Telefilem Aku Belum Mahu Mati (TV3), Sebuah Kisah Teladan

Aku Belum Mahu Mati, sebuah telefilem 2019 arahan Murali Abdullah memaparkan kisah teladan buat penonton bersiaran pada hari Sabtu, 5 Ogos 2023 jam 10:00 malam di Slot Cerekarama TV3. 

Telefilem Aku Belum Mahu Mati lakonan Zara Zya, Datuk Adi Putra, Syida Melvin dan ramai lagi hasil karya skrip oleh K. A. Razhiyah dan diterbitkan oleh Zeel Production Sdn. Bhd.

Turut menjayakan telefilem ini barisan pelakon Farah Ahmad, Kismah Johar, Faez Nik, Tasha Shilla, Juriani Ramli dan ramai lagi.

TELEFILEM AKU BELUM MAHU MATI

Waktu siaran :  Sabtu, 5 Ogos 2023 jam 10:00 malam
Siaran TV : Slot Cerekarama TV3
Penulis skrip : K. A. Razhiyah 
Pengarah : Murali Abdullah
Produksi : Zeel Production Sdn. Bhd.

Telefilem Aku Belum Mahu Mati

PELAKON DAN WATAK

Aku Belum Mahu Mati dibintangi oleh Datuk Adil Putra, Zara Zya, Syida Melvin, Farah Ahmad, Kismah Johar, Faez Nik, Juriani Ramli, Tasha Shilla dan ramai lagi.

  • Zara Zya sebagai Maria
  • Datuk Adil Putra sebagai Irfan
  • Syida Melvin sebagai Nora
  • Farah Ahmad sebagai Bibik
  • Kismah Johar sebagai Ibu Irfan
  • Faez Nik sebagai Suami Nora

SINOPSIS AKU BELUM MAHU MATI

Mengisahkan tentang Maria, seorang wanita yang bekerjaya dan tidak menitikberatkan soal keagamaan. Dia suka mengumpul pelbagai jenis patung antik walaupun tidak digemari oleh suaminya. Maria merasakan dirinya masih muda dan tidak suka dinasihati Nora, rakan baiknya.

Nora seringkali mengingatkan Maria tentang solat dan pemakaian yang menutup aurat. Bagi Maria, kematian itu masih jauh lagi. Nasihat dari suaminya, Ifran juga turut dibantah. Irfan tidak mahu mempertikaikannya kerana beliau banyak menumpang kemewahan Maria.

Pada hari ulangtahun perkahwinan mereka, Maria merancang ke Bali walaupun Irfan sentiasa mencadangkan agar mereka ke tanah suci. Namun bagi Maria, mereka masih muda dan akan menjejakinya apabila tua kelak.

Di Bali, mereka telah memilih sebuah resort yang menarik dan melambangkan ciri-ciri tradisional masyarakat Bali. Mereka disambut meriah dengan kalungan bunga serta muzik dan tarian tradisional Bali yang menarik. 

Chalet yang disediakan untuk mereka begitu eksklusif khas untuk pengantin yang sering hadir untuk berbulan madu. Sepanjang berada di sana, Maria dihantui gangguan demi gangguan yang menakutkan. Gangguan itu datang seperti ingin menjemputnya ke alam kematian.


9 comments:

  1. walaupun tak tengok baca sinopsis sy pula rs seram sejuk bla cerita bab2 patung ni serammmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Barang lama especially patung lama ni memang menakutkan. Risau ada 'something'.

      Delete
  2. Cerita yang memperingtkn kita dengn kematian ni bagus...walaupun ia agak menakutkan

    ReplyDelete
  3. Pas baca judul saya ingat serial drama Indonesia zaman dulu ttg seseorang tak mau mati. Tapi itu karena si tokoh utama mengidap kanser otak.

    Kalo cerita nih, Krn diganggu hal2 mistis yaa 😁.

    Bali memang terkenal punya banyak legenda kak. Saya sebagai muslim juga tak mau percaya, tapiii kalo sedang ke Bali atau kota2 lain yg punya banyak ritual atau tradisi berbeda, mau ga mau harus ttp hormatin. Jangan menendang sajen yg suka ada di jalanan Bali, ya jadinya saya bener2 perhatiin jalan supaya ga nendang sajen yg mereka taro di situ 😁.

    Di manalah bisa nonton serial TV3 nih yaa. Menarik kayaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, cerita ni diganggu hal mistik sebab suka kumpul brg antik dan juga sikap dia yang menjauhkan diri dengan tuhan.

      Ohh keras juga di Bali kan. Walau dimana pergi, kita kena hormat tradisi disitu. Berdoa semoga kita selamat dan tidak berlaku apa apa ditempat orang. Semoga Allah lindungi kita.

      Delete
    2. Boleh cari di youtube atau di facebook jika ada yang upload.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.