2023
sumber : FAM

Siaran Lansung Live Malaysia vs Thailand Penentuan Tempat Ketiga Piala AFF B-23 26 Ogos 2023

Tempat : Stadium Rayong Provincial, Thailand
Tarikh : Sabtu, 26 Ogos 2023
Waktu siaran : jam 4:00pm (TH), jam  5:00pm (MY), pra rancangan jam 4:50 malam
Siaran TV : TV Okey dan Sukan RTM
Live streaming : Link 1, Link 2

Keputusan masa penuh Malaysia vs Thailand Piala AFF B-23

Keputusan perlawanan antara Malaysia vs Thailand Piala AFF B-23 secara langsung/ live score akan dikemaskini sehingga tamat masa penuh perlawanan.

FT : MALAYSIA (0) - (0) THAILAND
 -

Malaysia Kalah sepakan penalti 4-3 dan menamatkan saingan Piala AFF B-23 di tempat keempat.

4 comments:

  1. Terima kasih atas peringatannya, ingat nak tengoklah sekejap lagi ni. Final pun rasa nak tengok juga malam nanti. Harap skuad HM dapatlah tempat ketiga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada rezeki tahun ni. Harap tahun next game tahun akan datang Malaysia dapat merebut tempat antara 3 teratas tu pulak.

      Delete
    2. Itulah kan, yang akan datang Kelayakan Piala Asia B-23 harap berjayalah.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.