Header Ads

Sama Tapi Tak Serupa. Don't Judge A Book By Its Cover!


Dalam entry Cetaphil Gentle Healthy Cleanser haritu, saya ingatkan pencuci muka Cetaphil tu hanya bertukar rupa luaran je. Rupanya tak! Luar dalam tak sama dengan apa yang saya sangkakan. Ternyata label 'gentle' tu bersifat pencuci muka jenis scrub yang hanya boleh dipakai 2-3 kali seminggu.

Nampak sama tapi tak serupa. Tertipu dengan pek baru yang saya fikir sama isinya. Sebab pernah terjadi sebelum ni bertukar pek tapi isinya sama. Haa tu lah, don't judge a book by its cover. Silap sendiri lah tak baca betul-betul bahagian belakang tu kan.

Cetaphil Gentle Healthy Cleanser

Bila buka yang pek ombre 'gentle' tu terkejut bila teksturnya lutsinar bukan creamy. Lahhh pulak! Disebabkan kesilapan itu, terpaksalah beli pencuci muka baru yang creamy tu. Tak kan nak pakai jenis ada microbeads tu hari hari kan. 

Mungkin kalau masa beli tu ada dua-dua jenis cleanser ni mesti tak tersilap beli. Kebetulan pula masa beli tu ada satu jenis je. Tak pasal-pasal silap beli dan kena beli baru.

Nak beli yang baru, saya pergi sampai 3 kedai Watsons tak jumpa. Macam dorang tak restock ke apa entah. Tanya staff katanya tak ada, dah habis. Bila masuk Guardian, tu diaa bersusun banyak stok kat rak. 

rangkaian produk cetaphil

Baru je nak menambah points kat Watsons tapi tak ada pula barangnya. Terpaksalah kita membeli di Guardian. 

6 comments:

  1. Saya pernaaaah alamin kejadian macam ini juga kak ๐Ÿ˜….tapi waktu itu produk Nivea. Mirip, tapi ternyata yg 1 scrub, yg 1 biasa.

    Seharusnya mereka jangan bikin cover mirip macam tuh. Kan tak semua pembeli nak baca detail, apalagi kalo sedang buru2. Apalagi kalo suruh suami nak beli ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ. Confirm salah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tulis scrub mesti tak salah beli kan. Pek mengelirukan. Sabar je lah tersalah beli tu.
      Haa..yang tu tak dapat nak tolong lah. Tak pasal-pasal nanti suami dipersalahkan. hihi...

      Delete
  2. Lamanya tak nyoping kt watson...banyak benda nk beli ni...

    ReplyDelete
  3. yg ombre tu sy x penah nampak lagi...mungkin ms sy datang dah habis kot... sy selalu beli kat big pharmacy sbb murah laa sikit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang tu baru. Tu yang tersilap beli tu. Ingatkan tukar pek baru, rupanya cleanser jenis scrub. Baiklah nanti nak survey kat Big Pharmacy. Tq Anies

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.